Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

Lembu

Kantoi Curi Lembu, Kereta Hangus Dibakar

in Jenayah/Terkini

KEPALA BATAS – Dua lelaki gagal mencuri dua lembu apabila tindakan mereka disedari penduduk di Lahar Tiang dekat sini, 7.30 malam tadi.

Kejadian berlaku dalam ladang kelapa sawit ketika suspek cuba menarik lembu masuk ke dalam kereta.

Bagaimanapun, tindakan suspek berjaya dihidu penduduk yang cuba mengejar mereka namun, suspek sempat meloloskan diri ke ladang kelapa sawit.

Penduduk, Noor Bibi Ziana Murad, 30an, berkata, dia terkejut apabila mendapati beberapa penduduk mengerumuni kereta yang didakwa milik pencuri lembu.

“Dua ekor lembu dalam keadaan lemah turut berada dekat situ,” katanya.

Penduduk mendakwa lembu berkenaan disuntik ubat pelali sebelum ditarik masuk ke dalam kereta.

Orang kampung yang berang dengan tindakan suspek kemudian dipercayai bertindak membakar kereta mereka. – myMetro Online

Wanita Muslim Dirogol Kerana Makan Daging Lembu

in Jenayah/Utama & Sensasi

GARA-GARA dituduh memakan daging lembu, seorang wanita Muslim mendakwa dia dan sepupunya berusia 14 tahun dirogol oleh empat orang lelaki di Haryana, India.

Wanita berusia 20 tahun itu turut mendakwa bahawa bapa dan ibu saudaranya dipukul hingga meninggal dunia oleh empat lelaki  bukan Muslim di kediaman mereka di Mewat, India baru-baru ini.

“Mereka tuduh kami memakan daging lembu dan itu sebabnya kami dihina dan dirogol. Mereka juga ancam untuk bunuh kami jika kejadian ini diketahui orang lain,” kata wanita tersebut yang dipetik BBC.

Stesen penyiaran antarabangsa itu melaporkan, empat lelaki tersebut bagaimanapun telah ditahan dan didakwa di sebuah mahkamah kerana melakukan rogol dan pembunuhan.

Penganut agama Hindu di India menganggap lembu sebagai haiwan suci dan penyembelihan binatang itu waima oleh masyarakat Islam diharamkan di beberapa negeri termasuk Haryana.

Bagaimanapun, polis tempatan menjelaskan tiada bukti menunjukkan penglibatan kumpulan pelindungan haiwan (lembu) yang terbabit dalam kes serangan seksual ini.

Daerah Mewat yang didominasi Muslim itu pernah menjadi tajuk utama akhbar tempatan selepas kejadian polis memeriksa hidangan daging kambing supaya ianya tidak mengandungi masakan yang ada daging lembu. – MYNEWSHUB.CC

Ratusan Lembu Dipasang Pemantul Cahaya Elak Nahas

in Terkini

NEW DELHI – Polis India terpaksa memasang pemantul cahaya pada tanduk lembu sebagai usaha mencegah pemandu kenderaan daripada melanggar haiwan itu yang berkeliaran liar di jalan raya pada waktu malam.

Jurucakap polis trafik di negeri Madhya Pradesh berkata, pemasangan lapisan berwarna jingga itu dilakukan susulan banyak kemalangan dilaporkan berlaku dan buat permulaan kira-kira 300 ekor lembu dipasang pemantul berkenaan untuk mudah dikesan pemandu.

Ratusan haiwan ternakan itu sejak sekian lama menyebabkan gangguan aliran lalu lintas di seluruh India selain banyak nahas terjadi ekoran kegagalan pemandu mengelak daripada merempuh lembu yang berada di tengah jalan raya terutama ketika hari gelap.

“Ramai pemandu yang mungkin mengantuk atau rabun mata dalam kes langgar lari jalanan dikesan mengakibatkan haiwan ini sama ada cedera atau langsung terbunuh,” kata inspektor polis trafik daerah Balaghat, Kailash Chauhan kepada agensi berita antarabangsa AFP.

Justeru ujar beliau lagi, pihak polis tempatan terpaksa melakukan langkah awal sebelum lebih banyak kemalangan berlaku dan pemasangan pemantul cahaya tersebut daripada jenis plastik dilaporkan berjaya mengurangkan kadar pelanggaran lembu secara amat dramatik.

lembu

Ekoran kejayaan skim itu, pihak berkuasa berkata bahawa mereka berhasrat membeli lebih banyak cat jenis radium sebagai pemantul kekal kerana jangka hayat lapisan plastik lazimnya hanya mampu bertahan sementara selama beberapa minggu sebelum tertanggal sendiri.

Polis tempatan turut mengarahkan para petani untuk memasang pemantul cahaya pada tanduk lembu ternakan masing-masing demi memudahkan jarak penglihatan pemandu kenderaan jika haiwan tersebut mungkin berkeliaran ‘terbabas’ memasuki kawasan jalan raya.

Di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, pihak berkuasa bertindak tegas menyita lebih 600 ekor lembu setiap bulan dan pemilik yang datang menuntut semula haiwan milik mereka tersebut akan dikenakan pula denda sebanyak 1,250 rupee (kira-kira RM75) untuk seekor.

Sepanjang 2015 lalu, lebih 550 orang dilaporkan terbunuh di serata India dalam kemalangan akibat kenderaan dipandu mereka secara tidak sengaja merempuh lembu yang melepak di jalanan, menurut perangkaan nahas dikeluarkan oleh pihak kementerian pengangkutan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam pada itu merekodkan pada 2013 pula seramai lebih 231,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh India atas pelbagai sebab termasuk melanggar haiwan di jalanan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

10 Ekor Lembu Cuba Diseludup Dirampas Di Tumpat

in Terkini

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10 ekor lembu bernilai kira-kira RM40,000 dalam satu serbuan di Kampung Bendang Pak Yong di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, ASP Ahmad Amri Abd Rahman berkata rampasan itu dilakukan pada pukul 5.30 pagi menerusi satu intipan yang dijalankan di kawasan tersebut.

