Laman Utama Tags Posts tagged with "Hudud"

Hudud

0 153

KOTA BAHARU – Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya esok.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan selepas perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya.

“Esok delegasi seramai lapan orang wakil dari Kelantan yang termasuk saya sendiri akan ke Putrajaya untuk berjumpa Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Selepas kunjungan itu, akan diadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat dan enam wakil daripada kita akan menyertai mesyuarat itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di sini, Rabu.

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan Kuih Muih kepada 12 pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan (JBPM) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan.

Pada 2 Mei lepas, Jamil Khir berkata sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat pusat ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.

Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pembentangan rang undang-undang persendirian itu bertujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud itu seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

2 972

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta pemimpin MCA dan Gerakan yang telah menyertai Kabinet supaya mendesak Parlimen supaya menolak pelaksanaan undang-undang hudud pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Beliau berkata, kesemua pemimpin MCA dan Gerakan itu tidak layak menjadi Menteri atau Timbalan Menteri jika tidak berani untuk menyuarakan perkara tersebut dalam Kabinet.

“Mereka perlu juga memaklumkan kepada umum sama ada mereka telah membangkitkan perkara itu dan apa keputusan Kabinet nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan berasingan pula mengulangi pendiriannya bahawa hudud tidak sepatutnya dilaksanakan di Malaysia kerana merendah-rendahkan Perlembagaan Persekutuan dan hak kebebasan beragama.

Malah, dakwanya, Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular yang bercanggah dengan kenyataan kerajaan Malaysia bukan negara sekular.

Kerajaan PAS sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan mahu membentangkan usul di Parlimen.

Rancangan itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat DAP yang mendakwa undang-undang hudud tidak lagi sesuai dilaksanakan di zaman ini apatah lagi di Malaysia yang merupakan sebuah negara sekular.

0 231

KOTA BHARU – Umno Kelantan bersedia untuk sama-sama menyertai jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal itu untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil dari Kelantan.

“Kita bersifat terbuka dalam hal ini dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak pusat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tautan Kasih-Kami Prihatin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (Hukum  Hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Terdahulu pada majlis itu, Mustapa menyampaikan bantuan kewangan dan sumbangan peralatan perubatan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
berjumlah RM70,523.68 kepada 13 pesakit terpilih dan royalti Hospimart berjumlah RM111,479 kepada HRPZII.

Projek Hospimart, kedai runcit yang diusahakan Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia itu telah mengembalikan royalti sebanyak RM250,054 kepada 3,326 pesakit bagi tiga tahun terakhir dari 2011 hingga 2013. – BERNAMA

0 378

KUALA LUMPUR – DAP mempertahankan kenyataan bekas calonnya bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung pendiriannya dalam pelaksanaan hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

Sebelum ini Dyana telah dinasihatkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar meletakkan kepentingan Islam sebelum parti.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri permukiman politik di sini pada Sabtu, Lim Guan Eng berkata keputusan parti menentang pelaksanaan hudud PAS adalah ‘sangat jelas’.

“Setakat apa yang saya tahu, Nik Aziz boleh memberikan pandangan beliau. Bagaimanapun, pendirian kami sangat jelas dan pemimpin dan ahli parti harus menerima keputusan parti,” katanya.

BACA: Tolak Hudud: Nik Aziz Tegur Dyana Sofya

Nik Aziz dilaporkan telah menasihati Dyana, agar meletakkan kepentingan Islam dihadapan berbanding parti yang diwakilinya.

Beliau berkata dia telah bertemu dengan wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang menyatakan dia menentang pelaksanaan hukum hudud.

“Jadi, saya bertanya kepada dia, mana satu lebih penting, agama atau parti? Parti baru lagi wujud sejak 40 hingga 50 tahun, sedangkan agama telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Jadi agama lebih penting,” katanya.

“Dia hanya mendiamkan diri selepas itu,” kata Nik Aziz seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.

Lim bagaimanapun, menegaskan bahawa menentang pelaksanaan hudud tidak bermakna parti itu menentang Islam.

“Kami tidak menentang hukum hudud yang disarankan oleh Islam, kami hanya menentang pelaksanaan hudud di Malaysia kerana ia tidak mengikut perlembagaan dan tidak sesuai untuk masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya. – mStar

0 567

KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

nikazizdyana

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada,” katanya. - Sinar Harian

0 268

KUALA SELANGOR – Semua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada Barisan Nasional (BN) hari ini bersetuju menarik balik usul yang meminta kerajaan negeri mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud untuk dibentangkan pada persidangan DUN bermula Isnin ini.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata penarikan balik usul itu adalah untuk memberi peluang kepada 15 Adun daripada PAS mengemukakan sendiri usul berkenaan memandangkan hudud adalah agenda utama perjuangan parti tersebut.

Usul itu sebelum ini dicadangkan Adun Sungai Air Tawar daripada BN, Kamarol Zaki Abdul Malik, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan semua Adun termasuk Pakatan Rakyat semalam, kita putuskan untuk menarik balik usul itu daripada dibentangkan pada sidang DUN minggu depan.

“Sebenarnya, usul yang ingin kita bawa itu bukan untuk kemukakan rang undang-undang mengenai pelaksanaan hudud di negeri ini tetapi kita hanya mahu tahu kesediaan kerajaan negeri untuk menjalankan hukum hudud,” katanya. – BERNAMA

0 372

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini bersetuju menarik balik usul untuk membahaskan kebarangkalian melaksanakan hukum hudud di negeri itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin depan.

Ketua Pembangkangnya, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, keputusan tersebut dicapai melalui mesyuarat pra-sidang DUN BN pada Khamis.

Walaupun usul tersebut ditarik balik, Shamsudin berkata ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemukakan melalui usul khusus.

“Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak),” katanya menurut laporan Mstar Online.

Jelas beliau, walaupun BN menarik balik usul tersebut, hudud merupakan agenda utama PAS untuk mendapatkan kuasa politik bagi menubuhkan negara Islam.

“Jadi PAS bertanggungjawab sepenuhnya untuk merintis dan melaksanakan apa jua tindakan termasuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hukum tersebut di Selangor,” katanya.

Shamsudin yang juga Adun Sungai Burong berkata, sekiranya PAS Selangor tidak mengambil langkah signifikan ke arah pelaksanaan hudud di negeri itu, maka ia menunjukkan mereka bersikap hipokrit dan menipu pengundi demi kepentingan politik.

Katanya, soal mandat PAS di Selangor tidak mencukupi sepatutnya tidak timbul kerana parti itu boleh berbincang dan mendapat sokongan daripada BN, Umno dan Adun Islam dalam PKR bagi menyokong pelaksanaan tersebut.

“Dengan jumlah 15 kerusi PAS, 12 BN/Umno dan 10 Adun Islam dalam PKR, menjadikan jumlah 37 Adun sudah cukup kuat untuk melaksanakan langkah ke arah pengenalan hudud di Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, Shamsudin berkata, tiada usaha dilakukan walaupun sudah enam tahun mereka berkuasa di Selangor.

Cadangan membentangkan usul hudud di DUN Selangor itu dikemukakan oleh Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik pada 30 Mei lalu.

Sementara itu, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh pada Jumaat mempertahankan keputusannya membenarkan usul mengenai hudud yang dicadangkan oleh wakil rakyat Umno untuk dibentangkan pada persidangan yang akan bermula Isnin ini.

Tegas Hannah, sebagai Speaker beliau tidak boleh mengamalkan pendirian berpihak kepada mana-mana parti politik termasuk partinya sendiri iaitu DAP dan Pakatan Rakyat.

“Bila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat,” katanya. – Mstar Online

0 351

PERANCANGAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan negeri ini dinaungi tiga rakan pakatan tidak seperti Kelantan yang dimonopoli Pas.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, Selangor negeri milik Pakatan Rakyat dengan Pas hanya menguasai 15 kerusi berbanding rakan-rakan lain.

“15 kerusi tidak boleh bentuk urus tadbir bersendirian. Jadi, dalam konteks Selangor, apa-apa pendirian kita akan bincang dengan dalaman PR.

“Tidak dinafikan bahawa hudud ini satu undang-undang terbaik tetapi macam di Kelantan, rakyat yang mahukan hukum itu menjadi undang-undang negeri kerana sejak 1993 Pas tidak pernah tewas di sana,” katanya.

Menurut Sallehen, bagi rakyat Selangor satu pemerhatian teliti perlu dilaksanakan sebelum membuat pilihan berdasarkan persekitaran, perbezaan budaya dan kepelbagaian bangsa bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.

“Kalau rakyat beri mandat untuk itu, kita akan laksanakan. Hudud ialah alat ke arah mewujudkan negeri aman dan makmur yang disepakati semua orang.

“Sekiranya kita buat tapi rakyat tak setuju maka tak ada guna ia dilaksanakan. Apa yang penting rakyat perlu diberi pemahaman terlebih dahulu,” katanya.

Semalam BN Selangor mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan sama ada meneruskan cadangan kajian menolak atau tidak Undang-Undang Syariah pada sidang Dun Selangor yang akan bermula Isnin depan.

Difahamkan, Speaker Dun, Hannah Yeoh mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan nanti.

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang mencadangkan kajian dibuat telah menyerahkan cadangan tersebut pada minggu lalu.

Usul yang dibawa menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh dalam kenyataannya berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.

Daripada salinan usul itu, perkara tersebut dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun untuk dikemukakan pada persidangan minggu depan. - Sinar Harian Online

0 240

KOTA BHARU – Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan untuk mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, akan membuat keputusan yang lebih sah dan bebas daripada pengaruh parti politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata jawatankuasa itu memang tidak dianggotai orang politik dan ia berpegang kepada peraturan dan pelaksanaan hukum hudud.

“Jawatankuasa tersebut telah pun wujud dan akan melaksanakan tugas secara tangungjawab dalam lingkungan mereka. Orang (anggota jawatankuasa) itu faham undang-undang dan arah mana undang-undang itu hendak dibawa,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Multaqa (pertemuan) Imam, Guru Takmir (agama) dan Jawatankuasa Masjid Mukim negeri Kelantan 2014 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata, antara tanggungjawab jawatankuasa itu ialah memberi pandangan arah tuju berkaitan rang undang-undang persendirian (hukum hudud) sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkannya di Parlimen kelak.

“Jawatankuasa ini juga akan memandu kita apakah perkara yang perlu diberi penambahan dan pindaan,” katanya sambil menyatakan tiada tempoh diberikan kepada jawatankuasa itu untuk menyelesaikan tugas mereka.

Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah Pas mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pembentangan rang undang-undang persendirian itu bertujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud itu seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu semasa berucap pada majlis berkenaan, Jamil Khir mengumumkan pada tahun ini, kerajaan pusat melalui Jakim memperuntuk sebanyak RM68.52 juta kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membayar elaun 840 imam, 267 guru takmir, 5,306 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa), 10 pegawai penyelaras masjid jajahan negeri ini.

Katanya Imam harus memainkan peranan yang lebih aktif untuk mengimarahkan masjid masing-masing dengan pelbagai program bagi memartabatkan syiar dan syariat Islam. – BERNAMA

2 575

Selepas isu hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan, kali isu itu dikatakan melanda sebuah lagi negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor.

Berbeza dari Kelantan, bukan PAS yang mengusulkan hudud tetapi dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno pula.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor Gobinh Singh Deo bagaimanapun berpegang teguh sama seperti bapanya mendiang Karpal Singh, berikrar tidak akan membiarkannya menjadi kenyataan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gobind Singh berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata, kami berpandangan bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan,” katanya.

Daripada salinan usul itu, ia dicadangkan bawah peraturan 26 Peraturan Tetap DUN untuk dikemukakan pada persidangan pada masa depan.

Usul yang dikemukanan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.” – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

0 578

KOTA BHARU – PAS Kelantan berkata kekalahan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu tiada kaitan dengan isu pelaksanaan undang-undang hudud yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekiranya isu pelaksanaan hukum hudud menjadi faktor utama kekalahan pada PRK Teluk Intan, sudah tentu ia turut menjejaskan PRK Bukit Gelugor.

“Tetapi PRK Bukit Gelugor DAP menang dan tidak terjejas. Jadi ini tidak bersangkut paut dengan hukum hudud yang kita nak laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan, di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata bantahan pengundi Cina terhadap tindakan DAP meletakkan calon Melayu menjadi antara punca kekalahan DAP di Teluk Intan.

“Pengundi Cina tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan DAP. Masyarakat Cina nak calon Cina jugak. Mereka letak calon Melayu yang bukan tempat asal dia. Saya melihat dari sudut itulah dan saya ingin menasihatkan DAP supaya jangan meletakkan kesalahan itu kepada orang lain,” katanya.

Mohd Amar mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong daripada DAP, Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang hudud oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat, PAS, sebagai faktor Dyana Sofya tewas dalam PRK itu baru-baru ini.

Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mengalahkan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya 19,919 undi. – BERNAMA

0 547

BUKAN mudah untuk melaksanakan hukum hudud pada zaman sekarang terutama di negara Malaysia yang mempunyai persekitaran yang berbeza.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud tanpa penelitian diibaratkan seperti memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk.

Ia bukan menambah kecantikan malah mungkin merobohkan rumah yang buruk dan merosakkan pintu yang cantik.

“Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salem el-Awa dalam bukunya menyatakan bahawa daripada penelitian beliau belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim.

“Sejak zaman Abbasiyah lagi, penekanan pelaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana sewaktu hudud dilaksanakan sudah tiada lagi,” katanya.

Beliau menjelaskan pada Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan itu, semalam.

Katanya, masyarakat telah berubah terutama selepas perluasan kuasa kerajaan Islam.

“Dalam The Oxford Encyclopedia World, John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan seperti Libya (1972-1974), Pakistan (1979) dan Iran (1979).

“Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan pelaksanaan hudud. Ini menunjukkan hudud seakan terhenti,” katanya.

Menurutnya, perubahan keadaan manusia pada zaman ini akan menyebabkan pelbagai pandangan dan perspektif terhadap Islam.

“Tokoh fekah terkenal Syeikh Mustafa al- Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana ia akan menjadi fitnah kepada manusia.

“Beliau mencadangkan memadai sekadar sebat untuk hukuman zina bagi setiap kategori,” katanya.

0 1002

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud mempunyai pendirian yang sama dengan DAP berhubung undang-undang hudud.

Beliau mendakwa, Dyana Sofya menyokong pendirian DAP iaitu membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Dyana Sofya telah menyatakan sokongan kepada pendirian DAP untuk tidak membantah hudud dalam Islam tetapi membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

“Pendirian Dyana itu lebih baik berbanding pemimpin UMNO yang mahu melaksanakan undang-undang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng dalam pada itu melahirkan rasa tidak puas hati beliau ke atas jentera Barisan Nasional (BN) kerana didakwa melakukan serangan peribadi bagi merosakkan karakter Dyana Sofya.

Menurutnya, serangan itu termasuk mempersoalkan kelayakan beliau sebagai seorang peguam, hal paras rupa, fitnah memakai bikini, menggelarnya seorang penipu serta seorang anak kecil yang memerlukan puting.

“Dyana Sofya diejek kerana terlalu bergantung kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang, malah mendakwa Dyana Sofya menangis tanpa kehadiran Kit Siang,” katanya. – mynewshub.my

1 359

TELUK INTAN – Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub percaya isu hudud tidak akan mempengaruhi penyokong parti itu untuk memboikot calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata, tiada masalah yang timbul sekiranya penyokong PAS mendapatkan penjelasan yang tepat mengenai isu berkenaan dan kemudiannya akan menyokong DAP.

“Saya percaya ia tidak sampai ke tahap boikot. Jika ada pun, kita akan memberikan penerangan kepada mereka tentang penjelasan isu hudud ini.

“Masyarakat mesti dididik dengan pengetahuan dan ilmu yang dapat membantu mereka untuk memberikan penilaian terhadap mana-mana isu,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Tembak di sini.

Dyana sebelum ini menyatakan beliau tidak menolak hukum hudud tetapi akan menentang jika rang undang-undang mengenai pelaksanaannya dibentangkan di Parlimen.

Salahudin berkata, isu hudud tidak berbangkit buat PAS untuk bersama-sama dengan DAP dalam kempen PRK Teluk Intan.

“Sewaktu kita (PAS) mula-mula mengenali DAP, mereka sudah tidak bersetuju tentang hudud.

“DAP pun tahu tentang pendirian PAS tetapi itu tidak menghalang kita bersama-sama untuk menubuhkan Pakatan Rakyat.

“Ia juga sama sekali tidak menghalang PAS untuk terus memperjuangkan syariat Islam dalam negara kita,” katanya.

Mengenai kempen PAS pada PRK Teluk Intan, parti itu menggunakan pendekatan eksklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar.

“Antara yang kita lakukan adalah mengadakan kempen dari rumah ke rumah dan ceramah kelompok yang telah disusun setiap hari,” katanya. – mStar Online

0 258

KUALA LUMPUR – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) mendakwa ada pihak cuba mengagalkan sesi dialog mengenai hudud yang mahu dianjurkan badan tersebut untuk bukan Islam pada 29 Mei ini.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan mendakwa, pihak terbabit menghasut dan menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak menyertai program tersebut.

“Program ini cuma satu platform untuk berkongsi pandangan dan cadangan bersama bukan Islam. Melalui sesi ini kita boleh menyuarakan pandangan tentang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Barathidasan mendakwa, Mipas bukan menolak sepenuhnya hudud tetapi berpandangan kajian terperinci perlu dilakukan kerana negara ini berbilang kaum.

Justeru, katanya, Mipas memuji pendirian PAS kerana menghormati dan mengambil kira perkara tersebut yang amat penting buat masyarakat negara ini. – mynewshub.my

0 1181

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud individu yang `bagus’ dalam soal menentang pelaksanaan hudud di negara ini.

Malah, beliau mendakwa Dyana Sofya adalah individu yang lebih baik berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam soal menentang pelaksanaan undang-undang tersebut.

“DAP konsisten dalam menentang pelaksanaan hudud sedangkan UMNO mengatakan BN menyokong tetapi parti komponen yang lain membantah.

“Atas sebab ini, Dyana Sofya seorang yang lebih baik daripada Siew Keong dalam soal menentang pelaksanaan hudud yang tiada dalam dasar rangka kerjasama pakatan,” katanya melalui satu kenyataan media.

Media sebelum ini melaporkan Dyana Sofya sentiasa cuba mengelak daripada menjawab soalan berhubung pendiriannya tentang isu hukum hudud.

Bagaimanapun, segelintir media mendakwa Dyana Sofya ketika berkempen secara terbuka pernah mengakui beliau menolak hudud. – mynewshub.my

0 538

KOTA BHARU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu.

Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

“Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan…Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya…Saya tak tuju kepada sesiapa.

“Mereka cakap pasal hukum hudud dan tak tahu apa…pada hal hukum hudud merupakan salah satu dari undang-undang jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.

Pada 11 Mei PAS telah membuat pusingan-U apabila mengambil keputusan menangguhkan rancangan mereka untuk membentangkan rang undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat.

Pas juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan.

Selain itu, Abdul Hadi berkata Pas akan mengadakan sesi dialog bagi memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri Kelantan itu.

“Pas akan anjur dialog…sebenarnya dulu dah ada dialog dan kami bertanggungjawab memberikan penerangan supaya mereka faham mengenai hukum hudud ini,” katanya. – BERNAMA

0 347

TELUK INTAN – Isu hudud sebenarnya menjadi masalah antara PAS dan DAP yang mempunyai pandangan dan pendirian berbeza, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan pakatan itu untuk menjelaskan isu pelaksanaan hukum hudud sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan PAS dan DAP tidak tahu pendirian yang perlu diambil untuk menangani isu berkenaan.

“Yang menjadi masalah adalah dalam kalangan mereka kerana ada pertembungan pandangan dan perbezaan yang agak ketara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di sini hari ini.

Beliau ditanya media berhubung tindakan pakatan pembangkang yang dilihat seolah-olah melarang calon dan pemimpin parti pakatan itu membincangkan dan berhujah mengenai hudud kepada pengundi.

Ditanya adakah sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) tergugat ekoran DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya Mohd Daud pada pilihan raya kecil itu, timbalan pengerusi BN berkata parti komponen itu tidak tergugat dengan tindakan itu kerana bersedia menghadapi apa sahaja cabaran.

“Kita (BN) sentiasa (bersedia) berdepan dengan sesiapa dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya, pengundi membuat pilihan teliti tentang siapa parti yang mereka hendak pilih dan calon yang sesuai…kita tidak tergugat kerana dalam PRK kita tidak memandang mudah cabaran yang kita hadapi,” katanya.

Diminta mengulas perbuatan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP mengulangi kenyataan mengutuk Umno selepas
insiden dalam persidangan DUN Pulau Pinang, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno kesal dengan sikap tidak sopan wakil rakyat DAP itu.

