Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

PKR - page 2

PKR Dakwa Kenyataan Wan Azizah Diputar Belit

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kononnya kenyataan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diputar belit oleh akhbar Berita Harian.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa, Wan Azizah tidak pernah mencabar Mahathir supaya bertanding pilihan raya jika mahu menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang.

“PKR mendapati berita bertajuk ‘Wan Azizah mencabar Tun M bertanding dalam PRU’ dalam akhbar Berita Harian memutarbelitkan makna asal kenyataan yang dibuat Presiden PKR.

“Apabila menjawab pertanyaan wartawan Berita Harian, Wan Azizah tidak membuat sebarang cabaran kepada Mahathir untuk bertanding dalam pilihan raya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan Wan Azizah mencabar Mahathir supaya bertanding pilihan raya jika mahu menggantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang apabila ditanya mengenai isu itu oleh para wartawan.

Kata Azizah: “Jika beliau (Mahathir) mahu menjadi Ketua Pembangkang, masuk bertanding dahulu. Atau sekurang-kurangnya menjadi ahli dalam mana-mana parti terlebih dahulu.”

Fahmi mendakwa, Wan Azizah dalam kenyataan itu cuma mahu menyatakan bahawa seorang Ketua Pembangkang Parlimen tidak boleh dilantik dengan sewenang-wenangnya tetapi mesti dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada.

Justeru, katanya, PKR kesal dengan tindakan Berita Harian kerana didakwa memutarbelitkan isu itu gara-gara membuat kesimpulan lebih daripada fakta.

Desas-desus bagaimanapun menyebut PKR Pusat terpaksa membuat penafian itu kerana mendapat bantahan kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan DAP yang menjalin kerjasama dengan Mahathir untuk menjatuhkan UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Setiausaha PKR Miri Maut Ditembak Di Lampu Isyarat

in Politik/Utama & Sensasi

SETIAUSAHA PKR Miri, Bill Kayong ditemui mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri, sebentar tadi.

13498087_10153770017996588_3072788868107344534_o

13497696_10153770020036588_7628815884890918597_o

ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon antara yang terawal mengesahkan kejadian ini menerusi Facebook miliknya.

“KEADILAN baru terima berita bahawa saudara Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shipping Mall di Senadin, Miri. Maklumat lanjut dan kenyataan rasmi parti menyusul. Sila hubungi pihak PDRM di Miri untuk maklumat terperinci,” tulis beliau.

Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa turut menulis tentang kejadian tragis ini di dinding Facebook miliknya. Tulis beliau:

“Dukacita dimaklumkan, bekas calon PKR Bekenu Saudara Bill Kayong dilaporkan telah mati akibat ditembak di Miri pada jam 9 pagi tadi. Berita ini amat memeranjatkan bagi semua pihak. Ini merupakan satu kehilangan besar kepada Pakatan Harapan. Mendiang merupakan seorang pejuang anak muda yang tergas, dedikasi dan berani dalam menegakkan keadilan. Salam takziah kepada keluarga mendiang Bill Kayong dan diharapkan keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini.” 

Pengesahan daripada pihak polis masih dinantikan. – MYNEWSHUB.CC

PKR Siasat Ketua Cabang Selangor Rasuah

in Jenayah/Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengambil tindakan disiplin ke atas Ketua Cabangnya di Selangor, S. Manickavasagam jika dia didapati salah terlibat dalam gejala rasuah.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Abdul Hadi Khatab berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas Manickavasagam yang juga bekas Ahli Parlimen Kapar.

“Lembaga Disiplin PKR sendiri akan buat siasatan secara bebas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes Manikavasagam daripada segi disiplin parti,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek ditahan oleh SPRM kelmarin berhubung dakwaan menerima RM30,000 sebagai rasuah daripada seorang kontraktor dan juga menipu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya.

Abdul Hadi berkata, walaupun Lembaga Disiplin PKR memandang dengan serius tindakan yang diambil SPRM namun siasatan atau dakwaan oleh SPRM sahaja tidak boleh dianggap Manickavasagam sebagai bersalah. – Mynewshub.cc

Video: Iklan Parodi WhatsApp Parti Keluarga Rapat (PKR)

in Politik/Utama & Sensasi

SUSULAN iklan hari raya oleh Samsung yang berjaya menarik perhatian ramai, ada seorang netizen membuat sebuah video parodi dengan menggambarkan suasana sebuah parti politik tempatan.

Ia memaparkan perbualan WhatsApp oleh empat beranak dinamakan sebagai Parti Keluarga Rapat yang kebetulan merujuk kepada akronim parti itu, PKR dan mereka pula bergaduh mengenai kisah sejarah lama famili tersebut.

Seperti juga viral iklan hari raya Samsung itu, parodi ini agak lucu apabila babak Papa kemudian diajuk kepada situasi suara pemimpin utamanya mengeluh ketika mengenangkan nasib yang menimpa keluarga itu sekarang.

Papa malah mengeluh apabila dia hanya sekadar makan roti sardin sahaja, ketika ahli keluarga Parti Keluarga Rapat itu pula mampu bersenang-lenang mewah menikmati makan kari kepala ikan dan kari kepala kambing lah.

Bagi mereka yang mengikuti isu politik tanah air, perbualan WhatsApp dalam parodi keluarga berdurasi 2 minit 49 saat itu tentu mencuit hati. Hendak tahu ‘drama’ keluarga ini, jom saksikan parodi ini! – MYNEWSHUB.CC

Baca: Video Iklan Raya Yang ‘Touching’ Dari Samsung

Kutuk BR1M Tapi Seronok Dapat Seikat Sawi PAN

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA KANGSAR – Ketika penyokong pembangkang kutuk Barisan Nasional (BN) kerana ‘murah hati’ beri wang saku menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), lain pula cerita jika melibatkan parti mereka itu sendiri.

Terbaharu puluhan penyokong PAN yang menghadiri ceramah Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar malam Ahad gembira menerima ‘rasuah’ atau dijenamakan semula sebagai buah tangan cukup unik!

Sama ada hendak ketawa atau geleng kepala, cenderamata tanda ingatan pihak kepimpinan pembangkang berupa seikat sawi itu disambut dengan penuh kesyukuran konon demi meneruskan sara hidup atas kezaliman rejim BN.

Situasi tidak dijangka itu menarik perhatian ramai petugas media tempatan yang hadir membuat liputan ceramah berkenaan kerana selama ini pembangkang sering mengecam pemberian BR1M daripada pihak BN sebagai rasuah.