“Ketika intipan dilakukan kita dapati beberapa lelaki sedang menarik lembu-lembu berkenaan dari arah Sungai Golok sebelum ditambat di dalam semak berdekatan.

“Menyedari kehadiran kami, kesemua suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan semua lembu tersebut,” katanya kepada pemberita di Kampung Bendang Pak Yong.

Ahmad Amri berkata lembu berkenaan dipercayai dari Thailand dan dikumpulkan di satu tempat di sebelah negara berkenaan sebelum haiwan berkenaan diseludup masuk ke negara ini melalui Sungai Golok.

Beliau berkata lembu tersebut akan dibawa menyeberang melalui Sungai Golok di kawasan yang cetek dan akan diangkut menggunakan lori sebaik tiba di tebing sungai di negara ini.

Katanya aktiviti penyeludupan yang dilakukan warga tempatan itu dipercayai mendapat kerjasama penduduk Thailand yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau kenalan suspek.

“Kami percaya aktiviti penyeludupan haiwan ini agak aktif ketika ini berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan sempena Hari Raya Aidiladha nanti.

“Ini adalah rampasan kedua bulan ini membabitkan haiwan ternakan dan kami yakin terdapat beberapa sindiket berlainan yang menjalankan aktiviti ini. Kita akan terus memperkasakan kawalan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebanyak mungkin penyeludupan di sempadan,” katanya.

Kesemua hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Rantau Panjang, Pasir Mas untuk tujuan kuarantin. – BERNAMA

Budak Perempuan 7 Tahun Cedera Disondol Lembu Jantan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEEKOR lembu jantan dirakamkan mengamuk setelah terlepas daripada kandang dan sempat lagi menyondol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Sebuah rakaman amatur berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan beberapa warga bandar Alfamen di Zaragoza Sepanyol berdiri di atas sebuah kereta yang diparkir di kawasan berkenaan.

Mangsa yang berusia tujuh tahun itu merupakan rakyat Romania dan telah menetap di sana dikatakan disondol sebanyak dua kali di bahagian punggungnya.

Walaupun telah melarikan diri, lembu yang terlepas daripada kandang itu masih mengejar mangsa dan sekali lagi menyondol di bahagian badannya.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital kanak-kanak di Zaragoza.

Doktor yang merawat kanak-kanak tersebut memberitahu, mangsa berada dalam keadaan stabil kerana tiada kecederaan dalaman.

Beberapa orang lelaki dipuja sebagai hero kerana berjaya mengalihkan perhatian dan menangkap lembu berkenaan.

Tambah Datuk Bandar, Alejandro Gil, kejadian itu merupakan satu kemalangan yang tidak diduga. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah-langkah keselamatan kerana kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku.

Malah pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi menentukan punca kejadian itu berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Lembu Punca Perang Dunia Ketiga Meletus

in Utama & Sensasi

AHMEDABAD – Seorang bekas sami yang kini menjadi pegawai kerajaan India meramalkan Perang Dunia Ketiga mungkin meletus kerana seekor lembu.

Mahamandleshwar Swami Akhileshwaranand Giri berkata demikian pada mesyuarat majlis eksekutif negeri Madhya Pradesh.

Akhbar Indian Express memetik Giri sebagai berkata, lembu sudah sekian lama menjadi punca ketegangan.

“Perang Dunia Ketiga akan bermula kerana lembu. Banyak rujukan dalam mitologi mengenainya dan perang menuntut kemerdekaan pada 1857 juga bermula kerana lembu,” katanya.

Dia berkata demikian beberapa jam selepas Perdana Menteri, Narendra Modi menggesa pelampau Hindu dan sukarelawan yang melindungi haiwan itu berhenti menyerang golongan kasta rendah atau Dalit.

Serangan pelampau Hindu ke atas peniaga lembu meningkat sejak Modi dari parti kebangsaan Hindu memenangi pilihan raya pada 2014.

Lembu dilihat sebagai haiwan suci dan diumpakan sebagai ibu oleh penganut Hindu dan membunuhnya diharamkan di kebanyakan negeri di India.

Sekurang-kurangnya lima penduduk Islam dibunuh perusuh Hindu tahun lalu kerana dituduh makan daging haiwan itu atau menyeludupnya ke negara jiran. – Agensi/myMetro Online

Mata Dipinggul Lembu Untuk Selamatkan Singa

in Terkini

Okavango (Botswana) – Ia mungkin idea mengarut.

Bagaimanapun, hasilnya berjaya menyelamatkan haiwan ternakan, khususnya lembu daripada menjadi mangsa serangan singa, sekali gus menyelamatkan haiwan liar itu dibunuh akibat tindak balas manusia.

Dr Neil Jordan, pakar pemulihan biologi dari Pusat Sains Universiti New South Wales di Australia baru-baru ini mencetuskan idea melukis mata di pinggul lembu sebagai cara untuk mengelak haiwan itu daripada dibaham singa.

“Ia mungkin dilihat untuk menyelamat lembu. Tetapi, idea itu sebenarnya untuk melindungi singa daripada tindak balas manusia,” katanya ketika melakukan cubaan itu di Botswana.

Menurutnya, idea itu mampu mengelak singa daripada pupus memandangkan jumlah haiwan liar itu semakin berkurangan.

“Singa menyerang haiwan ternakan. Dan haiwan liar itu pula diserang penternak sebagai membalas dendam. Ia antara punca singa berdepan ancaman pupus,” kata Jordan.

Idea melukis mata pada pinggul lembu boleh membuat ia menyangka gerakannya diawasi, sekali gus membatalkan hasrat untuk membaham haiwan itu.

Saintis menyedari bahawa apabila menyedari ia dilihat boleh menghalang beberapa jenis haiwan menyerang mangsanya.

