Laman Utama Tags Posts tagged with "Israel"

Israel

0 30

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan Palestin supaya kembali ke meja rundingan bagi mempersetujui dengan segera berhubung perdamaian kekal di Gaza.

Dalam kenyataan yang diluluskan sebulat suara, majlis 15-anggota itu memberi sepenuh sokongan kepada inisiatif Mesir itu dan menggesa semua pihak agar meneruskan rundingan bagi mencapai gencatan senjata berkekalan.

Kenyataan yang disediakan oleh Perancis itu dipersetujui selepas rundingan di Kaherah hampir gagal berikutan keganasan semula di Gaza yang sudah mengorbankan lebih 2,000 rakyat Palestin sejak 8 Julai lalu.

Awal bulan ini, Jordan menyebarkan draf resolusi yang disokong oleh negara Arab yang menggesa supaya diadakan gencatan senjata, pembukaan semula sekatan di Gaza dan penghantaran segera bantuan yang diperlukan oleh rakyat Palestin.

Pertempuran selama enam minggu itu adalah antara paling ganas antara Israel dan Hamas sejak intifada Palestin kedua dari 2000 hingga 2005. – AFP

2 315

BANDAR GAZA – Pejuang-pejuang Palestin melancarkan puluhan roket manakala Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara semalam selepas rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata beakhir kelmarin.

Rejim Zionis mendakwa sepanjang tempoh rundingan diadakan, para pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah beberapa buah bandar di Israel.

Tindakan tersebut kata rejim Zionis, mendorong ia memanggil pulang delegasinya dari Kaherah dan melancarkan serangan balas ke atas Gaza.

Pihak Palestin bagaimanapun menafikan melancarkan serangan roket.

Mengulas keganasan terbaharu tersebut, pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Kidra berkata, sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin terbunuh manakala 68 lagi cedera.

“Tiga orang yang terbunuh itu termasuk dua wanita dan seorang budak perempuan berumur dua tahun yang maut dalam satu serangan udara ke atas sebuah rumah di sini,” kata al-Kidra.

Menurut pemimpin kanan Hamas di Kaherah, Moussa Abu Marzouk, dua daripada tiga mangsa yang mati itu merupakan isteri dan anak perempuan ketua pejuang Hamas, Mohammed Deif.

Deif sebelum ini telah beberapa kali terselamat daripada percubaan Israel untuk membunuhnya.

Tentera Israel pula berkata, pihaknya telah melancarkan 30 serangan udara ke atas Gaza bagi membalas sekurang-kurangnya 70 bedilan roket Palestin sejak kelmarin.

“Pihak tentera turut memanggil semula kira-kira 2,000 askar simpanan yang telah dihantar pulang selepas pertempuran di Gaza mulai reda dua minggu lalu,” kata rejim Zionis dalam satu kenyataan.

Perkembangan terbaharu itu menggagalkan rundingan senjata Mesir dan menimbulkan kebimbangan pertempuran sengit di Gaza akan berulang selepas lebih 2,000 penduduk Palestin terbunuh sejak lebih sebulan lalu. – AP

0 476

Selain mengagihkan bantuan ubat-ubatan dan makanan kepada peduduk Gaza, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) juga mengenalpasti beberapa orang kanak-kanak Palestin untuk dibawa ke Malaysia bagi mendapatkan kemudahan rawatan susulan.

Dalam satu rakaman video, menunjukkan Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bermesra dengan seorang bayi dan kemudiannya bertanyakan kepada keluarganya untuk membawa bayi itu ke Malaysia.

Bayi itu juga kelihatan seperti begitu mesra dan mudah menerima Abdul Azeez yang menciumnya dan mendukungnya, seperti dipaparkan di laman web Abu Aqif Studio.

Menurut beliau dalam video berkenaan, lawatan itu merupakan pada hari pertama beliau di bumi Gaza di mana lawatan pertama merupakan lawatan ke tiga buah hospital.

“Pertama, kita telah pergi ke Hospital Muhammad Yusuf Al Naj di Rafah, Hospital Naseer dan ini adalah hospital ketiga Hospital Al Amal oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin,” kata Abdul Azeez.

Dalam lawatan itu, beliau melihat kebanyakan warga Palestin mengalami kecederaan terputus kaki mereka akibat bedilan daripada tentera rejim Zionis, Israel.

“Sebagai contoh, kanak-kanak ini berusia dua tahun mengalami kecederaan di kepala dan Dr Tareeq telah menasihatkan kepada saya supaya membawa anak ini pulang ke Malaysia untuk dibedah di bahagian otak bagi mengatasi masalah saraf,” katanya.

Menurut Abdul Azeez, Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza turut mengagihkan sebanyak 20 tan bekalan ubat-ubatan kepada tujuh buah hospital di Gaza bagi memudahkan mangsa bedilan kejam Israel segera menerima rawatan.

Dalam lawatan itu juga, Ahli Parlimen Rafah Usama Asyraf Jumaah turut mengesahkan komitmen beliau dalam menguruskan dokumentasi para pesakit kanak-kanak Palestin supaya langkah membawa pulang mereka ke Malaysia berjalan lancar. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : IBNU K

 

0 1707

Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al Agha tidak bersetuju dengan tindakan boikot yang diambil oleh rakyat Malaysia ke atas McDonald’s kerana dilihat tidan membantu ekoran masih belum terbukti syarikat itu menyumbang kepada keganasan Zionis, Israel.

Benarlah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata bawah tindakan memboikot cuma akan mmebuatkan kita yang rugi kerana tidak tahu secara pasti manakah syarikat yang benar-benar menyumbang kepada keganasan.

Bagi Pendakwa muda, Dr Fathul Bari pula menasihatkan kepada semua supaya sebelum melakukan sesuatu tindakan, tanganilah dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Siasatlah dahulu sesuatu isu dan kumpullah sebanyak mungkin fakta berkaitan sebelum melakukan tindakan yang boleh dikatakan sebagai sia-sia

Bagi mereka yang giat mempromosi kempen boikot Mcdonald’s, bukankah sekarang tindakan kamu ini sebagai tindakan yang menzalimi pihak yang tidak bersalah?

Paling tidak Mcdonald Malaysia terbukti membantu rakyat Malaysia walaupun mereka bukan wakil rakyat atau yb² yang meminta undi. Buktinya di sini: http://www.rmhc.org.my/

Soalan saya, apa tindakan kamu terhadap Mcdonald sekarang ?

a. Biarkan sahaja. Buat tak tahu.
b. Teruskan memboikot sebab saya ni bod*h
c. Berhenti kempen boikot Mcdonald.
d. Berhenti kempen boikot Mcdonald, minta maaf dan cuba membantu membersihkan nama Mcdonald supaya periuk nasi pekerja Islam kembali terjamin.

Tidak perlu komen. Simpan jawapan untuk diri kamu sendiri. Buktikan jawapan kamu dengan tindakan.

* Dr Maza tak berani kata KJ dan Duta Palestin sebagai Syaitan Israel ke? – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Artikel diterima daripada Laman Facebook Abu Aqif Studio.  

0 172

BAITULMAQDIS – Gencatan senjata terbaharu di Gaza selama 24 lagi dipersetujui perunding Israel-Palestin, lanjutan daripada gencatan selama lima hari yang berakhir hari ini.

Ia bagi membolehkan rundingan yang ditaja Mesir melanjutkan lagi perbincangan mereka bagi memeterai perdamaian untuk jangka masa panjang.

Berita mengenai lanjutan gencatan senjata itu dimaklumkan Kaherah, hari ini bagi membolehkan pertumpahan darah yang kini sudah mengorbankan lebih 2,000 nyawa rakyat Palestin di Gaza dan 67 di pihak Israel, ditamatkan segera. – AFP

0 172

BANDAR GAZA – Jumlah kematian akibat peperangan di Semenanjung Gaza meningkat lebih 2,000 orang semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 2,016 orang terbunuh dalam peperangan dengan Israel itu, manakala 10,196 orang cedera.

Antara yang terkorban ialah 541 golongan kanak-kanak, 250 wanita dan 95 warga emas.

Pada mulanya, jumlah kematian cuma mencatatkan sebanyak 1,980 orang, namun ia meningkat selepas beberapa orang mati semasa dirawat di hospital-hospital di seluruh Gaza, Kaherah dan Baitulmaqdis kerana mengalami cedera parah.

Sementara itu, pasukan perubatan menemui satu mayat yang berada lebih tiga minggu di bawah runtuhan di Shejaiya di timur Bandar Gaza, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu perunding Israel dan Palestin masih berusaha di meja rundingan yang dikendalikan oleh Mesir dalam usaha menyambung tempoh gencatan senjata lima hari yang bakal berakhir. – AFP

1 1164

Sekiranya teknologi maklumat digunakan dengan betul kanak-kanak sekarang boleh menjadi amat hebat dari segi pemikiran.

Contohnya dalam kes pencerobohan tentera Zionis Israel terhadap penduduk Gaza Palestin, tidak semua orang dewasa sekali pun mempunyai akal setara pelajar yang baru berusia 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bernama Aqeef.

Mungkin untuk tugasan sekolah Aqeef diminta untuk menulis sebab mengapa Israel harus menghentikan peperangan terhadap Palestin dan di sebalik kesalahan tatabahasa yang dilakukan, murid ini telah berjaya memberi lima sebab yang menyentuh hati kerana berbaur kemanusiaan.

Sebab yang diberikan Aqeef adalah anak-anak Israel pernah belajar di sekolah Palestin, Israel pernah dibantu dengan diberikan perlindungan di negara tersebut, Palestin terlalu miskin untuk membalas dengan senjata canggih dan sebab utama; Palestin tidak sanggup membiarkan salah satu masjid suci bagi umat Islam diceroboh.

Daripada jawapan Aqeef ini jelaslah walau baru darjah empat Aqeef amat faham apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.

Tahniah buat Aqeef, guru dan ibu bapanya. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI (Sumber)

0 906

GAZA: Sekurang-kurangnya 2.5 juta butir peluru dan puluhan ribu roket digunakan oleh tentera zionis Israel semasa menyuerang Semenanjung Gaza sejak 7 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.

Beliau berkata, Israel telah membekalkan lebih 4.8 juta peluru , 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru roket, dan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya telah digunakan dalam serangan tentera di Gaza.

Sementara itu kenderaan perisai Israel, termasuk kereta kebal, meriam dan jentolak telah menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api, manakala jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter.

Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza pada 2012, dan kos untuk semua itu dianggar USD1 bilion.

-HARAKAHDAILY

4 887

INI satu perkhabaran yang mungkin agak mengecewakan bagi orang ramai yang menyokong perjuangan Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel.

Akaun facebook rasmi ‘We Are All Al Qassam (WAAAQ)’ telah disekat oleh pihak sekuriti Facebook tanpa sebarang amaran atau notis.

Perkara itu telah dimaklumkan menerusi akaun Aman Palestin yang turut menyebut, akaun milik admin yang mengendalikan WAAAQ juga turut dipadamkan.

Sebelum ini, akaun tersebut telah mendapat 100 ribu ‘likes’ daripada rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada unit pertahanan ketenteraan Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam.

Bagi kami, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana satu akaun disekat, berpuluh-puluh lagi akaun seumpamanya yang akan diwujudkan!

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

0 714

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengkritik polis kerana menahan seorang pelajar sekolah tingkatan lima baru-baru ini kerana menekan butang `Like’ I Love Israel di Facebook.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam mendakwa, tindakan menyiasat pelajar sekolah itu di bawah Akta Hasutan 1948 merupakan satu reaksi keterlaluan oleh pihak polis.

Beliau turut menyelar guru sekolah berkenaan kerana didakwa gagal menangani perkara tersebut dengan penuh tanggungjawab sebagai pendidik.

“Mereka melanggar hak asasi pelajar tersebut serta bertentangan dengan semangat dan perkara yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.

“Perkara ini sepatutnya boleh diselesaikan melalui pendekatan lain tanpa perlu menggunakan Akta Hasutan atau mendedahkan pelajar tersebut kepada kritikan dan ugutan oleh pelbagai pihak,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Hasmy berkata, Sukaham meminta pihak polis mempertimbangan tindakan mereka berdasarkan situasi dan menggunakan budi bicara yang sewajarnya dalam menangani perkara yang melibatkan media sosial.

Menurutnya, semua pihak perlu mengawal reaksi dan tidak terlibat dalam mana-mana tindakan yang menggalakkan kejahilan dan perasaan benci.

Sebaliknya, kata beliau, semua rakyat Malaysia harus berusaha untuk mengamalkan rasa hormat dan sikap toleransi di antara satu sama lain.

Media pada 13 Ogos lalu melaporkan, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang `Like’ I Love Israel di Facebook sehingga mencetuskan kontroversi dalam kalangan warga sekolah itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan 1948.

0 207

KUALA LUMPUR – Majlis Pendekar Malaysia (MPM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kedutaan Amerika di sini bagi mengutuk tindakan negara itu menyokong Israel.

Presiden MPM Tan Sri Omardin Mauju berkata memorandum dua muka surat itu ditujukan kepada Presiden Barack Obama bagi menuntut Amerika Syarikat supaya berhenti memberi sokongan ketenteraan dan kewangan kepada Israel.

“Kami semua bersatu dalam memberitahu Amerika Syarikat bahawa rakyat Malaysia menentang Israel dan kekejaman yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada seorang pegawai kedutaan Amerika Syarikat di sini.

Omardin juga menggesa semua rakyat Malaysia supaya memulau produk yang mempunyai kaitan dengan Israel dan meminta mereka melakukan sesuatu bagi membantu perjuangan rakyat Palestin.

Kira-kira 30 anggota MPM berkumpul di hadapan bangunan kedutaan itu di Jalan Tun Razak di sini pada 2.30 petang sambil membawa sepanduk mengandungi mesej yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Serangan Israel di Gaza sejak 8 Julai lepas menyebabkan hampir 2,000 rakyat Palestin, yang kebanyakannya orang awam, terbunuh. – BERNAMA

0 669

Memang mengharukan apabila hari bahagia yang sepatutnya berlangsung dalam satu suasana yang cukup menggembirakan dan meriah, hanya dapat diraikan dalam keadaan sekadar cukup syarat memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan buat pasangan tersebut.

Ini kerana di saat negara mereka sedang mengalami peperangan dengan tentera zionis Israel, pasangan kekasih, Heba Fayad dan Omar Abu Namar telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat-saat genting tersebut.

Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum tempoh gencatan senjata 72 jam ditamatkan, mereka telah selamat diijabkabulkan di sebuah pusat perlindungan pelarian perang di Gaza sambil disaksikan ibu pengantin perempuan yang hadir berkerusi roda, kesan kecederaan yang dialami daripada serangan udara tentera Israel, baru-baru ini.

Pasangan itu dikhabarkan akan meneruskan kehidupan baru di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelak.

Walaupun serba sederhana, namun memang mengharukan apabila mereka semua dapat berkumpul meraikan sebuah penyatuan cinta di kala mereka sedang teruk ditindas pihak yang tidak berhati perut. – MYNEWSHUB.MY

wed1

wed2

wed3

wed4

Oleh: JULIANA JOHAR

0 1108

GENEVA: Tunang bintang Hollywood, George Clooney, Amal Alamuddin telah menolak pencalonannya untuk menyertai suruhanjaya siasatan serangan Israel ke atas Gaza, ketua Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Selasa.

Baudelaire Ndong Ella, dalam satu kenyataan berkata, peguam British yang dilahirkan di Lubnan itu menyebut bahawa “komitmen profesional terdahulu dan kepakarannya dalam bidang itu tidak akan dapat membantu pihak suruhanjaya.”

Alamuddin, 36, yang mahir dalam siasatan konflik antarabangsa, telah dicalonkan pada Isnin untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi suruhanjaya siasatan PBB.

Beliau pernah bertugas dengan tribunal antarabangsa menyiasat pembunuhan bekas perdana menteri Rafiq Hariri, dan membantu bekas ketua PBB Kofi Annan dalam usaha damai di Syria.

Antara anak guamnya ialah bekas perdana menteri Yulia Tymoshenko dan pengasas Wikileaks Julian Assange.

Alamuddin yang fasih bahasa Arab, Perancis dan Inggeris, dilapor bakal mengahwini Clooney, 53, di Itali September ini. – AFP 

0 1216

NIBONG TEBAL – Polis mengesahkan menyiasat seorang pelajar tingkatan lima mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan tindakannya yang dikatakan menyukai negara Israel.

Pelajar yang mendakwa tidak menekan butang ‘ Like’ I Love Israel di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kontroversi di kalangan warga sekolahnya sudah membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah merakamkan keterangan pelajar dan seorang guru berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, di sini. – Berita Harian

0 1130

GAZA – Imej di atas memaparkan dia situasi berbeza di Gaza dan di sebuah bandar di Israel iaitu Ashkelon.

Ia memaparkan bagaimana penduduk Israel sedang bersuka ria, manakala penduduk Gaza, hilang segala-galanya.

Ketika penduduk Israel sedang gembira berjemur di tepi pantai,  keadaan berbeza bagi penduduk di Semenanjung Gaza, yang hilang  segala-galanya.

Ia adalah situasi yang dirakamkan selepas gencatan senjata terbaru selama 72 jam dilaksanakan antara Israel dan Hamas, semalam.

Di Ashkelon, penduduknya menggunakan kesempatan gencatan senjata untuk bersantai-santai, tetapi di sebelah Gaza pula, mereka mengambil peuang untuk kembali ke sisa-sisa runtuhan kediaman masing-masing.

Bagaimanapun pagi ini, pelajar sekolah tinggi di Gaza cuba dibuka secara normal.

Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah, mereka hadir ke sekolah untuk memungut sijil pelajaran, selepas  dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan bahawa sijil itu sudah siap untuk dibawa pulang.

0 1963

Subhanallah, sejak krisis Israel berlaku di bumi Semenanjung Gaza, rupa-rupanya Allah gantikan para syahid dengan lebih ramai warga Palestin yang bakal bangkit menentang kekejaman rejim Zionis itu.

Memetik laman web Middle East Monitor, Timbalan Menteri Kesihatan Palestin Yusuf Abu Rish berkata, sejak bermula konflik terbaru Israel, 4,500 kelahiran bayi direkodkan di Semenangjung Gaza.

Dalam serangan bertubi-tubi Israel, seramai 1,890 orang penduduk Gaza telah terkorban dan sebahagian daripadanya ialah 432 kanak-kanak.

Lihatlah bagaimana Allah membalas, menggantikan nyawa syahid yang meninggal dunia dibunuh Israel. Allah berikan kembali ganti, lebih banyak dan pastinya lebih baik dan hebat.

Berita berkenaan dikongsikan di laman Facebook Aqsa Syarif pada hari semalam.

Israel mula menyerang Gaza pada 7 Julai lepas melalui serangan udara dan darat yang berlarutan selama 29 hari sebelum gencatan senjata selama 72 jam bermula hari ini.

Dalam konflik itu, lebih 10,000 orang kebanyakannya orang awam mengalami pelbagai kecederaan.

Terdapat kira-kira 1.8 juta orang penduduk mendiami Gaza, menjadikannya satu daripada lokasi paling padat penduduknya di dunia. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

0 769

HEBRON – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 11 tahun ditembak mati tentera rejim Israel di selatan Tebing Barat hari ini, demikian menurut pasukan perubatan Palestin.

“Mohammed Khalil al-Anati, 11, ditembak mati di kem pelarian Al-Fawwar,” kata seorang pegawai perubatan.

Kem berkenaan terletak di barat daya Hebron. Menurut saksi, kanak-kanak terbabit ditembak oleh tentera Israel.

Ia berlaku susulan pertempuran dua hari berturut-turut antara tentera Israel dan pejuang Palestin terhadap serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

Semalam, 15 warga Palestin cedera di Hebron apabila anggota tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata, bom tangan, tembakan peluru getah dan hidup selepas upacara pengebumian seorang lelaki warga Palestin yang ditembak mati anggota tentera Israel dalam tunjuk perasaan di Gaza, kelmarin. – AFP

0 289

GAZA CITY – Tentera Israel berkata pihaknya melepaskan bom ke arah lebih 20 sasaran di Semenanjung Gaza dalam tempoh semalaman selepas mendakwa pejuang Hamas terus menembak ke arah negara itu.

Keganasan berterusan hari ini selepas gencatan senjata tiga hari antara Israel-Hamas berakhir semalam.

Pejuang Gaza dilaporkan kembali melepaskan tembakan ke arah Israel manakala Israel membalas sehingga sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin terbunuh.

Sejak empat minggu keganasan meletus, lebih 1,900 penduduk Gaza terkorban manakala di pihak Israel 67 orang, termasuk tiga orang awam. – AP

1 1967

MEMANG hati kering sungguh pakcik ini.

Bayangkan dia sanggup berjalan di tengah-tengah kawasan pertempuran untuk berdepan dengan tentera Zionis dengan hanya memegang roket palsu.

Tindakannya itu mendapat sorakan daripada warga Palestin yang turut berada di situ.

Pertempuran ini berlaku di Hebron petang semalam dan sekurang-kurangnya 40 orang cedera dalam kejadian itu.

Apa yang dapat kami simpulkan, semangat ini hanya boleh ditemui pada warga Palestin yang sudah cukup menderita dengan kekejaman Israel sehingga mati tidak lagi menjadi perkara yang menakutkan baginya.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

0 2675

Kempen memboikot rangkaian makanan segera McDonalds di kalangan umat Islam nampaknya berjaya dan menjadi apabila tiada seorang pun orang Islam ditemui dalam premis makanan tersebut.

Hasil pemerhatian MYNEWSHUB.MY di cawangan Jalan Kuari dan Taman Connaught, Cheras mendapati tiada satu pun kelibat umat Islam menjamu selera di McDonalds seperti sebelum-sebelum ini.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelanggan yang masih setia mengunjungi dan menjamu selera di situ walaupun usaha boikot giat dijalankan di seluruh negara.

Rata-rata yang masih setia mengunjungi McDonalds ialah masyarakat Cina serta beberapa warga asing dari negara kulit hitam.

Rata-rata pelanggan yang ditemubual MYNEWSHUB.MY enggan diri mereka dikenali, mengatakan mereka tidak mengetahui kempen boikot ini dijalankan dan hanya menikmati makanan di situ seperti biasa, seperti hari-hari lain sebelum ini.

Menurut Siew Mei (bukan nama sebenar), dia masih mengunjungi premis tersebut kerana memang menggemari burger di situ.

Walaupun masih lagi menjamu selera di situ, Siew Mei mengatakan tidak bermaksud dia menyokong tindakan rejim Zionis yang terus-terus menganiaya penduduk Palestin.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan yang enggan dikenali mengatakan, dia langsung tidak peduli akan nasib penduduk di sana kerana masih banyak lagi masalah sosial di kalangan masyarakat Malaysia yang masih tidak dapat diselesaikan yang harus lebih diberi perhatian oleh penduduk di sini.

Kempen boikot McDonalds mula menjadi trending di laman-laman sosial sejak Selasa lalu dengan slogan ‘Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar dari Palestin’.

mcdd

Walau pun ianya merupakan pilihan masing-masing sama ada mahu memboikot atau pun tidak, namun tanyalah pada diri anda sendiri, tidakkah anda sampai hati melihat penderitaan penduduk Palestin terutama kanak-kanak dan kaum wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa bedilan peluru dan roket tentera Israel?

Jadi untuk menamatkan keangkuhan rejim Zionis ini, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu agar segala usaha untuk memboikot produk keluaran Israel atau pun perniagaan yang membantu Israel akan terus berterusan sehingga mereka tidak lagi mampu untuk membeli senjata-senjata hebat yang mengalirkan darah saudara Islam kita di Palestin.

Ini bukan soal keagamaan dah, tapi ini melibatkan soal keprihatinan dan kemanusiaan sejagat! – MYNEWSHUB.MY

MCD1

MCD2

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

0 1561

Menyayat hati.. sesiapa pun yang menyaksikan video di bawah pasti tersentuh dan mengalirkan air mata melihat bagaimana seorang bapa di Palestin cuba sedaya upaya melindungi anaknya daripada menjadi mangsa peluru tentera Israel namun tidak berdaya.

Anak Palestin yang baru berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah akhirnya terkulai di pangkuan bapanya yang meraung kesedihan.

Insiden menyayat hati ini dirakamkan seorang juru kamera Perancis pada September 2000 sebagai bukti kekejaman tentera Zionis laknatullah terhadap rakyat Palestin bukan perkara baru.

Jika anda berasa sedih dan marah melihat video di atas ingatlah, apa yang sedang dilakukan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin sekarang jauh lebih teruk daripada ini.

Cuma apa yang harus disyukuri, penderitaan Palestin pada hari ini akhirnya mendapat perhatian lebih meluas di seluruh dunia tanpa mengira latar belakang manusia kerana isu Palestin jelas bukan soal pencabulan agama sahaja tetapi juga kemanusiaan.

Sama-samalah kita doakan kebebasan Palestin agar tidak ada lagi keluarga terpaksa melalui kesengsaraan seperti bapa Muhammad al-Durrah. - MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

0 674

GAZA CITY – Hamas hari ini memberi amaran akan teruskan peperangan dengan Israel sekiranya rundingan di Kaherah yang membawa kepada gencatan senjata 72 jam di Gaza gagal dicapai.

Ia dinyatakan oleh jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, Abu Obeida yang tampil di kaca televisyen hari ini.

“Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima lagi pelan gencatan senjata kecualilah kita berpuas hati dengan tuntutan untuk rakyat Palestin,” katanya sambil menegaskan pejuang Hamas bersedia bila-bila masa untuk kembali ke medan perang.

Gencatan senjata 72 jam atau tiga hari sejak Selasa lalu mengakhiri pertumpahan darah yang berlarutan empat minggu dengan menyaksikan 1,886 rakyat Palestin terbunuh, manakala 67 maut di pihak Israeli.

Setakat ini, Hamas dan Israel gagal dalam rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata itu.

Abu Obeida berkata, antara tuntutan utama Hamas ialah agar pelabuhan di Gaza dibuka semula.

“Kami tidak akan bersetuju untuk menghentikan perang tanpa ada satu jalan penyelesaian yang muktamad bagi mengakhiri keganasan Israel terhadap Gaza,” katanya. – AFP

0 288

BANDAR GAZA – Kehidupan di Genting Gaza kembali tenang selepas gencatan senjata bertahan untuk hari kedua semalam manakala para perunding giat berbincang untuk melanjutkan proses gencatan senjata melibatkan Israel dan Palestin.

Kedai, bank dan pasar kembali dibuka di sekitar bandar ini manakala penduduknya berkeyakinan bahawa gencatan senjata selama 72 jam yang bermula kelmarin itu akan terus bertahan.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa selepas pertempuran di Gaza meragut 1,875 nyawa penduduk Palestin dan menyebabkan kematian 67 warga rejim Zionis.

“Banyak kedai kecil dibuka semula untuk kali pertama sejak beberapa hari lalu manakala berpuluh-puluh nelayan turut kembali ke laut,” kata seorang koresponden agensi berita AFP.

Orang ramai mula membaiki kediaman yang rosak ketika petugas-petugas kecemasan membersihkan timbunan serpihan serta mencari mayat di lokasi yang paling teruk terjejas termasuk di penempatan Tuffah, Beit Hanun dan Shejaiya.

Hampir 500,000 daripada 1.8 juta penduduk di Gaza terpaksa menjadi pelarian akibat pengeboman tentera Israel dengan ramai antara mereka masih berlindung di beberapa buah sekolah selepas kediaman masing-masing ranap dalam serangan rejim Zionis.

Sebelum ini dua gencatan senjata gagal dilaksanakan di Gaza iaitu pada hari Jumaat dan Isnin lalu.

Timbalan Menteri Ekonomi Palestin, Taysir Amro berkata, anggaran kerosakan akibat perang selama 29 hari itu mencecah AS$6 bilion (RM19.2 bilion).

Dalam pada itu di ibu kota Mesir, Kaherah, usaha untuk memuktamadkan perdamaian disegerakan semalam selepas barisan perunding menemui delegasi Israel dan cuba mengemukakan tuntutan Yahudi kepada pihak Palestin.

Beberapa pegawai Mesir yang menganggotai barisan perunding itu berkata, mereka berdepan tugas sukar untuk memuktamadkan satu gencatan senjata yang berkekalan.

Perunding Palestin memberitahu, mereka akan menjawab segala tuntutan Israel itu yang antara lain meminta pelucutan senjata Hamas menerusi para pegawai perisikan Mesir.

Beberapa pemimpin tertinggi Hamas bagaimanapun membayangkan bahawa tuntutan rejim Zionis itu tidak akan dilayan.

“Delegasi kami ke Kaherah mewakili rakyat yang bersatu dan tidak akan akur terhadap sebarang tuntutan,” kata bekas Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh.

Konflik terbaharu di Genting Gaza itu bermula pada 8 Julai lalu apabila tentera Israel melancarkan serangan udara bagi menghentikan bedilan roket Hamas yang disasarkan ke dalam wilayahnya.

Seramai 9,567 orang turut cedera akibat bedilan tentera Israel setakat ini termasuk 2,878 kanak-kanak. – AFP

 

0 769

Gaza City (Wilayah Palestin) – Yamin, tiga tahun, adalah satu-satunya insan yang terselamat apabila kediaman keluarganya dibedil tentera Israel yang menyebabkan 19 nyawa terkorban, pada Aidilfitri pertama.

Biarpun begitu, Yamin, tiga tahun, tetap merana apabila melecur teruk di belakang tubuh dan mengalami keretakan pada beberapa bahagian badannya hasil kekejaman tentera Israel yang membedil kediaman keluarganya hingga musnah di Al-Buraj, tengah Gaza.

Dia kemudian dibawa ke unit rawatan kebakaran di Hospital Shifa di mana dia terbaring tanpa pakaian dan diberi rawatan kecemasan oleh petugas yang bertali-arus menerima tubuh yang parah.

Kadangkala ada antara mangsa yang diterima terlalu teruk kecederaannya sehingga menemui ajal beberapa jam kemudian hanya di atas pengusung.

Mereka yang terselamat pula dipindahkan ke bilik pembedahan – satu-satunya hospital atau unit di seluruh Gaza yang boleh membantu melakukan rawatan ke atas tubuh yang melecur.

Kakitangan hospital warga tempatan mendakwa angka korban di kalangan warga Palestin ketika ini sudahpun mencecah 1,829 nyawa dan kebanyakannya daripada mereka adalah orang awam.

“Hanya segelintir mangsa dibawa ke hospital ini tidak begitu teruk cedera dialami mereka,” kata pakar pembedahan plastik dari American University of Beirut, Ghassan Abu Sitta. Dia dihantar ke hospital itu oleh Medical Aid for Palestinians (MAP).

“Pada pendapat saya, 70 peratus daripada mangsa akan mengalami kecacatan yang kekal. Sama ada parut atau tubuh tidak lagi berfungsi. Mereka tidak akan sama lagi seperti sediakala,” katanya.

Menurutnya, kes paling teruk diterimanya adalah merawat budak lelaki lapan tahun yang pada asasnya hilang separuh daripada wajahnya, termasuk sebelah mata.

“Apa yang perlu saya lakukan ialah membina kembali wajahnya. Malangnya, mata kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan. Budak itu hilang keluarganya dan tidak berupaya lagi menguruskan dirinya.

“Kanak-kanak lelaki itu tiada lagi masa depan. Ketika dirawat, kanak-kanak itu tanya mengapa lampu ditutup. Sungguh sayu hati saya.

“Saiz kerosakan atau kecederaan atau kematian ke atas penduduk Gaza tidak boleh pulih. Sistem kesihatan tidak mampu melakukannya,” katanya yang turut berada di Gaza ketika Israel melancarkan serangan pada 2008 dan 2009. – AFP

0 4203

Di laman Facebook tersebar satu video menunjukkan kira-kira satu batalion tentera rejim Zionis Israel bergelimpangan mati selepas diserang pejuang Hamas melalui briged Al-Qassam.

Satu batalion dalam sesebuah organisasi ketenteraan biasanya mengandungi 300 hingga 1,200 orang anggota yang dipecahkan pula kepada dua atau tujuh kompeni yang lebih kecil bilangan anggotanya.

Dalam video selama 1 minit 11 saat itu, dilihat para anggota tentera Israel yang lain sibuk memberikan rawatan kecemasan kepada rakan tentera mereka yang cedera.

Difahamkan pihak tentera Israel dan kerajaan Zionis sedang cuba menyembunyikan video berkenaan untuk mengelak daripada terpalit malu apabila pasukan tenteranya diserang sehingga mengakibatkan kematian yang besar.

Dengan penyebaran video ini, berkemungkinan kesediaan Israel menerima gencatan senjata selama 72 jam yang baru sahaja dipersetujui.

Melalui penerangan video ini, tidak diketahui bila serangan itu berlaku dan berapa ramai sebenarnya askar rejim Zionis yang mati terbunuh.

Keputusan gencatan senjata itu berjaya dicapai selepas satu perbincangan diadakan di Mesir semalam, hanya beberapa hari selepas gencatan senjata pada Jumaat dicabuli Israel.

Menurut laporan agensi berita, Amerika Syarikat (AS) dalam reaksinya mengalu-alukan perkembangan terbaru itu namun memberi amaran kepada pihak Hamas untuk memastikan kali ini ia berjaya dikekalkan.

“Ini adalah peluang sebenar, kami amat menyokong inisiatif ini,” kata Timbalan Penasihat Keselamatan AS; Tony Blinken kepada agensi berita CNN. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

0 371

BAITULMAQDIS – Israel dan Hamas akhirnya bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 72 jam lagi seperti yang dicadangkan oleh Mesir mulai jam 8 pagi ini (1 tengah hari waktu Malaysia) bagi menghentikan peperangan selama sebulan yang sudah meragut hampir 2,000 nyawa.

Dalam tempoh tiga hari itu, Mesir akan menjadi tuan rumah kepada perbincangan tidak langsung bagi merangka gencatan senjata jangka panjang.
“Pada jam 8 pagi waktu tempatan esok (hari ini), satu gencatan senjata bermula dan Israel akan menghentikan semua operasi ketenteraan terhadap sasaran pengganas di Semenanjung Gaza,” kata jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev.

“Israel akan menghormati gencatan senjata dan kami akan memerhatikan jika Hamas mematuhinya,” katanya.

Konflik Israel-Palestin tercetus semula 8 Julai lalu apabila Israel melancarkan serangan udara bertalu-talu yang didakwanya sebagai membalas serangan roket oleh Hamas dari Gaza.

Malah, Israel meningkatkan lagi operasi tenteranya dengan menghantar pasukan tentera darat pada 17 Julai sebagai memusnahkan rangkaian terowong Hamas bagi menyerang negara itu.

Delegasi Palestin bagi perbincangan yang dicetuskan Mesir itu terdiri daripada beberapa kumpulan termasuk Hamas, yang sudah pun memulakan rundingan dengan Mesir sejak beberapa hari ilalu.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, kumpulan itu menerima pelan gencatan bagi memulakan pelan rundingan berkenaan.

