Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

HILANG

Mesej Dalam Telefon Bimbit Hilang Cetus Trending

in Utama & Sensasi

SEORANG wanita dikenali sebagai Megan kehilangan telefon bimbit sebelum berjaya memperolehinya kembali keesokan harinya.

Walau bagaimanapun, bukan telefon bimbitnya sahaja yang diperoleh semula tetapi Megan turut menerima sesuatu yang mengejutkan.

Ianya adalah pesanan khas dalam bentuk video daripada seorang lelaki kepadanya.

Menerusi video berdurasi 49 saat pemuda dikenali sebagai Rob yang menemui telefon bimbitnya itu, memberi satu mesej khas kepadanya.

Hilang HP, Wanita Terima 'Mesej' Dari Lelaki Tak Dikenali

“Saya tidak tahu telefon yang saya jumpa ini milik siapa tetapi percayalah anda seorang yang cantik dan anda akan selalu akan berjaya mencapai apa sahaja yang anda impikan.

“Tidak semua keadaan di dunia ini seperti yang diharapkan namun jika kita letakkan pengharapan maka mungkin masih ada harapan,” ujarnya dalam video tersebut.

Video berkenaan yang dikongsikan Megan yang menggunakan Tweethandle @megan_fogal itu ternyata telah mencuri perhatian rakyat Amerika hingga menjadi trending.

Rata-rata berasakan pesanan tersebut sungguh ‘comel’ dan mengesankan. – MYNEWSHUB.CC

Warga Emas Hilang Cari Rotan Ditemukan Anaknya

in Terkini

BINTANGOR – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan berhampiran kawasan penempatan semula Sungai Meradong dekat sini, lewat petang semalam, berjaya ditemukan hari ini.

Unat Kachang, 76, yang hilang ketika mencari rotan, ditemukan anaknya yang menyertai penduduk kampung serta pasukan Bomba dan Penyelamat Bintangor dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, kira-kira 8.36 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Beluling berkata mangsa berada dalam keadaan lemah ketika ditemukan kira-kira satu kilometer daripada pos kawalan operasi mencari dan menyelamat itu.

Beliau berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Budak Hilang Di Gunung Lepas Didenda Ibu Bapa

in Utama & Sensasi

TOKYO – Menurut laporan polis, ibu bapa kepada budak lelaki berusia 7 tahun, Yamato Tanooka  di Jepun mengakui bahawa mereka meninggalkan anak mereka di kawasan pergunungan sebagai hukuman terhadap budak tersebut, semalam.

Sebelum ini, Yamato dilaporkan hilang semasa mengembara pada sabtu lalu dan lebih 150 penyelamat mencari budak tersebut selama dua hari di kawasan pergunungan di bahagian utara pulau Hokkaido, kata jurucakap polis.

Pada mulanya ibu bapa Yamato memberitahu pihak polis bahawa anak mereka hilang semasa berjalan-jalan untuk memetik sayur di kawasan yang dipercayai merupakan habitat haiwan seperti beruang.

“Ibu bapa Yamato meninggalkannya di kawasan pergunungan itu sebagai satu hukuman terhadap budak itu. Kemudian apabila mereka kembali ke tempat tersebut, anak mereka tiada di tempat itu lagi,” kata jurucakap polis.

Semasa ditemuramah oleh wartawan tempatan, bapa Yamato mengakui dia tidak berani untuk memberitahu perkara sebenar ketika meminta bantuan untuk mencari anaknya. – MYNEWSHUB.CC

4 Individu Hilang Di Perairan Kudat Ditemui Selamat

in Terkini

KOTA KINABALU – Empat individu yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Pulau Balambangan, Kudat, pada 2 Mei lepas ditemui selamat, kata Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Son.

Mohd Zubil berkata kesemua mangsa ditemui berada di sebuah bot milik nelayan Vietnam di perairan Pulau Amboyna Cay berhampiran sempadan Malaysia-Vietnam, kira-kira 240 batu nautika dari perairan Kudat.

Beliau berkata pasukan keselamatan telah menuju ke lokasi di mana bot itu dikesan untuk mengambil individu terbabit.

“Mereka selamat. Jika semua berjalan lancar, esok pagi (mereka) akan dibawa ke Kota Kinabalu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata kedudukan keempat-empat mangsa berjaya dikesan selepas kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan yang menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia, kira-kira 150 batu nautika dari Labuan.

