Laman Utama Tags Posts tagged with "lucu"

lucu

1 693

HAI, ada saja video lucu yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sebagai contoh, video cara penggayaan tudung oleh mamat ini yang kini mula viral di laman Facebook.

Biarpun sekadar gurauan, ada juga mesej yang cuba disampaikannya secara sindiran iaitu dengan memasang lampu sebagai ‘aksesori’ tudung.

Mungkin ia ditujukan kepada mereka yang suka bergaya secara berlebihan sewaktu menyambut perayaan ini.

Jom saksikan video ini!

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

2 2421

SELALUNYA kita lihat ramai pelanggan yang suka melakukan ‘troll’ atau kata-kata berunsur sindiran terhadap sesebuah perkhidmatan menerusi laman sosial mereka.

Tetapi kali ini, sebaliknya pula yang terjadi apabila seorang pelanggan Pos Malaysia Berhad pula yang terkena di akaun Twitter selepas mempersoalkan mengenai perkhidmatan mereka.

pos malaysia

Jawapan itu ternyata mendapat perhatian di kalangan pengguna Twitter lain yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang melucukan.

pos komen

Hai, agaknya waktu ini admin Pos Malaysia tengah ‘masuk air’ kot!

Apapun, lain kali kalau nak bertanya, tanyalah elok-elok ye.

Tak pasal-pasal dah kena ‘troll’…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

0 1857

Sesekali berlaku pada saat sesuatu perkara menuntut kesempurnaan, pada ketika itulah terjadi bermacam-macam kejadian yang menjejaskan perjalanan majlis atau apa sahaja aktiviti.

Jika anda berkunjung ke United Kingdom (UK) contohnya, anda pasti berkeinginan untuk berkunjung ke Istana Buckingham di London untuk menyaksikan upacara pertukaran pengawal istana yang dilakukan begitu sempurna.

Setiap yang sempurna itu pasti ada kekurangan dan kadangkala kita tidak berkesempatan untuk menyaksikan sendiri perkara-perkara lucu terjadi.

Terima kasih diucapkan kepada beberapa orang yang tidak penulis kenali tetapi berada pada masa yang tepat apabila perkara-perkara yang tidak dijangka ini akan berlaku.

Khususnya, apabila ada pengawal rasmi istana di UK yang tergelincir dan terjatuh ketika upacara itu berlangsung. Itu sahaja sudah boleh mengundang ketawa para pengunjung yang menganggap kejadian berkenaan sebagai lucu.

Di Facebook, wujud satu kompilasi video-video saat tidak terduga berkenaan dikongsikan hasil rakaman mereka menggunakan kamera telefon bimbit.

Daripada kompilasi berkenaan, ada satu rakaman melibatkan seorang pengawal istana yang biasanya kelihatan tegas tetapi tersenyum kerana diusik oleh para pelancong yang datang apabila mereka menyanyi di hadapannya.

Anda tontonlah keseluruhan video ini, memang lucu. - MYNEWSHUB.MY

Oleh : IKA

5 4918

DI Bandar Jinhua, China seorang lelaki yang dikenali sebagai Xu, 40, terpaksa menanggung kesakitan selepas zakarnya patah semasa melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Insiden itu berlaku gara-gara dia terlalu ‘bersemangat’ selepas dua minggu tidak berasmara dengan isterinya kerana terlalu sibuk menonton perlawanan Piala Dunia di televisyen.

Memetik Shanghaidaily, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikatakan mempunyai hubungan yang cukup baik.

Kejadian disedari selepas Xu merasa sakit dan terkejut melihat zakarnya berdarah dan bengkok kira-kira 30 darjah.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana doktor yang merawatnya memberitahu kecederaan itu tidak akan menganggu kehidupan seksnya selepas ini.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 3978

ALAHAI…ceria sungguh si gadis ini ‘berposing’ di atas jambatan kolam ini!

Tapi sayang, kegembiraan itu tidak kekal lama selepas beberapa minit.

Sebabnya, inilah yang terjadi kepada si gadis itu:

GADIS 2

 

Ha, kan tak pasal-pasal lencun!

Khabarnya, ia berlaku apabila gadis tersebut duduk ‘berposing’ di atas kayu reput yang kemudiannya patah sehingga menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam itu.

Pengajarannya, seronok-seronok juga, tapi jangan sampai lupa tengok keadaan sekeliling ya…

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 2394

PETALING JAYA – Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yang mahu mengucapkan takziah ketika dunia hiburan dikejutkan dengan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu.

Soo yang berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu  pelakon Sharifah Amani.

“RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani),” tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad.

Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).

Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini.

Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yang disengajakan.

Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukan.

Untitled-2

Soo mempunyai kira-kira 357,000 orang pengikut laman sosial berkenaan.

Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru. – mStar

0 2011

ADUHAI…lucu ada, kasihan pun ada melihat video yang dikongsikan menerusi akaun Facebook ini.

Mentang-mentanglah kawan tu ada penyakit melatah, habis disergahnya sekuat hati.

Apa lagi, terus buka langkah silat si kawan yang baru hendak menyedut rokok itu sampai kejang kakinya.

Hai, sekali-sekala tak mengapalah kalau hendak bergurau.

Tapi, jangan buat selalu ya! Kalau waktu itu ada parang di tangannya, memang cari nahaslah jawabnya.

Video ini dimuatnaik dua hari sebelum puasa, jadi jangan pula ada yang bertanya, ‘tak puasa ke?’.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

1 1401

SEKADAR hiburan dan pengajaran untuk para pembaca di luar sana.

Memang seronok untuk kita mengetawakan kekhilafan orang lain.