“Adalah jelas sekarang demi kepetingan semua pihak untuk mewujudkan satu gencatan senjata,” kata Bassam Salhi, anggota delegasi Palestin.

Hamas menuntut agar Israel pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza termasuk pembebasan tahanan Hamas oleh Israel selain bantuan antarabangsa untuk pemulihan semula Gaza. – AP

0 1622

Kekejaman rejim zionis Isreal terhadap penduduk di Gaza sememangnya mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia yang tidak bersetuju dengan Israel yang terus-terusan membedil insan-insan yang tidak berdosa sejak tiga minggu lalu.

Dalam usaha mendoakan kesejahteraan penduduk di Gaza, penduduk di Malaysia juga tidak terkecuali menjalankan boikot sebagai salah satu cara menentang keangkuhan dan kesombongan zionis Isreal.

Antara yang teruk terjejas disebabkan usaha boikot ini adalah syarikat peruncitan besar, Tesco yang dikatakan menjana dana kewangan kepada pasukan ketenteraan Israel.

Namun, baru-baru ini pihak Tesco telah mengeluarkan kenyataan medianya yang mengatakan bahawa mereka langsung tidak terlibat atau menyokong mana-mana kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia.

Menerusi kenyataan daripada Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat, Tesco Malaysia, Azlam Shah Alias, Tesco menolak sekeras-kerasnya sebarang dakwaan bahawa mereka menyumbang keuntungannya kepada Israel.

“Sebagai sebuah syarikat yang telah disenarai awam yang tidak bersifat politik, kami patuh sepenuhnya kepada polisi kami untuk tidak membuat sebarang sumbangan dan tajaan berbentuk politik. Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah,” katanya.

Menurutnya lagi, salah satu nilai utama yang diamalkan Tesco ialah untuk menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan beretika, dan mereka memang berpegang teguh kepada prinsip tersebut sejak dari dahulu lagi.

Jadi, diharapkan dengan penjelasan yang diberikan, sedikit sebanyak dapat menjawab keraguan anda di luar sana. – MYNEWSHUB.MY

tesco1

Oleh: JULIANA JOHAR

 

0 2780

SHAH ALAM – Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day “.

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata “semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan”.

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut. – SINAR HARIAN

0 1628

Dalam isu penindasan Zionis laknatullah terhadap penduduk Palestin pada hari ini, dapat dilihat rakyat Malaysia bersatu padu menentang kezaliman yang sedang berlaku.

Selain usaha boikot yang semakin mendapat sokongan, ramai rakyat Malaysia semakin lantang bersuara dan tidak teragak-agak berdebat untuk menyanggah pembohongan yang dilakukan Israel bagi membenarkan tindakan tentera Zionis.

(BACA – Hacker Malaysia Godam, Persenda Page FB Tentera Israel)

Antara ‘medan debat’ ini adalah di page Facebook Israel Defense Force yang digunakan untuk menyebarkan dakyah.

komenmalaysian

Namun jika hingga semalam pelayar dari Malaysia masih boleh melayari page Facebook tersebut, ia tidak lagi boleh dilakukan pada hari ini.

Nampaknya admin page ini telah memblok pelayar dari Malaysia untuk memasukinya.

Dipercayai, puncanya tak lain tak bukan kerana tindakan rakyat negara ini yang tampil membetulkan fakta dan membuka mata penyokong Zionis di ruangan komen.

Begitu pun, page ini masih boleh dilayari jika menggunakan proksi luar negara.

Kesimpulan daripada hal ini adalah jika kita bersatu menentang kezaliman walaupun dengan usaha kecil setiap orang, pihak yang jauh lebih berkuasa pun boleh berasa gentar dan tercabar. - MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

0 338

RAFAH – Tentera Israel membedil sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadikan tempat perlindungan penduduk Palestin di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

Pegawai kesihatan Gaza, Ashraf al-Kidra, berkata sekurang-kurangnya 10 terkorban dan 35 lagi cedera selepas serangan itu.

Pengarah operasi agensi pelarian Palestin PBB di Gaza, Robert Turner, pula berkata siasatan awal menunjukkan letupan berpunca daripada serangan udara rejim Zionis berhampiran sekolah itu, yang menempatkan kira-kira 3,000 penduduk.

Katanya, sekurang-kurangnya seorang kakitangan PBB dikhuatiri maut.

“Kami belum mengesahkan butiran lanjut tetapi laporan awal menyatakan ada beberapa serangan udara di jalan raya di luar salah satu pusat perlindungan kami,” kata Turner.

Saksi berkata, serangan berlaku ketika penduduk berbaris menunggu bekalan makanan. Tentera Israel tidak memberikan sebarang komen.

Dalam suasana kecoh di dalam bangunan itu, beberapa mayat, di antaranya kanak-kanak, bergelimpangan dalam keadaan yang berlumuran darah. Kesan tapak kaki berlumuran darah kelihatan di atas lantai apabila orang ramai bergegas membawa mangsa yang cedera menaiki ambulans.

“Kepercayaan dan nasib kami di tangan Tuhan!” kata seorang wanita sambil menangis.

Sebahagian yang cedera, di antaranya kanak-kanak dengan kepala berbalut, dipindahkan ke hospital Kuwait di Rafah dan yang lain dirawat dalam klinik sementara.

Beberapa mayat, yang sudah dikafankan, disusun di atas lantai.

Sekurang-kurangnya enam kemudahan PBB, termasuk sekolah yang menempatkan penduduk tidak berumah, diserang Israel sejak konflik bermula, mengundang kritikan antarabangsa. Dalam setiap kes, Israel mendakwa ia bertindak balas kepada pejuang yang melancarkan roket atau serangan lain berhampiran.

Rejim Zionis terus menggempur wilayah dikuasai Hamas walaupun menunjukkan tanda kemungkinan mengurangkan aktiviti ketenteraan dalam pertempuran selama 27 hari itu.

Lebih 1,700 penduduk Palestin, sebahagian besarnya orang awam terkorban selain hampir 70 penduduk Israel, hampir semuanya anggota tentera, dalam pertempuran yang hampir menjangkau empat minggu.

Israel melancarkan kempen udara di Gaza pada 8 Julai lalu untuk menghentikan bedilan roket pejuang Palestin di bandar raya utama di wilayah itu dan kemudian menghantar tentera memusnahkan terowong bersistem canggih yang dibina pejuang Hamas untuk melancarkan serangan.

Rejim menyerang beberapa sasaran di Gaza semalam. Peluru artileri mengena dua bangunan pejabat di Bandaraya Gaza dan letupan besar kedengaran beberapa saat kemudian, kata polis dan saksi.

Al-Kidra berkata 30 penduduk Palestin maut semalam, termasuk sembilan dalam satu serangan di selatan Semenanjung Gaza. Israel melancarkan 180 serangan semalam.

Ketika pertempuran berlanjutan, beberapa kereta kebal Israel dan kenderaan lain dilihat meninggalkan Gaza. Dalam ucapan lewat kelmarin, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata tentera akan menilai semula operasi selepas selesai memusnahkan terowong Hamas. – AP

0 272

BAITULMAQDIS – Israel umum gencatan senjata kemanusiaan tujuh jam di Gaza hari ini.

Tentera Israel berkata, pihaknya akan menghentikan tembakan ke atas Semenanjung Gaza bermula jam 10 pagi waktu tempatan.

Israel bagaimanapun berkata, gencatan senjata kemanusiaan itu bagaimanapun tidak dikuatkuasakan di mana pasukan tentera Israel masih menjalankan operasi.

Semalam, Israel mengundurkan hampir kebanyakan tentera daratnya yang Semenanjung Gaza namun pertempuran dilaporkan masih berlaku di sebahagian kawasan di Gaza. – AFP

0 549

PUTRAJAYA – Pengguna di Malaysia boleh memberi tekanan kepada ekonomi Israel dengan bertindak memboikot barangan yang dikaitkan dengan negara berkenaan secara besar-besaran.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata sudah tiba masanya pengguna beralih kepada produk alternatif atau tempatan memandangkan tindakan memboikot sukar dilakukan berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk mereka di Malaysia.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakan produk alternatif atau produk tempatan untuk memberi mesej protes yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan baru-baru ini supaya memboikot barangan dan produk berhubung kait dengan Israel bagi mengurangkan kekejaman dan kerakusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Nadzim berkata pengguna di Malaysia boleh memulakan tindakan boikot itu tetapi ia mesti mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai demi memastikan misi untuk melemahkan ekonomi Israel dapat dilakukan.

“Pengguna tempatan harus mencontohi rakyat di negara Korea dan Jepun apabila mereka mengutamakan produk dan barangan tempatan dari semua aspek antaranya dari segi penggunaan bahasa kebangsaan, kenderaan dan pelbagai perkara lain,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna tempatan khususnya generasi muda tanpa mengira agama dan bangsa harus mempunyai kesedaran betapa pentingnya tindakan boikot itu sebagai isyarat protes terhadap Israel agar menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin, katanya.

Bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah berkata usaha untuk memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel adalah seumpama berjihad (berjuang) di medan peperangan tetapi bezanya ia tidak membabitkan senjata.

“Tindakan boikot oleh pengguna ini mampu memberi impak maksimum dalam memberi tekanan kepada Israel dengan cara melemahkan ekonomi mereka.

“Bagaimanapun, ia merupakan cabaran untuk dilaksanakan di Malaysia kerana produk-produk berkaitan Israel ini sangat popular dan digemari oleh pengguna tempatan khususnya generasi muda,” katanya.

Tindakan boikot itu hanya akan berjaya sepenuhnya sekiranya ia mendapat sambutan yang baik daripada pengguna di seluruh negara, katanya. – mStar Online

 

2 2598

Bukan rahsia lagi, Malaysia memiliki ramai penduduk bijak IT malah sebilangannya mempunyai kepakaran untuk menggodam atau menjadi hacker.

Ada antara hacker ini dikatakan telah menunjukkan bakat hebat mereka apabila berjaya menggodam sebuah laman Facebook milik organisasi yang menyokong ketenteraan Zionis.

Tidak hanya menggodam, hacker dari Malaysia tersebut sempat memalukan admin page ini apabila bertindak selaku admin sementara dan sempat menjawab beberapa komen penyokong Zionis dengan kenyataan sinis.

Komen diberikan hacker ini menggunakan Bahasa Inggeris namun dia secara jelas memberikan bayangan bahawa dia anak Malaysia menerusi komen terakhir di bawah:

jgntinggaldaku

Ha, siap lagu P Ramlee lagi!

Bagaimanapun selepas diperiksa, ternyata ini adalah akaun parodi yang menggunakan nama hampir sama dengan page Facebook berkaitan iaitu Israel Defense Forces.

Begitu pun, pujian tetap harus diberi kepada pembuat page ini kerana telah berjaya mengelirukan sesetengah penyokong Zionis termasuk pihak dalam pos di atas.

Sekurang-kurangnya, ia mungkin dapat menjentik minda sesetengah mereka yang ‘tersesat’ ke sini. - Mynewshub.my

Oleh: REM RAMZI

0 2328

Kekejaman yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Gaza pada hari ini bukan sahaja dikutuk umat Islam tetapi kebanyakan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

Ternyata masih ramai penduduk dunia yang cintakan keamanan dan tahu menilai mana yang betul, mana satu propaganda semata-mata terutama di zaman maklumat cuma di hujung jari.

Malangnya, masih ada yang jahil tentang keadaan sebenar berlaku di Gaza termasuk rakyat Malaysia sendiri.

Itulah yang dilakukan seorang remaja perempuan dari Pulau Pinang apabila turut sama mengepos gambarnya bersama kata-kata sokongan #togetherwewin tanda sokongannya terhadap tentera Zionis Israel di Facebook mereka.

Biar pun gambar ini sudah dipadam, namun diharapkan budak yang terlanjur menyatakan sokongan terhadap Zionis yang sedang menyembelih rakyat Palestin ini melakukan kajian terperinci sebelum mahu berbangga menyatakan sokongannya.

Atau kalau ada siapa-siapa yang kenal budak dalam gambar di atas, tolonglah bawa dia kembali ke pangkal jalan dengan segera. - MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

0 1198

Melaka: “Kami hanya mampu menunjukkan bantahan sebegini terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin,” kata pereka grafik Mohd Hilmi Muslim, 27, yang bersanding sambil menzahirkan semangat anti Israel.

Mohd Hilmi yang bernikah dengan Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, mengabadikan hari persandingan mereka di rumah pengantin perempuan di Kampung Umbai, Merlimau, di sini, semalam dengan berpakaian serba hijau sebagai tanda menyokong rakyat Palestin.

Mereka diarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan sebelum memijak dan membakar bendera negara Israel, sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis.

Menurut Norfadhilah, dia dan suami simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin.

“Kami kesal dan sedih melihat kekejaman tidak berperi kemanusiaan Israel. Sebagai umat Islam, kita mesti membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka kerana mereka memang layak dikeji,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan jam 2 petang, semalam.

- HARIAN METRO / ASTRO AWANI

0 587

BANDAR GAZA – Pergerakan Hamas semalam mengaku bertanggungjawab dalam satu serangan hendap yang membunuh dua askar Israel di selatan Rafah kelmarin yang didakwa Israel melanggar gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, kumpulan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam dalam satu kenyataan memberitahu bahawa, serangan tersebut berlaku sebelum gencatan senjata itu dikuatkuasakan sekali gus kumpulan itu tidak melanggar perjanjian yang dipersetujui.

Tentera Israel sebelum ini mendakwa beberapa pejuang Palestin yang menyusup melalui terowong menyerang beberapa askar Yahudi di selatan Rafah kira-kira pukul 9.30 pagi waktu Gaza iaitu satu jam setengah selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.

Serangan tersebut menyebabkan dua askar Israel maut manakala seorang lagi askar yang dikenali sebagai Leftenan Hadar Goldin (gambar) dipercayai telah ditawan.

Hamas juga menafikan para pejuangnya menawan askar berkenaan dan memberitahu bahawa askar berkenaan mungkin telah mati akibat serangan tentera Israel di Rafah sebagai tindak balas terhadap serangan hendap tersebut.

Serangan hendap oleh pejuang Palestin itu yang menyebabkan Israel membedil Rafah yang menyebabkan 150 penduduk di kawasan tersebut terbunuh.

Israel kemudiannya mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam tersebut telah berakhir hanya beberapa jam selepas ia dikuatkuasakan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon juga mendesak askar berkenaan dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.

 

 

0 775

WASHINGTON – Kongres Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyegerakan bantuan berjumlah AS$225 juta (RM722.7 juta) bagi menyokong sistem pertahanan peluru berpandu Israel yang dikenali sebagai Iron Dome.

Kelulusan Dewan Perwakilan tersebut dibuat sebelum persidangan dewan ditangguhkan sempena cuti musim panas selama lima minggu.

Bantuan berkenaan akan digunakan untuk menambah bekalan peluru sistem pertahanan yang dikenali sebagai Iron Dome yang berjaya menembak jatuh berpuluh-puluh roket yang dilancarkan para pejuang Hamas sejak pertempuran tercetus lebih tiga minggu lalu.

Kongres meluluskan bantuan tersebut, dua hari selepas Pentagon mengumumkan penghantaran bekalan peluru kepada Israel.

Bantuan tersebut kini perlu ditandatangani oleh Presiden AS, Barack Obama untuk disahkan. – AP

 

0 1238

PADA jam ini, sedang berlangsung satu perhimpunan yang dinamakan ‘Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza’ di Dataran Merdeka.

Perhimpunan anjuran Viva Palestina dan Aqsa Syarif itu bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Gaza di samping mengecam serangan Zionis terhadap warga Palestin yang tidak berdosa.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Facebook Aqsa Syarif, ramai selebriti tempatan turut menyertai acara itu termasuklah Faizal Tahir, Heliza Helmi, Afdlin Shauki dan Amin Idris.

GAMBAR: Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza

GAMBAR: Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza

GAMBAR: Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza

Bukan sahaja umat Islam, malah rakyat Malaysia yang beragama Kristian seperti wakil CCU Majlis Pemuda Gereja-gereja Kristian, Dessony Tuzan turut hadir bagi menyatakan sokongan atas dasar kemanusiaan.

GAMBAR: Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-Anak Gaza

Apapun, jom saksikan gambar perhimpunan yang dihadiri oleh ribuan peserta ini.

10574351_810643468959323_5989360810284100936_n

10484033_810639608959709_8965672087138168750_n

1458553_810634148960255_4607583640617565608_n

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Kredit Foto: Facebook Aqsa Syarif)

2 2138

PASTI anda masih ingat kisah laporan berita dari stesen televisyen Singapura yang menyiarkan isu serangan tentera Zionis terhadap Palestin dengan cara yang agak ‘berbeza’.

Mereka dilihat lebih bersimpati dengan Israel yang dianggap menjadi ‘mangsa’ Palestin.

(BACA: Gaza: Laporan Berita Singapura Yang Macam Haram Jadah!)

Terbaru, menerusi ‘screeshoot’ status Facebook yang mula viral di laman sosial, televisyen Singapura dikatakan kerap terputus isyarat satelit yang menghubungkannya dengan saluran TV1.

Peliknya, ia berlaku setiap kali saluran tersebut menyiarkan perkembangan mengenai serangan Israel ke atas Gaza.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku jika isu tersebut tidak membabitkan kekejaman tentera Zionis itu.

Hmm, setakat ini kami tak berani untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.

Tapi, kalau mengikut pengamatan kami selama ini, Singapura memang merupakan sekutu kuat Zionis dan tidak mustahil kerajaan negara itu mahu menutup kekejaman yang dilakukan oleh kuasa jahat dunia itu di mata rakyatnya.

Tak gitu?

Singapura Halang Isyarat Satelit TV1 Siar Kekejaman Israel?