Mohd Zubil berkata ketika pemeriksaan dibuat, tekong bot telah menghubungi rakannya melalui radio memaklumkan mereka telah ditahan APMM dengan menyebut perkataan ‘Malaysia, Malaysia’.

Kemudian, anggota APMM terdengar panggilan itu dijawab seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Armella (Ali Hassan), salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang 10 hari lepas, dan memberitahu dia berada di atas bot nelayan dalam keadaan selamat.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata siasatan berhubung kejadian itu akan dibuat setelah kesemua mangsa selamat sampai di Kota Kinabalu.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau berkata pasukan APMM telah memindahkan keempat-empat mangsa dari bot nelayan Vietnam itu ke atas kapal KM Bestari pada pukul 6 petang tadi untuk dibawa pulang.

Dalam pada itu, Mohd Zubil turut melahirkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pasukan keselamatan lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penerbangan Awam dan Pasukan Polis Marin serta Persatuan Nelayan Kudat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa.

Dalam insiden lewat petang 2 Mei lalu, empat individu yang dilaporkan hilang itu ialah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin Tommy, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella, 23.

Semua mangsa sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada pukul 8 malam hari yang sama. – BERNAMA

Kapal Tangki Hilang 3 minggu Lalu Ditemui Hanyut Tanpa Kru

in Utama & Sensasi

SEBUAH kapal tangki membawa muatan minyak, Tamaya 1 yang hilang secara misteri sejak April lalu telah ditemui hanyut di pantai Liberia.

Namun apa yang menghairankan tidak ada seorang pun kru berada di dalamnya.

Keadaan itu mengejutkan penduduk yang menemuinya kapal berkenaan lalu menghubungi polis.

Malangnya polis mengambil masa beberapa hari untuk tiba di lokasi penemuan kapal tersebut.

Kapal tangki sepanjang 64 meter itu dalam perjalanan ke Pelabuhan Sengalese dari Dakar apabila ia hilang. Kali terakhir Tamaya 1 dilihat adalah pada 21 April lalu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kemana perginya kru kapal yang berdaftar di Panama itu.

“Kemungkinan pemilik kapal itu telah muflis dan tidak mempunyai wang untuk membayar krunya. Sebab itulah mereka meninggalkan kapal terbabit,” kata sumber dalaman pihak berkuasa pelabuhan itu.

Pihak berkuasa kini cuba menghalang penduduk tempatan daripada mendekati kapal terbabit ketika siasatan dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Pengarah Di KPM Dilapor Hilang Sah Selamat, Kini Di Miri

in Hangat/Utama & Sensasi

PENGARAH Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zaidi Yazid yang dilaporkan hilang sejak 30 April lalu diberitakan berada dalam keadaan selamat di Miri, Sarawak.

BACA: Pengarah Di KPM Hilang, Anak Minta Bantuan Di Facebook

Perkara ini dimaklumkan anak beliau, Zaheera Zaidi menerusi Facebook sebentar tadi.

Status Zaheera Zaidi memaklumkan bapanya dalam keadaan selamat di Miri, Sarawak.
Status Zaheera Zaidi memaklumkan bapanya dalam keadaan selamat di Miri, Sarawak.

“Alhaammmdulilllaaahhh berjaya dikesan di Miri, Sarawak. Keadaan stabil. Later saya akan update jika ada info. Saya pun belum dapat detail cerita sebenar. Terima kasih jasa baik kawan-kawan bantu saya share di Facebook,” tulisnya.

Tidak lama selepas status memaklumkan penemuan bapanya, Zaheera memuat naik satu lagi status meminta agar keluarganya tidak diganggu buat masa ini.

Bersama status tersebut dia memberitahu akan memaklumkan perkembangan terkini selepas bertemu sendiri bapanya itu.

Pengarah Di KPM Ditemui Selamat

Kehilangan Zaidi menjadi viral di media sosial selepas Zaheera memuat naik satu status di Facebook semalam, memohon bantuan orang ramai mencari bapanya yang dikhuatiri hilang sejak 30 April lalu.

Zaheera mendakwa bapanya keluar dari rumah di Seksyen 4, Bangi pada jam enam petang dan memberitahu akan bermalam di Bukit Kiara.