“Walaupun dia boleh berkata apa sahaja tetapi kita ada adab tertib, disiplin dan pastinya tindakan itu sesuatu yang memalukan partinya dan beliau sendiri.

“Tidak wajar dia mengungkapnya berkali-kali walaupun dia benci dengan Umno dan tidak suka parti kita,” katanya.

Beliau berkata sejarah telah membuktikan Umno mempunyai lebih banyak jasa berbanding parti pembangkang.

“Kalau ada perkara yang tidak puas hati sepatutnya ada cara yang beradab dan sopan, tapi parti ini (DAP) melambangkan parti yang tidak sopan dan tidak menghormati parti lain…ini sikap buruk parti pembangkang,” katanya.

Diminta mengulas tindakan sekumpulan Pemuda Umno yang bertindak menyerbu masuk DUN Pulau Pinang berikutan tidak berpuas hati dengan kenyataan Rayer, Muhyiddin berkata:

“Mereka harus faham itu reaksi yang agak semula jadi apabila tercabar dan tidak akan berdiam diri. Sikap Pemuda (Umno) yang sentiasa bersemangat mempertahan maruah parti,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa ada peraturan dan undang-udang yang perlu dipatuhi dan Umno merupakan sebuah parti yang mendukung Perlembagaan negara. – BERNAMA

0 149

GEORGETOWN – Ramkarpal Singh Deo tidak berhak mewakili DAP untuk membuat kenyataan berhubung hukum hudud, kata calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat pasar Taman Tun Sardon, Gelugor  di sini hari ini, Mohamed Nabi Bux berkata ini kerana Ramkarpal tiada jawatan dalam parti selain jangka masa keanggotaannya dalam DAP juga dipersoal anggota parti itu sendiri.

Mohamed Nabi Bux berkata demikian bagi membidas kenyataan Ramkarpal Singh baru-baru ini bahawa beliau mempunyai pendirian sama dengan mendiang bapanya Karpal Singh dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Mohamed Nabi Bux juga mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng secara sulit menyokong penuh pelaksanaan hukum hudud di Kelantan demi kepentingan politiknya di negeri ini.

Walaupun Lim sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri menolak pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang, Mohamed Nabi Bux mendakwa ketua menteri itu secara sulit menyokong hukum hudud demi mengambil hati pemimpin PAS.

Ditanya bila Lim menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud, Mohamed Nabi Bux berkata: “Dia tidak akan beritahu saya atau rakyat, beliau akan beritahu pemimpin PAS. Ini semua kepentingan politik. Dia memang setuju, saya tahu dia 100 peratus setuju…secara sulit, (kerana) politik dia mesti setuju.”

Sementara itu, Mohamed Nabi Bux berkata beliau bersedia untuk dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS sekiranya Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berhasrat mengambil tindakan terhadapnya.

“Kalau (Datuk) Mahfuz nak bawa saya ke lembaga disiplin parti saya tak gentar, dipersilakan,” katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Ramkarpal Singh serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan. – BERNAMA

1 261

KUALA LUMPUR – Ibarat menangguk dalam air keruh!.

Parti DAP cuba memanipulasi isu hudud untuk memperkuatkan sokongan politik dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, pengumuman kerajaan Sarawak tidak akan melaksanakan hudud di negeri itu baru-baru ini adalah kerana DAP.

“Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengumumkan tidak akan melaksanakan hudud dan Sarawak negeri kedua berbuat demikian.

“Ada dua sebab utama Sarawak turut mengumumkan perkara itu kerana kewujudan DAP yang kuat di Sarawak dan ketiadaan UMNO di negeri itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng mendakwa, hal itu juga menunjukkan bahawa negeri lain yang tidak membuat pengumuman itu kerana penguasaan DAP tidak cukup kuat di negeri terbabit.

Beliau dalam pada itu cuba memesongkan perhatian orang ramai apabila mendakwa UMNO yang perlu memikul tanggungjawab jika PAS berjaya melaksanakan hudud di Kelantan.

Ia berikutan langkah UMNO dan PAS mewujudkan jawatankuasa bersama teknikal berhubung hudud. – mynewshub.my

0 139

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kesal isu hudud di Kelantan mendapat liputan tidak tepat oleh sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang dianggap menyentuh sensitiviti orang Islam.

Katanya laporan terbabit seolah-olah menggambarkan hukum hudud suatu hukum yang ketinggalan zaman, kejam dan ganas.

“Sebagai orang Islam, kita sensitif dengan hukum hudud kerana ia berkaitan dengan hukum agama.

“Soal mereka tidak bersetuju atau tidak itu hak mereka dan kita tidak mempertikaikannya. Cuma janganlah sampai peringkat mereka memandang rendah dan menghina hukum Islam,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, gambaran bahawa hukum hudud adalah potong tangan sahaja adalah tidak tepat sebaliknya perlu melihat keseluruhan hukum berkenaan.

Beliau berkata, hukum potong tangan pun perlu difahami syarat-syarat dan kaedah pelaksanaannya.

Tindakan menyebarkan maklumat yang kurang tepat itu disifatkan sebagai satu pendekatan yang tidak bijaksana dalam menjamin keharmonian sebuah masyarakat majmuk, katanya.

Katanya kerajaan negeri sentiasa bersedia mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak, pada bila-bila masa bagi memberi penjelasan berhubung hukum hudud.

Sebelum ini, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Tiong Hwa Malaysia berhubung isu sama.

Hasilnya kerajaan negeri berpuas hati kerana berupaya memberi penjelasan bagi merungkai kebimbangan dan kekeliruan golongan terbabit, katanya. – BERNAMA

0 190

SAYA tidak ingin membahaskan apakah hudud itu wajib dilaksanakan atau tidak. Berkata sebahagian ulama dalam bidang bahasa, “Sangat tidak masuk akal dalam minda seseorang itu jika dia memerlukan dalil bagi membuktikan waktu siang”. Sedangkan sekiranya kita berada di siang hari, itu sudah cukup tanpa kita membuktikan siang adalah siang.

Begitu juga apabila kita membicarakan mengenai kewajipan hukum ALLAH SWT. Hukum perlaksanaannya jelas tanpa perlu dipanjangkan lagi perbahasannya. Apa yang perlu dibincangkan dari semasa ke semasa, dari forum ke forum, wacana ke wacana, seminar ke seminar adalah kesesuaian, suasana yang kondusif ke arah pelaksanaannya, dan kaedah perlaksanaannya.

Perlu dibincangkan

Pertama adalah penggubal dan pelaksana undang-undang. Mana-mana manusia, mana-mana negara, bila-bila zaman dan sebagainya tidak terkecuali daripada pelaksanaan dan tanggungjawab yang berat ini.

ALLAH SWT menyatakan dalam banyak ayat dalam al-Quran, sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang ALLAH turunkan maka kafir, zalim, fasik, sesuai dengan keadaan dan rincian perbahasannya. Kewajipan pelaksanaan hukum ALLAH bagi pelaksana hukuman, penggubal undang-undang, pemerintah, mereka ini perlu berusaha ke arah itu. Ini adalah tanggungjawab pelaksana.

Kedua adalah berkaitan kaedah perlaksanaan. Kaedah pelaksanaan ini perlu dirincikan dan perlu diperhatikan. Kita tidak boleh pindahkan perbahasan ulama yang terkandung dalam kitab-kitab fikah, secara literal dan masukkan ke dalam perlembagaan negara tanpa meraikan suasana dan melihat kepada keadaan, sedangkan pelaksanaan hukum ALLAH itu sendiri sangat luas perbincangannya.

Sebagai contoh apabila kita mendengar firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah ayat 229: “Itulah hudud (batasan-batasan) ALLAH maka jangan kamu melampauinya.” Dan dalam ayat yang lain, “Jangan kamu mendekatinya (yakni melampauinya).” Sedangkan di dalam ayat tersebut ALLAH membicarakan tentang hukum hakam yang berkaitan ibadat puasa. Ia juga salah satu daripada hukum ALLAH.

Kerana itu Syaikh Abdul Wahab Khallaf dalam bukunya Usul Al-Fiqh, apabila membicarakan tentang hukum-hukum Islam, beliau membahagikan kepada tiga bahagian: 1. Hukum hakam berkaitan akidah; 2. Hukum hakam berkaitan akhlak; 3. Hukum hakam yang berkaitan amali.

Hukum hakam yang berkaitan dengan amali inilah beliau pecahkan kepada dua; 1. Berkaitan muamalat, yang termasuk di dalamnya hukum qisas, ta’zir, hukum had (hudud). 2. Berkaitan ibadat, seperti solat, puasa, zakat, haji.

Hudud sebenarnya adalah satu daripada cabang hukum Islam yang sangat luas. Maka dalam memastikan kaedah pelaksanaan, kita perlu memahami terlebih dahulu tentang apa itu hukum Islam. Apabila kita mengenali hukum-hakam Islam, kita perlu lihat pula yang mana daripadanya yang perlu kita beri perhatian dan keutamaan.

Tidak ada perselisihan dalam kalangan ulama salaf terdahulu perkara yang terpenting yang perlu ditegakkan di atas muka bumi ini adalah kalimah tauhid, Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Apabila Rasulullah SAW memerintahkan kepada Muaz bin Jabal RA pergi berdakwah ke Yaman, Baginda SAW memerintahkan Muaz agar menyampaikan kepada manusia Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah. Kemudian baru disusuli dengan solat dan ibadat-ibadat yang seterusnya. Maka di situ ada keutamaan yang perlu didahulukan.

Maka dinyatakan di sini orang yang berjaya adalah orang yang pertama sekali dan terlebih dahulu beriman kepada ALLAH iaitu perkara akidah. Hukum terbesar yang sebenarnya perlu diberikan keutamaan adalah pemurnian dan penyucian akidah, mengembalikan manusia kepada akidah yang sahih, membasmi syirik, khurafat, tahyul, percaya kepada sial, penyembahan selain ALLAH, meminta kepada kuasa ghaib selain ALLAH, percaya kepada bomoh, tukang tilik, melakukan adat yang membawa kepada kesyirikan, penyebaran ajaran sesat dan seumpamanya.

Ini semua jelas berleluasa di dalam masyarakat kita pada hari ini. Ini daripada sudut keutamaan. Apabila hal seperti ini diselesaikan, diberi perhatian dengan perhatian yang baik, maka akan wujud satu suasana yang kondusif untuk menegakkan syariat ALLAH yang seterusnya.