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

1 1077

Gaza – Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. Gambar ini menunjukkan bagaimana rakyat Palestin yang merupakan orang awam dalam ketakutan selepas peluru berpandu Israel membedil mereka.

Beberapa saat selepas peluru itu dilancarkan , ia menyebabkan sebuah apartment hancur.

Tidak cukup dengan peluru berpandu itu, zionis kemudiannya menggunakan jet pejuang F-16 bagi memastikan bangunan apartment itu hancur menjadi debu.

Hanya beberapa minit sebelum itu, salah seorang penghuni flat itu, Bashir al-Ramlawi, 58, disuruh melarikan diri selepas zionis menghubungi anak lelakinya dan memberi amaran mengenai serangan itu.

Kini penduduk di situ terpaksa menjadi gelandangan dan tidak mempunyai tempat tinggal lagi.

“Saya tidak tahu kenapa ia mensasarkan rumah saya. Kini kami hilang tempat tinggal, tidak tahu lagi kemana nak dituju,’’ katanya.

Imej tersebut dirakamkan minggu ini di bandar Gaza, yang tidak henti-henti dihujani peluru zionis, sejak konflik di kawasan itu bermula tiga minggu lalu.

0 383

BAITULMUQADDIS – Siren-siren amaran serangan roket dibunyikan di selatan Israel semalam selepas pihak berkuasa Gaza melaporkan seramai 40 penduduk Gaza terkorban dalam serangan kereta kebal tentera Yahudi.

Serangan ganas tentera Israel itu sekali gus menamatkan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, tiada laporan awal berhubung kecederaan atau kerosakan yang dialami dilokasi siren amaran berkenaan dibunyikan. – Agensi

0 462

BANDAR GAZA – Gencatan senjata selama tiga hari yang dipersetujui antara tentera Israel dan pejuang Hamas yang bermula semalam hanya bertahan selama beberapa jam selepas sekurang-kurangnya 40 penduduk Gaza terkorban dalam satu serangan tentera Zionis di selatan Rafah.

Gencatan senjata yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkuat kuasa pada pukul 8 pagi waktu Gaza semalam.

Namun, Israel menamatkan gencatan senjata itu beberapa jam selepas ia dikuatkuasakan.

Gencatan senjata itu dicapai selepas berlakunya pertempuran sengit antara para pejuang Hamas dengan tentera Israel.

Namun, Israel dan Hamas saling menuduh sebagai pihak yang menyebabkan gencatan senjata itu gagal dilaksanakan selama tiga hari.

“Pendudukan Israel di Gaza ini yang mencabul gencatan senjata. Pejuang Palestin adalah berasaskan hak untuk mempertahankan diri dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai penduduk kami,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum dalam satu kenyataan.

Israel berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap pejuang-pejuang Palestin di Gaza yang didakwa mencabul gencatan senjata yang baru beberapa jam dikuatkuasakan.

“Israel akan mengambil tindakan tegas sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Hamas dan kumpulan pengganas di Genting Gaza,” kata satu kenyataan tentera Israel.

Setiausaha Negara AS, John Kerry sebelum ini memberi amaran gencatan senjata tersebut bukan satu jaminan bahawa ia akan menamatkan peperangan yang masuk minggu keempat tersebut.

Hampir dua jam selepas gencatan senjata itu berkuat kuasa, kereta kebal Israel membedil satu lokasi di barat Rafah yang bersempadan dengan Isreal dan Mesir yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat penduduk Gaza terkorban manakala 15 lagi cedera.
Seorang jurucakap tentera Israel memberitahu bahawa satu kejadian berbalas tembakan tercetus di kawasan Rafah tetapi jurucakap tersebut enggan mengulas lanjut.

“Sekali lagi Hamas secara jahat melanggar gencatan senjata yang mereka berikrar untuk patuhi di hadapan Setiausaha Negara AS dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon” kata pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan.

Peperangan tersebut kini sudah meragut lebih 1,499 nyawa penduduk Gaza yang kebanyakannya orang awam manakala seramai 60 warga Israel yang hampir semua mangsa adalah askar terbunuh.

Sekurang-kurangnya empat gencatan senjata kemanusiaan telah diumumkan sejak konflik berkenaan bermula tetapi ia hanya bertahan selama beberapa jam apabila pertempuran kembali tercetus.

Gencatan sementara semalam merupakan yang paling lama diumumkan setakat ini tetapi ia turut menerima nasib yang sama.

Dalam perjanjian gencatan senjata itu, tentera Israel yang berada di Gaza boleh memusnahkan terowong bawah tanah yang berada di belakang garisan pertahanan Israel dan yang menghala ke negara itu.

Netanyahu kelmarin berikrar untuk memusnahkan rangkaian terowong milik Hamas dengan atau tanpa gencatan senjata.

Tentera Israel mula melaksanakan kempen ketenteraan ke atas Gaza sejak 8 Julai lalu untuk menangani serangan roket para pejuang Hamas. – Agensi

 

0 1515

KUALA LUMPUR – Tuduhan yang dilemparkan Israel ke atas Malaysia berhubung pejuang Hamas merupakan propaganda yang dirangka oleh agensi perisikan Israel Shin Bet untuk mencemarkan nama baik negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, propaganda kononnya Malaysia menjadi tempat melatih pejuang Hamas juga bertujuan menutup malu Israel kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza.

“Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.

“Setakat ini hubungan dan kerjasama Malaysia dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan, dan kebudayaan sahaja,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menuntut Israel membuktikan dakwaan serius itu yang sengaja ditimbulkan selepas masyarakat antarabangsa mengecam keganasan tentera Israel ke atas Palestin.

Beliau bagaimanapun mengakui Malaysia merupakan penyokong kuat pejuang Palestin daripada segi moral dan bantuan kemanusiaan.

Katanya, sokongan padu rakyat Malaysia itu kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang terjalin sejak sekian lama.

“Ada kemungkinan ini menyebabkan pihak Israel tidak berpuas hati,” katanya.

0 1744

SYABAS diucapkan kepada tuan rumah kenduri kahwin di Sidam, Kedah ini.

Nampaknya perasaan benci yang meluap-luapnya pada Israel ditonjolkan dengan caranya yang tersendiri.

Dihamparkan bendera Israel bagi membolehkan para tetamu MEMIJAK-MIJAK bendera itu setiap kali melangkah ke kawasan rumahnya.

Memang inilah cara ‘mengiktiraf’ kerajaan Zionis yang cukup kejam itu.

Semoga Allah membalas kejahatan dan kezaliman mereka pada rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Allahu Akbar!

3 2444

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman menyeru semua pengguna bank HSBC untuk menutup akaun mereka sebagai protes terhadap bank tersebut yang menyokong Israel dalam pergolakan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza sejak tiga minggu lalu.

HSBC dilaporkan oleh BBC, telah menutup akaun bank beberapa pertubuhan Muslim dan orang perseorangan yang membantah serangan kejam Zionis Israel.

Menulis di laman Facebook, Zaharuddin berkata, “dengan berita ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk HSBC Amanah. Sebagai menyahut tindakan HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah serangan kejam Zionis Israel”.MYNEWSHUB.MY

zaharuddin

Oleh: JULIANA JOHAR

 

 

 

 

 

0 239

GAZA – Israel melepaskan tembakan menggunakan kereta kebal dan serangan udara menyebabkan sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza awal hari ini ketika rejim Yahudi menyasarkan pejuang Islam di berpuluh lokasi seluruh kawasan pantai.

Sehubungan itu, perunding Mesir sedang menyediakan cadangan gencatan senjata baharu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra berkata, kereta kebal Israel dan serangan udara ke atas kediaman dan sekolah di Jebalya di utara Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dan ramai yang lain mengalami kecederaan termasuk 20 yang berlindung di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di antara yang terkorban ialah seorang ahli paramedik dan seorang bayi.

Selain itu, lapan orang termasuk lima sekeluarga terkorban di Jebalya akibat serangan lain. – Reuters

0 440

BANDARAYA GAZA – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) melahirkan kesediaan untuk terima gencatan senjata dan Washington berkata, Israel sudah meminta bantuan bagi meredakan konflik yang memasuki hari ke-23 sehingga mengorbankan lebih 1,200 orang.

Bagaimanapun, kerajaan Israel masih berdiam diri berkaitan perkara itu sambil meneruskan bedilan sehingga mengakibatkan kematian meningkat lebih tiga minggu selepas tentera rejim melancarkan serangan terhadap pejuang Islam.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata, Presiden Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sudah meminta bantuan Amerika Syarikat bagi cuba menjadi orang tengah gencatan senjata berkenaan. – AFP

0 285

Bandaraya Gaza – Serangan bertubi-tubi pesawat tentera Israel meranapkan rumah pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Gaza semalam selain merosakkan pejabat stesen televisyen satelit Hamas Al-Aqsa, memusnahkan masjid dan beberapa pejabat kerajaan.

Serangan itu dilakukan ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidilfitri, selepas sebulan berpuasa pada Ramadan. Sekurang-kurangnya 100 terkorban pada hari pertama sambutan Aidilfitri di Gaza, semalam.

Pegawai di Kementerian Kesihatan Hamas Ashraf al-Kidra berkata, lebih 1,156 warga Palestin terbunuh dan lebih 6,500 cedera sejak 8 Julai lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata 75 peratus yang terbunuh adalah penduduk awam.

0 566

BANDARAYA GAZA – Tiga rakyat Palestin terbunuh akibat bedilan apabila tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza, menurut anggota perubatan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata dua lelaki terbunuh berhampiran sempadan di tengah Gaza, manakala lelaki ketiga terbunuh berhampiran Khan Yunis di selatan. – AFP

1 2944

MELALUI media barat, rakyat Israel digambarkan sedang mengalami ketakutan dan trauma akibat serangan roket pejuang Hamas.

Mereka juga dikatakan terpaksa berlindung di dalam bilik atau tempat khas bagi mengelakkan serangan bom.

Bagi menambahkan lagi rencah dalam ‘kisah sedih’ mereka, wujud satu trend yang dinamakan ‘Selfie Perlindungan Bom’.

Mereka menyifatkan ia sebagai cara untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka masih mempunyai semangat untuk tersenyum walaupun dalam keadaan ketakutan.

Hakikatnya, trend ini boleh dikatakan memakan diri apabila ramai yang mempersoalkan betapa berbezanya keadaan mereka dengan penduduk Gaza.

dm2

dm

Jika dilihat pada gambar-gambar ini, mereka kelihatan cukup gembira bersama keluarga dan rakan-rakan sedangkan penduduk Gaza terseksa kehilangan insan-insan tersayang.

Agak-agaknya, mampukah lagi mereka bergembira seperti ini jika ada ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam pergolakan ini?

1406188838018_wps_23_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

1406188710613_wps_17_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

1406188806522_Image_galleryImage_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

1406189453510_Image_galleryImage_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

1406191990210_wps_1_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

1406189069544_wps_27_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

1406188781228_wps_21_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

1406191990215_wps_2_Bomb_Shelter_Selfies_Isra

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

(Sumber: Daily Mail)

1 1289

Jika kita perhatikan di mana-mana cawangan rangkaian makanan segera popular, McDonalds di seluruh Malaysia sekarang, kebanyakan lenggang berikutan usaha boikot yang dijalankan masyarakat kita mula mendapat perhatian.

Ini kerana McDonalds sebelum ini diwar-warkan sebagai bersubahat dan bersengkongkol dengan negara Israel yang kini sedang membedil umat Islam di Palestin sejak dua minggu lalu.

Namun, menerusi kenyataan di akhbar, McDonalds Malaysia tampil memberikan penjelasan yang mereka langsung tidak menyumbang kepada dana kewangan kepada mana-mana negara, termasuklah Israel.

“Kami ingin menekankan bahawa McDonalds TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia,” memetik kenyataan akhbar mereka.

Menurut mereka, lagi disebabkan perbuatan memboikot McDonalds, mangsa yang sebenar dan terhimpit dengan keadaan ini adalah pekerja mereka yang berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarga mereka.

Sekali lagi, McDonalds menegaskan mereka tidak terlibat atau menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan atau penindasan di seluruh dunia.

Selain itu, mereka turut menyampaikan perasaan simpati terhadap mangsa-mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan. – MYNEWSHUB.MY

mcd2

Oleh: AUDREY LEE

0 506

BANDARAYA GAZA – Israel membedil sebuah rumah di Gaza hari ini, mengakibatkan seorang terbunuh, menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang berikutan konflik selama 18 hari itu.

Bedilan kereta kebal itu terkena di rumah berkenaan di Khan Yunis, kata jurucakap kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Hampir 100 rakyat Palestin terkorban semalam, menurut angka daripada perkhidmatan kecemasan itu.

Tembakan projektil ke Israel hanya mengakibatkan tiga orang awam terbunuh – dua rakyat Israel dan seorang pekerja Thai serta 32 askar rejim berkenaan setakat ini. – AFP

 

 

2 2360

Perlawanan persahabatan di antara kelab bola sepak dari Israel, Maccabi Haifa dan kelab dari Perancis, Lille terpaksa dihentikan kerana penyokong pro-Palestin telah menceroboh masuk ke kawasan padang dan membelasah pemain Maccabi Haifa di Austria, semalam.

Penyokong tersebut dikatakan berlari ke arah padang dan terus meluru ke arah pemain Israel sekali gus tercetus insiden pergaduhan sehingga memaksa perlawanan diberhentikan.

Menurut laporan Daily Mail, sebilangan besar pemain Maccabi Haifa sempat meninggalkan stadium tanpa sebarang kecederaan serius.

Insiden ini menunjukkan sokongan masyarakat dunia yang terus-terusan mengutuk serangan tentera Israel ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dimulakan sejak dua minggu lalu.

Setakat ini dilaporkan seramai 350 rakyat Palestin telah terkorban atas kekejaman yang dilakukan tentera zionis di tanah air mereka sendiri. - MYNEWSHUB.MY

NEWS : Altercation Lille vs Maccabi Haifa - 07/23/2014

NEWS : Altercation Lille vs Maccabi Haifa - 07/23/2014

NEWS : Altercation Lille vs Maccabi Haifa - 07/23/2014

NEWS : Altercation Lille vs Maccabi Haifa - 07/23/2014

Oleh: AUDREY LEE

0 576

WASHINGTON – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat hari ini menarik semula larangan penerbangan negara itu ke Israel namun memberi amaran ‘keadaan masih tidak menentu’ ekoran krisis di Semenanjung Gaza.

Tindakan sama turut diambil rakan sekutu AS di Eropah.
“FAA sudah pun menarik balik larangan terhadap syarikat penerbangan AS terbang atau keluar dari Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel dengan notis mengenainya dihantar hari ini,” kata agensi penerbangan awam AS itu dalam satu kenyataan.

FAA berkata, sebelum mengambil tindakan itu pihaknya bekerjsama rapat dengan pegawai kerajaan AS dalam menilai keadaan keselamatan di Israel dan ‘berhati-hati’ menarik semula larangan itu.

Israel sebelum ini memebri amaran wujud kesan ekonomi akibat larangan itu dan ia juga memberi ‘kemenangan’ kepada pejuang Hamas yang menyifatkan ia satu kemenangan besar.

FAA berkata, pihaknya akan terus memantau rapat keadaan tidak menentu di sekitar Lapangan Terbang Ben Gurion dan akan mengambil tindakan yang diperlukan mengikut kesesuaian.

Sekurang-kurangnya 718 penduduk Palestin terbunuh dalam 17 hari pertumpahan darah di Gaza dengan 80 peratus yang terkorban adalah penduduk awam. – AP

4 2761

Tindakan kejam tentera Zionis di Israel membedil dan membunuh masyarakat Islam Palestin di Gaza sekarang amat menyakitkan hati umat Islam termasuk di negara ini.

Kekejaman dilakukan Zionis secara terang-terangan ini turut dikecam masyarakat dunia lain termasuk sebilangan penganut Yahudi sendiri.

Israel-Palestinian Killings2

Di negara ini, antara cara umat Islam menunjukkan kebencian terhadap kekejaman Zionis adalah memboikot produk keluaran syarikat Israel yang sedikit sebanyak, pasti mempunyai ‘saham’ dalam senjata digunakan negara tersebut untuk membunuh rakyat Gaza.

Untuk rekod, Israel tidak diiktiraf oleh kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia. Malah rakyat negara ini tidak dibenarkan berkunjung ke sana dan begitulah sebaliknya kecuali atas beberapa ‘kes istimewa’.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dato’ Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau hari ini mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.

astro

Justeru Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno meminta supaya Astro memberikan penjelasan berhubung perkara ini.

Sekiranya benar kontrak ‘Subscriber Management System’ yang bernilai jutaan ringgit telah diberikan kepada syarikat Amdocs milik Israel, maka ini adalah satu tindakan yang boleh dikatakan kurang sensitif.

Apa yang terbaik, pihak Astro harus memberikan jawapan terhadap isu ini termasuk membuat penafian jika ia tidak benar.

Harus diingat, kesedaran memboikot barangan Israel yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat Islam tidak mustahil mampu memberi kesan pada mana-mana perniagaan termasuk yang berstatus konglomerat sekali pun. - MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

0 225

BANDAR GAZA – Serangan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 semalam mencatatkan kematian kepada 639 penduduk Palestin berbanding 31 orang di pihak rejim Zionis.

Sehingga semalam, belum ada tanda-tanda pergerakan Hamas dan tentera Israel akan menamatkan pertempuran, walaupun terdapat usaha-usaha diplomatik untuk memujuk mereka melaksanakan gencatan senjata.

Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh pada awal semalam ketika berlangsung di selatan bandar Khan Yunis, manakala 20 orang lagi cedera dan kebanyakan mereka parah.