Bagaimanapun selepas 1 Mei jam 8 pagi, Zaheera memberitahu bapanya itu tak lagi dapat dihubungi.

Kehilangan Zaidi turut disahkan bosnya, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi Facebook bersama pesanan agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Apa-apa pun, kami pasti Zaheera amat sayangkan bapanya dan risau jika berlaku sesuatu yang buruk lalu bertindak pantas meminta bantuan netizen selepas keluarganya turut membuat laporan polis.

Apa yang penting, bapanya itu sah berada dalam keadaan selamat dan kita doakan yang baik-baik untuk Zaheera dan keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

Bapa Bimbang Anak Gadis Tidak Pulang Sejak 2 April

in Utama & Sensasi

ALOR SETAR – Bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang hilang selepas keluar dari rumah di Hutan Kampung di sini sejak 2 April lalu, seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya yang berusia 23 tahun itu.

Mohd. Shukri Dali, 52, dari Kampung Masjid Hujung berkata sebelum kehilangan anak sulungnya, Noor Shuhaida ada mengadu mengalami sakit gigi sebelum dikatakan keluar ke halaman rumah kira-kira pukul 11.30 malam.

“Pagi sebelum kejadian, Noor Shuhaida yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot di Alor Setar tidak ke tempat kerja kerana sakit gigi. Kira-kira pukul 11.30 malam dia yang terjaga dari tidur terus keluar ke halaman rumah selepas mengadu sakit gigi kepada saya.

Kami sekeluarga hanya menyedari kehilangannya kira-kira 10 minit kemudian selepas mendapati dia tiada di luar rumah. Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya beberapa kali namun tidak menerima sebarang respons,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mohd. Shukri berkata anaknya yang memakai baju-T dan kain batik semasa keluar dari rumah tidak membawa sebarang beg pakaian.

Manakala ibunya, Fazilah Zakaria, 46, berkata anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kehilangannya dan berasa bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu kerana Noor Shuhaida tidak pernah keluar malam secara bersendirian.

“Sejak kehilangannya, kami sekeluarga tidak lena tidur kerana bimbang dengan keselamatannya. Kami telah cuba mencarinya dengan menggunakan pelbagai cara namun masih belum mendapat khabar berita tentangnya.

Kami juga telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Balai Polis Langgar pada 3 April,” katanya.

Keluarga Noor Shuhaida merayu sesiapa yang menjumpai anak perempuan mereka supaya dapat menghubungi Mohd Shukri di talian 012-4207134. – BERNAMA

Disatukan Facebook Selepas 22 Tahun Hilang

in Hangat

KAHERAH – Seorang lelaki yang hilang sejak 22 tahun lalu menemui semula keluarganya di Mesir selepas menyiarkan rayuan dalam televisyen dan laman Facebook, lapor akhbar tempatan semalam.

Penonton televisyen dan pengguna Facebook yang melihat mesejnya itu menghubungi keluarganya yang menetap di pusat bandar Asyut, di mana Mohammed Abdullah Rahouma dilaporkan hilang ketika berumur tiga tahun.

Ketika itu, Mohammed dikatakan mahu pulang dari kedai di bandar berkenaan, tetapi sesat dan terus hilang dalam kejadian pada 1994 itu, kata mereka.

Dia dijumpai dan dibesarkan seorang janda, yang kemudian menyerahkannya kepada rumah anak yatim dan di situ, dia mula mencari keluarganya.

Menurut laporan, ujian DNA menunjukkan Mohammed ialah anak kepada sebuah keluarga di Asyut dan mempunyai lima adik beradik perempuan.

“Dia bertemu dengan keluarganya dan mereka bersatu sekali lagi,” kata sumber polis. – Agensi/myMetro Online

Cemas Anak Tak Balik Sekolah, Ibu Mohon Bantuan Di Media Sosial

in Hangat/Jenayah

IBU mana yang tidak cemas apabila anak yang baru berusia 8 tahun tiba-tiba tak pulang dari sekolah seperti biasa tanpa diketahui puncanya.

Apatah lagi, kes kanak-kanak hilang akibat diculik dan sebagainya bukan lagi kisah ganjil didengar pada zaman sekarang.

Begitulah kerisauan dirasai seorang ibu, Hazrin Noor, 32, apabila mengetahui anaknya Aisya Maisarah Mohd Ridzuan hilang sejurus selepas pulang dari sekolah kira-kira pukul 1 petang tadi.