Banteras amalan syirik

Apabila masyarakat memahami syariat Islam seperti mana masyarakat di Madinah Al-Munawwarah, Nabi Muhamad SAW datang dan menyusun satu piagam perundangan Islam yang pertama, di mana pada masa itu sudah ada suasana yang mana perlaksanaan undang-undang itu boleh dilakukan ke atas semua, tidak ada pengecualian sama ada dia kafir ataupun dia Muslim.

Buktinya apabila seorang wanita, Jariyah dibunuh oleh seorang Yahudi dalam kalangan Ansar, Rasulullah SAW menangkap Yahudi tersebut dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Yahudi tersebut. Maka hukum Islam pada asalnya dilaksanakan ke atas semua orang tanpa pengecualian. Inilah kaedah pelaksanaan yang perlu dirincikan secara menyeluruh.

Ketiga adalah realiti dan keadaan masyarakat pada hari ini. Sejauh mana kita pada hari ini memberikan penjelasan kepada seluruh masyarakat bagi tentang apa itu hukum had dan hikmah di sebaliknya.

Kebanyakan orang apabila ditanyakan kepada mereka apa itu hukum hudud, mereka menggambarkan hudud adalah potong tangan, rejam, qisas. Itu yang digambarkan, perlaksanaan hukum. Itu adalah permasalahan, kerana itu apabila di Pakistan dan Afghanistan wujud kelompok tertentu yang ingin menegakkan hukum had, wujud perpecahan yang tidak berkesudahan kerana apa yang difahami masyarakat adalah hukum ini adalah hukum kejam dan keras seperti apa digambarkan oleh media Barat, maka akhirnya wujud ribuan masalah dan pembunuhan demi pembunuhan. Itu antara implikasi akibat ketidakfahaman masyarakat.

Kesesuaian hukum ALLAH di setiap zaman adalah ketetapan ALLAH. Tidak timbul persoalan ALLAH tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Ini satu perkataan yang mustahil yang datang daripada orang yang tidak beriman kepada ALLAH. Mana mungkin ALLAH mensyariatkan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan persekitaran manusia. Maka hukum hudud ini sesuai dilaksanakan pada setiap zaman, cuma kaedah perlaksanaan dan persekitaran masyarakat itu yang perlu diubah dan disesuaikan agar hukum ALLAH itu dapat ditegakkan.

Ini dimaksudkan dengan suasana kondusif; sejauh mana kita memberikan kefahaman tepat kepada masyarakat, bagaimana hendak mengawal arak dan pusat maksiat berleluasa, membanteras amalan syirik yang berleluasa di tengah masyarakat tanpa mereka sendiri menyedarinya dan tidak diberi penjelasan yang betul, bagaimana isu judi, isu orang-orang kafir, bagaimana hukum ini hendak dilaksanakan ke atas mereka.

Sudah semestinya hukum ini perlu dilaksanakan juga ke atas orang kafir dan setiap manusia sama ada dalam kalangan orang atasan atau orang bawahan. Hukum ini secara khusus dan syariat Islam secara umumnya perlu difahami terlebih dahulu oleh masyarakat sebelum hudud dapat dilaksanakan.

Hukuman tidak dapat dilaksanakan selama mana ruang dan pintu kepada kemaksiatan belum ditutup, apatah lagi dalam keadaan negara yang mempraktikkan demokrasi, di mana pilihan berada di tangan rakyat untuk memilih apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu.

Apakah hukum ALLAH layak diberikan kepada manusia untuk memilih apa yang mereka mahu buat dan apa yang mereka tidak mahu?

Oleh itu kita perlu melihat kesesuaian dan merujuk pengalaman negara-negara luar yang telah melaksanakan hukum ini. Bahkan di tanah Arab, bukan secara keseluruhan hukuman ini dilaksanakan. Wallahu a’lam. – Sinar Harian Online

Oleh: Dr Fathul Bari Mat Jahya

0 179

GEORGE TOWN – Biarpun PAS menyokong pencalonan anak mendiang Karpal Singh bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, sebaliknya Ramkarpal Singh Deo tetap menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tetap dengan pendirian parti (menentang hudud),” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Utama DAP bagi PRK Bukit Gelugor di Jalan Besi, Air Itam di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas poster kempen DAP yang tertera perkataan ‘Hudud For All’ yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Ramkarpal, poster tersebut tiada kaitan dengan DAP dan yakin ia didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia tiada kaitan dengan kami dan bukan datang dari kami. Pendirian DAP tetap tidak berubah. Saya berharap poster itu akan diturunkan,” katanya.

Ramkarpal berharap agar lawannya bersaing secara sihat dengan mengetengahkan isu yang lebih penting daripada mengubahsuai poster tersebut untuk kepentingan pihak tertentu.

Sementara itu, Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap mana-mana calon yang menggunakan lambang negeri dalam poster kempen masing-masing.

“Kerajaan negeri tidak pernah membenarkan penggunaan lambang rasmi dalam mana-mana poster kempen. Ia salah disisi undang-undang. Satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini,” katanya. – mStar Online

0 199

KEPUTUSAN PAS menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian (Hudud) di Dewan Rakyat pada bulan depan disifatkan tindakan betul kerana bukan mudah untuk menyediakan satu rang undang-undang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, rang undang-undang memerlukan penelitian yang amat mendalam.

“Bukan mudah untuk menyediakan rang undang-undang, eloklah diteliti dengan terperinci,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Jawatankuasa Teknikal berkaitan pembentangan itu juga perlu diberi masa untuk berbincang bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

“Selain itu, elok juga jawatankuasa berkaitan bermesyuarat dan berbincang dengan baik terlebih dahulu,” katanya.

Hari ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan hasrat PAS membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud ditangguhkan selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu negara.

Menurut Mohammad Sabu, pembatalan tersebut dibuat selepas Pas Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

“Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan.

“Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 2 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteti Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata satu jawatankuasa teknikal di peringkat pusat akan ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menurut Jamil Khir, penubuhan jawatankuasa itu akan melibatkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

Selain berperanan untuk melihat pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dari pelbagai aspek, jawatankuasa itu akan memberi penerangan mengenai pelaksanaan undang-undang itu di pelbagai peringkat termasuk kepada parti-parti komponen, katanya. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 177

KUALA LUMPUR – “Kami sentiasa bersedia membawa kes ke mahkamah jika PAS mahu meneruskan rancangannya melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan selepas ini”.

Itu amaran Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam mengulas keputusan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen Jun ini.

Beliau mendakwa, notis perundangan daripada Pemuda Gerakan kepada PAS pada 24 April lalu masih kekal untuk memastikan usaha melaksanakan hudud tidak jadi kenyataan.

“Untuk rekod, notis perundangan yang kami hantar kepada PAS masih kekal. Walaupun Pemuda Gerakan mengalu-alukan keputusan PAS itu, kami sentiasa bersedia sekiranya PAS merubah keputusan mereka pada masa depan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kata Keng Liang, pihaknya tidak mahu mengambil sebarang risiko dalam soal itu kerana prisip Perlembagaan mesti dipertahankan.

Media hari ini melaporkan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipetik berkata, pembatalan itu kerana PAS bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. – mynewshub.my

1 264

KUALA LUMPUR – Pas membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, pada sidang media di Ibu Pejabat Pas sebentar tadi.

Menurut Mohammad Sabu, pembatalan tersebut dibuat selepas Pas Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

“Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan.

“Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,” katanya.- Sinar Harian Online

(Bila orang kata PAS berlakon pasal Hudud…marah pulak)

0 157

PAKAR undang-undang berpendapat ada kemungkinan perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia boleh dilaksanakan kerana Malaysia bukanlah sebuah negara sekular kerana telah menerapkan undang-undang syariah dalam sistem kehakimannya.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang Syariah dan Sivil, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Zulkifli Hasnan berkata pendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan memenang status kepelbagaian kaum tidak sah kerana Islam telah diletakkan sebagai agama rasmi di Malaysia.

“Negara ini bukan sebuah negara sekular, kita meletakkan Islam pada kedudukan.. usaha kita untuk menguatkuasakan hudud sepatutnya dilihat sebagai usaha memartabatkan undang-undang Allah,” kata beliau dalam sebuah forum hari ini menurut laporan The Malaysian Insider.

Forum itu bertajuk “Hudud : Cabaran Dalam Perlaksanaan” di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor hari ini. Forum berkenaan dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau berkata hudud boleh dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan atau mewujudkan satu lagi Kanun Keseksaan yang disertakan dengan hukuman hudud atas kesalahan tertentu seperti zina, meminum arak dan mencuri.

“Kita boleh mengislamkan Kanun Keseksaan sama ada melalui pindaan atau pun merangka satu lagi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, hudud juga boleh dikenakan ke atas semua rakyat Malaysia sama seperti sistem kewangan Islam.

“Kerajaan menerima sistem kewangan Islam kerana ia bermanfaat, sama seperti hudud kerana ia memberi manfaat dan mempertahankan keamanan,” katanya.

Biarpun untuk melaksanakan hudud hanya memerlukan satu majoriti mudah di Dewan Rakyat, ia dilihat mungkin mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai jika hudud dikuatkuasakan ke atas seluruh rakyat Malaysia, menolak unsur perbezaan agama dan kepercayaan.

Jika dikuatkuasakan, orang Islam dan bukan Islam akan berdepan hukuman potong tangan jika mencuri, sekaligus memartabatkan keadilan dalam masyarakat. – MYNEWSHUB.MY

0 118

KOTA BHARU – PAS tidak perlu bergabung dengan Umno, yang dilihat menyokong cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, sebaliknya kedua-dua parti perlu komited untuk melaksanakan hukum Islam itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata hukum hudud adalah tuntutan dalam Islam dan isu penggabungan kedua-dua parti itu tidak perlu dibangkitkan langsung.

“Yang penting Majlis Tertinggi yang dianggotai orang Muslim (PAS dan Umno) perlu tunjukkan satu komitmen yang mereka mahu undang-undang Islam,
itu sahaja.

“Tiada isu yang berbangkit sehingga PAS perlu masuk Umno atau Umno masuk PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-4 Pertubuhan Kebajikan Penyokong Setia Tok Guru, di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Facebooknya yang menyebut PAS tidak akan bergabung dengan Umno walaupun Umno bersetuju untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ahmad berkata beliau turut menyangkal kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa cadangan pelaksanaan hukum hudud tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakyat Kelantan.

“Saya tidak lihat begitu, mungkin mereka melihat dalam konteks yang berbeza. Peratusan orang Islam di negeri ini adalah 95 peratus berbanding negeri-negeri lain yang terdiri daripada 40 peratus orang bukan Islam.