Dua lagi yang terbunuh selepas Israel membedil kawasan utara di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merayu supaya kedua-dua pihak berhenti bertempur sebaliknya memulakan rundingan.

Bagaimanapun, Israel menegaskan, pihaknya akan terus melakukan serangan udara dan darat sehingga berjaya memusnahkan terowong-terowong para pejuang Gaza yang merentasi sempadan.

Sebuah roket yang dilancarkan para pejuang Gaza hampir mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat melarang sebarangan penerbangan dari dan ke lapangan terbang itu sekurang-kurangnya bagi tempoh 24 jam.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah pula menasihatkan semua pesawat penerbangan supaya menjauhi Tel Aviv sehingga pemberitahuan selanjutnya dikeluarkan.

Larangan itu ekoran pesawat Penerbangan Malaysia yang MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu di tengah-tengah konflik di timur Ukraine, sekali gus meningkatkan kepekaan terhadap keselamatan penerbangan di kawasan peperangan.

Langkah itu merupakan yang pertama kali dibuat sejak Perang Teluk meletus pada tahun 1990-1990.

Menteri Kehakiman Israel, Tzipi Livni pula berkata, rejim Zionis akan menghentikan serangan ke atas Gaza selepas memusnahkan rangkaian canggih terowong yang digunakan oleh para pejuang untuk merentasi sempadan. – AFP

 

1 2039

Dalam nada bodoh dan bongkak, Duta Israel ke Amerika Syarikat Ron Dermer membuat cadangan supaya tentera zalim Zionis diberikan Hadiah Nobel Keamanan kerana apa yang dikatakan sebagai ‘kesabaran yang tidak boleh dibayangkan’ ke atas Gaza.

Perkara itu dipetik dalam laporan media The Times Of Israel.

Dalam satu ucapan bersama kelompok penganut Kristian yang menyokong Zionis di Washington, Amerika Syarikat, Dermer mempertahankan tindakan ketenteraan rejim ke atas penduduk Gaza yang dimulakan sejak 8 Julai lepas.

Menurut laporan itu, Duta tidak sedar diri itu turut menuduh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia telah membantu Hamas secara tidak langsung memerangi Israel.

“Sesetengahnya tanpa segan menuduh Israel melakukan pembantaian dan meletakkan kami di kandang tertuduh jenayah perang.

“Hakikatnya ialah Angkatan Tentera Israel sewajarnya diberikan Hadiah Nobel Keamanan…. Hadiah Nobel Keamanan kerana melawan dengan kesabaran yang tidak boleh dibayangkan,” katanya, seperti dipetik oleh akhbar itu yang nyata milik Israel.

Beliau kemudian menambah: “Suatu hari nanti apabila musuh-musuh Israel dikalahkan dan mereka yang sinis terdiam, orang akan menoleh ke belakang dan kagum bagaimana negara yang paling terancam di dunia ini tidak pernah hilang sabar dan sentiasa berpegang kepada nilai-nilainya.”

Kenyataan Dermer itu dibuat menyusul kenyataan Menteri Luar Israel, Avigdor Liberman pada Ahad yang mengatakan tentera Israel adalah pasukan tentera “yang paling bertimbang rasa dan paling berani di dunia”.

Serangan Israel yang masuk minggu ketiga itu sehingga ini membunuh hampir 600 orang penduduk Palestin, lebih 100 daripadanya kanak-kanak.

Agensi berita Ma’an di Gaza melaporkan lebih 50 buah masjid dimusnahkan atau rosak sejak serangan itu bermula. Masjid adalah antara bangunan yang dijadikan sasaran oleh tentera Israel.

Hampir 500 buah kediaman musnah manakala 100,000 orang hilang tempat tinggal, lapor Pejabat Bantuan Kemanusiaan PBB di Geneva.

Mesir dan Amerika Syarikat sedang mengusahakan gencatan senjata bagi menamatkan keganasan dua minggu itu. Usul gencatan senjata itu bagaimanapun ditolak oleh Hamas yang mendesak tuntutannya supaya sekatan ke atas Gaza sejak Jun 2007 ditarik balik. Hamas juga mendesak ratusan tahanan warga Palestin di penjara Israel dibebaskan. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IKA

0 286

BANDAR RAYA GAZA – Ketika syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke Israel selepas roket Gaza menimpa kawasan dekat landasan kapal terbang sambil ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsar Bersatu (PBB) merayu konflik itu ditamatkan berikutan 639 orang rakyat Palestin dan 31 Yahudi terkorban.

Ketika keganasan yang memasuki hari ke-16, kedua-dua pihak iaitu Israel dan Hamas masih belum bersedia menamatkan pertempuran walaupun usaha diplomatik berhari-hari dijalankan bagi mencapai persetujuan gencatan senjata.

Pasukan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang terkorban awal hari ini ketika mendapatkan perlindungan di selatan bandar Khan Yunis dan 20 lagi mengalami kecederaan termasuk majoriti parah.

Dua lagi maut akibat serangan Israel di utara Tebing Barat. – AFP

0 259

Washington – Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengunjungi Kaherah awal hari ini untuk rundingan krisis di Gaza, berikutan Presiden Barack Obama yang mahukan ‘gencatan senjata segera’ di antara Israel dan Palestin.

Diplomat atasan Amerika itu dijangka akan bertemu dengan pegawai kanan Mesir dan beberapa negara lain. Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menghentikan serangan darat, laut dan udara yang telah menyebabkan beriburibu orang awam yang ketakutan melarikan diri dari kediaman masing-masing.

Henti permusuhan

Kenyataan rasmi Rumah Putih memaklumkan melalui kunjungan itu, Kerry akan berusaha menghentikan permusuhan antara kedua negara dan merujuk kembali kepada perjanjian gencatan senjata pada November 2012.

“Rundingan ini penting untuk melindungi orang awam dari keduadua belah pihak iaitu Gaza dan Israel,” tegas kenyataan itu lagi.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Negara, Kerry menyokong usaha Mesir untuk membawa gencatan senjata dan lawatan beliau ke rantau itu selari dengan misi damai berprofil tinggi Setiausaha Agung Persatuan BangsaBangsa Bersatu (PBB), Ban Kimoon.

Lahir rasa bimbang

Dalam pada itu, Presiden Barrack Obama semalam melahirkan rasa kebimbangannya terhadap pergolakan di Asia Barat itu melalui perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tindakan Amerika menghantar Kerry untuk mencari jalan perdamaian sebaik saja media Amerika melaporkan dua orang rakyat Amerika yang berada bersama Tentera Pertahanan Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza. Namun tidak didedahkan apa pekerjaan sebenar keduadua individu terbabit. AFP

3 2198

JIKA disebut ‘Star of David’, pasti ada yang sudah membayangkan simbol bintang yang terdapat pada bendera Israel.

Menerusi laporan Oh!Media, agak mengejutkan apabila sebuah pusat pasaraya iaitu Megamall Pacific di Perai, Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Untuk makluman, simbol tersebut turut digunakan dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel.

Pasaraya Guna Simbol 'Bintang' Yahudi Untuk Hiasan Aidilfitri?

Bagaimanapun, kami cuba untuk tidak terus membuat kesimpulan secara melulu kerana mungkin adanya salah faham dalam perkara ini.

Tidak mustahil pihak pasaraya ini tersilap dan keliru dengan simbol bintang Rub al-Hizb yang merupakan lambang yang biasa digunakan sebagai penanda penghujung surah dalam seni khat selain hiasan berunsurkan Islam.

Pasaraya Guna Simbol 'Bintang' Yahudi Untuk Hiasan Aidilfitri? Pasaraya Guna Simbol 'Bintang' Yahudi Untuk Hiasan Aidilfitri?

Diharap agar pihak Megamall Pacific dapat memberikan respon segera kerana perkara ini sememangnya cukup sensitif khususnya di kalangan umat Islam, tambah-tambah lagi dengan pergolakan yang meletus di Gaza kini akibat keganasan tentera Israel.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

1 3016

Bukti demi bukti bahawa tentera rejim Israel sedang dalam ketakutan semakin terserlah apabila ada video yang menunjukkan ketakutan mereka tersebar di internet.

Di laman Facebook, hari ini dikongsikan sekumpulan penduduk kawasan perumahan di Palestin bertindak menyerbu sebuah rumah dan menemui kira-kira 10 orang askar rejim Zionis bersembunyi ketakutan di dalam sebuah bilik.

Para penduduk kemudian bertindak menghalau kesemua askar rejim laknat berkenaan supaya keluar dari rumah itu.

Askar-askar berkenaan pastinya kecut akibat serangan dan tekanan oleh pejuang Hamas melalui briged al-Qassam yang memerangi mereka habis-habisan.

Sehingga kini dilaporkan sebanyak 18 orang tentera Israel sudah pun terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera.

Masakan tidak kumpulan tentera ini dalam ketakutan, kerana sebelum ini mereka boleh menembak dengan sesuka hati tanpa ada penduduk Palestin yang melawan, tetapi kali ini mereka kembali ditentang habis-habisan.

Tambahan pula apabila mendengar rakan-rakan mereka ada yang sudah mati ditembak, pasti ketakutan semakin menyelubungi para anggota tentera Israel ini sehingga melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.

Jika begini semangat askar rejim Zionis yang konon-konon kuat, pastinya Hamas boleh memberi tekanan hebat kepada Israel dan seterusnya memenangi pertempuran menuntut bela di atas kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin selama ini. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K

0 900

JERUSALEM – Tiga belas orang tentera Israel terbunuh dalam pertempuran bersama puak Hamas di Gaza.

Pihak tentera berkata mereka terbunuh dalam satu serangan darat besar-besaran pada Ahad.

Jumlah tentera Israel yang terbunuh kini meningkat kepada 18 orang.

Dua orang awam terbunuh dalam serangan roket dan mortar yang dilancarkan ke atas Israel. Berpuluh-puluh anggota tentera dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.

Sekurang-kuranya 425 rakyat Palestin terbunuh dalam konflik yang berlarutan hampir dua minggu dan masih belum menunjukkan tanda akan reda. – mStar

0 909

BAITULMAQDIS – Pejabat Media Kerajaan (GPO) Israel memberi amaran kepada wartawan asing bahawa ia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka di Semenanjung Gaza di mana tentera rejim melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin.

Israel mengerah tentera darat ke Gaza Khamis lalu selepas serangan hebat dari udara dan laut gagal menghentikan tembakan roket Hamas.

“Gaza dan sekitarnya adalah medan pertempuran. Membuat liputan pertempuran mendedahkan wartawan kepada bahaya yang mengancam nyawa.

“Israel tidak sekali-kali bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kerosakan yang mungkin berlaku akibat laporan di lapangan,” menurut emel GPO. – Reuters

0 1419

Lebih 100,000 orang berarak di tengah kota London semalam bagi menunjukkan bantahan terhadap serangan puak Zionis Israel pada Gaza.

Perarakan dilakukan dari Downing Street ke Kedutaan Israel di Kensington ini diawasi polis namun berjalan dalam keadaan aman.

Jumlah pengunjung yang seramai ini boleh dianggap luar biasa kerana jangkaan awal cuma 15,000 orang bakal menghadirinya.

gazasolidariti

Whitehall, Trafalgar Square, Piccadilly dan Hyde Park Corner ditutup ekoran perarakan yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin ini.

Sejak serangan 8 Julai lalu, lebih 300 rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak manakala di pihak Israel, cuma 5 orang.

Perarakan dianjurkan oleh Kempen Solidariti Palestin (Palestine Solidarity Campaign).

Apa yang membanggakan, kesedaran tentang kezaliman Zionis turut diperlihatkan oleh orang Yahudi sendiri yang mengutuk kekejaman dilakukan sebagai mana gambar di bawah.

1017547_10203441224043709_7722117842668853125_n

10502306_755658101144121_5421193256464347295_n

jewsgaza

Sesungguhnya menjadi bangsa Israel yang menganut agama Yahudi tidak salah. Namun yang salah adalah bangsa Israel atau penganut Yahudi yang membenci Islam hingga melakukan kezaliman seperti puak Zionis.

Hal ini samalah seperti puak pelampau yang kononnya berselindung dengan nama Islam sedangkan perbuatan mereka melakukan pembunuhan pada orang tak bersalah langsung tidak mencerminkan agama suci ini. - MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI
Sumber: Facebook Palestine Solidarity Campaign UK

0 631

Washington – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semalam menyuarakan sokongan terhadap keganasan Israel di Palestin atas alasan untuk ‘mempertahankan diri.’

Bercakap kepada wartawan di Washington semalam sebelum dia bersama keluarganya menghabiskan cuti hujung minggu di Kem David, Obama berkata, Washington bagaimanapun berharap rejim Israel itu mencari jalan melancarkan keganasan tanpa membabitkan kematian ramai orang awam.

Setakat ini, lebih 300 penduduk Palestin terbunuh, sejumlah besarnya terdiri daripada orang awam, termasuk ramai kanak-kanak dan wanita.

Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Turki untuk memujuk Ankara menggunakan pengaruhnya bagi mendesak Hamas menerima gencatan senjata tajaan Mesir.

Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum ini berkata, Mesir, khususnya Presiden baru negara berkenaan, Abdel Fattah al-Sisi, tidak layak menjadi orang tengah dalam rundingan damai kerana dia juga adalah ‘pengganas’ yang membunuh ramai aktivis Islam Mesir. – Agensi

 

0 218

BANDAR GAZA – Serangan udara terbaharu yang dilancarkan ke atas Gaza oleh tentera Israel telah menyebabkan 11 orang awam terkorban semalam.

Ekoran kematian terbaharu itu, bilangan penduduk Palestin yang terkorban akibat kempen ketenteraan Israel itu kini mencecah 307 orang.

Serangan Israel ke atas wilayah Palestin memasuki hari yang ke-12 semalam.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bagaimanapun menyokong tindakan Israel itu untuk mempertahankan diri dari serangan roket para pejuang Gaza.

Namun, beliau menggesa serangan itu dikurangkan bagi mengelakkan peningkatan jumlah kematian orang awam.

Dalam satu serangan udara di luar sebuah masjid di selatan Khan Yunis, tujuh orang awam dilaporkan terkorban termasuk seorang wanita kelmarin, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Israel dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya kini dalam operasi untuk memusnahkan terowong yang digunakan para pejuang Hamas merentasi sempadan selatan Israel.

Dalam pada itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kini berusaha untuk mendapatkan persetujuan mengenai gencatan senjata di Mesir dan Turki.

Beliau juga mendesak Perancis memberikan tekanan kepada kedua-dua buah negara itu untuk menerima gencatan senjata.

Dua orang warga Israel terbunuh dalam serangan roket para pejuang Palestin.

Kira-kira 2,250 penduduk Palestin dan sejumlah warga Israel mengalami kecederaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berlepas ke Asia Barat semalam untuk menamatkan kempen ketenteraan Israel ke atas Gaza. – Agensi

 

 

0 457

KAHERAH – Presiden Palestin, Mahmud Abbas menggesa Israel menghentikan serangan darat di Semenanjung Gaza kerana ia akan menyebabkan lagi pertumpahan darah dan menyulitkan usaha bagi menamatkan konflik, menurut agensi berita rasmi MENA.

Kenyataan Abbas itu dibuat beberapa jam selepas Israel melancarkan serangan darat ketika angka korban di Gaza mencecah 247 orang awal hari ini.
“Israel perlu menamatkan operasi di Semenanjung Gaza,” kata Abbas.

Semalam, Abbas menemui Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi ketika usaha diplomatik dipertingkatkan bagi menamatkan konflik antara Israel dan Hamas. – AFP

0 1143

DOHA – Ketua Hamas, Khaled Meshaal berkata serangan darat Israel di Gaza akan gagal.

“Apa yang gagal dicapai Israel menerusi serangan udara dan laut, ia juga tidak akan capai dengan serangan udara,” kata Meshaal yang hidup dalam buangan di Doha.

Jurucakap Hamas di Gaza menyatakan bahawa “Israel akan menanggung akibatnya” kerana melancarkan operasi di darat dan pergerakan Islam Palestin “bersedia untuk bertempur”.

Meshaal berkata, Hamas mempunyai “tuntutan jelas”, termasuk penamatan “kekerasan” dan hukuman kolektif terhadap rakyat kami di Gaza dan Tebing Barat.

Beliau menegaskan “punca segala masalah ialah pendudukan Israel dan pembinaan penempatan. – AFP

2 3645

GAZA – Gambar di atas mempunyai cerita yang tersendiri kerana ia merupakan imej terakhir dirakam sebelum kanak-kanak malang berkenaan terkorban akibat bedilan peluru tentera zionis.

Ia merupakan detik terakhir bagi Ahed Bakr, 10, Zakaria, 10 dan dua lagi sepupu mereka Mohammad, 11 serta seorang lagi yang juga bernama Mohammad dan berusia sembilan tahun, bermain, sebelum nyawa mereka melayang di tangan zionis.

Keempat-empatnya merupakan anak kepada keluarga nelayan yang dikenali di situ.

Malang menimpa mereka apabila mereka dibunuh ketika sedang melarikan diri daripada serangan tentera zionis.

Menurut bapa saudara mereka, Abdel Kareem Baker, 41, kejadian itu membuktikan Israel sememangnya pembunuh yang tidak mempunyai hati perut.

Abdel Kareem turut menyindir zionis kerana gagal mengenalpasti kanak-kanak yang sedang bermain dengan mereka yang dikatakan sebagai pengganas meskipun mempunyai senjata serba canggih.

Keempat mereka maut ketika lebih 100,000 penduduk Palestin diberi amaran supaya berpindah dan mengosongkan kediaman masing-masing oleh zionis yang merancang lebih banyak serangan udara.