Hal itu membuatkan, ibu kepada tiga cahaya mata ini bertindak menyebarkan berita kehilangan anaknya menerusi aplikasi WhatApps dan media sosial.

Menurut Hazrin, kebiasaannya Aisya akan menunggu suaminya berdekatan pondok pengawal keselamatan sekolah namun hari ini, anaknya gagal dikesan meskipun puas dicari.

“Kami ada bertanyakan kepada pengawal keselamatan. Menurut mereka, anak saya ada memberitahu ingin menaiki sebuah van sekolah.

“Hal itu membuatkan hati saya bertambah runsing sebelum kami membuat keputusan untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis,” ujarnya ketika dihubungi Mynewshub.

Difahamkan, Hazrin membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam Selangor kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun, teka-teki kehilangan murid Darjah Dua itu terjawab apabila Aisya menghubungi sendiri ibunya bagi memaklumkan dirinya berada di rumah rakan sekelasnya yang dikenali sebagai Amber kira-kira pukul 4.50 petang tadi.

Kata Hazrin, keluarga Amber menyangka anaknya telah mendapat kebenaran ibu bapa untuk datang ke rumah mereka.

Apa-apa pun, Hazrin meluahkan rasa syukur kerana anak perempuannya itu ‘hilang’ bukan atas sebab yang dikhuatiri oleh dirinya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Abngs19ipwk]

Lagi Remaja Hilang, Kali Ini Pergi Bertapa Di Gunung Ledang

in Hangat

TAK habis-habis! Jika sebelum ini, kecoh dengan kehilangan gadis remaja 14 tahun yang dilaporkan berlakon diculik, kini muncul kes terbaharu.

Kali ini melibatkan seorang remaja lelaki, Muhd. Azhari Ibrahim, 18; yang dikatakan menghilangkan diri sejurus selepas menyiapkan air mandi ibunya yang sakit.

Bagaimanapun, teka-teki kehilangan remaja yang tinggal di Kampung Batu 7, Simpang Renggam, Kluang, Johor ini terjawab apabila keluarganya menemui sepucuk surat dalam biliknya.

Menerusi surat itu, Azhari menyatakan dia keluar untuk pergi bertapa di Gunung Ledang selama sebulan.

Sementara itu, bapanya, Ibrahim Abd Hamil percaya anaknya yang dipanggil Angah itu pergi bertapa mengikut rakannya yang merupakan ahli kumpulan Tarikat Al Mut Mainnah.

“Tindakan Angah ini seolah-olah diatur seseorang sehingga cepat sahaja dia tinggalkan Simpang Renggam. Selepas anak saya hilang, saya juga ada mencari dan bertanya di tempat belajarnya di Giat Mara.

“Kawan dia kata, sebelum tamat kursus jahitan minggu lepas, ada seseorang yang dikenali sebagai Mustakim menemui Angah.

“Saya percaya dia ahli kumpulan Tarikat Al Mut Mainnah. Saya juga percaya anak saya ini mengikuti kumpulan itu, tapi tak sangka dia mudah terikut sedangkan selama ini Angah sangat berhati-hati dalam bergaul,” katanya

Berikutan itu, Ibrahim berharap anaknya pulang segera dan meminta orang ramai yang menjumpai anaknya memaklumkan pada polis atau menghubunginya di talian 014-6179921. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=BE_zUlgsHM4]

2 Beradik Lemas Tragedi Rakit Tenggelam

in Terkini

JOHOR BAHARU – Dua beradik lemas manakala nenek dan bapa saudara mereka masih hilang selepas rakit yang dinaiki tenggelam akibat terlebih muatan dalam kejadian di Sungai Bekok, Yong Peng, dekat Batu Pahat, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Mender Singh berkata kejadian di sungai bersebelahan Masjid Yong Peng pada 3 petang itu turut melibatkan enam yang lain, namun, mereka berjaya diselamatkan.

“Dua beradik yang lemas adalah Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan. Kedua-duanya merupakan anak seorang anggota polis.

“Nenek mereka pula adalah Lana Ismail, 50-an manakala bapa saudara pula adalah, Mohd Aiman Hairaddin, 10 tahun,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Mender berkata kesemua enam mangsa yang terselamat pula adalah Hairaddin Masran, 58, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.