Sebagai contoh, pencari kayu api di India sudah sekian lama memakai topeng di belakang muka mereka sebagai cara memperdaya harimau. – Agensi/myMetro Online

Lembu Ramal Musim Hujan Tiba

in Terkini

BANGKOK – Petani di Thailand yang terjejas akibat kemarau menerima sedikit berita baik semalam apabila dua ekor lembu yang dianggap suci meramalkan nasib mereka akan berubah apabila musim hujan tiba tidak lama lagi.

Ramalan itu dilakukan ketika pesta membajak tanah, satu upacara purba bagi menandakan permulaan musim menanam padi.

Ketika perayaan itu, lembu suci yang mesti mematuhi ciri fizikal yang ketat dan berkelakuan baik diberi beberapa mangkuk yang mengandungi pelbagai jenis makanan.

Dalam upacara semalam yang diketuai Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn, dua lembu itu memilih untuk memakan beras, bijan, rumput kering dan meminum air serta arak.

Jabatan haiwan Thailand berkata, kombinasi makanan yang dipilih itu menunjukkan air mencukupi, tanaman subur dan perdagangan asing yang lebih baik pada tahun depan.

Lembu itu membuat ramalan positif yang sama pada tahun lalu tetapi ramalan berkenaan langsung tidak tepat.

Pada tahun ini, seperti di kebanyakan kawasan di wilayah Mekong, kemarau paling buruk melanda dalam tempoh beberapa dekad..

Kerana tidak boleh menanam padi, ramai petani semakin dihimpit dengan bebanan hutang.

Ribuan penduduk kampung di timur laut Thailand terpaksa bergantung kepada bekalan air yang dibawa lori tangki selepas sungai dan tasik tadahan air kering.

Musim hujan biasanya bermula pada Mei dan sampai ke kemuncaknya pada Ogos dan September. – AFP/myMetro Online

Pencuri Lembu Bersenjata Cili Dan Serbuk Kari

in Jenayah/Utama & Sensasi

GOMBAK – Guna serbuk cili dicampur serbuk kari ikan sebagai senjata untuk serang mangsa rompakan. Itu antara tindakan dua lelaki yang cuba curi lembu di sebuah ladang ternakan di Jalan Manggis Sungai Kertas, di sini.

Bagaimanapun, tindakan dua suspek itu gagal selepas salah seorang daripada mereka ditahan sendiri oleh pemilik ladang berkenaan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, salah seorang suspek lelaki berusia 19 tahun ditangkap pemilik ladang berusia 37 tahun selepas berlaku pergelutan, manakala rakannya dapat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kehadiran penjenayah disedari isteri pemilik ladang itu yang melihat kelibat dua lelaki curiga di hadapan rumah sebelum memaklumkan perkara itu kepada suaminya.

Katanya, pemilik ladang itu kemudian segera memeriksa sekitar kediaman dan mendapati suspek berada di ladang ternakan lembu di belakang rumahnya.

“Ketika kejadian, salah seorang suspek didapati memasuki ladang itu tanpa kebenaran sambil membawa segulung tali dan satu beg plastik mengandungi serbuk cili bercampur kari ikan selain sebilah pisau.

“Pemilik ladang terbabit menyuluh lampu ke arah suspek dan bertanya tujuannya. Suspek kemudian memberi alasan mahu menangkap babi di kawasan itu,” katanya.

Bagaimanapun seorang lagi suspek tiba-tiba mencampakkan serbuk cili itu ke arah muka mangsa hingga menyebabkan mata mangsa pedih.

Ali berkata, mangsa bagaimanapun sempat bergelut dan merampas pisau milik suspek.

“Mangsa kemudian berjaya menangkap suspek menyebabkan rakan suspek melarikan diri.

“Suspek yang turut cedera mendapatkan bantuan daripada ahli keluarganya sebelum menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya. – myMetro Online

Bomba Selamatkan Lembu Jatuh Lubang Longkang

in Hangat

BERLAKU sedikit kekecohan apabila seekor lembu telah terjatuh dan terperangkap di dalam longkang bawah tanah di sebuah taman perumahan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor kira-kira jam 8 malam, Rabu.

Lembu itu dipercayai terjatuh ke dalam lubang tersebut kerana tidak ditutup. Seorang penduduk yang menyedari insiden itu telah segera menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan lembu tersebut.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, sepasukan dari balai Sabak Bernam bergegas ke tempat kejadian dan berusaha menyelamatkan lembut tersebut dan turut dibantu beberapa penduduk setempat.

Sejurus selepas usaha menyelamatkan lembu itu berjaya, haiwan tersebut diserahkan kembali kepada pemiliknya yang juga berada di situ untuk membantu pihak bomba mengeluarkan lembunya dari longkang berkenaan.

Selain daripada memadamkan kebakaran, pihak bomba juga harus diberi pujian kerana sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat walaupun membabitkan seekor lembu. – MYNEWSHUB.CC

1

2

3

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor

Kereta Pencuri Terbakar, Lembu Curi Rentung

in Hangat/Jenayah

JERTIH – Cubaan dua lelaki mencuri seekor lembu bukan sahaja gagal kerana kereta mereka terbakar malah lembu terbabit rentung dalam kejadian di Kampung Bukit Kenak, dekat sini, awal pagi tadi.

Perbuatan dua pencuri itu disedari polis yang mengekori kereta Nissan Celfiro dinaiki mereka dari arah Kuala Terengganu ke Jertih, kira-kira jam 4 pagi.

 LEMBU yang rentung selepas kereta pencuri terbakar di Kampung Bukit Kenak, dekat Jertih, awal pagi tadi. - Foto Mohammad Ishak
LEMBU yang rentung selepas kereta pencuri terbakar di Kampung Bukit Kenak, dekat Jertih, awal pagi tadi. – Foto Mohammad Ishak

Menyedari diekori, dua lelaki dalam lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri bagaimanapun kereta mereka berasap dan terbakar sebaik tiba di kampung berkenaan.

Suspek memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri meninggalkan lembu curi yang diletakkan di tempat duduk belakang, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meloloskan diri.