1 1513

Pasukan pertahanan Isarel (IDF) memulakan serangan darat ke atas semenanjung Gaza lewat petang Khamis (waktu Palestin- malam waktu Malaysia).

Perkara itu telah disahkan pejabat Perdana Menteri Israel melalui kenyataan kepada media negara berkenaan.

Serangan itu adalah selepas 10 hari Israel melancarkan serangan udara ke bumi Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin.

Tujuan serangan darat mengikut IDF ialah bagi memusnahkan semua terowong yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar.

Sebelum serangan darat bermula, IDF telah melancarkan serangan udara dan artileri secara besar-besaran.

IDF menjelaskan, serangan darat itu melibatkan pasukan infantri, kor kejuruteraan dan pasukan kereta kebal yang akan dibantu oleh pasukan udara, laut dan perisikan.

Pihak Hamas dikatakan telah bertindak balas dengan melancarkan serangan roket ke arah bandar Tel Aviv dan Shfela. Pertahan udara Iron Dome Israel dikatakan memintas beberapa serangan roket.

index

3 maut

Gambar: Reuters

0 424

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) akan mengadakan Himpunan Solidariti Gaza di ibu negara selepas solat Jumaat esok.

Setiausaha Agungnya, Nahar Md. Nor berkata, perhimpunan itu akan bermula dari Masjid Tabung Haji dan Masjid Asy Syakirin KLCC.

“Perhimpunan seterusnya bergerak ke bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. Perhimpunan ini adalah anjuran beberapa buah organisasi termasuk IKRAM.

“Perhimpunan ini diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kezaliman rejim haram Israel yang menyerang bumi Gaza dan membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nahar berkata, perhimpunan itu sejajar dengan usaha penduduk dunia mengutuk dan membantah tindakan pengganas Israel.

Justeru, katanya, IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menyertai berhimpunan itu.

“Perhimpunan ini juga adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin,” katanya. – mynewshub.my

2 2675

Sayangnya…muka dah cantik tapi dalam hatinya tersemat perasaan yang sangat busuk terhadap penduduk Palestin!

Seorang ahli parlimen wanita dari Israel, Ayelet Shaked dengan angkuhnya berkata bahawa kesemua rakyat Palestin merupakan pengganas yang harus dihapuskan segera dari muka bumi.

Malah dia turut memberikan kenyataan bahawa golongan wanita seharusnya dibunuh terlebih dahulu agar keturunan rakyat Palestin tidak akan terus berkembang.

“Mereka (para ibu) harus mati, rumah mereka perlu dimusnahkan, agar mereka tidak lagi boleh melahirkan keturunan pengganas. Mereka semua merupakan musuh kita dan mereka perlu mati di tangan kita (rejim zionis),” katanya memetik laporan Press TV.

Setakat ini dilaporkan sebanyak 214 penduduk Palestin telah terkorban sejak rejim zionis membedil Semenanjung Gaza bermula minggu lalu.

Terbaharu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan antara pemimpin dunia yang mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.

RECEP

Malah beliau turut mengecam kenyataan ahli politik wanita tersebut dengan mengatakan, “seorang ahli parlimen wanita Israel mengatakan kaum ibu Palestin mesti dibunuh, apakah bezanya mentaliti (wanita terbabit) dengan Hitler?”.

Menurut laporan media antarabangsa, kebanyakan mangsa korban serangan rejim zionis adalah terdiri daripada kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Marilah kita semua berdoa agar kelak, segala kebenaran akan berpihak kepada golongan yang teraniaya dan tertindas dek keangkuhan Israel laknatullah! – MYNEWSHUB.MY

Oleh: AUDREY LEE

0 407

GAZA CITY – Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata sementara selama lima jam hari ini bagi membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Gencatan senjata itu dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mulai jam 10 pagi hingga 2 petang waktu tempatan Gaza.

“Kumpulan yang ada bersetuju untuk menerima tawaran PBB berhubung ‘tempoh bertenang’ selama lima jam itu untuk keperluan kemanusiaan,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zhuri.

Israel sebelum itu menerima cadangan PBB berkenaan namun memberi amaran tenteranya akan bertindak jika diserang. – CNN

0 430

KUALA LUMPUR – Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berpandangan masyarakat dunia masih belum melakukan kecaman dan bantahan secukupnya ke atas Israel kerana menzalimi rakyat Palestin.

PGPF dalam satu kenyataan media berkata, Israel masih terus melakukan pelbagai pelanggaran resolusi yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin dan Konvensyen Geneva.

“PGPF turut kesal kerana rantau ASEAN masih belum menyatukan suara untuk menunjukkan solidariti kepada penduduk Gaza. Sebaliknya solidariti ini dapat dilihat di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Kekejaman Israel terus meningkat dan kami kecewa dengan PBB yang berdiam diri dalam isu itu. Ia adalah amat tidak bermoral dan tidak produktif ke arah keamanan. Penafian hak asasi manusia untuk rakyat Palestin mesti berakhir,” tegas kenyataan itu hari ini.

Media semalam melaporkan, hanya beberapa jam selepas mempersetujui gencatan senjata, Israel sekali lagi mencabul perjanjian itu apabila melancarkan dua serangan udara ke Genting Gaza,

Perkara itu turut disahkan oleh jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner. “Tentera Israel melancarkan bedilan ke Gaza pada pukul 3 petang ini (waktu tempatan),” katanya.

Malah, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan memperluaskan kempen ketenteraan terhadap Gaza jika Hamas terus menolak gencatan senjata. – mynewshub.my

0 1032

Ankara – Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan menuduh Israel melakukan ‘keganasan serantau’ dengan tindakan pengeboman di Gaza.

Beliau juga menyamakan ahli politik Israel dengan Hitler dengan melakukan serangan rambang, kenyataan yang sekali gus meningkatkan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.

Israel meneruskan serangan ganasnya ke wilayah Gaza semalam enam jam selepas gencatan senjata yang dicadangkan Mesir gagal menghentikan tembakan roket oleh militan Palestin di wilayah Israel.

Sekurang-kurangnya 190 rakyat Palestin, kebanyakan mereka orang awam, terbunuh sejak operasi oleh tentera Israel mula seminggu yang lalu.

“Dengan tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa, Israel terus mengganas di rantau ini dan tiada negara yang berani mengeluarkan arahan supaya ia menghentikan tindakannya kecuali negara kami,” kata Tayyip ketika berucap di Parlimen, semalam.

Erdogan menegaskan tiada kezaliman yang kekal dan lambat laun Israel akan terpaksa membayar harga untuk setiap kezaliman yang dilakukan. Ucapan beliau mendapat pujian daripada penyokongnya dengan teriakan ‘Turki bangga terhadap anda’.

Ankara adalah bekas sekutu strategik terdekat Israel di rantau ini, tetapi Erdogan semakin lantang dalam kritikannya membabitkan tindakan Israel ke atas Palestin sejak kebelakangan ini. – REUTERS

2 2409

SERANGAN Israel ke atas Semenanjung Gaza nyata membangkitkan kemarahan ramai sehingga mewujudkan kempen memboikot produk yang dikatakan memberi sumbangan kepada negara Zionis itu.

Restoran makanan segera, McDonalds adalah antara jenama yang turut terkena tempias kempen ini.

Menerusi ‘screenshot’ yang mula viral di Facebook, seorang pengguna berkongsi gambar restoran tersebut di KB Mall, Kota Bharu yang kelihatan lengang pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia mungkin penangan boikot kerana restoran lain yang berhampiran dengannya masih penuh.

Kami sendiri tidak berani mengesahkan kebenaran situasi ini, namun jika benar, ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak memandang ringan mengenai kesengsaraan penduduk Gaza.

Mungkin ada yang merendah-rendahkan usaha ini dengan menganggap ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap pihak musuh.

Namun, jangan lupa dengan firman Allah S.W.T menerusi Surah al-Zalzalah, 99:7 yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya dan diberi balasan).”

Kita mungkin hanya mampu memboikot sesetengah produk sahaja, namun sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa.

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 381

BAITULMUQADDIS – Israel terus membedil Gaza semalam tetapi menangguh untuk melancarkan serangan darat ketika masyarakat dunia meningkatkan usaha ke arah gencatan senjata.

Ketika kempen ketenteraan Israel untuk memusnahkan bedilan roket Hamas masuk hari ketujuh semalam, Presiden Palestin, Mahmud Abbas dijadual membincangkan langkah untuk mendesak campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada pertemuan tergempar menteri luar Arab di Kaherah.

Pada masa yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pula mendesak Israel agar membatalkan rancangan untuk melancarkan serangan darat.

“Terlalu ramai penduduk awam Palestin telah terbunuh,” kata Ki-moon.

Setakat semalam, kempen serangan udara rejim Zionis meragut lebih 172 nyawa manakala sekurang-kurangnya 1,230 orang cedera.

Dalam pada itu, Israel masih belum memutuskan untuk melancarkan serangan darat walaupun melakukan persediaan rapi untuk menceroboh Gaza.

Media Yahudi melaporkan, menteri-menteri Israel menolak untuk menghantar tentera ke Gaza pada satu mesyuarat Kabinet kelmarin.

Sementara itu, jet pejuang rejim Zionis membedil lebih 40 lokasi di Genting Gaza dalam tempoh semalaman.

Beberapa pegawai perubatan berkata, serangan itu mengenai tiga fasiliti latihan yang digunakan oleh sayap bersenjata Hamas dan menyebabkan dua orang terbunuh.

Rejim Zionis turut membedil bandar Beit Lahiya, utara Gaza selepas memberi amaran kepada penduduknya supaya berpindah kelmarin.

Beribu-ribu penduduk bandar itu melarikan diri dari kediaman mereka susulan amaran rejim Zionis itu.

Awal semalam, tentera Israel menggunakan peluru berpandu Patriot untuk menembak jatuh sebuah pesawat dron Palestin yang dipercayai membawa bom untuk menyerang Israel. – AFP

0 561

Dikhabarkan, sebelum tentera israel mengebom sesuatu sasaran di Palestin, mereka memberikan amaran untuk memberikan masa kepada orang awam menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, amaran yang dikatakan itu bukanlah berupa siren, sebaliknya adalah peluru berpandu yang lebih lemah dan ia ditembak ke atas bumbung sasaran berkenaan.

Kemudian dalam beberapa ketika, barulah peluru berpandu yang sebenarnya dilepaskan dengan letupan kuat sekaligus merosakkan bangunan yang disasarkan.

Cara serangan oleh israel itu dikongsikan laman Facebook Aqsa Syarif yang ditubuhkan khusus untuk mengumpulkan dana dan disalurkan kepada rakyat Palestin untuk membantu mereka di sana.

Aqsa Syarif Bhd ditubuhkan pada April 2010 lepas.

Menurut Amnesty International perbuatan itu bukanlah satu cara berkesan untuk diklasifikasikan sebagai amaran.

“Ia sama sekali bukanlah cara paling efektif untuk memberi amaran,” katanya memetik laman status laman Facebook berkenaan.

Antara yang menjadi mangsa, ialah keluarga Samir Nofal yang mana mereka diberi amaran sekali, tetapi dibom dua kali. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IKA

0 1054

PENDUDUK dari segenap pelosok dunia melakukan bantahan terhadap serangan dahsyat Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 170 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak sejak serangan dilancarkan bermula Selasa lalu.

Protes yang diadakan di bandar-bandar metropolitan dunia seperti Milan, New York, London, Seoul dan Paris disertai oleh ribuan penunjuk perasaan yang berang atas tindakan terkutuk rejim Zionis itu.

Di Tel Aviv dan Haifa,seramai 500 penduduk Palestin yang tinggal di dalam wilayah taklukan Israel berganding bahu bersama penganut Yahudi Ortodoks untuk membantah serangan ganas terhadap Gaza dan menggesa supaya penindasan dihentikan, Sabtu lalu.

Aktivis solidariti dan belia Palestin di daerah Yaffa turut serta melaungkan protes terhadap kezaliman tentera Zionis.

Selain itu, di Amerika Syarikat, sebuah persatuan keamanan Yahudi iaitu Jewsih Voice for Peace yang merupakan penaja bersama majoriti kempen anti-keganasan turut menyuarakan rasa marah terhadap kenyataan Israel bahawa serangan yang dlakukan adalah untuk ‘kebaikan semua bangsa Yahudi’.

Jumaat lalu, ribuan pembantah mengadakan demonstrasi di Jordan, Turki, Mesir, Lebanon, Yemen, Tunisia, Indonesia, Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom.

Di  Ankara, para penunjuk perasaan bertindak berkumpul di hadapan kedutaan Israel dan melaungkan kecaman terhadap opresi Zionis terhadap Palestin.

Sebuah demonstrasi besar-besaran juga dilakukan di Jakarta di mana peserta menyuarakan kemarahan pada rejim Zionis Israel dengan mengotori gambar Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu.

Mesir juga mengecam pengeboman Gaza dalam protes di Kaherah.

Di Oslo, sekitar 3.000 aktivis pro-Palestin berkumpul di luar kompleks Parlimen untuk mendukung perdamaian di Gaza.

Perwakilan dari persatuan penduduk Palestin dan juga penyokong bantahan di Norway memberikan ucapan pada acara tersebut, mengutuk serangan Israel di Gaza yang telah menelan lebih daripada 170 nyawa yang telah memasuki hari ketujuh,hari ini.

“Ada penjajah dan satu lagi, yang dijajah. Dan apabila ada mangsa sudah tentu wujudnya pemangsa,” kata wakil parti berhaluan kiri Heikki Eidsvoll Holmas dalam ucapan beliau.

Di Kanada, penunjuk perasaan berkumpul di West Bloor Street berhampiran Muzium DiRaja Ontario  untuk memprotes agresi Israel terhadap Gaza.

“Kita perlu menghentikan keganasan terhadap mereka yang tidak bersalah,” kata Wael Ghuneim, presiden Persatuan Palestin di Hamilton di dalam satu kempen protes yang dihadiri ratusan pembangkang.

Keadaan di Gaza semakin meruncing sejak kejatuhan Presiden Mohammad Morsi, kerana laluan masuk di pintu Rafah untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut.

0 2174

Jutaan penduduk dunia ketika ini membantah dan menentang kekejaman tentera rejim israel yang sudah berterusan membedil warganegara Palestin sejak minggu lepas sehingga korban mencecah angka 172 orang.

Sudah pastinya, sebaik artikel ini ditulis angka kematian rakyat tidak berdosa di bumi Gaza terus bertambah.

Pengendali laman Facebook; Muslim Care Malaysia Society hari ini berkongsi sebuah video menunjukkan penyampai berita laman web www.rt.com di Amerika, Abby Martin yang jelas menyuarakan kemarahannya kepada israel.

Abby dilihat berang dengan kenyataan yang dikeluarkan jurucakap White House di Washington DC, yang mahu pejuang Hamas menghentikan serangan roket berterusan ke Gaza.

Selain itu, beliau juga menyelar White House yang mahukan perdana menteri israel, Benjamin Netanyahu bertindak menghadapi serangan Hamas itu dengan bertanggungjawab.

Beliau turut menjelaskan kenyataan sebenar yang dialami penduduk Gaza apabila ratusan penduduk Gaza terbunuh ekoran serangan Zionis yang didakwa dilaksanakan untuk membendung serangan roket dari Gaza.

PalestinIsrael

“Bertindak secara bertanggungjawab?, saya mesti berada di alam dongeng sekarang kerana bagi saya ia adalah hukuman terkumpul yang kepada seluruh penduduk Gaza, bertentangan dengan “bertindak secara bertanggungjawab”,” kata Abby.

Abby berkata laporan yang dikeluarkan oleh media Amerika Syarikat tidak boleh diharapkan melaporkan kebenaran kerana mereka sebenarnya ‘bertugas’ sebagai jurutaip kerajaan pimpinan Presiden Barrack Obama.

Menurut beliau, pada peringkat awal serangan zionis laknat sudah pun membedil 200 sasaran di Gaza dengan lapan kanak-kanak terbunuh, apa yang boleh termampu dibalas oleh Hamas hanyalah menembak roket ke Israel bagi mempertahankan tanah air mereka.

Penulis juga sengaja menulis negara israel dengan huruf ‘i’ yang kecil kerana negara Yahudi itu bukanlah satu nama khas dan kita tidak mengiktiraf kewujudan zionis yang menduduki Palestin secara haram.MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

 

0 878

BAITULMAQDIS – Israel menggesa penduduk di utara Semenanjung Gaza meninggalkan rumah masing-masing, membayangkan serangan akan dilancarkan selepas askarnya memasuki Gaza awal pagi tadi.

Tentera Udara Israel menggugurkan risalah pagi ini menggesa penduduk meninggalkan rumah masing-masing.

Jurucakap tentera berkata, pihak tentera akan memulakan operasi “singkat dan sementara” ke atas utara Gaza selepas jam 12 tengah hari waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia) hari ini.

Gesaan itu dibuat selepas askar Israel melancarkan serbuan di utara Gaza bagi memusnahkan apa yang dinyatakan sebagai tapak pelancaran roket.

Lebih 160 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan enam hari itu. – AP

2 3932

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel terhadap umat Islam di Palestin kerana ia merupakan tindakan zalim mengikut nafsu dan berniat jahat.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah lama berlarutan walupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB telah membuat ketetapan supaya Israel menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

Namun,ramai yang masih tidak tahu fakta-fakta penting disebalik konflik yang telah mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan nyawa kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa,bermula tahun 1948.

palestine

genocide

1. Gaza (termasuk Tebing Barat dan Timur Jerusalem) diperakui di bawah undang-undang dunia serta mahkamah tertinggi dunia iaitu Mahkamah Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wilayah sah milik Palestin.

2. Setiap bangsa Yahudi seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar daripada Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi.