Beliau berkata kesemua 10 mangsa dalam kejadian itu mempunyai hubungan keluarga dan siasatan awal mendapati kesemua mereka menaiki rakit itu untuk melihat ternakan kambing di seberang sungai yang jaraknya lebih kurang 50 meter.

Katanya apabila sampai di pertengahan sungai, rakit itu ditolak arus dan tenggelam kerana muatan terlalu ramai kerana kebiasaan rakit hanya boleh memuatkan tiga orang dewasa.

Menurut Mender, kesemua mereka yang berasal dari Kangkar Bharu, Yong Peng sebelum itu menghadiri satu majlis perkahwinan di Yong Peng dan kemudian berhasrat untuk melihat ternakan kambing selepas majlis berkenaan.

“Mayat kedua beradik berkenaan kini dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat dan usaha mengesan dua lagi yang hilang sedang dilakukan oleh pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.54 petang.

Beliau berkata tiga anggota bersama sebuah jentera dan bot tiba di lokasi kejadian pada 3.16 petang dan operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang kini sedang dilakukan. – BERNAMA

Gadis Cun ‘Lesap’ Dilarikan Bekas Guru Silatnya

in Hangat/Utama & Sensasi

SEORANG remaja perempuan bernama Suri Arifah Binti Mohd. Rizal dari Hulu Langat, Selangor dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu. Dia disyaki telah dilarikan oleh bekas guru silatnya.

Suri Arifah Binti Mohd Riza (depan) dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu.
Suri Arifah Binti Mohd Rizal (depan) dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu.
bd700f03-11fd-4a8d-a4b4-8cd04e46f207
Berita mengenai kehilangannya yang disebarkan di Facebook.

Berikutan kejadian ini, bapa kepada Suri Arifah telah membuat satu laporan polis berhubung dengan misteri kehilangan anaknya itu.

Menerusi laporan tersebut, bapanya ada menyatakan yang anak gadisnya itu ada meninggalkan nota yang dijumpai di dalam bilik tidurnya.

Anaknya itu ‘berpesan’ agar tidak mencarinya dan jangan membuat laporan kepada pihak polis berhubung kehilangannya ini, dia sekadar keluar untuk mencari ketenangan.

Laporan polis yang dibuat oleh bapanya, Mohd Riza
Laporan polis yang dibuat oleh bapanya, Mohd Rizal Johari.

Selain nota tersebut, Mohd. Riza juga melaporkan ada menerima satu mesej pesanan ringkas (SMS) dari nombor yang tidak dikenali.

Mesej ringkas “cepat keluar” itu disyaki dihantar kepada anaknya oleh suspek. Mesej diterima pada jam 1.51 pagi tarikh yang sama anaknya hilang.

8a77c600-9bab-451c-9664-d60b458018cd
Gambar suspek (bawah) dipercayai melarikan Suri.

Usaha menjejaki kini sedang dijalankan pihak polis dan orang ramai yang ada terserempak atau terjumpa dengan Suri Arifah diminta untuk menghubungi bapanya di nombor 010-7860844. – Sumber: MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=SulcxeKHm-Y]

Abang Kristin Cavallari Ditemui Mati

in Artis

MICHAEL Cavallari yang merupakan abang kepada pelakon terkenal, Kristin Cavallari, 28, ditemui mati setelah tiga hari dilaporkan hilang.

Mayatnya ditemui di sebuah kawasan yang agak terpencil di kawasan yang berbatu di Utah, Salt Lake City, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, kereta Honda Civic milik mangsa ditemui dalam keadaan enjinnya masih dihidupkan di kawasan berhampiran pada 27 November lalu.

Pihak pencarian di Orange County telah menjalankan usaha mencari dan menyelamat sejak tarikh tersebut.

Menurut jurucakap Grand County Sheriff’s Office, mayat Michael kini telah dihantar ke Utah Medical Examiner untuk siasatan lanjut berhubung punca sebenar kematian.

Menurut laporan ABC News, Michael pernah ditahan pada 23 November. Mangsa juga dikatakan merupakan seorang yang selalu menghadapi masalah dalam kehidupannya yang lepas.

Namun hubungannya sangat akrab dengan adiknya, Kristin.

Kristin Cavallari yang sedih mengenai berita tersebut sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan prihatin terhadap nasib keluarganya dalam kejadian ini dalam laman Instagramnya.