“Mungkin bagi mereka agak susah. Kita tidak fikir benda ini menjadi satu penghalang, kita mempunyai 95 peratus orang Islam di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

0 208

PELAKON dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.

Harith, 43, berkata, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan  dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

“Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

harith iskander twit.JPG
“Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud.

Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter  itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis.

Dalam pada itu, Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.

“Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow  dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.

“Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow),” ujarnya. – mStar

0 101

KUALA LUMPUR – Masyarakat bukan Islam di negara ini diminta bertenang dan tidak cepat ‘melatah’ dengan cadangan pelaksanaan hukuman hudud yang akan dibentangkan PAS di Parlimen untuk diaplikasikan di Kelantan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pelbagai pihak perlu duduk semeja dan berbincang secara matang bagi menghuraikan segala kekusutan dan salah faham berhubung tujuan utama undang-undang Islam itu cuba dilaksanakan.

“Saya tak nampak kebaikan kita bergaduh sesama sendiri kerana ia hanya akan menyebabkan negara berpecah-belah. Hudud tak dilaksanakan pun lagi, kita tak tahu pun kesannya terhadap masyarakat setakat ini.

“Pelbagai pihak perlu faham sejarah dan aspirasi negara dan melihat perkara ini (pelaksanaan Hudud) dengan dada yang lapang agar ia dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata, Malaysia di bawah pentadbiran Umno sebagai parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan nasib mana-mana kaum, malah mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum melaksanakan sesuatu dasar.

“Jangan bantah selagi kita tak faham. Mungkin ada sedikit perbezaan kepercayaan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam, namun jangan jadikan ia sebagai satu sebab untuk kita berpecah.

“Hudud mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik, bagaimanapun jangan jadikan isu ini sebagai satu batu loncatan untuk mengaut kepentingan politik,” katanya.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, Jun ini.

Ia bagi mendapatkan kebenaran Parlimen melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. – BERNAMA

4 389

Di kala kebanyakan negara Barat menentang keras pelaksaan hukum Hudud yang bakal dilaksanakan Brunei Darussalam, timbul pula cerita baharu di mana seorang wanita tampil membuat pendedahan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Wanita tersebut, Jillian Lauren turut mengakui bahawa dia merupakan bekas perempuan simpanan kepada adik Sultan Hassanal iaitu Putera Jefri ketika dirinya berusia 18 tahun.

jillian1

Jillian mendedahkan telah ‘dihadiahkan’ kepada Sultan Brunei oleh adindanya sendiri dan mereka telah melakukan dua kesalahan mengikut hukum Islam di sebuah penthouse hotel di Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.

Menurut Jillian, sekiranya hukuman yang berdasarkan kepada syariah Islam itu dilaksanakan, dia dan Sultan telah menerima hukuman kerana telah melakukan dua daripada kesalahan yang terdapat dalam hukum Hudud.

brunei

Nampaknya pengumuman pelaksanaan Hudud di Brunei telah menimbulkan impaknya yang tersendiri terutama sekali dari negara-negara Barat berikutan mereka mementingkan hak kebebasan individu.

Mungkinkah pendedahan ini merupakan satu serangan balas kepada Sultan Brunei dalam usahanya untuk menegakkan hukum Islam di negara naungannya? – MYNEWSHUB.MY

Oleh: AUDREY LEE

 

1 184

Los Angeles – Beverly Hills mendesak Sultan Brunei menjual sebuah hotel di bandar yang dipenuhi selebriti di Amerika Syarikat itu selepas negara berkenaan memperkenalkan undang-undang syariah, kata pegawai semalam.

Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan jutawan Richard Branson sebelum ini turut menggesa dikenakan boikot terhadap rangkaian Beverly Hills Hotel.

Ketua rangkaian Dorchester Collection, Christopher Cowdray bagaimanapun berkata ia adalah satu kesilapan dan hanya akan menjejaskan kakitangan hotel.

“Tindakan yang mahu diambil perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan kehidupan semua orang ini,” katanya kepada pihak berkuasa Beverly Hill pada satu mesyuarat majlis malam kelmarin.

Sultan Hassanal Bolkiah minggu lalu mengumumkan beliau akan tetap meneruskan pelaksanaan undang-undang syariah walaupun mendapat kritikan dari dalam dan luar negara.

Undang-undang hudud

Fasa awal secara rasmi berkuat kuasa kelmarin dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih tegas iaitu pelaksanaan hudud yang akan memotong tangan pencuri dan perompak akan bermula akhir tahun ini.

Akhir tahun depan, hukuman rejam atas kesalahan liwat dan berzina akan diperkenalkan.

Sultan Brunei memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rome. – AFP

1 213

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menjelaskan beliau tidak menyebut MCA akan “keluar Barisan Nasional (BN)” jika UMNO bersetuju untuk melaksanakan undang-undang Hudud pada Wacana Sinar Harian bertajuk “Hudud: Bersediakah Kita?” pada Rabu malam.

Menurut Ka Siong, kenyataan beliau semalam sama ada sudah disalah mengerti atau diputar belit atau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan hubugan baik di antara parti komponen BN.

Malah Ka Siong mempertahankan kenyataannya semalam dengan berkata bahawa ia jelas dibuat berdasarkan andaian.

Katanya, beliau hanya mengandaikan situasi MCA mungkin akan mengkaji semula kedudukan di dalam BN sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk menyokong kepada pelaksanaan hukum hudud.

“Kenapa kita pula yang nak gaduh, cukuplah PAS dan DAP yang bergaduh soal hudud ini, jangan salah anggap apa yang saya cakap, sebab saya tidak ada cakap langsung kami MCA akan keluar BN kalau laksana hudud, buukankah saya cakap kita akan kaji semula kedudukan.

“Saya minta untuk awak jelaskan perkara ini, semalam saya cakap bagaimana saya tidak mahu tokok tambah.

“Saya cakap seandainya kalau sudah tidak ada jodoh, tapi saya buat secara diplomatik, saya tidak cakap kalau setuju hudud kita akan keluar BN, saya tidak cakap begitu.

“Saya cakap seandainya sudah terjadi begitu, kita akan bincangkan kedudukan itu, bukan saya cakap kami akan keluar dari BN,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my bagi mengulas kontroversi yang timbul itu ekoran kenyataan berkenaan.

Ka Siong secara berterus terang menyebut kenyataan beliau itu jelas sudah diputar belit oleh portal berita pro pembangkang, Malaysiakini. (Ralat: diperbetulkan oleh Ka Siong sebagai Malaymail online)

“Yang putar belit apa yang saya cakap Malaymail, lagi banyak saya cakap, lebih teruk saya kena lanyak,” jelas beliau.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga menasihatkan semua pihak agar tidak cepat membuat spekulasi ataupun mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada situasi sebenar.

Ini bagi mengelak berlaku salah faham di kalangan pemimpin mahupun rakyat terutama dalam isu melibatkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama atau perkauman.

“Saya sudah mengenali agama Islam ini dari saya kecil, saya dikelilingi orang Melayu yang beragama Islam, sudah pasti tanggapan saya pada Islam adalah baik.

“Cuma saya nak bagitahu, jangan nak mengada-ngada nak respon apa yang saya cakap kalau tidak ada dekat mana saya ada semalam, saya langsung tak cakap (tentang MCA akan keluar BN).

“Saya tidak mahu tokok tambah, sila rujuk balik apa yang saya cakap itu dan saya tidak pernah cakap apa yang seperti dilaporkan…jangan ambil kesempatan. Itu sahaja!,” tegas beliau.

Ka Siong dalam wacana “Hudud: Bersediakah Kita?” di Shah Alam semalam berkata, MCA kekal dengan pendirian mempertahankan Perlembagaan negara seperti mana tindakan mereka mempertahankan kontrak sosial yang dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan.

“Saya rasa kalau berlaku perkara itu, sudah sampailah masanya kita kena berbincang balik kedudukan kita bersama dengan rakan-rakan sekutu.

“Saya tidak boleh buat satu ketetapan. UMNO telah buat keputusan dan BN kena sokong sepenuhnya tetapi dibangkang oleh MCA.

“Kalau kes macam ini, kita sudah tidak dalam frekuensi yang sama, takkan kita (boleh) dalam satu platform yang sama (lagi),” antara kata Ka Siong dalam wacana berkenaan.

Sinopsis Wacana HududSementara itu, berdasarkan laporan kononnya MCA akan keluar BN jika UMNO sokong pelaksanaan hudud, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegur Ka Siong.

Menurut Khairy, MCA seharusnya tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu memandangkan UMNO sendiri belum membuat sebarang keputusan atau kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan undang-undang itu.

Beliau meminta MCA mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan di antara parti komponen BN.

“Jadi saya harap tiada kata dua daripada mana-mana pihak berdasarkan kepada andaian berkenaan usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang hendak dibawa ke Parlimen itu.

“Bagi pihak UMNO sendiri, kita sudah sebut pendirian kita bahawa kita terima hudud sebagai hukum Allah, tetapi kita sedang kaji soal pelaksanaannya,” kata Khairy.-bnbbc.my

1 143

KUALA LUMPUR – Wanita MCA hari ini membuat laporan polis berhubung hasrat Pas membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim berkata usul yang akan dibentangkan di Parlimen itu bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama, seterusnya mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum.

“Tindakan Pas ini telah mengakibatkan kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum wanita,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 4 petang.

Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan bersedia membawa usul rang undang-undang persendirian di Parlimen selewat-lewatnya November ini.

Beliau berkata draf undang-undang itu telahpun siap dan majoriti rakyat bukan Islam di Kelantan turut menyokong pelaksanaan hukum hudud. – BERNAMA

1 180

KUALA LUMPUR – MIC Pusat mengambil keputusan untuk tidak menyokong pembentangan undang-undang hudud oleh kerajaan PAS Kelantan di Parlimen.

Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata, pendirian itu dibuat kerana hudud dianggap bercanggah dengan semangat dan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

“Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan semua layak mendapat perlindungan undang-undang yang sama.

“Pelaksanaan hudud di Kelantan akan mewujudkan dua sistem perundangan jenayah satu untuk umat Islam dan satu untuk bukan Islam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Palanivel berkata, pelaksanaan undang-undang hudud akan memisahkan masyarakat negara ini serta menimbulkan konflik ke atas penghakiman dan hukuman.

Menurutnya, MIC sentiasa menyokong pemahaman yang tinggi antara agama tetapi hudud seperti yang dirancang PAS akan memecahbelahkan negara ini.