Kereta Nissan Cefiro dinaiki dua suspek musnah terbakar, manakala lembu curi itu rentung.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan. – BH ONLINE

Rugi RM200,000, 53 Lembu Dilarikan Perompak

in Terkini

TANGKAK – Seorang penternak menanggung kerugian hampir RM200,000 selepas 53 lembu peliharaannya dilarikan sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan Paya Mas, Kampung Simpang Bekoh, di sini semalam.

Penternak lembu itu, Mohd Amadi Ali, 23, berkata ketika beliau berehat di sebuah pondok di ladang ternakan awal pagi tadi, lapan lelaki bertopeng datang ke arahnya.

“Mereka mengarahkan saya tidak berbuat apa-apa dan mengikat tangan serta kaki saya menggunakan wayar.

“Kemudian mereka mengunakan selimut menutup muka saya sebelum melarikan lembu itu mengunakan sebuah lori,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya beliau percaya perompak mengunakan lori 10 tan kerana mendengar bunyi brek angin.

Beliau berkata perompak itu juga melarikan sebuah motosikal miliknya, serta merampas dompetnya.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan terikat dan mata tertutup.

“Selepas mendengar perompak itu beredar, saya cuba melepaskan diri dengan meregangkan ikatan pada tangan dan kaki,” katanya.

Mohd Amadi berkata beliau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak kira-kira jam 5.30 pagi bagi membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohammad Salleh Abd Razak, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati rompakan itu dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki tempatan berdasarkan laporan yang dilakukan mangsa. Polis juga masih melakukan siasatan secara menyeluruh berkaitan kejadian tersebut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan. Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau membeli daging lembu dengan harga murah supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. – BERNAMA

Tahi Lembu Kering Pun Boleh Dibeli Melalui eBay

in Utama & Sensasi

Anda boleh menemui hampir kesemua benda dalam eBay. Bukan hanya kereta dan hadiah harijadi kepada tersayang malah lebih mengejutkan ialah tahi lembu dari India.

Campuran najis berkenaan yang dijemur hingga kering itu dihasilkan oleh golongan wanita di sebuah kampung di pedalaman India.

Tahi kering berkenaan sudah lama digunakan untuk dijadikan bahan bakar dan dijual pada harga £14 untuk 30 keping.

Disebabkan tempahan yang diterima cukup banyak disebabkan mereka menawarkan penghantaran percuma, wanita yang menghasilkan kepingan tahi kering itu terpaksa mendapat bantuan penduduk di kawasan lain untuk membalut najis berkenaan.

Selain bahan bakar, tahi lembu itu juga boleh dijadikan sebagai baja semulajadi dan pembersih udara apabila dicampur dengan kapur barus.

Permintaan terhadap tahi lembu ini akan meningkat menjelang perayaan Deepavali dan ketika penganut Hindu mengadakan upacara sembahyang di rumah atau pejabat.

Pada musim sejuk pula, orang ramai menggunakannya sebagai bahan bakar ketika menjalankan aktiviti di luar rumah.

Babi Hutan Jadi Anak Angkat Keluarga Lembu

in Hangat

BERLIN – Seekor anak babi hutan di Goettingen, Jerman dilaporkan sanggup berhijrah meninggalkan hutan untuk hidup bersama-sama dengan sekawan 30 ekor lembu di sebuah ladang ternakan tempatan.

Peladang Dirk Reese memberitahu, babi yang diberi nama timangan ‘Banana’, sudahpun tinggal dengan lapan ekor lembu selama lebih dua bulan di kawasan terletak di utara Hamburg, tidak jauh dari sempadan Denmark.

Agensi berita DPA memetik Reese sebagai berkata, Banana diterima dengan baik oleh lembu-lembu itu – “Ia dapat bergaul dengan sekawan lembu dan ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.”

Menurut Reese, Banana kini semakin terkenal di daerah pedalaman tersebut walaupun ia dianggap haiwan liar dan tergolong pula dalam kumpulan binatang najis berat atau mughallazah menurut ajaran Islam.

Atas sebab itu, Banana dapat hidup bebas bersama keluarga baharu haiwan itu dan bagi Reese pula, beliau boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi bimbang sekiranya Banana dijadikan sasaran oleh para pemburu tempatan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

China Buka Kilang Klon Lembu Di Tianjin

in Utama & Sensasi

TIANJIN – Lebih 200 tahun lalu, ahli ekonomi Britain, Thomas Robert Mathus meramalkan bahawa bumi akan kehabisan sumber makanan untuk menampung penduduk global yang makin bertambah.

Bagaimanapun, kemajuan bidang biologi sintetik dan kejuruteraan genetik akan menyebabkan berlakunya peningkatan luar biasa bekalan makanan dunia berbanding peningkatan menerusi kaedah biasa seperti diramalkan Mathus.

China sebagai contoh, sedang mengorak langkah untuk memanipulasi bekalan makanan negara itu dengan kaedah kejuruteraan genetik, berbanding meningkatkannya dengan kaedah tradisi.

Pada tahun 2016, Kumpulan Boyalife merancang untuk membuka sebuah kilang klon lembu baharu di Tianjin, di utara China yang mampu menghasilkan lebih sejuta ekor lembu setahun, menjelang tahun 2020.

Logiknya adalah mudah, penternak lembu China gagal memenuhi permintaan daging negara itu dan terpaksa bergantung dengan bioteknologi untuk penyelesaian.

Projek klon komersial itu dilakukan dengan kerjasama antara Sinica, anak syarikat Kumpulan Boyalife; Institut Perubatan Molekular, Universiti Selatan; Akademi Bioperubatan Bersama Antarabangsa Tianjin dan Yayasan Kajian Bioteknologi Sooam, Korea Selatan.

Pelannya adalah untuk menyiapkan kilang klon komersial bernilai AS$42 juta (RM176.68 juta) pada separuh pertama tahun 2016 dan kemudian memulakan pengeluaran sebanyak 100,000 ekor lembu setahun.