Beliau merupakan pelakon popular menerusi rancangan MTV- Laguna Beach dan The Hills. – Sumber: ABC News/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=R4yFvcVaBYk&w=560&h=315]

 

Siasatan Guru Besar Hilang Masih Diteruskan – Polis

in Terkini

KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Keramat 1, Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang sejak 23 Okt lepas.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata risikan terperinci masih dilakukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu, 53, yang dipercayai hilang di kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu dihentikan pada 10 Nov lepas.

“Setakat ini kami masih belum menemui petunjuk baharu, siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah untuk tampil ke balai polis berhampiran.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumah pada petang 23 Okt lepas.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]A3rrnYUOMSc[/wpdevart_youtube]

Bacaan Yasin Diadakan Esok Di Lokasi Terakhir Jashiah Dikesan

in Terkini

KUALA KUBU BHARU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Abdul Rahman Yahya Zikri berkata bacaan Yasin itu akan dikendalikan Unit Bahagian Agama dan Kaunseling, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita menggunakan khidmat pasukan paranormal PDRM sebagai ikhtiar selepas semua usaha dilakukan untuk mencari Jashiah sejak 12 hari lepas menemui jalan buntu,” katanya kepada pemberita di pusat operasi di Kampung Buluh Telur, di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata 40 anggota daripada PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA akan menyertai bacaan Yasin untuk guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu itu, yang hilang sejak 15 hari lepas di Taman Seri Seruling di sini.

Mengenai operasi hari ini, beliau berkata 73 anggota daripada PDRM, JBPM, JPAM, Pegawai Pendidikan Daerah, individu termasuk pasukan Radio Amatur dan Paramotor, menumpukan pencarian di kawasan ladang serta sekitar pondok itu.

Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya pada petang 23 Okt lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling, dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

Polis Guna Alat Pengesan Haba Kesan Jashiah Tengah Malam Ini

in Terkini

KUALA KUBU BHARU – Alat pengesan haba digunakan malam ini dalam operasi mencari dan menyelamat Jashiah Rabu yang hilang sejak 23 Okt lalu.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu, ASP Mohd Razit Md Tahir berkata alat itu yang lebih berkesan pada waktu malam, digunakan untuk mencari guru besar SK Taman Keramat Satu itu bermula pukul 10.30 malam kelmarin.

“Alat itu lebih jelas nampak objek yang terlindung dan senang untuk menjejaki mangsa pada waktu malam. Malam ini, kami fokuskan pencarian sejauh dua kilometer bagi mencari mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Mohd Razit berkata sehingga operasi berakhir pada pukul 12.15 tengah malam tadi tidak ada petunjuk baharu ditemui. Operasi SAR akan disambung pada pukul 9 pagi hari ini.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada 23 Okt lalu dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

Sudah 9 Hari, Veteran Komando Bantu Cari Guru Besar Hilang

in Hangat

KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat guru besar yang hilang sejak sembilan hari lepas di Taman Seri Seruling di sini, kini turut disertai pasukan veteran komando.

Pasukan veteran komando itu diketuai Penasihat Veteran Komando Malaysia, Datuk Shamsudin Abas bagi mencari guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Razi Hasan berkata, seramai 70 orang veteran komando itu menyertai pasukan mencari dan menyelamat lain yang terdiri daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan dan penduduk kampung.

“Pasukan mencari dan menyelamat kini seramai 167 anggota termasuk 70 anggota veteran komando itu yang akan menggunakan pengalaman mereka di hutan bagi membantu pencarian itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat operasi, Kampung Buluh Telur, pada Sabtu.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat itu kini juga dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil.
“Tujuh kumpulan itu melakukan operasi mencari meliputi hutan Bukit Kutu, air terjun berhampiran Taman Milenium, pencarian dari rumah ke rumah penduduk kampung, kebun getah serta anak sungai berhampiran pusat operasi,” kata Razi.

Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan guru besar itu tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – ASTRO AWANI

Operasi Cari Guru Besar Diteruskan Dengan Bantuan PGA

in Hangat

KUALA KUBU BHARU – Operasi mencari dan menyelamat guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak tujuh hari lepas di Taman Seri Seruling di sini diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Perak Bidor, Perak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata kira-kira 15 anggota PGA terlibat membantu dalam operasi memasuki hari keempat hari ini, yang tertumpu di Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.