Sayur sawi segar itu difahamkan telah dibawa khas oleh kumpulan pekebun kaum Cina yang juga penyokong tegar pakatan berkenaan dari Cameron Highlands, Pahang iaitu kira-kira 132 kilometer dari Bandar Diraja Perak tersebut.

Daerah tanah tinggi itu pernah mencetuskan kontroversi pada 2014 lalu apabila pihak berkuasa terpaksa membuat operasi pemutihan kawasan sayur-sayuran yang diusahakan secara haram sehingga mencetuskan banjir besar.

sawi2

sawi3

Sayur berkenaan kemudian dilihat segera diedarkan kepada pengunjung ketika ceramah sedang berlangsung dan beberapa penyokong yang ditemui memberitahu mereka mula mendapat sawi itu kira-kira pukul 9.30 malam.

“Sawi ini diberi secara percuma oleh penyokong Pakatan Harapan. Mereka bawa dua bakul besar. Tadi ada petugas beri kepada kami, waktu ceramah berlangsung,” jelas seorang penyokong PAN yang menerima sawi itu.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, kira-kira 200 hadirin majoritinya kaum Tionghua yang datang bersama payung untuk mendengar ceramah tersebut bermula seawal pukul 8 malam ‘ceria’ menerima hadiah sayur itu.

Secara purata, indeks harga sawi hijau cerah berdasarkan data terkini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ialah RM4.95 sekilogram, peningkatan beberapa puluh sen ekoran fenomena cuaca tidak menentu ketika ini.

Dalam ceramah tersebut yang diadakan di Jalan Dato’ Sagor di sini, antara pemimpin yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Dewan Pemuda PAS Desak Kaji Kembali Hubungan Dengan PKR

in Politik/Terkini

KOTA BHARU – Dewan Pemuda PAS mendesak pimpinan tertinggi parti itu agar mengkaji kembali tahaluf siyasi (kerjasama politik) PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perwakilannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata walaupun kedua-dua parti masih menjalinkan hubungan, namun ia dilihat kian hambar selepas PKR menjalinkan hubungan dengan parti lain.

“PAS faham ramai rakan PKR masih sayangkan kita tapi mana mungkin cinta ini akan bertahan sekiranya DAP dan PKR masih bersama.

“Dalam masa yang sama PKR juga menjalinkan hubungan mesra dengan sebuah parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah). PKR kena jelas mana satu mereka mahu bersama,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa di sini, Khamis malam.

Ahmad Fadhli, yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS, turut memberi amaran terhadap segelintir anggotanya yang bertindak mengkhianati PAS dengan menubuhkan parti baharu.

Sementara itu, wakil Dewan Ulama? Pemuda PAS, Mohd Asri Daud menyeru pimpinan dan anggota PAS supaya tidak mengamalkan politik dendam, malah dalam masa yang sama perlu membudayakan politik sejahtera supaya dapat menarik sokongan mereka yang memusuhi parti itu.

“Biarlah orang buat jahat dan kita balas sahaja dengan kebaikan memandangkan suatu masa nanti mereka akan menjadi penyokong kita pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya. – BERNAMA

Rasuah Perempuan: 2 Pegawai Khas Azmin Akan Dipanggil

in Politik/Utama & Sensasi

MENURUT satu sumber, dua pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor akan dipanggil susulan laporan “imbuhan perempuan” yang dibuat Naib Presiden/Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, seorang staf kepada pegawai khas terbabit yang telah menyampaikan perkara ini ke pengetahuan Rafizi hingga membawa kepada tindakan membuat laporan SPRM.

Staf itu dikatakan memberitahu Rafizi, rasuah melibatkan perempuan itu melibatkan beberapa YB PKR di Selangor dengan bos syarikat Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Berhad (DEIG).

Nama seorang  YB yang melepaskan kerusinya untuk “langkah Kajang” turut  dikaitkan selaku orang tengah dengan pengarah syarikat terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Rafizi Dakwa Ramai Ahli PAS Penyokong Anwar

in Politik

KUALA LUMPUR – Ramai ahli PAS merupakan penyokong tegar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa, penyokong Anwar terbabit menyertai PAS gara-gara Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan pada tahun 1998.

“Pemecatan beliau mencetuskan gelombang reformasi. Saya salah seorang aktivis yang dilahirkan gelombang reformasi itu.

“Sudah tentu cara yang paling menguntungkan pada ketika itu kepada PAS ialah memastikan penentang UMNO ini semuanya masuk PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, penyokong Anwar terbabit berpandangan, secara logiknya lebih mudah mereka masuk sahaja PAS dan ia situasi menang-menang buat PAS dan mereka.

Kata beliau, kemarahan golongan terbabit ketika itu dicedok oleh PAS tetapi masih ada dalam kalangan mereka yang tidak selesa dengan PAS.

Menurutnya, antara golongan terbabit adalah kaum Cina, India, Melayu, professional, liberal dan pelbagai rencam yang sebelum ini tidak berminat politik tetapi menjadi aktivis.

“Jika mereka serasi dengan PAS, sudah tentu mereka menyertai PAS dari awal,” katanya.

Beliau dalam pada itu mendakwa, ramai dalam kalangan pimpinan PAN adalah anak didik bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang menyokong penuh pembentukan PKR satu waktu dahulu. -MYNEWSHUB.CC

Sesi Amanat Presiden PAS Tak Sentuh Tahaluf Siyasi Dengan PKR

in Politik/Terkini

KOTA BARU – Sesi Amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu malam tidak membincangkan mengenai tahaluf siyasi dengan PKR, kata Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Itu (tahaluf siyasi) tidak disebut. Itu belum ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi amanat tersebut berakhir pada lewat malam.

Pada Rabu, Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.

Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

Dilaporkan usul berkenaan antara lain menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS dengan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.

Takiyuddin berkata, Abdul Hadi menyentuh soal isu dalaman parti serta hala tuju PAS mengenai budaya politik matang dan sejahtera.

Selain mendengar amanat daripada Abdul Hadi, pimpinan parti turut menjawab beberapa tohmahan yang disuarakan perwakilan.

Tambah Takiyuddin, antara tohmahan itu adalah mengenai muktamar tahun ini tidak dibuka kepada media.

“Jadi, saya telah jelaskan. Kita telah keluarkan 198 pas kepada 42 agensi berita dan blog untuk esok (Khamis). Muktamar kita terbuka kepada awam dan media,” katanya. – mStar Online

PAS Disaran Kaji Semula Kerjasama Dengan PKR

in Politik/Terkini

KOTA BAHARU – PAS disaran mengkaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang.

Usul tersebut dibawa oleh Dewan Muslimat Kedah dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di sini hari ini dan ia diterima tanpa bahas oleh perwakilan.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Usul itu menyatakan PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas menuduh serta memfitnah PAS dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

Menurut usul itu, bermula langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS.