Justeru, beliau menggesa DAP supaya menghentikan rancangan PAS yang mahu membentangkan undang-undang hudud untuk dilaksanakan di Kelantan. – mynewshub.my

0 129

KUALA LUMPUR – MCA tidak sepatutnya membuat keputusan terburu-buru untuk mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hukum Hudud, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong semalam adalah bersandarkan kepada pelbagai andaian sedangkan kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan.

“Jadi saya harap tiada kata dua daripada mana-mana pihak berdasarkan kepada andaian berkenaan usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang hendak dibawa ke Parlimen itu.

“Bagi pihak Umno sendiri, kita dah sebut pendirian kita bahawa kita terima Hudud sebagai hukum Allah tetapi kita sedang kaji soal pelaksanaan,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini Khamis.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan turut meminta MCA supaya tidak membuat kenyataan dan keputusan yang boleh mengeruhkan hubungan antara parti komponen BN.

Mengulas permintaan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang ingin bertemu dengan Pemuda UMNO untuk mendapatkan pejelasan berkaitan Hudud, Khairy berkata, beliau telah meminta Exco Pergerakan Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya untuk bertemu Pemuda MCA hari ini.

“Kita mahu supaya semua parti komponen memahami antara satu sama lain dan ini (pelaksanaan hukum Hudud) sebenarnya bukan dibawa oleh kerajaan BN sendiri sebaliknya oleh PAS,” katanya. – BERNAMA

0 129

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

“Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang. Saya menyebut perkara ini bukan sahaja sebagai pemimpin DAP tetapi juga sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan juga pendirian kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek naik taraf Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Datuk Keramat di sini.

Lim berkata pendirian kerajaan negeri jelas iaitu menolak hukum hudud dan beliau juga meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow menyatakan pendirian parti itu terhadap hukum hudud.

“Kami berharap pengerusi BN negeri boleh menyatakan pendirian mereka di Pulau Pinang. Apa pendirian BN (mengenai hudud) di Pulau Pinang?,” katanya.

Semalam, anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah dari DAP Teh Yee Cheu meminta Lim dan Teng menyatakan pendirian berhubung hukum hudud, selain perlu menerangkan kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau menentang undang-undang jenayah Islam itu.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul berhubung perkara itu di Dewan Rakyat Jun ini.

Hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.

Terdahulu, Lim dalam ucapannya berkata projek menaik taraf kompleks makanan itu dijangka siap Mac tahun depan dan sepanjang tempoh itu gerai-gerai sedia ada beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf kompleks makanan itu dijalankan oleh Syarikat Arza Aktif Enterprise dengan kos RM2.6 juta.

Kompleks yang mempunyai 33 unit gerai makanan halal dan 24 unit gerai makanan tidak halal itu bakal dilengkapi tandas awam, bilik khas menyusu, surau dan laluan basikal, katanya. – BERNAMA

2 259

SHAH ALAM – Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara.

Dr Asri yang juga merupakan bekas Mufti Perlis berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah.

“Sebagai Muslim kita wajib menyokong hukuman hudud.

“Tetapi perlaksanaan hudud perlulah untuk semua golongan, bukan untuk rakyat bawahan sahaja.

“Sebab kalau ikut hadis Nabi, kalaulah Fatimah mencuri, beliau wajib dipotong tangan.

“Oleh itu untuk perlaksanaan hudud kita perlu pastikan semua golongan akan dikenakan hudud, walaupun orang tersebut merupakan golongan istana,” katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk ‘Hudud: Bersediakah Kita” di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, Asri menegaskan bahawa secara peribadinya beliau menyokong perlaksanaan tersebut namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada.

“Perlaksanaan hudud di Kelantan, secara peribadinya saya menyokong penuh.

“Namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada. Pastikan kerangka-kerangka ke arah perlaksanaan hudud itu diperkukuhkan terlebih dahulu.

“Misalnya, membendung hiburan, merangka pusat baitulmal supaya lebih efisien, bidang pendidikan yang lebih baik, mewujudkan suasana kondusif dan sebagainya selain memperkuatkan dan mengemaskini undang-undang yang sedia ada,” katanya.

3 138

TIMBALAN Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.

Wee berkata MCA mempertahankan seratus peratus asas perlembagaan persekutuan yang dipersetujui BN sejak merdeka.

“Kalau berlaku (Umno sokong hudud) perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam BN.

“Kita tidak akan sokong hudud PAS,” kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut, di Shah Alam hari ini.

Wee menjawab soalan oleh moderator Maszlee Malik yang bertanya sekiranya MCA akan bersama Umno dalam BN, memandangkan parti tersebut membuka ruang kepada PAS untuk nembentangkan rang undang-undang di parlimen.

Wee menegaskan, Umno tidak pernah meminta persetujuan MCA dan komponen BN lain berhubung sokongan kepada usaha tersebut.

Pada 28 April lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata Umno ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum PAS bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sehari sebelum itu.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong PAS dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : AIRY ARIS

1 258

AMERIKA SYARIKAT (AS) menyuarakan kebimbangannya kepada undang-undang hudud baharu yang dilaksanakan di Brunei diperkenalkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Kebimbangan meliputi aspek hukuman yang akan dilaksanakan antaranya termasuk hukuman rejam sampai mati, demikian menurut kenyataan pihak AS semalam.

“Duta kami sudah pun menyampaikan kebimbangan itu secara tertutup kepada kerajaan Brunei,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Jen Psaki, menurut laman web Channel News Asia.

Bagaimanapun, jabatan itu tidak mengambil keputusan memboikot perlaksanaan itu yang dilihat semakin meluas ke atas pengendali hotel mewah Dorchester Collection yang ada kaitan dengan Sultan Hassanal Bolkiah.

“Kami memahami boikot menjadikan hotel-hotel di bawah Dorchester Collection sebagai sasaran yang mana satu kenyataan telah diberikan bahawa tiada sebarang diskriminasi akan diberikan toleransi,” kata Psaki.

Kanun Keseksaan baharu Brunei, yang bakal dilengkapi dengan hukuman keras Hudud seperti potong tangan dan rejam dijangkakan akan mula dilaksanakan pada Khamis.

Peringkat awal, hukuman seperti denda dan penjara akan diperkenalkan ke atas kesalahan seperti gagal menghadirkan diri solat Jumaat dan juga kehamilan luar nikah.

Pada peringkat kedua tahun ini, perlaksanaan hudud akan merangkumi hukuman ke atas kesalahan mencuri yang melibatkan hukuman lebih berat seperti memotong tangan.

Tahun depan, hukuman mati dengan direjam akan dilaksanakan bagi kesalahan seperti meliwat dan zina.

Personaliti televisyen AS Jay Leno menyertai senarai selebriti Isnin lepas untuk memulaukan rangkaian hotel Dorchester Collection terasuk bintang komedi Stephen Fry, hos televisyen Sharon Osbourne dan Ellen Degeneres.

Difahamkan rangkaian hotel di bawah Dorchester Collection dimiliki oleh Agensi Pelaburan Brunei yang diletakkan pengurusannya di bawah Kementerian Kewangan Brunei.- MYNEWSHUB.MY

0 181

KUALA LUMPUR – Rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dikecam ramai pihak berkepentingan agama atau politik terutama DAP.

Pelbagai hujah dikemukakan mereka bagi membantah rancangan tersebut sehingga menjejaskan hubungan pakatan pembangkang yang terbentuk antara parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Berikutan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan satu kenyataan berhubung rancangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan seperti berikut:

1. Semua pihak di kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan “ikhlas” adalah urusan Allah, bukan urusan kita.

2. Allah telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman Allah SWT :
Maksudnya :

(31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan.

(32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). [Surah Fathir]

3. Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan di antara satu sama lain.

4. Kita perlu juga ingati bahawa ada kalangan yang hanya mengenali isu ini sebagai isu “hukum Hudud” atau sebahagian daripada hukumnya sahaja, tanpa menyedari bahawa Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

5. Setengahnya juga tidak ingin memahami kesempurnaan Islam dan hukumnya yang memberi petunjuk ke jalan yang benar tanpa menyekat kemampuan akal yang bijak dan hak asasi yang tidak melampau sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan yang sebenar. Sehingga ada yang lebih bersimpati terhadap penjenayah, tanpa peduli terhadap mangsanya. Atau lebih melihat hak asasi binatang lebih daripada hak asasi manusia yang sebenarnya.

6. Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang adanya hak hukum Syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak dakwaan halangan perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai undang–undang dalam masyarakat majmuk.

7. Kewajipan umat Islam sendiri ialah menafsirkan Islam yang sebenar yang wajib menjadi pegangan mereka dan membuang saki baki sekatan penjajah dalam perlembagaan, kerana kita telah mencapai kemerdekaan.

8. Kalangan bukan Islam pula sudah ada hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Sepatutnya penganut Islam menyedari hak mereka yang sebenar untuk percaya dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.

9. Fenomena yang berlaku diwaktu ini ialah merebaknya penyakit jenayah yang menimpa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, khususnya jenayah berat, menandakan tidak ada kehebatan undang – undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang. Adapun umat Islam wajib kembali ke pangkal jalan kepada ajaran agama Islam yang wajib diperkasakan. Ini adalah hak penganut Islam yang wajib dilindungi oleh perlembagaan yang wajib adil terhadap semua.

10. Ada pun kebimbangan penganut bukan Islam telah dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun al-Quran ialah firman Allah:

Maksudnya :
(42) oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

11. Ayat ini menunjukkan, walau pun berkait dengan penganut agama Yahudi Ahli kitab yang ada hukum hudud dan qisas dalam kitab mereka, namun tidak dipaksakan ke atas mereka. Apa lagi kepada penganut agama yang tidak ada undang –undang jenayahnya yang tersendiri.

12. Imam Ibnu Kathir dan lain-lain merekodkan bahawa perkara ini berlaku dalam masyarakat majmuk di awal negara Islam. Maka mazhab Islam yang diamalkan dalam masyarakat majmuk mengambil kira sejarah ini. Di antaranya mazhab Maliki, Hanafi dan kalangan mazhab Syafe’i dan mazhab yanag lain. Perkara ini termasuk dalam konsep tidak ada paksaan dalam agama.

13. Adapun dakwaan tidak adil terhadap penganut Islam adalah sebenarnya berpunca daripada kejahilan, sehingga salah faham terhadap ajaran agama sendiri, kerana tidak menyedari hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan sehingga kadar jenayah menurun dan akhirnya hapus di kalangan penganut Islam. Adalah salah akal, sekiranya memahami bahawa rakyat akan berlumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki, apa yang sebenarnya berlaku ramai kalangan para penjenayah akan bertaubat.