Dalam masa lima tahun, kilang itu dijangka meningkatkan penghasilan kepada sejuta lembu setahun. Ia adalah peningkatan luar biasa bekalan makanan daripada sifar kepada 100,000 ekor dan kemudian kepada sejuta lembu hanya dalam tempoh lima tahun.

Jumlah itu menakjubkan kerana China jelas sedang cuba mendapatkan bekalan daging sebanyak mungkin, hingga ke tahap negara luar boleh menempah daging beku atau daging siap masak Australia, dari China.

Pada Julai lalu, China memeterai perjanjian eksport lembu hidup dengan Australia untuk memenuhi peningkatan permintaan dagingnya. Mulai tahun 2016, China dijangka membelanjakan AS$2 bilion (RM8.41 bilion) setahun untuk mengimport sejuta lembu setahun dari Australia. – AGENSI

[wpdevart_youtube]y0L2L-b-PQg[/wpdevart_youtube]

Mulut Matador Ditusuk Tanduk Lembu Jantan

in Hangat

Guadalajara, Mexico – Seorang matador berdepan detik cemas apabila mulutnya ditusuk tanduk lembu jantan dalam pertandingan lawan lembu di bandar ini baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika matador muda dari Peru, Andres Roca Rey, 19, menentang seekor lembu jantan di gelanggang lawan lembu di Plaza Nuevo Progreso di sini.

Dalam pertunjukan itu, Rey beberapa kali terjatuh selepas ditanduk lembu jantan berkenaan, tetapi dia bertekad meneruskan persembahan.

Bagaimanapun, ketika lembu jantan itu membuat satu terjahan, Rey gagal mengelak menyebabkan tanduk haiwan itu menusuk mulutnya.

Serangan itu menyebabkan Rey melambung sebelum jatuh ke tanah.

Perlawanan segera dihentikan, lalu Rey dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran.

Bagaimanapun, Rey tidak cedera parah dan hanya dua batang gigi hadapannya patah.

Walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa, Rey bertekad kembali ke gelanggang tidak lama lagi untuk mengembalikan maruahnya. – Agensi/myMetro Online

Petani China Perah Susu Lembu Tengah Bandar

in Hangat

BEIJING – Seorang petani di Gansu nampaknya cuba mengembalikan konsep menjual susu zaman dulu kala apabila membawa lembunya ke bandar di Zhangye dan menawarkan penduduknya susu asli sebenar.

Strategi perniagaan lelaki itu nampaknya laris apabila penduduk Zhangye berpusu-pusu membeli susu asli diperah segar dari lembunya.

China News melaporkan ada penduduk tempatan lebih menggemari susu seperti itu berbanding yang sudah diproses dan dijual dalam kotak kerana menganggapnya lebih sihat.

Malangnya, pelbagai bakteria seperti Salmonela, E coli dan Listeria antara kuman yang mampu menjangkiti seseorang jika minum susu tidak dipasteur, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA).

Mungkin petani dari Gansu ini mendapat idea untuk menjual susu lembunya selepas melihat kejayaan gembala kambing di wilayah Shaanxi yang membawa haiwan ternakan mereka ke Xi’an menaiki van untuk menjual susunya dengan harga 10 yuan (RM6.90).

Secara kebetulan, kebanyakan pengguna China kurang mempercayai jenama susu tempatan disebabkan pelbagai skandal pencemaran kimia dikaitkan dengan bahan minuman itu sejak beberapa tahun.

Seterusnya ini membuka ruang untuk usahawan yang kreatif membawa haiwan ternakan mereka ke bandar besar, malah ada juga yang terbang ke Australia semata-mata mahu membeli susu formula bayi untuk dijual semula di China. – Agensi/myMetro Online

Anak Lembu Keliru, Sangka Dirinya Seekor Anjing

in Hangat

SEEKOR anak lembu di California menjadi sensasi Internet selepas dipercayai mengalami ‘kecelaruan identiti’.

Goliath yang berusia 8 minggu, telah diselamatkan daripada dibunuh satu ketika dahulu dan kini dijaga serta dibela sebuah keluarga.

[KUCING ‘LUPA DIRI’ LEPAS DIBELA KELUARGA MUSANG]

3

Pemiliknya, Shaylee Hubbs, 18, berkata dia yakin anak lembu itu telah lupa asal-usulnya dan cara untuk berkelakuan seperti seekor lembu.

Shaylee percaya sifat Goliath itu mungkin dipengaruhi oleh 3 ekor anjing berbaka Great Dane yang dibelanya.

4

“Saya yakin Goliath berasakan dirinya seekor anjing selepas dibesarkan 3 ekor anjing itu.

“Kesemua mereka berkejaran dan main bersama-sama. Goliath melihat kesemua anjing itu makan di dalam mangkuk lalu menirunya. Ia juga duduk di atas sofa sama seperti anjing,” kata Shaylee.

2

Malah, Goliath dikatakan menganggap salah seekor anjing peliharaan Shaylee itu adalah ibunya.

Anak lembu yang ‘lupa daratan’ itu mula menjadi viral selepas gambarnya mendapat perhatian di laman makro Twitter. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

1

Gambar ‘Hiba’ Lembu Tak Sanggup Tinggal Rakan Mati Dilanggar

in Hangat

GAMBAR sekumpulan lembu yang tidak sanggup meninggalkan ‘rakan’ yang mati dilanggar di jalan raya telah menjadi sensasi Internet di Hong Kong.

Sebelumnya, seekor lembu hitam mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 7.35 pagi di Jalan Ma On Shan, semalam.

w2

Sekumpulan lembu lain yang turut cuba melintas jalan raya itu dikatakan cuba membantu lembu tersebut dengan menolak bangkainya ke tepi jalan namun gagal.

Akibatnya sekumpulan lembu itu dikatakan ‘sedih’ dan memutuskan untuk terus berada di samping bangkai tersebut.

w3

w4

Individu yang melanggar lembu malang itu segera melaporkan kejadian kepada pihak polis kerana bimbang kesesakan lalu lintas yang berlaku akibat dari kejadian tersebut.