“Walaupun ada segelintir pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS namun rentetan isu sebelum ini memperlihatkan parti itu lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang atau mengambil kira rakan tahallufnya berhubung hal-hal berkaitan.

“Sedangkan PKR banyak bergantung harap kepada PAS untuk menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya.

“Memandangkan sejak kebelakangan ini, PAS dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain,” kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.

Sementara itu, pada sidang media, Salamiah berkata usul itu mempunyai kaitan dengan beberapa tindakan yang dibuat oleh PKR termasuk ketika Pilihan Raya Negeri di Sarawak baru-baru ini.

PKR telah meletakkan calon sedangkan PAS telah sedia bertanding di kawasan tersebut dan ia dilihat sebagai pertembungan yang tidak wajarnya.

Tambah beliau, usul tersebut dijangka diserahkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor 18 Jun ini. – BERNAMA

Wow! Pemimpin PAS Tampil Imej Pendekar Melayu

in Politik/Utama & Sensasi

KOTA BHARU – Berbeza muktamar sebelum ini, pemimpin PAS yang menghadiri Muktamar ke-62 di Kelantan Trade Centre, di sini bermula pada Selasa tampil dengan imej baharu sehingga menyebabkan ramai terkejut besar!

Jauh sekali daripada imej kopiah dan jubah yang kebiasaan pakaian lazim mereka, kali ini menyaksikan ramai mengenakan pakaian tradisional Melayu segak dengan tengkolok, sampin dan keris disarungkan di pinggang.

Agak lain macam senarionya. Bukan apa namun itulah penampilan saf kepimpinan PAS pada majlis itu bagai pahlawan Melayu terutamanya Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merasmikan muktamar.

Turut semacam berubah imej seakan-akan ‘pendekar Melayu’, antaranya penampilan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Mat serta timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Muktamar tahun ini merupakan yang pertama sejak PAS meninggalkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat dengan PKR dan DAP serta membentuk blok baharu bersama-sama parti kecil, Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Ia juga berlangsung ketika PAS kehilangan ramai pemimpin mereka yang meninggalkan parti untuk menubuhkan parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) bergabung pula dengan PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan.

Muktamar ini secara kebetulan berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil (PRK) pada bulan depan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang ditandingi mereka untuk menentang calon Barisan Nasional (BN).

Walau apa pun, keadaan muktamar tahunan pada kali ini nyata berbeza dengan edisi sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka yang tipikal berkopiah putih, berserban dan berjubah labuh ala tok Arab.

Wow! Pemimpin PAS Tampil Imej Pendekar Melayu

Wow! Pemimpin PAS Tampil Imej Pendekar Melayu
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Wow! Pemimpin PAS Tampil Imej Pendekar Melayu

pas4

Apakah imej baharu ini ada kaitan dengan ‘perceraian’ PAS dengan geng bekas timbalan persidennya, Mohamad Sabu yang tubuh PAN selepas kumpulannya itu kalah teruk ketika pemilihan jawatan di Kuala Selangor tahun lalu.

Atau apakah penampilan terbaharu menerusi penonjolan jati diri Melayu itu ada kena mengena dengan semangat PAS menjelang dua PRK pada bulan Ramadan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka?

Sementara itu, bibit pergeseran dengan rakan lama jelas terpancar apabila Nik Abduh dalam ucapan menggesa PAS menuntut semula kerusi mereka yang dipinjamkan kepada PKR dan DAP untuk Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Katanya langkah tersebut perlu diambil kerana PAS sudah tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua parti tersebut dan telah serik dieksploitasi semasa berada dalam blok pembangkang, Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Cukuplah pengalaman pada masa lalu menjadi pengajaran di mana tenaga ahli kita habis ‘dipergunakan’ oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan besar Pakatan Rakyat, kemudian kita ‘ditinggalkan’ begitu sahaja.

“Sekiranya pimpinan PAS mengambil langkah berani bertanding di kerusi yang selama ini ‘dipinjamkan’ kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya umum lepas, Pemuda PAS berikrar akan mengambil seribu satu langkah.

“Ini termasuk memastikan kemenangan berpihak kembali kepada PAS,” tegas Nik Abduh ketika menyampaikan ucaptama pada muktamar itu sambil disambut dengan laungan takbir sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tunggu Dan Lihat Parti Mana Yang Akan Dibantu PKR – PAS

in Politik/Terkini

KOTA BARU – PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat parti mana yang akan dibantu PKR pada dua pilihan raya kecil yang akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata ia akan menjadi lebih menarik untuk melihat sama ada PKR akan membantu PAS atau parti serpihan, Amanah dalam kempen yang akan datang atau sememangnya mengemukakan calon sendiri.

“Saya tidak boleh jawab pihak mana yang akan dibantu PKR sepanjang tempoh berkempen dan sama ada PKR akan membantu PAS atau Amanah, ia masih belum jelas lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada pemilik 42 unit rumah teres dua tingkat yang siap dibina Profil Impian Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa pada Isnin.

Mohd Amar diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa PKR kini tersepit untuk memilih parti mana untuk dibantu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

Timbalan Menteri Besar itu berkata apa sahaja yang berlaku nanti PAS sudah bersedia.

“Kita akan tunggu dan lihat apa sahaja yang akan berlaku nanti, dan saya percaya PAS sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk berkempen sendirian,” katanya. – mStar Online

Rafizi Serah Bukti Rasuah Seks Kerajaan Selangor – SPRM

in Politik/Slider/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Sekalipun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kegiatan rasuah minta wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor adalah fitnah terancang, namun Rafizi Ramli tetap tidak berganjak.

Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan itu muncul di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan sendiri bukti mengenai dakwaan yang beliau pernah bangkitkan itu.

Rafizi tiba kira-kira 12 tengah hari diiringi hampir 30 penyokong termasuk Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah dan Naib Ketua Anak Muda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mokhtar.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor pada Jumaat lalu dalam reaksi isu dibangkitkan Rafizi mendakwa konon orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri tersebut.

Timbalan Presiden PKR itu malah mendakwa pembocor rahsia yang sengaja menyebarkan isu skandal rasuah seks tersebut konon sebagai sengaja cuba melakukan serangan jahat dan semberono terhadap pihak kerajaan Selangor.

“Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudian menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” kata Azmin lagi.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan akan mengemukakan semua bukti rasuah skandal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita seksi dan wang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu Wan Azizah membuat kejutan apabila mengarahkan Rafizi agar menyerahkan semua bukti tersebut kepada pihak SPRM untuk disiasat seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR.