4. Jerusalem Timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.

5. Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

6. Amerika Syarikat (AS) memberi dana sebanyak 5 juta USD setiap tahun untuk Israel.

7. AS boleh diumpamakan bagai lembu dicucuk hidung kerana terpaksa memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar USD18 juta setiap tahun. Paling memalukan,jumlah itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada keseluruhan benua Afrika yang masih hidup serba kedaifan hingga kini.

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar USD4 juta daripada AS yang terdiri daripada pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk. Oleh kerana AS merupakan sekutu utama bagi Israel, maka mereka dengan rela hati memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandirian hubungan dwi-lateral mereka.

9. Majoriti pemimpin AS membantah penggunaan senjata tentera Israel, khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 ketika pertempuran di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear. Mereka juga tidak membenarkan pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.

11. Jeneral Tertinggi Israel mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

12.Tahukah anda bahawa Israel telah meledakkan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran. Sekarang, bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

13, Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?

14. Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek di dalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua.

15. Pada satu peristiwa 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, kemudiannya menembak mereka dari jarak setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khas dari pemerintah Israel!

16. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

17. Perdana Menteri Israel pertama iaitu David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa terhadap semua bangsa Arab daripada Israel.

18. Rahib besar Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin. Bahkan beliau mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel:-

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk.”

19. Walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan prasarana pendidikan Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara yang mempunyai bilangan doktor dan pakar perubatan terbanyak di dunia.

20. Majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967, padahal fakta yang sebenarnya adalah sebaliknya. Tetapi mereka tetap menegaskan bahawa serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

21. Israel adalah satu–satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin.

22. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. - MYNEWSHUB

Text: SARA KHALID

0 2536

SEBAGAI tanda bantahan terhadap keganasan tentera Zionis di Palestin, Prof. Stephen Hawking telah menyertai mogok akademik terhadap negara itu dengan menarik diri daripada menyertai sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Presidennya Shimon Peres di Jerusalem.

Hawking, 71,yang merupakan seorang pakar fizik teorikal dan Profesor Matematik di Universiti Cambridge terkenal, telah menerima jemputan untuk menjadi sebahagian daripada panel kehormat pada konferens tahunan itu.

Acara yang dilangsungkan buat kali kelima itu bakal dihadiri oleh barisan selebriti ternama antarabangsa, dijangka akan menarik ribuan peserta dan ber dengan sambutan hari jadi Peres yang ke-90.

Tahap kesihatan Hawking tidak berada dalam keadaan baik buat masa ini, namun itu bukanlah sebab utama beliau menarik diri daripada menyertai forum itu. Beliau telah menulis kepada Presiden Israel itu bagi menyatakan bahawa beliau telah berubah fikiran.

Walaupun keputusan Hawking masih belum diumumkan kepada orang ramai, namun sebuah kenyataan yang disahkan sendiri oleh Hawking telah diterbitkan oleh Jawatankuasa British bagi Universiti-Universiti Palestin dengan deskripsi: “Keputusan menghormati boikot ini adalah daripada kerelaan hatinya, berdasarkan pengetahuan beliau mengenai bumi Palestin,serta nasihat daripada kenalan akademik beliau di sana.”

Penyertaan Hawking mencetuskan satu lagi kemenangan dalam kempen memboikot, menafikan hak serta melakukan sekatan yang disasarkan terhadap institusi pendidikan Israel.

Pada April lalu, Persatuan Guru Ireland telah menjadi pertubuhan pendidik pertama di Eropah yang melakukan mogok terhadap Israel, dan Persatuan Pengajian Amerika-Asia di Amerika Syarikat juga menyuarakan sokongan terhadap kempen itu.

Keputusan Hawking bagaimanapun telah mendapat kritikan hebat di laman Facebook, dengan ramai pengguna memfokuskan pandangan negatif mereka terhadap keadaan fizikal profesor itu dan tak kurang juga yang melabel beliau sebagai anti-semitik.

Hawking bukanlah selebriti British pertama yang menolak jemputan lawatan ke Israel, malah beberapa barisan penyanyi berpengaruh seperti Elvis Costello, Roger Waters, Brian Eno, Annie Lennox dan Mike Leigh turut memberikan respon yang sama.

Ahli fizik yang popular dengan teori ‘Big Bang’ itu bagaimanapun telah beberapa kali menjejakkan kaki ke Israel dan yang terbaru adalah pada tahun 2008,dimana beliau dijemput sebagai tetamu kedutaan British di Tel Aviv untuk menyampaikan syarahan umum di beberapa buah universiti di Israel dan wilayah Palestin.

Sejak daripada itu, persepsi beliau terhadap Israel telah berubah secara serta-merta apabila beliau mengutuk tindakan mereka melancarkan serangan selama tiga minggu di Gaza dengan menyamakan Zionis dengan apartheid di Afrika Selatan pada tahun 1990.- MYNEWSHUB

1 1332

MELAKA – Malaysia akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi ‘Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza’.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.

“Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal…setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan.

“Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis sumbangan zakat Projek Ehsan Tabung Haji (TH) peringkat negeri Melaka di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Pada majlis tersebut TH menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM100,000 kepada 200 penerima.

Beliau berkata sehingga hari ini, seramai 43 sukarelawan termasuk 10 doktor telah menyatakan hasrat untuk menyertai misi tersebut.

Katanya pihaknya juga mensasarkan untuk menghantar kira-kira 10 tan bantuan terdiri daripada peralatan perubatan dan makanan ke Gaza.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan atau sumbangan pakaian boleh menghubungi talian 03-22736004 atau menghantarnya ke bilik gerakan misi tersebut di No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Sementara itu, katanya, TH mensasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta melibatkan 3,424 asnaf miskin dan fakir di seluruh negara melalui Projek Ehsan pada tahun ini. – BERNAMA

0 538

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini melalui akaun twitternya, memuatnaik gambar jenazah kanak-kanak Palestin dan mengutuk kekejaman tentera rejim zionis.

Dengan wajah-wajah kanak-kanak tidak berdosa beliau berkata pihak yang melakukan kekejaman dengan membunuh mereka adalah lebih teruk daripada pengganas.

“Sesiapa yang melakukan ini (pembunuhan rakyat Palestin) adalah lebih teruk daripada pengganas,” katanya.

TweetMusaHassanTerdahulu, Musa turut menulis tweet yang mengutuk serangan tentera zionis, rejim Israel yang melancarkan serangan sejak Selasa lepas.

Sungguh zalim zionis Yahudi dan penyokong-penyokong mereka,” kata Musa melalui tweetnya.

Menurut laporan beberapa media Malaysia, mangsa serangan Israel sehingga awal hari ini sudah pun mencecah 121 orang.

Seramai 16 orang rakyat Palestin terbunuh dalam serangan awal hari ini di Semenanjung Gaza, demikian menurut sumber pasukan perubatan.

Serangan dilancarkan selepas dua terbunuh dalam satu letupan di sebuah pusat kebajikan di Beit Lahiya, utara Gaza, dan tiga lagi maut di barat Bandar Gaza.

Awal hari ini, empat dilaporkan maut di Jebaliya, utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.

Pegawai tempatan berkata, serangan awal pagi itu turut meliputi masjid dan rumah para pegawai Hamas sepanjang pesisir wilayah terbabit. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 3384

KUALA LUMPUR – Serangan udara tentera Israel ke atas orang awam Palestin sejak beberapa hari lalu membuktikan kebenaran al-Quran yang menyebut tentang perangai dan sikap kaum Yahudi selama ini.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, serangan terbaru ke atas Palestin itu menunjukkan sikap zalim Israel.

“Serangan dan kezaliman itu membuktikan kebenaran al-Quran yang menceritakan perangai dan sikap mereka sejak dahulu hingga hari kiamat.

“IKRAM menyeru semua negara di dunia ini menggunakan kedudukan dan pengaruh masing-masing bagi memberi tekanan ke atas pihak rejim Israel sehingga mereka memberhentikan segera kezaliman itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hasanuddin berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyokong hak rakyat Palestin dan akan memberi dan bantuan kepada rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Katanya, IKRAM turut menyambut baik seruan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar ahli-ahlinya membaca doa Qunut Nazilah pada malam-malam tarawih.

Najib yang juga Presiden UMNO semalam menegaskan, UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel dalam serangan terbaharu di Gaza.

Perdana Menteri berkata, serangan tersebut telah mengakibatkan ramai orang awam terkorban.

Beliau memberitahu, parti itu sentiasa berdiri teguh di sebalik perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak mereka. – mynewshub.my

0 2936

Ketika rejim zionis bersungguh-sungguh membedil Semenanjung Gaza dan Palestin, rupa-rupanya ada ketakutan wujud dalam diri rejim laknat itu berikutan tindakan boikot yang sudah mula diambil penduduk dunia ke atas produk yang ada kaitan dengan mereka.

Perdana Menteri zionis Benjamin Netanyahu menganggap kempen memboikot atau memulaukan produk mereka adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan, demikian menurut laporan Sinar Harian.

Ketika ini kedengaran ancaman dari beberapa negara antaranya Britain memaksa Netanyahu mengadakan mesyuarat tergempar kabinetnya untuk mencari jalan penyelesaian.

“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel, maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” katanya menurut laporan Jerusalem Post.

Terdahulu, pada Februari lepas Setiuasaha Negara Amerika Syarikat John Kerry turut menyuarakan ancaman boikot oleh negara Uncle Sam itu tetapi jika rundingan damai antara Israel dan Palestin gagal.

“AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya.

Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.

Menteri Kewangan rejim Yair Lapid turut mengingatkan beberapa kali bahawa jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari negara-negara Eropah, maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.

“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.

Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz pula beranggapan, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.

“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini satu ugutan,” katanya.

Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.

“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri, Dunia sedang memerhati Amerika dalam rundingan damai ini.

“Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggungjawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

 

0 1807

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir bertanggungjawab ke atas kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam Palestin.

Pengerusi Badan bukan kerajaan (NGO) Citizens International, S.M. Mohamed Idris berkata, negara terbabit telah mendorong kepada pembersihan etnik rakyat Palestin oleh zionis untuk memadam sejarah negara itu.

“Sokongan tentera, ekonomi dan diplomatik oleh AS untuk Israel telah menggalakkan rejim zionis melakukan jenayah antarabangsa terhadap rakyat Palestin. Sebarang percubaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang Israel akan ditentang oleh kuasa veto AS.

“Sokongan Arab Saudi dan UAE ke atas rampasan kuasa oleh diktator Abdul Fattah el-Sisi telah melemahkan Palestin. Sisi memusnahkan beratus-ratus terowong yang digunakan untuk mengangkut makanan, perubatan dan barangan keperluan ke Gaza yang berada di bawah kepungan Israel-Mesir dari tahun 2007.

“Perbuatan Mesir itu mengakibatkan bencana kemanusiaan ke atas penduduk Gaza kerana ramai jatuh sakit dan kekurangan bekalan keperluan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed dalam pada itu menyelar negara-negara liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana sentiasa bersikap penakut untuk mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat Palestin disebabkan semakin kekurangan nilai moral dan akhlak dalam diri mereka.

Sehubungan itu, beliau menggesa pertubuhan dan gerakan masyarakat di seluruh dunia mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan AS, Israel, Arab Saudi dan Mesir untuk menyatakan sokongan ke atas Palestin.

Katanya, masyarakat dunia juga diseru mengerakkan kempen memboikot dan mengenakan sekatan ke atas Israel.

Beliau turut mendesak Majlis Keselamatan PBB supaya mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam Palestin dan mengarahkan supaya serangan dihentikan serta-merta. – mynewshub.my

2 1729

SERANGAN udara yang dilancarkan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang kini sudah meragut lebih 85 nyawa nyata mengundang simpati daripada masyarakat di seluruh dunia.

Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menghulurkan bantuan khususnya dalam bentuk kewangan yang disalurkan menerusi kutipan derma oleh badan kebajikan berdaftar di seluruh negara.

Dalam pada itu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan peluang yang ada bagi mengutip wang untuk kepentingan diri.

Menerusi Facebook rasmi Aqsa Syarif, satu kompilasi gambar beberapa individu telah disiarkan bagi memberi amaran kepada orang ramai agar tidak tertipu dengan tindakan mereka mengutip derma di kawasan surau.

Berikut merupakan kenyataan penuhnya pengendalinya:

Perhatian | Awas kepada rakyat Malaysia yang prihatin di luar sana. Jangan biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah gunakan wang anda.

Berikut adalah laporan berkenaan gambar hasil siasatan sekretariat Aqsa Syarif dan wakil MAIWP:

Pada 16 May 2014, jam lebih kurang di antara 2.00 petang ke 2.15 petang iaitu selepas selesai solat Jumaat, Saudara K***** melihat 4 buah tabung (seperti dalam gambar) diletakkan di luar kawasan surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

4 buah tabung tersebut diletakkan secara berdekatan, anggaran jarak adalah sejauh 10-20 meter di antara satu sama lain dan seperti dijaga oleh beberapa orang yang berpakaian t-shirt hitam bertulisan “Free Palestine” berwarna putih, dan berseluar jeans dengan sedikit kekoyakan. Beberapa minit selepas itu, 2 buah tabung telah dibungkus dan tinggal 2 buah tabung lagi. Tidak diketahui apa yang terjadi selepas itu kerana beliau meninggalkan tempat tersebut.

Saudara tersebut telah solat di surau tersebut sebanyak dua kali (pada tarikh tersebut), dan ini merupakan kali pertama dia melihat sendiri dengan mata beliau. Kejadian ini dikatakan berlaku beberapa kali berdasarkan ulasan sahabat-sahabat beliau yang bekerja di kawasan tersebut.

***

Terdapat tiga buah logo NGO yang ada pada tabung tersebut. Salah satu NGO telah membuat laporan sebelum 16 May 2014, tetapi dikatakan masih berlaku.

Esok hari jumaat. Kepada pengunjung tabung haji khususnya para jemaah pada solat jumaat, tanganilah dengan bijak dan berhemah.

Justeru, adalah lebih baik jika anda menyalurkan derma mengikut saluran yang betul agar bantuan itu benar-benar sampai kepada mereka yang berhak menerimanya.

Berhati-Hati Dengan Penyeleweng Duit Sumbangan Palestin!

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 2817

Warga Israel yang terang-terangan memusuhi Islam menunjukkan betapa mereka tiada hati perut apabila menonton serangan bom ke atas umat Islam Palestin di Gaza seperti menonton wayang.

Mereka beramai-ramai membawa kerusi ke atas bukit dan bertepuk tangan sambil bersorak setiap kali terdengar bedilan bom dan menyaksikan letupan berlaku di Gaza.

israel

Gambar yang tersebar di Twitter ini mendapat kecaman ramai namun Israel laknatullah tetap meneruskan agenda jahat mereka.

laknatullah

 

Entah berapa ramai lagi akan terkorban kerana kezaliman terang-terangan di bulan mulia ini. Sama-samalah kita doakan semoga saudara seislam kita di Gaza mendapat keadilan dan bantuan untuk keluar daripada kekejaman yang sedang dilalui.

Sebaik-baiknya hulurkanlah sumbangan yang termampu termasuk menderma kepada Tabung Gaza dan berdoa keselamatan saudara kita di sana setiap setiap kali usai solat. #mynewshub

Oleh: REM RAMZI

0 262

GAZA CITY – Bedilan bertubi-tubi tentera udara Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan angka kematian mencecah 83 orang dengan semalam sahaja mencecah 32 orang terkorban.

Kebanyakan yang terkorban dalam tempoh 24 lalu adalah di Khan Yunis, di selatan Gaza apabila Israel melancarkan serangan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Serangan itu mengenai sebuah kafe ketika peminat bola sepak menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Argentina dan Holland.

Sembilan orang maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi cedera.

Beberapa jam kemudian, pesawat perang Israel membedil dua rumah di bandar itu, menyebabkan empat wanita dan empat kanak-kanak terbunuh.

Satu lagi serangan membunuh seorang lelaki berusia 19 tahun dan ayahnya berusia 75 tahun.

Di tengah Gaza, seorang lelaki maut dalam serangan udara terhadap sebuah kem pelarian di Nusseirat.

Di Zeitun, timur Gaza City, serangan roket membunuh seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal pada lewat petang. – AFP

12 5543

Biarpun Argentina sudah pun menjejakkan kaki ke final Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil, bintang prolifik pasukan itu Lionel Messi sudah pun menerima kecaman hebat dari jutaan penduduk dunia khususnya orang Islam.

Ribuan orang mula mematikan sokongan ke atas pemain itu dan pasukannya Barcelona ekoran tersebar gambar pasukan dari La Liga itu sebenarnya menyokong Israel dan rejim Zionis.

Gambar berkenaan diambil ketika pasukan Barcelona dan Messi melawat Israel tahun lepas sebagai misi keamanan termasuk memberi harapan baru kepada rundingan damai antara Palestin dan Israel.

MessiIsrael_2

MessiIsrael_3

Beberapa keping gambar Messi yang juga Ketua Pasukan Argentina beramah mesra dengan Perdana Menteri Zionis Benjamnin Netanyahu.

Satu gambar yang menjadi viral kebencian penyokong Argentina dan Messi ialah gambar pemain itu memegang sehelai kemeja-t dengan tertulis perkataan “Berdiri Bersama Israel“.

Gambar itu dikatakan dirakam ketika FCB berkunjung ke bumi Palestin pada musim lalu. Ketika serangan Yahudi diperhebatkan ke atas Gaza, maka gambar berkenaan timbul kembali dan mengundang marah penyokong.

Di laman Facebook di Malaysia, kebanyakan peminat Barcelona sudah mula benci dengan pasukan itu termasuk Messi dan Argentina dan menyuarakan sokongan mereka kepada Jerman pada final nanti.