Apa pun, kasih sayang yang ditunjukkan sekumpulan lembu itu ternyata menyentuh perasaan setiap netizen yang melihat gambar ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

4 Restoran India PJ Tipu Hidangan Daging Kambing?

in Terkini

PETALING JAYA – Wakil rakyat DAP menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil tindakan ke atas empat restoran India di sini yang didakwa menipu pengguna Hindu mengenai menu daging kambing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R. Rajiv berkata, beliau mendapat aduan restoran terbabit menghidangkan daging lembu untuk menu daging kambing kepada pelanggan beragama Hindu.

“Berita mengenai empat restoran India di Petaling Jaya menawarkan menu daging kambing tetapi sebenarnya daging lembu membimbangkan masyarakat Hindu yang tidak makan daging lembu atas faktor agama.

“Ini berita yang mengejutkan dan tersebar luas menerusi WhatsApp dan saya sendiri telah menerima banyak aduan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kimia dan MBPJ perlu melakukan siasatan ke atas restoran terbabit dan mengenakan tindakan jika dakwaan itu benar.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan hidangan daging kambing yang dijual di restoran-restoran bukan daging lembu. – MYNEWSHUB.CC

Veterinar Minta Jangan Percaya Video Sembelih Lembu

in Terkini

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan video proses penyembelihan lembu secara tidak halal yang sedang diviralkan di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Dr. Kamaruddin Md. Isa berkata, video tersebut boleh mengelirukan dan meragukan pengguna kerana didakwa berlaku di Malaysia.

“Video menunjukkan proses stunning dan bukannya proses penyembelihan. Proses stunning menggunakan alat pneumatic stunner tidak terdapat di rumah sembelih Malaysia. Oleh demikian, klip video ini berkemungkinan besar menggambarkan keadaan di luar negara.

“Dalam proses penyembelihan sebenar, penyembelih akan melakukan proses penyembelihan dengan menggunakan pisau yang tajam dengan membaringkan ternakan, memutuskan halkum dan dua salur darah karotid. Video yang ditunjukkan tidak dapat digunakan untuk menentukan sama ada proses penyembelihan halal atau sebaliknya dilakukan kerana tiada proses penyembelihan ditunjukkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Kamaruddin berkata, pihaknya merumuskan `pneumatic stunner’ yang dipaparkan di dalam video tidak digunakan di Malaysia.

Menurutnya, ia juga tidak digunakan oleh semua pusat penyembelihan di India yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeksport daging ke Malaysia.

“Semua pusat di India yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk pengeksportan daging kerbau sahaja. Sebaliknya video menunjukkan ternakan lembu yang mana turut dilarang penyembelihannya di India,” katanya. – mynewshub.cc

Remaja Sanggup Jadi Lembu Tunggangan Demi Sara Keluarga

in Hangat

DEMI kerana bapa, seorang remaja berusia 15 tahun, kini menjadi tajuk berita muka depan akhbar tempatan selepas dia menyarung kepala lembu dan membiarkan dirinya ditunggangi dengan bayaran 5 yuan, bagi menyara bapanya yang sakit dan lumpuh.

Gadis itu, Hao Dongdong sanggup menjadi lembu tunggangan dan menyediakan perkhidmatan itu di tepi jalan.

Dia hanya duduk berlutut di jalan dan menunggu orang ramai yang mahu menunggangnya sambil dia memakai sarung kepala lembu.

Ada kalanya Hao menjadi mangsa buli dan dia juga pernah ditampar oleh orang yang mabuk. Hao turut ditawarkan menjadi GRO oleh seorang wanita.

Bagaimanapun usahanya itu tidak mendapat sokongan penduduk malah ramai yang menggelarnya sebagai penipu.

Manakala golongan pekedai pula menyifatkan pekerjaan yang dilakukan Hao telah memburukkan tempat tersebut.

Disebabkan mereka tidak mempercayainya, Hao telah membawa bapanya ke tempat kerjanya itu bagi membuktikan kata-katanya.

9

“Bapa saya memerlukan bayaran sebanyak £500 setiap bulan untuk rawatan perubatan. Adik-adik saya pula perlu ke sekolah. Saya tidak mempunyai kad pengenalan jadi saya tidak boleh bekerja, hanya meminta sedekah,” katanya.

Bapanya yang berusia 54 tahun itu menjadi lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan pada 2014. Ibunya pula telah meninggalkan mereka.

“Saya tahu apa yang orang ramai fikirkan tetapi saya tidak peduli,” kata Hao. - MYNEWSHUB.CC

GAMBAR: Imam Maut Terkena Parang Ketika Sembelih Lembu

in Hangat

SUNGGUH menyayat hati… seorang imam muda maut selepas parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tanpa diduga tertusuk pada lengan kirinya ketika menunaikan ibadah korban.

Kejadian dilaporkan berlaku di Surau Taman Cahaya Baru, Yong Peng, Johor kira-kira pukul 11 pagi pada Khamis itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali Suharto Bin Meodjib Dimjati cedera parah.

wmwm3

Susulan itu, mangsa segera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Yong Peng sebelum dia kemudian dibawa pula ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lebih lanjut.

Bagaimanapun, allahyarham Suharto gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan kerana kehilangan darah yang banyak.

Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.

Namun, entah macam mana seekor lembu yang sedang disembelih secara tiba-tiba mengelupur dengan kuat sehingga mengakibatkan mangsa dan imam yang menyembelih tercampak ke belakang.

Malangnya, pada masa yang sama parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tadi melantun terkena pula pada bahagian lengan mangsa.

wm1

Al-fatihah dan semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. – MYNEWSHUB.CC

Jailani Agih 11 Ekor Lembu Korban Kepada Penduduk Hulu T’ganu

in Terkini

HULU TERENGGANU – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hari ini menyumbangkan 11 ekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat di daerah Hulu Terengganu sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata sumbangan lembu korban itu akan diagihkan kepada sembilan buah kampung di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen berkenaan, serta dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Pendidikan Hulu Terengganu dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Hulu Terengganu.