Rafizi Serah Bukti Rasuah Seks Kerajaan Selangor - SPRM

Hubungan Azmin dengan Wan Azizah dilaporkan ‘dingin’ ekoran tindakan Ahli Parlimen Gombak itu memberi watikah pencalonan tanpa pengetahuan isteri Anwar Ibrahim tersebut pada Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak.

Ini menyaksikan berlaku pertembungan sesama calon pembangkang sekali gus menyebabkan Barisan Nasional menang besar termasuk merampas banyak kerusi daripada wakil pembangkang ekoran kemelut dalaman itu.

Keadaan kemudian diburukkan lagi selepas itu apabila Azmin terburu-buru mengumumkan telah berunding dengan PAS bagi penentuan calon untuk menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Padahal situasi sebenarnya Pakatan Harapan tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara itu seperti mana penglibatan musuh ketat Anwar, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam program Deklarasi Rakyat sejak awal tahun ini.

Ia mengakibatkan Anwar terpaksa mengutus surat rahsia dari Penjara Sungai Buloh untuk memberi amaran keras berhubung ‘agenda tersirat’ Mahathir bagi menghancurkan Pakatan Harapan yang kini dijayakan oleh Azmin pula.

Azmin yang pernah bertugas sebagai pegawai khas Mahathir sebelum dipinjamkan kepada Anwar pada 1990-an lalu dianggap amat rapat dengan negarawan berkenaan termasuk ketika dirinya terlantar nazak di hospital waktu itu.

Sebaliknya Anwar selepas dipecat secara zalim oleh Mahathir pada 1998 ekoran kes liwat yang pertamanya sering mengutuk keras bekas bosnya itu sebagai manusia diktator firaun mahazalim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

DAP Sokong Calon PAN Wakili Pakatan Harapan Dalam 2 PRK

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP menyokong penuh calon daripada Parti Amanah Negara (PAN) mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.

Ketuanya, Wong Kah Woh berkata, PAN perlu dibenarkan bertanding bagi menujukkan satu barisan pembangkang yang bersepakat dan bersepadu bagi meyakinkan rakyat ke atas Pakatan Harapan.

“Perlu diingatkan bahawa calon PAS untuk kerusi Kuala Kangsar pada tahun 1999 adalah Asmuni Awi dan 2004 adalah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 2008 adalah Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malim.

“Kesemuanya mereka pada hari ini telah meninggalkan PAS serta bersama-sama dengan PAN dan Pakatan Harapan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kah Woh berkata, PAN perlu ditampilkan sebagai sebuah parti yang menggantikan calon pembangkang yang ditinggalkan oleh PAS selepas era Pakatan Rakyat berakhir.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 dibubarkan tahun lalu.

Pakatan baharu itu dibubarkan bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana beberapa isu membabitkan akidah Islam yang ditentang oleh PKR dan DAP.

PAN dianggotai bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti kerana taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara kerana meliwat pembantu peribadinya. – Mynewshub.cc

Rafizi Bawa Bukti Rasuah Seks Terus Ke SPRM

in Hangat/Politik/Slider/Utama & Sensasi

AHLI Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebelum ini mengakui akan mendedahkan perihal rasuah seks yang didakwa menjadi amalan dalam kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berbuat demikian kerana mahu pimpinan parti lebih peka terhadap skandal rasuah dan salah laku melibatkan anggota PKR.

Tambahnya, beliau akan menyerahkan segala maklumat tentang gejala rasuah seks tersebut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Mesyuarat Biro Politik PKR Selasa lalu bagaimana pun memutuskan agar Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan itu.

Wan Azizah berkata, Biro Politik PKR memandang serius pendedahan yang dibuat Rafizi menerusi perbualannya dalam kumpulan WhatsApp baru-baru ini mengenai habuan berkenaan.

“Berkaitan dakwaan Rafizi, Biro Politik PKR sudah membuat ketetapan beliau perlu membawa bukti-bukti yang ada terus kepada SPRM.

“Pada masa sama Biro Politik PKR akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya melibatkan ahli parti, ahli terbabit akan dihadap ke Jawatankuasa Disiplin,” katanya yang ditemani anaknya, Nurul Izzah Anwar di Ibu Pejabat PKR pada malam Selasa.

Walau bagaimanapun, Rafizi yang sepatutnya menyerahkan bukti serta membuat perdedahan tersebut dilaporkan telah menghilangkan diri sejak dua hari lalu dan tidak dapat dikesan walaupun sudah beberapa kali dihubungi oleh wartawan.

Akaun Twitter miliknya juga tidak dikemaskini selama dua hari sejak 23 Mei lalu sedangkan jika dilihat kepada kebiasaannya, beliau mengemaskini akaun tersebut selang beberapa jam setiap hari.

Adakah Rafizi yang digelar sebagai ‘master dedah’ itu sebenarnya sudah terjerat dalam perangkapnya sendiri apabila Wan Azizah memberikan green light untuk membuat pendedahan tersebut?

Sebelum menghilangkan diri, hero PKR ini sempat menulis tweet mendakwa ada pihak yang mengatakan jangan mengkiritik parti selagi belum memperoleh kemenangan tetapi beliau berasakan tindakan seperti itu lebih berbahaya.

“Ada yang kata jangan kritik sekarang tunggu menang dahulu. Lepas menang baru selesaikan. Ini resepi berbahaya. Bila dah menang budaya dah berakar umbi,” tulisnya.

Namun melalui akaun Facebook miliknya hari ini, Rafizi mengeluarkan kenyataan pada pukul 12.20 tengah hari tadi bahawa beliau akan ke pejabat SPRM 30 Mei ini dan membawa segala aduan yang ada bersamanya agar siasatan boleh dimulakan.

“Presiden bersama-sama Biro Politik mengarahkan saya membawa terus semua aduan ke SPRM agar siasatan telus boleh dimulakan,” ujarnya.

Menurutnya, beliau memilih untuk tidak hadir ke mesyuarat Selasa lepas kerana beliau merupakan pihak yang berkepentingan dalam isu tersebut maka adalah lebih baik keputusan dibuat tanpa kehadirannya.

Tambah Rafizi, ini merupakan hadiah terbaik kepada Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. – MYNEWSHUB.CC

PKR Arah Rafizi Lapor SPRM Rasuah Seks

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku gejala rasuah dalam kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, arahan yang dikeluarkan kepada Rafizi itu diputuskan parti itu dalam satu Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini.

“Mesyuarat Biro Politik PKR pada malam ini telah membincangkan isu berkait perkara yang dibangkit Rafizi dalam satu mesej WhatsApp beberapa hari lalu.

“Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Rafizi perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.

Wan Azizah berkata, pada masa sama, Biro Politik PKR akan meneliti dakwaan Rafizi tersebut dan akan mengambil tindakan disiplin jika perbuatan rasuah seks itu melibatkan anggota parti berkenaan.

Keputusan PKR itu sekali gus menepis desas-desus yang dipercayai disebar secara meluas oleh kumpulan Mohamed Azmin sejak semalam bahawa Rafizi akan dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Agung parti dalam mesyuarat malam ini kerana membuat dakwaan itu.

Rafizi baru-baru ini mendedahkan mengenai dakwaan berlaku gejala rasuah seks dan wang dalam kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Mohamed Azmin dalam satu perbualan WhatsApp bersama anggota PKR yang bocor kepada umum.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bagaimanapun menegaskan bahawa dakwaan itu berniat jahat yang cuba mencemar nama baik penjawat awam kerajaan Selangor selain menyifatkan penyebar dakwaan itu sebagai manusia bacul.

Segelintir pemerhati politik bagaimanapun melihat pendedahan berlaku rasuah seks dalam kerajaan Selangor itu sebahagian daripada perang dalaman PKR diantara Wan Azizah dan Mohamed Azmin. – MYNEWSHUB.CC

Pencabar Najib Ketika PRU-13 Dipotong Kaki Kiri

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Calon PKR bagi Parlimen Pekan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 lalu, Fariz Musa dilaporkan telah menjalani pembedahan untuk memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut semalam.

Menurut laporan beberapa portal berita tempatan, sebelah kakinya itu terpaksa dipotong akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis dialaminya sejak sekian lama untuk mengelak melarat dan membahayakan nyawa dirinya.

Fariz, 46; yang juga Setiausaha Pengelola PKR dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini sejak 13 Mei lalu, selepas beliau dikatakan terjatuh di lantai dalam bilik air di rumahnya sendiri.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen; menyuarakan kesedihannya atas keadaan Fariz ketika meluangkan masa melawatnya di hospital tersebut pada Ahad lalu.

“Ziarah Cikgu Fariz di Hospital (Angkatan Tentera) Sultan Mizan tengah hari ini (22 Mei 2016). Sedih melihat keadaan beliau yang derita akibat diabetes,” katanya menerusi catatan terbaharu di Facebooknya baru-baru ini.

farizmusa

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang dan ADUN Kajang di Selangor turut berharap agar keluarga Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia itu bersabar atas ujian berat yang diberikan oleh Allah.

“Terima kasih di atas kerjasama baik pihak hospital, harap Cikgu Fariz dan keluarga bersabar dengan urusan Allah. Moga dipermudahkan segala urusan,” ujar beliau lagi menerusi kiriman status dalam laman sosial tersebut lagi.

Fariz, bekas guru pernah aktif dalam Pemuda UMNO Bahagian Marang di Terengganu sebelum menyertai PKR pada 1998 susulan pemecatan Anwar Ibrahim secara zalim oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad.

Ketika PRU ke-13 lalu, calon Barisan Nasional (BN) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menang selesa di kerusi Parlimen Pekan selepas mendapat 51,278 undi manakala Fariz hanya sekadar mendapat 15,665 undi sahaja.

Ia antara kemenangan terbesar BN dalam PRU ke-13 dari segi majoriti iaitu sebanyak 35,613 undi. Sebelum itu pada PRU ke-12, Fariz pernah tewas di kerusi Kemaman, Terengganu kepada calon BN, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Rafizi Serah Bukti Esok, Wanita Jadi Habuan Rasuah

in Politik/Utama & Sensasi

SETIAUSAHA Agung PKR, Rafizi Ramli akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat PKR esok.

Rafizi berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

“Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan ‘untuk mendapatkan wanita’ sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk urusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita. – BERNAMA

Exco DAP Dan ADUN PKR Gaduh Besar Dalam Sidang DUN P.Pinang!

in Utama & Sensasi

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam menyaksikan pertikaman lidah antara ADUN PKR, Cheah Kah Peng dengan beberapa Exco kerajaan negeri berhubung kelewatan dalam pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Rakyat (PAC) peringkat negeri berhubung rancangan pembinaan terowong bawah laut di negeri berkenaan.

Cheah meluahkan rasa marah dengan PAC yang melenggahkan hasil laporan itu sedangkan Speaker DUN Pulau Pinang telah mengarahkan laporan terbabit dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Katanya, tindakan PAC itu memperlekehkan Speaker dan bidang kuasa beliau.

“Ada ramai pihak yang menyebarkan banyak penipuan mengenai kerajaan negeri kita, menzahirkan seolah-olah kita telah melakukan sesuatu yang amat buruk.

“Saya tidak mahu nama baik kita dimusnahkan, namun mengecewakan selepas enam bulan, laporan PAC masih belum ada atas meja kita.

“Nyata tidak ada rasa hormat langsung pada dewan yang mulia ini atau kepada Speaker,” katanya malam tadi.

Exco kerajaan negeri dari DAP (Sungai Puyu) yang nyata marah dengan tuduhan berkenaan bangkit dan berkata;

“You pusing sini, you pusing sana, apa you buat?”

Kemudian seorang lagi Exco, Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) bangun dan berkata, You mix semua benda macam rojak! Biar saya jelaskan!”

Pertikaman lidah kemudiannya menjadi lebih parah sehingga Cheah, Phee dan Lim mula menjerit di antara satu sama lain.

Cheah yang marah dengan keadaan itu kemudian meningikan suara meminta semua exco berkenaan diam kerana itu adalah masa beliau bercakap dalam sidang DUN berkenaan.

Cheah kemudian menyambung kata, beliau dan rakan ADUN yang lain melalui saat sukar untuk menjelaskan kepada umum berhubung yuran RM130 juta yang dibayar kerajaan negeri bagi kajian kesesuaian terowong George Town-Butterworth.

“Tahukah kamu betapa sukarnya untuk menjawab kepada rakyat dengan perkara seperti ini berlaku?” katanya.

Jumlah tersebut didakwa banyak pihak sebagai keterlaluan dan wujud desakan agar ia disiasat bagai memastikan sama wujud elemen rasuah dari segi jumlah yang dibayar. – MYNEWSHUB.CC

PAS Selangor Enggan Terima Pelawaan Azmin Sertai Pakatan

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – PAS Selangor enggan menerima pelawaan menyertai Pakatan Harapan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS peringkat negeri tidak boleh membuat keputusan berhubung perkara itu kerana hal itu tertakluk kepada pendirian PAS Pusat.