14. Wajib difahami, bahawa undang-undang jenayah Islam lebih bersifat mendidik daripada menghukum, kerana adanya syarat-syarat yang sangat menyusahkan bagi menjatuhkan hukuman Qisas dan Hudud yang dinaskan dan lebih banyak ruang kepada hukuman Takzir yang lebih ringan dan dengan mendidik. Dalam masa yang sama hakim diminta mencari jalan untuk membebaskan, sama ada daripada kefahamannya sendiri atau bantuan para peguam, dengan meneliti segala keterangan saksi dan lain-lain, disertakan dengan ayat al-Quran dan Hadis yang lebih menggalak bertaubat kepada Allah dan memaafkan di luar mahkamah.

Sabda Rasulullah SAW

(Hukum hudud ditolak dengan adanya kekeliruan )

15. Kekeliruan yang wujud semasa perbicaraan adalah meliputi sama ada wjudnya unsur paksaan, kejahilan tegar, atau fitnah dalam sesuatu kes itu. Dalam hal ini Imam Malik menegaskan : ”Sekiranya ada satu unsur kekeliruan daripada sembilan puluh sembilan bukti yang sahih maka tidak boleh dijatuhkan hukuman. Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh lebih baik
daripada kesilapan menjatuhkan hukuman”

16. Kalangan penentang pelaksanaan Syariat sengaja memilih aspek Hudud dan khususnya isu memotong tangan pencuri dan perompak dan mencacatkan anggota menjadi ruang untuk menyerang undang-undang syariat Allah yang dinaskan, tanpa menghormati hak mangsa jenayah dan lebih mempertahankan penjenayah yang sangat zalim.

17. Hudud dan Qisas adalah hukum jenayah yang dinaskan dalam Al Quran dan Hadis, di mana sejumlah kecil sahaja yang disenaraikan, hanya dalam perkara yang tidak mungkin diselesaikan oleh akal manusia, maka Allah memberi petunjuk dengan rahmatnya. Ada juga yang boleh dikeluarkan daripada senarai Hudud kerana adanya kalangan ulama yang tidak mengiranya kerana nas yang bersifat umum. Ada perkara lain yang tidak terkiranya banyaknya, maka Allah mengizinkan kebijaksanaan manusia dan pengalamannya.

18. Cukuplah dengan akibat tidak mampu mengatasi jenayah khususnya keganasan dan moral yang memusnahkan kehidupan manusia. Bagi penganut Islam, keizinan ini menjadi sempadan aqidah yang besar, kerana firman Allah memberi amaran :

(20) Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
(21) Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian dari agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

19. Kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS sepenuhnya sejak tahun 1990. Undang –undang jenayah syariat dikemukakan mengikut proses siyasah syariah, politik Demokrasi dan pengurusannya. Setelah disusun oleh pakar Syariah dan perundangan moden, ianya di bawa terlebih dahulu kepada umum dengan jemputan kepada semua parti politik, NGO Islam dan bukan Islam untuk mendengar dan memberi penjelasan kepada semua pihak. Selepas ini selesai, baharulah ianya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan, kemudiannya Terengganu dan berlakulah polemik ilmu secara terbuka selepas dari itu.

20. Oleh kerana PAS terus memimpin di Kelantan, maka PAS memilih Kelantan sahaja, dan PAS wajib menerima secara positif terhadap semua pihak yang bersedia menerimanya dan bersedia memberi penjelasan terbuka atau tertutup kepada semua pihak yang masih ragu atau tidak faham hakikatnya yang sebenar. Marilah kita menjelas dan menyatakan Islam adalah rahmat kepada seluruh manusia.

Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

1 135

BEKAS perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anggota jawatankuasa teknikal hudud mesti terdiri daripada golongan agama bebas daripada parti politik.

Katanya, perkara itu perlu bagi menyekat pengaruh kepartian sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang dalam membincangkan undang-undang jenayah Islam itu.

Menurut negarawan itu lagi, sekiranya ia tidak dilakukan maka dikhuatiri salah satu pihak boleh mendapat manfaat daripadanya.

“Perkara penting dalam hal ini adalah jawatankuasa perlu dianggotai golongan agama yang betul yang tidak terlibat dengan mana-mana politik.

“Mereka bertindak mengkaji dan memberikan fatwa.

“(Sekarang ini) mereka sebenarnya memainkan isu parti dan mereka akan bertindak berat sebelah (dalam jawatankuasa),” katanya selepas hadir mengikuti prosiding perbicaraan Kassim Ahmad pagi ini. – MalaysiaKini

0 168

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa sejarah buruk Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 akan berulang jika PAS berdegil meneruskan undang-undang hudud di Kelantan.

Beliau mendakwa, Barisan Alternatif yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat pasti tidak mencatat keputusan memberangsangkan pada PRU 2013 jika PAS membangkitkan isu itu pada waktu itu.

“Pengundi memilih pakatan yang turut dianggotai PAS pada PRU 2013 kerana mahu mengubah kerajaan, bukan kerana hudud. Lagipun mereka yang tidak menyokong hudud bukan kerana anti-Islam.

“Pasti pakatan tidak dapat menafikan majoriti dua pertiga untuk Barisan Nasional (BN) jika hudud menjadi agenda pakatan semasa PRU 2013 dan berkemungkinan kalah teruk,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pada PRU 2004, BN menang dengan majoriti besar bagi menewaskan Barisan Alternatif yang merupakan gabungan parti pembangkang pada waktu itu.

Kit Siang turut mendakwa, DAP tidak akan memenangi empat kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, manakala PAS mungkin kalah di empat kerusi DUN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kalah satu kerusi Parlimen serta satu kerusi DUN di negeri itu jika PAS mengentengahkan isu hudud.

“Rakyat Malaysia mahukan pakatan pembangkang tetapi jika hudud menjadi isu besar, pakatan akan kembali ke arah Barisan Alternatif yang merugikan PAS, DAP dan PKR,” dakwanya. -MYNEWSHUB.MY

3 238

KUALA LUMPUR – PAS akan mengkhianati semua pengundi bukan Islam yang mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perbuatan PAS itu juga secara tidak langsung memberi peluang kepada parti lawan untuk memecahbelahkan kekuatan pakatan pembangkang.

“Jika PAS terus bekerjasama dengan UMNO untuk melaksanakan hudud, nampaknya parti itu memang cukup mudah untuk tertipu dan lebih teruk mengkhianati pengundi bukan Islam.

“PAS juga melakukan percanggahan kerana terus berada dalam pakatan tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan UMNO melaksanakan hudud,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut menyindir PAS dengan mendakwa parti itu menang kerusi PRU13 bukan kerana mengetengahkan hudud sebaliknya berpegang kepada isu ekonomi, integriti dan akauntabiliti.

“Jika UMNO boleh mendapatkan ramai pengundi Melayu tanpa berkempen tentang hudud, PAS pun sepatutnya boleh begitu,” tegasnya.

Media pada 2 Mei lalu melaporkan, kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan sepakat menubuhkan satu jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dibentuk tidak lama lagi berperanan mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memberi penerangan kepada semua pihak termasuk masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaannya.- MYNEWSHUB.MY

0 132

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP perlu menghalang rakan sekutu mereka, PAS daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata PKR dan DAP telah membantu PAS dalam pilihan raya umum yang lepas, justeru kedua-dua parti itu dilihat mempunyai kuasa untuk ‘menghalang’ pelaksanaan hukuman itu.

“Kini PAS bercadang melaksanakan hudud, jadi terserah kepada DAP dan Keadilan (PKR) untuk bercakap dengan mereka (PAS),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dharma Walk 2014-’Strive On With Every Step’ anjuran Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM) di sini, hari ini.

Liow sekali lagi menegaskan pendirian MCA yang menolak pelaksanaan hukum hudud memandangkan pelaksanaan dua undang-undang jenayah, sivil dan syariah, akan menyebabkan kekeliruan, dan ia bercanggah dengan perlembagaan negara.

Isu pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan negeri Kelantan, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan Hudud, di Dewan Rakyat Jun ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata pembentangan rang undang-undang Hudud itu adalah bagi mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

DAP menentang rang undang-undang itu yang menegaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. – BERNAMA

0 162

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan hari ini melancarkan laman Facebook ‘Save Malaysia, No Hudud’ bagi terus menyatakan pendirian untuk menolak pelaksanaan hudud di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Liang Teck Meng berkata laman Facebook itu akan menjadi saluran bagi menyampaikan maklumat dan pandangan mengenai hudud, selain platformperbincangan bersama orang ramai berhubung perkara itu.

“Ia (laman Facebook) akan menjadi platform terbaik bagi kita berinteraksi dengan orang ramai selain menyampaikan pandangan mengenai hudud,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman Facebook itu di Menara PGRM di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.

Liang berkata Gerakan menghormati agama Islam, namun undang-undang Islam itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Saya ingin menegaskan pendirian kami bahawa tidak semestinya antihudud itu anti-Islam…Cuma hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya merancang untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini. – BERNAMA

0 277

Walaupun PAS menyatakan dengan jelas niatnya melaksanakan hudud di Kelantan, terdapat kumpulan dalam parti itu yang menentangnya, kata seorang ahli panel dalam satu forum mengenai hukum Islam itu, malam tadi.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud perlu ditangguhkan sehingga rakyat Malaysia benar-benar bersedia menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun, menurut Hanipa, ia merupakan pendapat peribadinya dan tidak mewakili pendirian PAS yang mahu pelaksanaan undang-undang Islam itu disegerakan.

“Pandapat saya, hudud bukan merupakan keutamaan. Bagaimanapun sebagai pemimpin saya kena mempertahankan agenda politik parti,” katanya pada satu forum “hudud@Malaysia?” bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Sepang itu menegaskan pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan merupakan kemahuan rakyat di negeri itu sendiri yang memberi mandat kepada PAS untuk merealisasikan undang-undang Islam tersebut.

“Hudud inilah yang dimahukan rakyat Kelantan, mereka memberi mandat kepada PAS jadi kerajaan negeri dengan menggunakan demokrasi,” katanya.

Hanipa turut menangkis kritikan ? daripada Pengarah Eksekutif Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, yang mendakwa pelaksanaan hudud di Kelantan bertujuan mendiamkan suara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Hanipa yang merupakan seorang peguam, berkata PAS tidak pernah membuat keputusan melaksanakan hudud bagi mendiamkan pendapat rakyat, bahkan parti Islam itu terbuka dalam menerima kritikan daripada rakan Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

“Saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Dr Farouk, kalau benar PAS bertujuan untuk senyapkan segala pendapat tidak mungkin saya ada di sini.