“Sumbangan lembu korban ini diagihkan kepada masyarakat di daerah ini bagi mereka merasai suasana Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

“Ini tahun ketiga sumbangan seumpama ini diagihkan, dan setiap tahun kita berikan kepada kampung dan jabatan berbeza,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan lembu korban di Dataran Kuala Berang di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Dula, Abu Bakar Othman berkata sumbangan itu memberi makna besar kepada masyarakat terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan di kampungnya.

“Kita akan sembelih lembu ini secara bergotong-royong, masak dan makan beramai-ramai agar semua penduduk dapat merasai daging lembu ini.

“Ada juga penduduk yang kurang berkemampuan dan dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapatlah mereka menikmati suasana sambutan Hari Raya Aidiladha ini,” katanya. – BERNAMA

Terengganu Jamin Bekalan Lembu Mencukupi Untuk Aidiladha

in Terkini

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) memberi jaminan bekalan lembu dan kambing mencukupi bagi memenuhi keperluan umat Islam melakukan ibadan korban dan akikah pada Aidiladha ini.

Pengarahnya Dr Abd Razak Mohd Zailan berkata jabatan itu membuat persediaan awal dengan meningkatkan bekalan haiwan itu melalui pembekal tempatan untuk memastikan ia mencukupi.

“Insya-Allah, bilangan lembu dan kambing pada Hari Raya Haji mencukupi sebab kita mempunyai ramai pengusaha ternakan di negeri ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Namun, katanya sekiranya pengedar dan pembekal mahu membawa lembu dari negeri lain, mereka perlu mendapatkan permit kesihatan dan permit pemindahan bagi memastikan haiwan itu sihat sepenuhnya.

Mereka juga perlu memohon permit penyembelihan di Pejabat Veterinar.

Dr Abd Razak turut meminta mereka supaya tidak menyembelih lembu betina kerana ia mampu beranak dalam tempoh tujuh tahun. – BERNAMA

5 Ditahan Kes Curi Lembu Dipaksa Makan Najis Lembu

in Hangat

KUANTAN – Lima individu ditahan berhubung kes dua lelaki yang disyaki mencuri lembu dibelasah, dipaksa makan najis lembu dan kereta mereka dibakar di Felda Jengka 17, Maran pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Razi berkata mereka ditahan di Jengka 15 dan Jengka 17 hari ini.

Beliau berkata seorang daripada dua mangsa yang dipukul itu telah dibenarkan pulang dari Hospital Bandar Jengka manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi menjalankan pembedahan tangan.

Namun setakat ini belum terdapat laporan polis dibuat oleh pihak yang lembu mereka dikatakan dicuri, katanya.

Keadaan mangsa yang dibelasah dan dipaksa makan najis tersebar luas di laman sosial dan mendapat reaksi pelbagai.

Mat Rizal tidak menafikan kejadian mencuri lembu kerap berlaku di kawasan tersebut namun jarang dilaporkan.

“Lembu-lembu di kawasan ini biasanya dibiarkan bebas berkeliaran di ladang kelapa sawit. Pemilik hanya mengenali lembu mereka berdasarkan rupa bentuk haiwan tersebut misalnya berdasarkan bentuk fizikal dan warna kulit,” katanya. – BERNAMA

TMJ Beri Lembu Kepada Setiap Daerah Di Johor

in Terkini

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengagihkan lembu di setiap daerah di Johor sebagai sumbangan berbuka puasa kepada orang ramai pada Ramadan ini.

Tunku Ismail bertitah demikian sebagai niat baginda bersempena hari keputeraannya yang ke-31 hari ini.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.

“Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat Tuanku Sultan Johor untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa,” titah baginda melalui laman Facebook Johor Southern Tigers di sini.

Tunku Ismail turut bertitah mahu bersedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di seluruh Johor.

“Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat,” titah baginda. – mynewshub.cc

 

Kemaluan Matador Cedera Dirodok Lembu

in Terkini

Madrid – Seorang matador dirodok di kemaluannya di depan ribuan penonton dalam pesta laga lembu di sini.

Marco Galan mengambil bahagian dalam pesta berkenaan di Plaza de Toros de Las Ventasm, gelanggang laga lembu terbesar di Sepanyol, Ahad lalu.

Rakaman video menunjukkan Galan membenamkan dua tombak kecil pada belakang lembu berkenaan sebelum haiwan itu menanduknya, menyebabkan lelaki itu terpelanting.

Rodokan tanduk kiri itu terkena kemaluan Galan. Sebaik dia jatuh, lembu itu menyerangnya lagi. Kali ini, tanduk kanannya menembusi jaket lelaki itu dan dia diheret haiwan berkenaan, menyebabkan matador lain meluru ke dalam gelanggang untuk membantu Galan.

Galan dirakam berjalan keluar dalam keadaan berdarah pada seluarnya.

Akhbar El Mundo melaporkan: “Kantung zakar Galan koyak. Dia menjalani pembedahan di arena itu sebelum dipindahkan ke hospital.”

Galan ialah bandarerillero yang tugasnya menikam banderilla, tombak kecil, pada belakang lembu sambil berlari sehampir mungkin dengan haiwan berkenaan untuk mempamerkan keberanian.

Lembu yang merodok Galan akhirnya mati.

Festival berkenaan ditangguhkan tahun lalu, buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun selepas tiga matador dirodok. – Agensi/myMetro Online

 

Kejam.. Tak Disembelih, Lembu Dipukul Sampai Mati Di Vietnam

in Hangat

CANBERRA — Industri perdagangan ternakan hidup Australia kembali dilanda kontroversi susulan laporan hasil siasatan dilakukan kerajaan Australia yang mendapati lembu negara itu dipukul dengan kejam di Vietnam.

Pasukan penyiasat Jabatan Pertanian Australia berjaya menemui bukti lembu yang dieksport ke Vietnam dipalu kuat pada kepalanya sehingga mati dengan menggunakan tukul besi dan bukan disembelih di bahagian leher.