“Operasi yang berkeluasan tiga kilometer radius hari ini akan diteruskan dengan bantuan PGA Sungai Perak yang mempunyai kepakaran dalam hutan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Seramai 69 orang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan, Pegawai Pendidikan Daerah, dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini, katanya.

Supramaniam berkata pencarian hari ini turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM selain mencari di pondok-pondok kosong berhampiran kebun getah.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga pukul 7 malam mengikut keadaan cuaca.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

Guru Besar Hilang Ketuk Pintu Rumah Orang Asli Minta Makanan

in Hangat

KUALA KUBU BHARU – Selepas enam hari dilaporkan hilang, guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, dikatakan pernah beberapa kali meminta makanan daripada penduduk Kampung Orang Asli Buluh Telur di sini.

Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan, 20, yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat, berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.

“Mereka kata ibu pernah ketuk pintu rumah pada sebelah malam meminta makanan…malangnya mereka hanya memberikan makanan tetapi tidak tahu ibu sebenarnya hilang dan tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya petang Jumaat lepas, dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain kira-kira 10km.

Mohamad Irfan berkata selepas mengetahui ibunya hilang, dia segera pulang ke rumah pada Ahad lepas.

“Saya sepatutnya mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM di Kedah tetapi saya tarik diri sebab nak cari ibu,” katanya.

Beliau berkata sejak ibunya menjalani rawatan kimoterapi Mac lepas akibat barah payudara yang dihidapinya sejak dua tahun lepas, ibunya kelihatan murung dan pernah menghilangkan diri pada Ogos lepas, dan ditemui di Seremban.

“Ibu memang sedikit emosi selepas menjalani rawatan kimoterapi apatah lagi apabila kami adik-beradik masing-masing sudah bekerja dan belajar, dan hanya pulang sekali sekala.

“Ibu pernah hilang sehari dan ditemui di Seremban dengan memandu keretanya,” kata Mohamad Irfan yang kali terakhir berbual dengan ibunya menerusi telefon, sehari sebelum Jashiah dilaporkan hilang.

Mohamad Irfan berkata ibunya sudah tidak ke sekolah sejak Mei lepas, dan perkara berkaitan tugasan, guru lain akan datang ke rumah.

“Ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu dan tinggal di kuarters bersama ayah yang merupakan pesara tentera…seminggu sekali ibu dan ayah akan pulang ke rumah kami di Taman Seri Seruling,” katanya.

Menceritakan mengenai sifat Jashiah, Mohamad Irfan berkata ibunya merupakan seorang yang ceria dan suka berbual serta berkongsi cerita dengan mereka empat beradik.

“Kalau kami balik rumah bawa makanan, ibu kelihatan berselera menjamah makanan yang kami bawa,” katanya.

Anak sulung mangsa Mohamad Syahidzul Izuan Ruzilan, 22, pula berkata kali terakhir dia bertemu ibunya sebulan lepas, sebelum bertolak ke Pulau Pangkor, Perak memulakan tugas di tempat baharu.

“Ibu beri saya duit untuk beli barang dan pakaian. Sebelum ini saya bekerja di Kajang dan tinggal di Kajang,” katanya.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri yang turut menyertai operasi berkata pada Sabtu lepas, iparnya ada memberikan makanan kepada mangsa.

“Ipar saya kata Jashiah meminta makanan dan kemudian meminta untuk dihantar ke kawasan berhampiran hutan simpan (Bukit Kutu),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata lokasi pencarian dibahagikan kepada utara, selatan, timur dan barat.

“Untuk semalam, kita sudah buat pencarian di bahagian utara serta selatan dan hari ini, kita buat pencarian di bahagian timur dan barat.

“Tetapi setakat ini, tiada lagi sebarang petunjuk yang diperoleh. Saksi kejadian ada yang kata mangsa memberitahu ingin ke hutan simpan Bukit Kutu.