“Media telah meminta komen saya tentang pelawaan Timbalan Presiden PKR agar PAS kembali bekerjasama dengan PKR dan DAP.

“Komen saya adalah perkara seperti ini hanya boleh diputuskan oleh PAS Pusat. PAS Selangor tidak boleh membuat apa-apa keputusan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Azmin semalam merayu kepada PAS supaya kembali menyertai pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau dipercayai membuat rayuan itu kerana bimbang jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor tergugat jika kedudukan PKR dan DAP di Selangor terjejas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia berdasarkan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung kelmarin.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang tahun lalu selepas parti itu enggan tunduk kepada tekanan DAP dan PKR supaya mengabaikan beberapa aspek akidah Islam.

DAP dan PKR kemudiannya menubuhkan gabungan baharu parti pembangkang Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara (PAN) yang dipimpin beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana didapati salah oleh mahkamah kerana meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya.

Iskandar seterusnya berkata,
PAS Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh PAS Pusat berhubung pelawaan oleh Mohamed Azmin tersebut.

PAS Selangor pada waktu ini diberi kebenaran oleh PAS Pusat untuk meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR demi mengekalkan kerajaan Selangor sedia ada.

Mahfuz Omar Gesa PAS Kembali Sertai DAP!

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendesak PAS kembali bersengkongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau mendakwa, PAS perlu menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Amanah Negara (PAN) berikutan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Beliau turut meminta pemimpin PAS sedia ada menjauhi pemikiran sempit yang kononnya menyebabkan ramai rakyat melihat PAS hanya mengutamakan kepentingan parti itu sahaja.

“PAS perlu sambut pelawaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Datuk Seri Azmin Ali untuk PAS kembali menyertai DAP, PKR dan PAN.

“Bagi saya pelawaan Mohamed Azmin ialah selepas menyedari kesan dari kekalahan pembangkang dalam PRN Ke-11 Serawak akibat pertembongan sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz merupakan salah seorang pemimpin PAS yang masih kekal menyokong DAP dan PKR sejak Pakatan Rakyat yang diwujudkan sejak 2008 dibubarkan pada tahun lalu.

PAS menyertai Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR pada tahun 2008 sebelum DAP dan PKR bertindak membubarkan Pakatan Rakyat pada Jun tahun lalu bagi menubuhkan Pakatan Harapan.

Pembubaran Pakatan Rakyat bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang ekoran perbalahan yang berlaku diantara PAS dengan DAP dan PKR.

Perbalahan itu berpunca daripada keengganan PAS tunduk kepada tekanan DAP dan PKR supaya PAS mengenepikan aspek akidah dalam politik yang dianggap satu liabiliti kepada kemajuan pembangkang.

Pakatan Harapan yang ditubuhkan oleh DAP dan PKR pada September tahun lalu turut dianggotai PAN yang diketuai oleh bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti kerana terlalu taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain yang juga pembantu peribadinya. – mynewshub.cc

PKR Mahu Kemuka Bukti Pertindihan Kerusi Punca Kalah!

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan bukti empirikal bahawa kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akibat daripada pertandingan tiga penjuru.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, beliau dan kumpulannya sedang menganalisa data dan keputusan pilihan raya tersebut untuk mendapatkan bukti berkenaan.

“Saya dapat beratus-ratus mesej di Facebook dan Twitter melahirkan kekecewaan kekalahan di PRN Sarawak dan meletakkan pertandingan tiga penjuru sebagai sebab utama.

“Pasukan saya masih menganalisa data dan keputusan untuk mendapatkan bukti yang lebih empirikal. Pun begitu, pertandingan tiga penjuru sudah tentu mempunyai kesan psikologi yang besar kepada jentera dan penyokong parti,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau itu menyanggah pendirian DAP bahawa pertindihan kerusi kawasan pilihan raya yang berlaku diantara PKR dan DAP bukan punca kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak kelmarin.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, perebutan kerusi yang mahu ditandingi oleh kedua-dua parti itu juga bukan punca Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan besar rakyat Sarawak dalam PRN Sarawak kali ini.

Kit Siang mendakwa faktor sebenar kekalahan Pakatan Harapan disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak. – mynewshub.cc

Mat Sabu Mula Salahkan PKR, DAP Akibat Tewas PRN Sarawak!

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) seolah olah mahu menyalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, perebutan kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP antara faktor yang menyebabkan Pakatan Harapan tewas di kebanyakan kerusi yang ditandingi oleh ketiga-tiga parti berkenaan.

“Faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini.

“Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) di Sarawak,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun kononnya ketiga-tiga parti membawa nama Pakatan Harapan.

PKR menuduh DAP tamakkan kerusi manakala DAP mendakwa kerusi yang ditandingi terbabit wajar diberikan kepada parti itu kerana lebih sokongan ke atas DAP di kawasan terbabit. – mynewshub.cc

PRN: Calon PKR Kebudak Budakan, Main Golf Atas Jalan Berlopak

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap kebudak-budakan sewaktu berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Laman Facebook rasmi PKR semalam menyiarkan gambar salah seorang calonnya sengaja bermain golf di atas sebatang jalan raya yang sedikit berlopak.

“Selepas menerajui Sarawak berpuluh tahun, jalan-jalan raya masih berlopak. Inikah erti pembangunan ala Barisan Nasional (BN)?

“Calon N18 Serembu, Athina Klaywa SIM, bermain golf di atas jalan yang berlubang untuk menunjukkan keadaan jalan tersebut. Masih percaya BN lagi kah??” dakwa laman Facebook itu.

Ironinya, terdapat komen mempertikaikan pula banyak jalan raya di Selangor yang masih berlopak-lopak sejak pentadbiran kerajaan negeri itu diambil alih PKR pada tahun 2013 hingga kini.

Situasi itu lebih malang kerana Selangor antara negeri terkaya di Malaysia, tetapi dana yang ada tidak digunakan oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki lopak terbabit.

Gambar bermain golf diatas jalan raya itu turut mencerminkan mentaliti calon PKR yang masih bersikap kebudak-budakan tetapi bercita-cita mentadbir sebuah negara. – MYNEWSHUB.CC

#PRNSARAWAK

DAP Yakin Menang Lebih Kerusi Berbanding PKR

in Politik/Terkini

KUALA LUMPUR – DAP yakin parti itu akan memenangi lebih kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP boleh memenangi sebanyak 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PKR cuma enam kerusi.

“Saya menyeru rakyat Sarawak mencipta keajaiban pada 7 Mei (hari mengundi) untuk menafikan dua pertiga kerusi Barisan Nasional (BN).