Siasatan itu mendapati tiga kes sedemikian berlaku pada Mac tahun ini malah awal bulan ini, organisasi sukarela Animals Australia juga mengesahkan laporan lembu negara itu dibunuh dengan tukul di Vietnam.

Pemerhati hak asasi haiwan itu dalam laporan mereka menyatakan, kejadian mengerikan tersebut untuk mematikan sejumlah lembu Australia berlaku di beberapa rumah haiwan yang tidak rasmi di utara Vietnam.

Animals Australia melakukan penyelidikan di Vietnam setelah menerima maklumat daripada wakil industri ternakan Australia pada April lalu bahawa ribuan lembu Australia disembelih dengan cara yang tidak sesuai.

“Pembunuhan lembu dan kerbau dengan cara melakukan pemukulan berulang kali di kepala ternakan itu menggunakan tukul merupakan kaedah penyembelihan tradisional di Vietnam,” kata organisasi tersebut.

Vietnam adalah pasaran eksport kedua terbesar Australia untuk sektor ternakan hidup selepas Indonesia dan menurut Animals Australia, ada 178,000 ekor binatang ternakan yang dieksport ke Vietnam sepanjang tahun lalu.

Aktivis hak asasi haiwan tempatan menyatakan, sudah ada lapan aduan serupa yang dilaporkan kepada mereka selama dua tahun terakhir mengenai kaedah pembunuhan kejam ternakan import berlaku di Vietnam.

Seorang jurucakap Kementerian Pertanian Australia, Barnaby Joyce, menjelaskan, Jabatan Pertanian akan memantau ketat eksport lembu ke Vietnam sejak menerima laporan mengenai hal tersebut pada Mac lalu.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak industri untuk memastikan semua masalah yang dilaporkan dapat diperbaiki dan standard kesejahteraan haiwan yang cukup ketat harus dilaksanakan,” kata jurucakap itu.

Jabatan tersebut juga masih terus mencari maklumat daripada pengeksport negara lain di Vietnam untuk menentukan apakah telah terjadi pelanggaran sama bagi ternakan mereka. — Agensi/H.A.AMREE

Gempar ‘Lembu Psiko’ Makan Biri-Biri

in Hangat

Nakuru – Satu keluarga sebuah kampung di Kenya terkejut selepas mendapati lembu peliharaan mereka bertukar menjadi karnivor apabila memakan bebiri sejak minggu lalu.

Charles Mamboleo berkata, dia terperanjat apabila bangun pagi Rabu lalu dan mendapati lembunya memakan seekor bebiri yang ditanduk hingga mati sebelum itu.

Keesokannya, lembu itu makan seekor lagi bebiri walaupun sudah disediakan rumput dan air untuknya makan seperti sebelumnya.

“Selepas kejadian pertama, kami menyangka lembu itu kelaparan. Kami tambah rumput dan air. Tetapi ia masih mengejar biri-biri,” kata Mamboleo.

Dia bimbang lembu itu disihir kerana ia tidak melahirkan anak sejak dibeli.

Isteri Mamboleo, Consepta Kerubo juga menyuarakan kebimbangan haiwan itu akan makan anak mereka.

Bagaimanapun, pegawai pertanian tempatan Albert Kabugi menolak dakwaan lembu itu disihir.

Menurutnya, haiwan berkenaan mungkin kekurangan zat dan mineral yang ditemui pada rumput.

Rumput semakin sukar diperoleh di negara itu kerana kemarau.

Dia bagaimanapun mengaku terkejut dengan kejadian itu dan berkata, ini kali pertama ia mendapat tahu lembuh makan daging. – Agensi

Air Mani Lembu Berharga RM257,000 Dicuri

in Terkini

Le Roy (Amerika Syarikat) – Air mani dan embrio lembu berharga AS$70,000 (RM257,000) dicuri dari sebuah ladang ternak di Minnesota, kelmarin.

Pemilik ladang Daniel Weness berkata, dia mengambil air mani dan embrio itu dari lembu yang diternaknya.

Bekas untuk menyimpan air mani dan embrio itu saja bernilai AS$500 (RM1,800).

“Memang ada pasaran untuk air mani dan embrio itu. Ramai penternak membelinya daripada Weness kerana mereka tidak perlu mengangkut lembu betina masing-masing untuk dikawankan dengan lembunya.

“Mereka perlu membelinya dan melakukan permanian beradas terhadap lembu mereka,” kata syerif Mower County Mark May.

Dia percaya pencuri terbabit menjual air mani dan embrio itu kepada penternak lain.

“Ramai orang bersedia membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya,” kata May.

Wennes memiliki 80 lembu di ladangnya dan setakat ini, dia tidak dapat mengesyaki pencuri berkenaan. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=508nWqXCahA

Pakai Cincin Hidung, Kaka Azraff Disamakan Dengan Lembu

in Artis

PENYANYI Kaka Azraff menerima kritikan hebat daripada ‘keyboard warrior’ apabila disamakan dengan lembu selepas memuat naik foto mengenakan cincin hidung.

Geram dengan komen diterima, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, menyifatkan pemberi komen tersebut sebagai tidak adil dan bersikap jahat.

Kaka bagaimanapun, tidak mahu ambil hati dan berpendapat masyarakat tidak mengetahui perkara sebenar.

“Biarpun saya berasakan komen menyamakan saya seperti lembu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

“Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu,” katanya.

foto-kaka-azraff-macam-lembu-2 Anis

Kaka kemudiannya menjelaskan, dia berpakaian ala Bollywood lengkap dengan aksesori cincin hidung tersebut bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk seorang penuntut universiti bagi menyiapkan projek akhirnya.

“Saya setuju menjayakan projek itu kerana sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

“Hendak salahkan ‘keyboard warrior’ yang menghentam saya pun tidak boleh juga kerana sebelum ini saya tidak pernah menjelaskan mengapa saya berpakaian dan menggunakan aksesori sedemikian sehingga timbul salah faham,” jelasnya lagi.

– MYNEWSHUB.CC

Go to Top