Messi dilihat begitu ceria berdiri di samping Netanyahu yang telah memberi arahan kepada askar rejimnya membunuh dan melancarkan serangan udara ke atas rejim Zionis berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

0 2796

JIKA pendatang Israel fikir mereka boleh bergembira dan hidup selamat di sebalik tembok tinggi yang memisahkan negara haram mereka dengan Palestin, ternyata percaturan itu silap sama-sekali.

Ternyata operasi serangan udara tentera mereka di Gaza pada bulan Ramadhan ini turut mengundang serangan roket bertubi-tubi daripada pejuang jihad Palestin.

Natijahnya, pendatang Israel akan dilanda ketakutan setiap kali ‘tzeva adom’ atau siren kecemasan dibunyikan.

Ia memberi amaran setiap kali berlakunya serangan balas daripada pihak pejuang.

Di sini, kami kongsikan satu video yang menunjukkan saat-saat cemas pendatang Israel ini di sebuah majlis perkahwinan apabila roket para pejuang Gaza melintasi ruang udara mereka.

Mungkin inilah ‘harga’ yang perlu mereka bayar akibat kekejaman para pemimpin Zionis terhadap rakyat Palestin.

Saksikan…

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

0 921

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan menggesa supaya operasi ketenteraan itu dihentikan.

Najib, dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook hari ini, menegaskan bahawa Malaysia kesal terhadap kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dan menyeru semua pihak bertenang.

“Keamanan hanya boleh wujud melalui penyelesaian dua negara dan semua pihak harus mematuhi prinsip ini,” kata beliau.

Menurut perkhidmatan kecemasan di Bandaraya Gaza, seramai 11 wanita dan kanak-kanak ialah antara 17 rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan udara Israel ke atas wilayah Palestin itu pada Rabu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 38 orang dalam masa dua hari.

Selain itu, lebih 300 orang cedera dalam serangan itu. – BERNAMA

0 426

BANDARAYA GAZA – Serangan udara yang dilancarkan oleh Israel di utara Gaza mengorbankan enam orang, termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak, kata pegawai medik hari ini.

Serangan itu terkena rumah Komander Briged Al-Quds, sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam Palestin di Beit Hanoun di utara bandaraya Gaza, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Kejadian yang masuk hari kedua serangan Israel di Palestin mengorbankan komander terbabit dan lima anggota keluarganya termasuk ibu bapanya, seorang wanita dan dua kanak-kanak. – AFP

0 1187

GAZA CITY – Operasi serangan udara berterusan Israel terhadap pejuang Gaza kini mengorbankan 28 orang manakala lebih 150 lagi cedera, lapor pasukan perubatan hari ini.

Ia dianggap serangan berdarah terburuk dalam sehari di semenanjung berkenaan sejak 2012.

Serangan udara yang bermula semalam di Gaza mengorbankan 24 orang, termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak manakala askar Israel membunuh empat pejuang Hamas.

Korban nyawa pertama awal pagi ini pula membabitkan enam orang dalam satu keluarga, demikian menurut jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Kejadian berlaku apabila serangan bom pesawat Israel mengenai rumah keluarga berkenaan di Beit Hanoun, utara Gaza.

Rumah berkenaan dikatakan milik seorang komander Briged Al-Quds, salah satu sayap Pergerakan Jihad Palestin.

Satu lagi serangan awal hari ini ialah di bandar selatan Rafah yang mengorbankan seorang remaja lelaki. – AFP

0 1636

RAMALLAH – Bedah siasat awal mendapati mayat remaja Palestin yang dipercayai diculik dan dibunuh pelampau Yahudi menunjukkan mangsa dibakar hidup-hidup, peguam negara Palestin dipetik sebagai berkata.

“Punca kematian adalah terbakar dan komplikasinya,” kata Mohammed Al-A’wewy dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa, lewat kelmarin.

Ketegangan Israel-Palestin memuncak mendadak selepas tiga remaja Israel diculik pada 12 Jun dan kemudian ditemui mati di Tebing Barat. Ia diikuti dengan penculikan Mohammed Abu Khudair, 16, Rabu lalu di kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur. Mayatnya yang rentung ditemui beberapa jam kemudian dalam hutan di pinggir bandar raya itu.

Pengarah institut forensik Palestin, Saber Al-Aloul, menghadiri bedah siasat yang dilakukan doktor Israel di Tel Aviv.

Al-A’wewy berkata, Al-Aloul melaporkan debu kebakaran ditemui dalam saluran pernafasan Khudair bermakna mangsa menghidu bahan itu ketika dibakar hidup-hidup.

Kesan kebakaran sehingga 90 peratus dikesan pada mayat. Kepalanya luka. Contoh seperti cecair dan tisu diambil untuk pemeriksaan makmal lebih lanjut untuk melengkapkan laporan perubatan.

Pada majlis pengebumian Khudair kelmarin, penduduk Palestin yang marah melaungkan ‘Intifada! Intifada!’, menggesa kebangkitan baru menentang Israel. Batu dibaling ke arah polis Israel dibalas dengan gas pemedih mata dan peluru getah. – Reuters

0 512

Baitulmaqdis – Remaja Palestin dari Baitulmaqdis Timur diculik dan dibunuh awal semalam dalam tindakan yang disyaki sebagai membalas dendam pembunuhan tiga belia Israel, lapor radio tentera.

Pembunuhan itu mencetuskan arus pertempuran di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan kira-kira 200 pemuda Palestin yang b erang membaling batu ke arah polis, yang bertindak balas dengan bom bunyi dan peluru getah.

Memetik kenyataan saksi, radio melaporkan belia berkenaan dilihat dipaksa memasuki kereta di wilayah Arab di bandar raya itu.

Mayat ditemui tidak lama kemudian di bahagian lain bandar raya itu, menurut radio, menyifatkan ia disyaki sebagai serangan balas dendam terhadap penculikan tiga remaja Israel dari selatan Tebing Barat 12 Jun lalu.

Salahkan Hamas

Israel menyalahkan Hamas di atas pembunuhan mereka dalam kejadian yang mengejutkan wilayah itu, yang mencetuskan gesaan membalas dendam.

Beberapa jam selepas mereka dikebumikan kelmarin, 200 penduduk Israel bertindak ganas di Baitulmaqdis, menghentikan kereta dan sistem aliran ringan serta menjerit Mati Arab, kata polis dan saksi. Polis berkata, 47 ditahan.

Jurucakap polis, Luba Samri, mengesahkan mereka menyiasat laporan penculikan dan berkata menemui mayat tetapi enggan memberitahu sama ada kedua-dua kejadian itu berkaitan.

Pada awal pagi semalam, polis menerima laporan seseorang dipaksa menaiki kereta di Beit Hanina. Dalam masa sejam, mayat ditemui di Baitulmaqdis tetapi identiti masih belum dikenal pasti. Kami masih meneliti jika ada kaitan antara kedua-dua kejadian, kata Samri.

Memetik kenyataan saksi, radio tentera melaporkan sebuah kereta hitam berhenti di sebelah remaja yang menahan kereta kerana mahu menumpang dan dipaksa memasukinya. Kereta itu kemudian berlalu.- AFP

 

0 884

Rejim Israel pada pagi hari ini dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas 34 sasaran di Genting Gaza kononnya sebagai membalas tembakan roket yang ditujukan ke selatan Israel.

Serangan udara dikatakan mensasarkan kumpulan pejuang Hamas dan Islam yang berada di genting itu, memetik laporan Jerusalem Post.

Menurut laporan media Palestin, empat orang dilaporkan cedera dana beberapa kawasan di Gaza turut terputus bekalan elektrik.

Sehingga kini masih tiada laporan mangsa serangan yang maut akibat serangan udara itu.

Sejak 2007, kawsan selatan Israel didakwa rejim zionis itu menjadi sasaran roket oleh Hamas yang menguasai kawasan itu.

“Tentera Israel akan terus bertindak bagi mengekalkan keamanan rakyat dan penduduk awam negara Israel. Hamas dan pihak yang berkaitan dengannya bertanggungjawab ke atas semua tindakan keganasan ke atas Israel dari Genting Gaza,” kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Peter Lerner.

Semalam, mayat tiga remaja Israel yang didakwa diculik kira-kira dua minggu lalu telah ditemui di Tebing Barat.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menuduh Hamas bertanggungjawab dalam serangan dan penculikan itu, berkata Hamas akan membayar kehilangan nyawa yang berlaku. – MYNEWSHUB.MY

0 256

BAITULMAQDIS – Israel melakukan serangan balas terhadap tentera Syria di Bukit Golan atas alasan kononnya seorang remajanya terbunuh dalam serangan awal Syria.

Serangan semalam adalah yang paling serius di kawasan peletakan senjata di Syria sejak Perang Asia Barat 1973.

Kawasan yang disasarkan termasuk ibu pejabat tentera Syria dan kawasan pelancaran serangan, kata Leftenan Kolonel Peter Lerner bagi pihak tentera Israel.

Tentera Yahudi mendakwa serangan udara itu dilakukan selepas anak lelaki kontraktor kementerian pertahanan Israel dibunuh di Golan semalam. – AFP

0 354

RAMALLAH, Tebing Barat – Askar-askar Israel berbalas tembakan dengan penduduk Palestin semalam, kata tentera rejim Zionis.

Ia merupakan pertempuran di jalanan paling sengit di Tebing Barat sejak tentera Yahudi memulakan operasi mencari tiga remaja Israel yang hilang seminggu lalu.

Beberapa pegawai hospital berkata, tiga penduduk Palestin cedera terkena tembakan dalam pertempuran di Jenin yang merupakan kubu kuat pejuang Palestin.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kecederaan di pihak Israel.

“Kira-kira 300 penduduk Palestin dengan sebahagian mereka membaling bahan letupan dan melepaskan tembakan ketika tentera askar-askar Israel memasuki Jenin untuk mencari tiga remaja hilang itu,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, tentera Israel menangkap seramai 30 penduduk Palestin di Tebing Barat sejak semalam dalam operasi mencari tiga remaja Yahudi yang didakwa diculik pergerakan Hamas, kata pihak tentera semalam.

Menurut kenyataan tentera Zionis, tangkapan terbaharu itu menjadikan bilangan penduduk Palestin yang ditahan setakat ini meningkat kepada 280 orang.

Tiga remaja dengan dua daripada mereka di bawah umur hilang dekat penempatan haram Gush Etzion di Tebing Barat pada 12 Jun lalu.

Israel menyalahkan Hamas sebagai bertanggungjawab menculik mereka.- AFP

 

0 427

BAITULMUQADDIS – Israel semalam mengumumkan akan membina lebih 1,500 buah rumah di kawasan penempatan haram Yahudi sebagai tindak balas terhadap pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dengan Hamas.

Menteri Perumahan, Uri Ariel memberitahu Radio Israel, tawaran tender pembinaan perumahan itu telah dikeluarkan ekoran terbentuknya secara rasmi apa yang beliau sifatkan sebagai ‘kerajaan pengganas Palestin’.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar pembinaan penempatan haram itu.

Namun, media Israel berkata, projek itu akan dibina di tujuh penempatan haram di Tebing Barat.

Ekoran pengumuman itu, kerajaan Palestin akan mengemukakan rayuan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerajaan baharu daripada kalangan tokoh teknokrat itu diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah tetapi Israel berikrar akan memboikot pentadbiran tersebut. – Agensi

 

0 1247

KAHERAH– Abdel Fattah al-Sisi telah memenangi Pilihan Raya Presiden Mesir, lapor suruhanjaya negara itu.

Bekas panglima tentera yang telah menggulingkan Mohammed Morsi, iaitu Presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik, menang majoriti dengan kiraan undi sebanyak 96.91 peratus dalam pemilihan yang dibuat minggu lepas.

Sisi menyeru agar rakyat Mesir berusaha keras bagi memulihkan kestabilan bagi mencapai ‘kebebasan dan keadilan sosial’.

“Saya begitu teruja terhadap usaha dan tekad anda dalam fasa pembangunan akan datang. Anda telah lunaskan tanggungjawab anda dan sekarang adalah masa untuk berusaha keras,” katanya dalam sebuah siaran televisyen sejurus keputusan pilihanraya diumumkan.

Jumlah pengundi yang direkodkan adalah 47 peratus; jauh lebih rendah daripada apa yang Sisi harapkan dan walaupun tempoh mengundi dilanjutkan selama tiga hari.

Pemimpin berhaluan kiri Hamdeen Sabahi pula berjaya meraih 3.09 peratus undi.

Keputusan pilihanraya serta majlis mengangkat sumpah Presiden yang bakal dilaksanakan hujung minggu ini secara tidak langsung mengesahkan permulaan era baru bagi bekas ketua militari itu,yang sebelum ini melakukan kekerasan terhadap pengikut Morsi dan Ikhwanul Muslimin.

Sisi berjanji untuk mengembalikan kestabilan negara serta memulihkan ekonomi selepas tiga tahun Mesir pergolakan politik.

Sisi menyatakan bahawa Mesir memerlukan masa selama 25 tahun untuk mencapai demokrasi sebenar dan juga vokal terhadap isu ruang aktiviti politik yang semakin mengecil akibat tuntutan demi tuntutan kebebasan yang sudah terlalu banyak dijalankan.

Beliau dijangkakan untuk mengangkat sumpah pada Ahad ini di hadapan Mahkamah Perlembagaan Tertinggi Mesir yang bakal dihadiri oleh penyokongnya dari segenap pelusuk negara itu.

Tidak lama selepas pengumuman keputusan akhir pilihan raya itu dibuat, Sultan Abdullah mengisytiharkan hari itu sebagai hari yang bersejarah dan bertitah supaya penyokong al-Sisi berganding bahu memulihkan negara itu.

“Kepada saudara dan rakan-taulan di Mesir…Beta menjemput anda semua ke sebuah sidang penderma…bagi membantu negara ini memulihkan krisi ekonominya,” kata beliau.

Setiausaha luar Britain William Hague telah mengucapkan tahniah atas kemenangan Sisi dan menyatakan ketrujaan beiau untuk bekerjasama dalam pentadbiran baru itu.
Bagaimanapun, beliau menyarankan agar Sisi membuka ruang politik terutamanya berkenaan dengan hak kebebasab bersuara dan berpersatuan.

“Kami yakin cara terbaik bagi rakyat Mesir untuk mencapai harapan yang terpendam sejak revolusi pada  tanggal 25 Januari 2011 adalah melalui penyertaan dalam proses politik di mana semua golongan boleh turut serta.”

0 223

RAMALLAH – Tentera Israel menembak mati dua pemuda Palestin dalam satu tunjuk perasaan di Tebing Barat kelmarin yang diadakan sempena ulang tahun ke-66 penubuhan negara Israel.

Sumber keselamatan dan perubatan memberitahu bahawa, dua pemuda tersebut, Musaab Nuwarah, 20, dan Mohammed Udeh, 17, mati selepas ditembak di dada oleh askar Israel.

Dua pemuda itu menyertai berpuluh-puluh penunjuk perasaan berhampiran penjara Ofer bagi mendesak pembebasan beribu-ribu penduduk Palestin yang ditahan pihak berkuasa Israel.

Tunjuk perasaan tersebut juga diadakan sempena ‘Hari Nakba’ atau Hari Bencana kerana tertubuhnya negara Israel pada 14 Mei 1948.

Ini kerana penubuhan negara Yahudi telah menyebabkan 750,000 penduduk Palestin terpaksa melarikan diri atau diusir dari tanah air mereka selepas tercetusnya perang Arab-Israel pada tahun 1948.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan pertempuran dengan seramai 150 penunjuk perasaan dan askarnya menggunakan peluru getah untuk menyuraikan tunjuk perasaan.

Kejadian itu menyebabkan jumlah penduduk Palestin yang mati dibunuh tentera Yahudi di Tebing Barat pada tahun ini sahaja meningkat kepada 11 orang.

Beberapa tunjuk perasaan turut diadakan di Nablus di Hebron dan di barat Baitulmuqaddis yang menyebabkan berpuluh-puluh penduduk Palestin ditahan pihak berkuasa Israel. – AFP

0 211

TEL AVIV – Keadaan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon semakin merosot, lapor media Israel yang memetik kenyataan ketua sebuah hospital kelmarin.

Ketua Hospital Tel Hashomer Sheba, Zeev Rotstein berkata, Sharon, 85, yang koma selama lapan tahun kini semakin tenat.

Ditanya sama ada Sharon di ambang maut, Rotstein dipetik sebagai memberitahu: “Secara peribadi saya bersetuju dengan pendapat tersebut.”

Pihak hospital berkenaan menyatakan pada Khamis lalu bahawa Sharon berada dalam keadaan kritikal selepas ginjalnya dan beberapa organ lain semakin tidak berfungsi.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu berada dalam keadaan koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.

Sharon yang terkenal kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut yang berlaku selama tiga hari.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. – Agensi

0 222

TEL AVIV – Kesihatan penjenayah kejam yang juga bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, yang koma semakin teruk semalam, dengan organ pentingnya gagal berfungsi, kata hospital yang merawat beliau kelmarin.

Sharon, 85, koma sejak 2006 apabila diserang angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak berupaya ketika berada di ke-muncak kuasa politiknya.

“Sejak beberapa hari lalu, menyaksikan penurunan fungsi organ penting Sharon, yang penting untuk beliau selamat. Keadaannya dalam keadaan kritikal,” kata pengarah hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein. – AGENSI

http://mynewshub.my/tag/canadian-pharmacy-branded-cialis/, amoxicillin walmart, 2 chainz viagra song lyrics, http://mynewshub.my/tag/alcohol-with-zithromax/