“Angka ajaib yang boleh dicapai oleh DAP adalah memenangi 20 hingga 22 kerusi DUN dan PKR cuma menang enam hingga lapan kerusi DUN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PKR dan DAP yang menanggotai Pakatan Harapan bersengketa sejak hari penamaan calon berikutan kedua-dua parti saling berebut kerusi yang mahu ditandingi dalam PRN Sarawak.

Persengketaan itu menyebabkan DAP dan PKR mengambil keputusan untuk mengabaikan Perjanjian Pakatan Harapan dan meletakkan calon masing-masing di enam kerusi sama. – mynewshub.cc

PRN Sarawak: Kempen PKR Tikam DAP!

in Politik

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pencapaian yang ditunjukkan oleh kerajaan Pulau Pinang bukti PKR boleh mentadbir sesebuah negeri dengan baik.

Justeru, Laman Facebook rasmi PKR dalam satu kenyataan mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini merupakan peluang terbaik untuk rakyat negeri itu mengundi PKR bagi membawa perubahan di Sarawak.

“PKR bersedia mentadbir negeri Sarawak dengan 18 `point roadmap’ yang menyeluruh. Kejayaan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang buktikan PKR boleh,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan PKR itu merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP kerana sering mendabik dada kononnya Pulau Pinang maju disebabkan pemimpin DAP.

PKR dan DAP sedang bersengketa kerana masing-masing enggan mengalah mahu bertanding di enam kawasan yang sama dalam PRN Sarawak kali ini.

DAP menuduh PKR mengkhianati parti itu kerana bertanding di kawasan terbabit manakala PKR mendakwa DAP memutar belit fakta berhubung perjanjian kedua-dua parti berhubung kerusi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kerusi PRN Sarawak: PKR Jawab Pembohongan DAP!

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan kelicikan pemimpin DAP memperdaya parti itu untuk bertanding di kerusi PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ahli Biro Politik PKR, Dr. Mansor Othman berkata, PKR perlu menjelaskan perkara tersebut untuk memastikan kesemua rakan politik Pakatan Harapan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

“Kita mesti perjelas apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya.

Berikut penjelasan panjang lebar beliau bahawa DAP punca berlaku pertindihan calon di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dalam PRN kali ini:

1. Isu nota yang ‘ditandatangani’:

Selepas pertemuan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 7 April untuk membincangkan isu kerusi, beliau mencadangkan kepada Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar agar sehelai nota yang ditulis tangan mengandungi senarai kerusi ditandatangani, tetapi Azmin dan Nurul Izzah tidak bersetuju dengan perkara ini. Guan Eng terus memujuk mereka untuk berbuat demikian, dan akhirnya hanya Azmin yang bersetuju untuk menandatangani – yakni ‘secara prinsip bersetuju’ – dengan pemahaman bahawa keputusan ini belum lagi muktamad.

Persefahaman di antara Guan Eng, Azmin dan Nurul Izzah mengenai mesyuarat itu ialah ianya bukanlah mesyuarat muktamad kerana perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani, walaupun sekiranya perbincangan berterusan sehingga sebelum hari penamaan calon jika perlu.

2. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan:

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah diadakan pada 11 April. Sebelum mesyuarat tersebut, PKR dan DAP masih gagal mencapai kata putus berkenaan lima kerusi, tetapi bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di dalam rundingan pusingan berikutnya dan berusaha ke arah pertandingan satu-lawan-satu dengan BN.

Maka, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan bahawa PKR dan DAP telah bersetuju dengan prinsip pertandingan satu-lawan-satu. Apabila wakil Parti Amanah Negara (PAN) bertanya tentang kerusi-kerusi yang dipersetujui, Guan Eng berkata perkara itu tidak perlu dibentang kerana pihak PKR dan DAP akan menyelesaikan isu tersebut secara terus.

Dengan itu DAP memberi isyarat kesediaan untuk meneruskan perbincangan. PKR dan DAP sepatutnya meneruskan rundingan walaupun selepas 11 April. Perkara 5.5 Persetujuan Pakatan Harapan amatlah jelas, bahawa:

“Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden.”

3. Mandat watikah calon-calon:

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberikan mandat bertulis kepada Azmin pada 22 April untuk menghormati autonomi negeri dan memberi mandat kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menyelesaikan kesemua perkara, i.e. rundingan kerusi dan keputusan mengenai calon.

Baru Bian pada 22 April telah mengumumkan hanya 35 kerusi dan bukannya 42 kerana 5 kerusi masih lagi dalam proses rundingan bersama DAP dan 2 lagi masih belum ditentukan calonnya. Ini menunjukkan PKR masih berharap DAP akan meneruskan rundingan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

4. Keputusan mengenai pertandingan tiga penjuru:

Mesyuarat Biro Politik PKR yang lalu telah meletakkan keutamaan kepada proses rundingan kerusi, tetapi parti bersedia untuk pertandingan tiga penjuru sekiranya proses rundingan tersebut gagal.

Azmin terus menghubungi Guan Eng dan mencadangkan penyelesaian pertindihan lima kerusi dengan tiga diserah kepada PKR manakala dua lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru. Akan tetapi Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. – MYNEWSHUB.CC

PAN Mahu Salah Seorang Calon PKR, DAP Tarik Diri

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mahu sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mencari jalan untuk mengelak pertembungan sesama sendiri sebelum tiba hari mengundi.

Ia bermaksud salah seorang calon daripada PKR atau DAP perlu menghentikan kempen serta merta dan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAN amat berharap pemimpin PKR dan DAP dalam mencari jalan untuk memastikan perkara tersebut.

“PAN sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi.

“Agar hanya satu lawan satu dalam PRN Sarawak kali ini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Media baru-baru ini melaporkan DAP akan bertembung dengan sekutunya, PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Batu Kitang, pada PRN Sarawak, 7 Mei ini.

Sebelum ini, menerusi perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi yang ditandatangani antara PKR dan DAP pada 7 April lepas, kerusi Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga telah diperuntukkan kepada PKR.

Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi DAP.

Bagaimanapun, PKR dilihat ‘mencabuli’ persetujuan pembahagian kerusi itu dengan bertan­ding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

DAP pula membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang. – MYNEWSHUB.CC

PRN Sarawak: Penyokong Pakatan Pertahan DAP, Kecam PKR

in Terkini/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Rata-rata penyokong Pakatan Harapan mempertahankan DAP dan menyalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan pertembungan sesama sendiri kedua-dua parti itu di enam kawasan pilihan raya negeri, 7 Mei ini.