“Kita juga terbuka dalam menerima semua pendapat termasuk rakan kita DAP. Bagi PAS, semua pihak berhak mengemukakan apa yang dirasakan dan kita hormati suara mereka. Jadi kami juga berharap anda juga menghormati hasrat PAS dan rakyat Kelantan,” katanya.

Selain Hanipa dan Dr Farouk, forum tersebut turut menampilkan peguam, Syahredzan Johan, dan penasihat perundangan ‘Save Sarawak River’ Abun Sui Anyit daripada Sarawak.

Forum itu turut mendapat sambutan luar biasa apabila dewan dipenuhi dengan kehadiran kira-kira 200 orang ramai daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

?Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang bakal dibentangkan PAS bertujuan mendapatkan kuasa daripada Parlimen untuk membenarkan Kelantan mewujudkan undang-undang perkara jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa persekutuan.

Ia juga ingin meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, di mana hukuman maksima dihadkan kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan diganti.

Sebaliknya, ia mahu kuasa menjatuhkan hukuman bunuh, sebatan dan potong tangan bagi jenayah mengikut hudud diberikan kepada Kelantan.

Hanipa berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya menyasarkan kepada jenayah berat sahaja.

Katanya, tahap bukti yang diperlukan adalah sangat teliti dan tidak dibuat sebarangan dalam menentukan seorang itu bersalah atau tidak.

Seorang lagi panelis, Dr Farouk dari IRF mempertikaikan hukum hudud kerana di dalam al-Quran tidak tertulis hukuman bagi kesalahan zina dan murtad.

Beliau mempersoalkan adakah dengan pelaksanaan undang-undang Islam itu dapat mengurangkan jenayah seperti didakwa PAS Kelantan.

Dr Farouk membentangkan senarai 10 negara paling selamat di dunia, tetapi Arab Saudi, negara yang mengguna pakai undang-undang hudud, berada di kedudukan ke 131.

?”Keadilan dan kesaksamaan sentiasa menjadi mesej jelas dalam negara Islam, bagaimanapun statistik yang didedah membuktikan sebaliknya,” katanya.

?Menurut Dr Farouk, ?daripada kerajaan Kelantan membelanjakan puluhan ribu ringgit menghantar delegasi ke Brunei bagi memahami pelaksanaan hudud, PAS perlu menghantar wakil mengkaji urus tadbir kerajaan yang baik di negara paling selamat di dunia, iaitu New Zealand.

Beliau turut mencabar pemimpin PAS untuk bertemu dengan raja dan sultan untuk mendapatkan sokongan mengenai hudud kerana golongan monarki dilihat berada di atas undang-undang.
?
Syahredzan pula mempersoalkan, biarpun hudud hanya tertakluk kepada masyarakat Islam dan perbicaraan hanya akan diadakan di Mahkamah Syariah, apakah negeri mempunyai kuasa perundangan untuk membicarakan kes jenayah daripada Putrajaya.

“Parlimen tidak boleh memberi kuasa kepada kerajaan negeri di mana ia akan dipisahkan kepada dua perundangan jenayah?.,” kata beliau.

Syahredzan berkata sekiranya Perlembagaan dipinda bagi membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan mengganggu struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Sementara Abun daripada Sarawak berkata, rakyat Malaysia tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud kerana faktor penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya di negara ini.

“?Perjanjian yang dipersetujui Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia akan tercemar sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju untuk meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud,” katanya. – The Malaysian Insider

0 106

BESUT – Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.

Ketuanya Khairy Jamaluddin, berkata perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.

Katanya, pergerakan pemuda UMNO mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.

“Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan UMNO yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah,” katanya kepada pemberita di Besut petang, semalam.

Beliau berkata, pergerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.

Khairy berkata, beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.

“Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain,” katanya. – BERNAMA

0 107

KUALA LUMPUR – MCA berpegang kuat dengan pendirian menolak hukum hudud kerana tidak mahu melihat wujudnya sistem perundangan yang berbeza dalam satu negara, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, pendirian MCA menolak hukum hudud bukan bermaksud menolak Islam.

“MCA akan pertahankan keharmonian antara kaum sedia ada,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perpaduan MCA bertemakan Teguh Bersama di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini, sebentar tadi. - BH Online

0 153

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa teknikal di peringkat pusat akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan jawatankuasa itu akan melibatkan kerajaan Pusat, kerajaan negeri Kelantan dan PAS.

Selain berperanan untuk melihat pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dari pelbagai aspek, jawatankuasa itu akan memberi penerangan mengenai pelaksanaan undang-undang itu di pelbagai peringkat termasuk kepada parti-parti komponen, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, di sini, Jumaat.

Jamil Khir berkata “Penubuhan jawatankuasa ini untuk memastikan pelaksanaan jenayah syariah Islam ini dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kebijaksanaan dan juga keadilan bagi umat Islam.”

Selain itu ia juga akan mengambil kira peruntukan-peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan rakyat bukan Islam di negara ini dapat melihat keindahan perundangan Islam itu, katanya.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bertindak sebagai urusetia jawatankuasa tersebut.

Sementara itu, Mohd Amar berkata kerajaan negeri Kelantan memandang positif akan penubuhan jawatankuasa ini, dan kerajaan negeri juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa mengenai pelaksanaan undang-undang syariah Islam tersebut.

“PAS telah menjelaskan hasrat dan cadangan pelaksanaan undang-undang ini kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kita berasa puas hati dengan apa yang telah diterangkan,” katanya.

Laporan sebelum ini berkata PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini.

– BERNAMA

0 110

PETALING JAYA – DAP sepatutnya menghalang PAS daripada membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen, bukan mencabar MCA supaya meminta Umno menolak hukum itu, kata Datuk Dr Wee Ka Siong.

Timbalan Presiden MCA itu turut mengkritik penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tidak berhadapan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila parti itu berulang kali memaklumkan akan melaksanakan hudud.

“Kit Siang cuba mengalih pandangan ramai dengan mencabar MCA dan seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab berkaitan isu undang-undang hudud mendedahkan sikap hipokrit parti.

“Selain menuduh MCA, DAP yang mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dalam Pakatan Rakyat juga gagal menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang itu,” katanya di sini, Khamis.

Dr Wee berkata, hanya satu cara untuk menangani isu berkenaan, iaitu menerusi tindakan DAP menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang itu.

“MCA akan menghalang sebarang cubaan yang boleh menjejaskan Perlembagaan Persekutuan dan semangat kerjasama bagi menyatupadukan serta membangunkan negara ini.

“Kami juga mengambil pendirian tegas berhubung hudud, malahan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau sudah memaklumkan kepada Umno mengenainya dan meminta Umno supaya tidak menyokong perundangan itu,” katanya.

Sebelum ini, Tiong Lai menegaskan MCA akan tetap mengambil tindakan menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang itu termasuk melalui perundangan jika perlu.

Beliau berkata, MCA menghormati Islam sebagai agama rasmi tetapi adalah penting bagi PAS untuk memahami perasaan dan pandangan orang bukan Islam di negara ini yang majoritinya menolak hudud. – mStar Online

0 117

KOTA BHARU – Pelaksanaan hukum hudud yang dibincangkan secara ikhlas dan rasional boleh mewujudkan perpaduan Islam yang lebih mantap di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendekatan itu boleh mengurangkan ketegangan perbezaan pendapat dalam masyarakat mengenai pelaksanaan hukum Islam itu.

“Apabila isu hudud ini dibincangkan secara ikhlas dan rasional, kita dapati suhu ketegangan di kampung-kampung turun sedikit, ini baik untuk perpaduan Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2014 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa berkata, program penerangan anjuran Umno Kelantan mengenai pelaksanaan hukum hudud yang diadakan di seluruh negeri kini, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata, kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukum yang ditetapkan ALLAH SWT, namun banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum itu. – BERNAMA

1 226

BANDAR SERI BEGAWAN – Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam mengumumkan bahawa negaranya akan melaksanakan hukum hudud bermula pada hari ini.

“Dengan penuh keyakinan dan kesyukuran kepada Allah Maha Besar, saya mengumumkan esok (hari ini) undang-undang syariah fasa pertama akan dikuatkuasakan dan ia akan diikuti dengan fasa-fasa seterusnya,” kata baginda dalam satu dekri diraja semalam.

Fasa pertama dan kedua akan bermula pada tahun ini manakala fasa seterusnya akan bermula pada tahun depan.

Pada fasa pertama, hukuman penjara dan denda akan dilaksanakan antaranya untuk pesalah yang tidak menghadiri solat Jumaat dan hamil di luar nikah.

Pada lewat tahun depan, hukuman seperti rejam dengan batu kerana kesalahan meliwat dan zina akan diperkenalkan.

Ekoran pengumuman tersebut, Brunei yang kaya dengan minyak akan menjadi negara pertama di Timur Asia dan Asia Tenggara yang memperkenalkan hukuman hudud.

Brunei menyertai kebanyakan negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq yang turut menguatkuasakan hukuman itu.

Antara hukuman itu ialah tangan pencuri akan dipotong.

Kerajaan Brunei sebelum ini menangguhkan pelaksanaan hukum hudud selepas dikritik beberapa badan hak asasi antarabangsa.

Bagaimanapun, pemerintah berusia 67 tahun itu memutuskan untuk meneruskan perlaksanaan hukum hudud dan menolak dakwaan bahawa undang-undang itu sebagai tidak adil.

“Ada pihak menuduh undang-undang Allah ini kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri berfirman bahawa undang-undang itu adalah adil,” ujar baginda lagi di sebuah pusat konvensyen di sini.

Pemerintah Brunei itu merupakan antara orang terkaya di dunia dan kekayaannya pernah dianggarkan majalah Forbes berjumlah AS$20 bilion (RM65.28 bilion) pada tiga tahun lalu.

Sultan Hassanal Bolkiah juga dilaporkan mempunyai banyak koleksi kereta mewah dan istana yang dihiasi emas.

Baginda sebelum ini berselisihan faham dengan adiknya, Putera Jefri Bolkiah yang didakwa menggelapkan wang berjumlah AS$15 bilion (RM 48.98 bilion) ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.

Brunei mempunyai kira-kira 400,000 orang penduduk dengan 70 peratus daripadanya merupakan penganut Islam. – Agensi

cialis com free trial, pfizer viagra 100mg