Laman Utama Tags Posts tagged with "porno"

porno

0 341

New York – Dua anggota polis, seorang pemimpin agama dan seorang ketua pengakap adalah antara 70 lelaki dan seorang wanita ditahan atas dakwaan pornografi kanak-kanak dalam operasi terbesar di New York, kata pihak berkuasa semalam.

Sepanjang lima minggu penyiasat merampas hampir 600 komputer, komputer riba, tablet, telefon pintar dan pen pemicu mengandungi berpuluh gambar dan video pornografi kanak-kanak.

Antara defendan termasuk seorang pesalah yang disabit kesalahan atas dakwaan penderaan seksual kanak-kanak sebelum ini dan seorang wanita yang didakwa mengeluarkan dan mengedarkan bahan pornografi membabitkan anaknya sendiri, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Mereka termasuk dua jururawat, seorang paramedik, seorang pembantu rumah serta seorang pengakap yang menjadi jurulatih liga besbol kanak-kanak.

Lancar operasi

Pihak berkuasa melancarkan operasi selepas menahan ketua sebuah jabatan polis di Valhalla, New York pada Januari dan pemimpin agama yang mengendalikan sekolah di rumah di Brooklyn pada Mac.

Ejen khas dari agensi siasatan keselamatan dalam negeri di New York, James Hayes menyifatkan sebilangan suspek dan latar belakang profesional mereka sebagai ‘bermasalah’.

Pihak keselamatan dalam negeri, polis New York dan penguat kuasa undang-undang lain menjalankan rangkaian perkongsian fail untuk mengenal pasti pesalah di seluruh Bandaraya New York.

Penyiasat memecah masuk hampir 150 alamat IP yang secara aktif membabitkan dagangan pornografi kanak-kanak secara meluas di kawasan New York.

Pesuruhjaya polis New York, William Bratton berkata siasatan menunjukkan bahawa penganiayaan terhadap kanak-kanak adalah di luar batasan dan pesalah akan disiasat habis-habisan dan dibawa ke muka pengadilan.

“Undang-undang penguatkuasaan adalah komited untuk membasmi pasaran pornografi kanak-kanak, seorang pesalah pada satu masa,” kata peguam Amerika Syarikat, Loretta Lynch. – AFP

0 428

MALANG bagi dua pelajar sekolah tinggi di Kansas apabila mereka digantung sekolah selama dua hari atas kesalahan ‘menggunakan alatan elektronik untuk tujuan tidak senonoh’, memetik laporan Huffingtonpost.

Hakikatnya, mereka hanya berkongsi gambar yang diambil sewaktu berlangsungnya kelas biologi yang dikendalikan oleh seorang guru.

Guru tersebut secara tidak sengaja mendedahkan laman porno yang dibukanya apabila dia menghidupkan projektor untuk sesi pembelajaran.

Dengan pantas, pelajar perempuan tersebut merakam gambar tersebut sebelum berkongsi dengan pelajar lelaki yang juga teman lelakinya.

Dalam masa beberapa jam, gambar tersebut tersebar di laman Facebook dan kedua-dua dipanggil oleh pihak sekolah.

Bagaimanapun, ibu salah seorang pelajar tersebut percaya pihak sekolah cuba menyembunyikan perbuatan guru tersebut.

Guru Buka Laman Porno, Pelajar Jadi Mangsa

Guru yang bertugas sejak tahun 2002 itu kini diberikan cuti bergaji sementara kes tersebut disiasat… MYNEWSHUB

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

clomid pct, Cheapest cialis to buy online, viagra effects on men