Tinjauan Mynewshub ke atas komen-komen di laman sosial dan portal berita dalam talian mendapati majoriti penyokong Pakatan Harapan mahu DAP bertanding lebih kerusi di Sarawak berbanding PKR kerana berharap DAP yang memerintah Sarawak jika Pakatan Harapan menang PRN kali ini.

Pada mereka PKR hanya sebuah sebuah parti politik yang tidak sedar diri selama ini menerima bantuan daripada DAP untuk berjaya tetapi kini bersikap tamak untuk merebut kuasa.

Berikut antara cebisan daripada komen-komen penyokong Pakatan Harapan yang menyokong DAP dalam kemelut itu:

“Azmin (Timbalan Presiden PKR) pun bodoh, masa berunding di Parlimen dulu dia cepat sangat bagi keputusan, bagi 5 kerusi tu kepada DAP. Sekarang engkau langgar janji. Bodoh,” – Zamri Mohd.

“Kalau tanpa sokongan orang-orang DAP calon PKR akan hilang deposit. Sedarlah diri sikit,” – Azmi Jaafar.

“Bodoh macam lembu la PKR ni,” – Baba Nyonya.

“Mana peranan Kak Wan selaku presiden PKR dan ketua pembangkang? Kalau macam nilah sikapnya, memang patut Kak Wan ditolak sebagai MB Selangor,” – Mohammad Akram.

“PKR ni tak ubah macam parti PAS..tak pegang pada janji. Macam mana nak menang….tamak….bungkuslah awal….” – Shincowe Tan.

Ash hole….bodoh….orang bankrupt dipilih sebagai calon….apa ke bangang jentera pilihanraya PKR ni….” – Hakimi Hamid

“PKR itu hantar pasukan besar tapi calon kualiti lemah. Cari orang bankrupt dan yang ponteng pula,” – Sanchez Ozil.

Media hari ini melaporkan DAP dan PKR menyalahkan satu sama lain dalam kemelut agihan kerusi yang membawa kepada kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di enam kawasan.

Berikutan tindakan PKR bertanding lima kerusi yang disasarkan oleh DAP, maka DAP membalas dengan meletakkan calon kerusi majoriti Cina, Bukit Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR. – MYNEWSHUB.CC

PKR Salahkan Calon Sendiri!

in Terkini

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berang dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding di kerusi N82 Bukit Sari dan akan mengambil tindakan keatas calonnya untuk kawasan itu.

Pengarah Operasi Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Ismail Yusop berkata, pihaknya memohon maaf ke atas semua penyokong PKR di atas kecuaian itu.

“Calon (PKR) N82 Bukit Sari tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan.

“Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada jawatankuasa displin (PKR),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail dalam pada itu merakamkan kekesalan yang mendalam ke atas satu lagi kerusi yang didakwa telah dimenangi BN tanpa bertanding iaitu N04 Pantai Damai.

“Penamaan calon (PKR) N04 Pantai Damai terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon,” katanya. – mynewshub.cc

PKR Pertahan Wartawan Lapor Berita Putar Belit

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan tindakan wartawan MalaysiaKini, Kow Gah Chie kerana menulis berita berbaur rasis bertajuk ‘Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak’

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, seorang wartawan perlu diberi kebebasan untuk melaksana tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelapor berita.

“Gah Chie merupakan seorang wartawan yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun. Saya percaya beliau seorang wartawan yang akan bertanggungjawab.

“Secara prinsip saya berpendirian wartawan berhak untuk menulis laporan-laporan tersebut berasaskan apa yang mereka lihat dan alami sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Fahmi meminta Gah Chie membuat laporan polis supaya siasatan dibuat terhadap penyebaran gambarnya di media sosial untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Biarlah wartawan melapor dengan bebas,” katanya.

Malaysiakini pada Sabtu lalu mengarahkan Gah Chie pulang ke Kuala Lumpur bagi menutup aib kerana wartawan itu memutarbelit kenyataan ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapa’ee atas agenda tertentu.

Laporan berita tersebut berkemungkinan boleh membangkitkan sentimen keagamaan di negeri bumi kenyalang sementalah ia cukup sensitif disiarkan menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 bermula pada Isnin. – mynewshub.cc

PRN: Calon BN Tidak Gentar PKR Perkenal Maskot Badak

in Politik/Utama & Sensasi

KUCHING – Ketika lawannya dari PKR tampil garang dengan maskot badak sumbu berwarna biru muda sebagai tarikan bahan kempen, langkah itu nyata tidak menakutkan calon Barisan Nasional (BN), Lo Khere Chiang.

Bakal bertanding di salah satu 11 kerusi baharu, Batu Kitang, Pengerusi Majlis Bandaran Padawan yang juga ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu disaingi Voo Shiak Ni, seorang wanita dan peguam hak asasi manusia.

Beliau malah menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini sebagai cara rakyat Bumi Kenyalang memilih pemimpin tempatan yang betul dan dasar yang betul demi melindungi hak-hak Sarawak serta rakyatnya sendiri.

Justeru beliau meminta rakyat untuk membuat pilihan bijak dengan menyokong penuh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan pasukan kepimpinan beliau mandat kepercayaan selama lima tahun akan datang lagi.

Khere Chiang menjelaskan, Adenan merupakan pemimpin berorientasikan rakyat malah melaksanakan banyak dasar baharu selain perubahan demi kepentingan negei sejak mengambil alih daripada Tun Abdul Taib Mahmud.

Lo Khere Chiang
Lo Khere Chiang

“Saya melihat PRN ini sebagai amat penting kerana ini mengenai memilih pemimpin yang betul, maka rakyat kena buat pilihan bijak,” kata beliau ketika melawat beberapa peserta program 1Azam di Kampung Bumbok di sini.

Program kerajaan Pusat itu di bawah seliaan Majlis Bandaran Padawan untuk membantu golongan miskin dan memberi faedah kepada 12 keluarga sepanjang tahun lalu berbanding hanya 10 keluarga pada tahun sebelumnya.

Kenyataan terbaharu Khere Chiang itu merujuk usaha terbaharu Shiak Ni pada Ahad memperkenalkan maskot badak sumbu bernama Adil kononnya PKR mampu membawa perubahan lebih baik seumpama haiwan tersebut.

Tindakan aneh PKR itu dilihat ramai penganalisis politik tempatan sebagai langkah mereka cuba menyaingi imej DAP yang selama ini lebih menonjol di seluruh negara dengan maskot rasmi parti tersebut iaitu burung enggang.

Batu Kitang yang dipecahkan asalnya daripada kerusi Kota Sentosa milik DAP susulan persempadanan semula sepatutnya ditandingi oleh calon DAP tetapi terpaksa diserahkan kepada calon PKR. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Go to Top