Tapi, pada masa yang sama, adakah kita sudah cukup sempurna sehingga perlu memperlekehkan individu yang membuat kesilapan itu secara berlebih-lebihan?

Ha, status yang tersebar di laman sosial ini mungkin boleh dijadikan iktibar untuk semua.

Bukan main gelakkan orang lain, dia sendiri pun tersilap sama!

Sah-sah itu gambar BELALANG, dikatanya ‘lipas’ pula…

Inilah Akibatnya Kalau Gelakkan Kesilapan Orang Lain...

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 2521

KITA biasa mendengar pesanan ‘jangan ponteng puasa’ setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.

Namun, ada juga individu yang degil dan tidak mahu melaksanakan kewajipan ini biarpun tanpa alasan yang kukuh.

Tahukah anda apakah ‘habuan’ yang akan anda dapat jika ditangkap kerana tidak berpuasa di premis perniagaan makanan oleh pihak penguatkuasa agama?

Jawapannya, anda akan dibawa ‘bersiar-siar’ dengan van yang cukup ‘istimewa’.

Saksikan video ini untuk jawapan penuh…

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 621

APAKAH perasaan anda jika seseuatu perkenalan itu dimulakan dengan tamparan?

Adakah anda mempunyai keberanian untuk menampar individu yang baru pertama kali anda temui?

Dalam video ‘The Slap’ yang dimuatnaik beberapa hari lalu, 40 orang dipertemukan secara berpasangan oleh pengguna YouTube yang dikenali sebagai Uptomyknees.

Mereka kemudiannya diminta untuk menampar wajah satu sama lain.

Hasilnya, anda dapat melihat ada individu yang takut untuk menampar, ada yang terlalu kuat dan ada yang seronok sehingga mahu mengulanginya.

Video ini telah ditonton lebih empat juta kali menerusi laman YouTube. Saksikan.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 1037

ADUHAI, kalau nak buat aksi akrobatik sekalipun, pilihlah tempat yang benar-benar sesuai…

Video yang kami kongsikan ini menunjukkan seorang lelaki cuba menunjukkan aksi menterbalikkan badannya di hadapan sebuah pintu jamban.

Malangnya dia tersilap langkah sekaligus menyebabkan kakinya tertolak pintu tersebut secara tidak sengaja.

Kasihan teman yang sedang ‘enak’ membuang air, tak pasal-pasal privasinya dicerobohi.

Tapi, siapa suruh tak kunci pintu, betul tak?

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

2 2011

MACAM-MACAM cara digunakan oleh individu tertentu untuk mengiklankan produk atau barang yang ingin dijual di laman Mudah.my.

Antaranya termasuklah menggunakan ayat manis seperti adanya potongan harga atau barang percuma dengan pembelian barangan tersebut.

Bagaimanapun, iklan di atas agak unik dan berbeza kerana ia turut disertakan dengan luahan marah oleh si penjualnya pada ayat akhirnya.

Individu yang ingin menjual motosikal jenis Suzuki GS550 dengan harga RM8,500 ini memberitahu tujuannya ialah untuk mendapatkan duit untuk perkahwinannya.

Dia turut menghamburkan kemarahannya pada bakal bapa mertuanya kerana meletakkan hantaran tinggi sehingga menyebabkan dia terpaksa menjual motosikal kesayangannya itu.

Hai, memang nahaslah kalau bakal bapa mertuanya terbaca iklan ini…!

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 533

KELAKAR pun ada, kasihan pun ada apabila kami membaca perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.

Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka ‘terbuang’ air besar dalam perjalanan.

Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut untuk mendapatkan udara segar.

bas

Menerusi ruangan komen, dia memberitahu mungkin penumpang tersebut kurang sihat sehingga tidak sengaja ‘melepas‘ dalam seluarnya.

berak

Aduhai…macam-macam hal!…MYNEWSHUB

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Sumber: Facebook Johan A. Delvo)

 

0 217

Siapa yang pernah terlibat dengan cinta monyet masa sekolah rendah dulu mungkin ada tulis surat cinta kan?

Kalaulah surat cinta itu dibaca semula, mesti anda akan ketawa terbahak-bahak.

Rasanya, itulah yang berlaku sepuluh tahun akan datang bila penulis surat cinta di atas baca semula suratnya ini.

Dalam surat cinta monyet yang disebarkan di media sosial ini, seorang budak perempuan meminta ganti rugi kerana hubungan diputuskan.

Ganti rugi itu meliputi harga muffin, hadiah dan KFC.

Yang tak tahan tu, siap ada ‘tax’ RM5 sebab minta putus! Haha. – REM RAMZI

0 239

LUCU ada, kasihan pun ada melihat gambar yang dikongsikan oleh penyanyi Hafiz Hamidun melalui laman Facebooknya.

Inilah yang dikatakan ragam murid sekolah. Entah macam mana kepala boleh masuk celah-celah kerusi ni?

Ragam Lucu Kepala Murid Tersepit Celah Kerusi

Kepada adik-adik, janganlah aktif sangat sampai buat hal yang boleh menyusahkan diri sendiri dan guru-guru.

Tak pasal-pasal, cikgu jadi tukang perabot, kena gergaji pula kerusi tu.

Apa pun, anggap sahaja ia sebagai lumrah di hari pertama persekolahan ini ya…

Oleh: ELZA

http://mynewshub.my/tag/does-cialis-make-you-last-longer/, http://mynewshub.my/tag/canadian-cheap-viagra-pills/, http://mynewshub.my/tag/cialis-low-price/, cheapest cialis price, http://mynewshub.my/tag/estrogen-blocker-nolvadex/