“Kita telah kumpulkan maklumat daripada tiga saksi di kawasan sekitar yang dipercayai dapat membantu kita dalam usaha pencarian,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan setakat ini, diklasifikasikan sebagai orang hilang dan operasi pencarian masih diteruskan. – BERNAMA

Guru Besar Sekolah Hilang Sejak Enam Hari Lalu

in Terkini

KUALA KUBU BHARU – Operasi mencari dan menyelamat guru besar sebuah sekolah rendah di Keramat, Kuala Lumpur, Jashiah Rabu yang hilang sejak enam hari lepas di Taman Seri Seruling, di sini diteruskan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, pencarian diteruskan di beberapa kawasan termasuk di hutan simpan Bukit Kutu dan perkampungan Orang Asli.

Kekuatan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, renjer hutan, penduduk dan Pegawai Pendidikan Daerah ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat pada hari ini.

“Semua agensi terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melakukan pencarian,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya operasi mencari dan menyelamat diteruskan mengikut keadaan cuaca.

Seorang saksi penjaga kandang lembu yang hanya dikenali sebagai Zainal berkata, dia pernah melihat wanita itu berjalan di luar kawasan kandang lembu tetapi tidak menyangka wanita itu akan hilang.

Katanya pada ketika itu wanita berkenaan kelihatan tidak terurus.

“Saya biasa nampak dia di kawasan sekitar tetapi sebelum dia dilaporkan hilang, saya ada melihat dia berjalan melalui kawasan kandang lembu ini dan menuju ke perkampungan Orang Asli,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa berusia 53 tahun yang tinggal di Taman Seri Seruling kelihatan murung sejak kebelakangan ini dipercayai kesan pengambilan ubat rawatan barah yang dihidapinya. – BERNAMA

Lelaki Hilang Di Sungai Segaliud Dikhuatiri Dibaham Buaya

in Hangat

KINABATANGAN – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika menyeberangi Sungai Segaliud di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Rosemidian Majid berkata lelaki itu dikenali sebagai Zainal Lulung, 48.

Menurut Rosemidian, dua anggota bomba bersama sebuah kenderaan utiliti pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima pangggilan pada pukul 7.56 malam.

Operasi yang turut dibantu penduduk kampung ditangguhkan pada pukul 11.31 malam dan disambung semula pada jam 7 pagi ini, kata beliau ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

MISTERI… DJ Dijumpai Lepas Hilang 2 Bulan, Tapi Sangka Sehari

in Hangat

PELIK campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, Klang, Selangor akhirnya ditemui di lokasi yang sama, pada Jumaat.

Azhar Muhammad, 45 tahun; atau lebih dikenali sebagai DJ Kahong dikatakan ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus kira-kira jam 7.30 pagi.

Berkongsi cerita tentang apa yang terjadi, dia berkata telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang.

Menurutnya, lelaki tua tersebut kemudian memberikan kepadanya rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

Bertambah aneh, Azhar terkejut apabila mengetahui sudah hilang selama dua bulan kerana menyangka dia tidak pulang baharu cuma sehari.

“Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia… rupanya dah dua bulan, saya terkejut apabila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

“Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Azhar dilaporkan hilang pada 10 Ogos lalu selepas dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan kira-kira jam 7 malam. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=vysW9MT8JYA]

Jabatan Kimia Malaysia Sahkan Mayat Ika & Rangka Juvina

in Hangat

KOTA BHARU – Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan identiti dua lagi mayat kanak-kanak yang hilang di Gua Musang pada 23 Ogos lepas, adalah Ika Ayel, 9; dan Juvina David, 7.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mayat kedua-dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi itu disahkan identiti mereka melalui ujian DNA yang dilakukan ahli kimia jabatan berkenaan, Nor Aidora Saedon.

“Spesimen yang diambil daripada satu mayat adalah Ika iaitu anak kandung kepada pasangan Nora Tegau dan Ayel Ajeb.

“Sementara, spesimen diambil daripada rangka adalah Juvina, anak kandung kepada pasangan Shela Omar dan David Kuasan,” katanya pada sidang media mengenai keputusan ujian DNA OPS Tohoi 07, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Jumaat.

Mazlan berkata keputusan ujian DNA itu akan dimaklumkan segera kepada keluarga kanak-kanak terbabit, bagi membolehkan proses pengebumian dapat dilaksanakan.

Beliau berkata keputusan ujian DNA bagi satu lagi mayat dan satu rangka masih belum diperoleh daripada Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, dan dijangka diketahui minggu depan.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli SK Pos Tohoi dilapor melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Mereka ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

Setelah 50 hari hilang, Miksudiar dan Norieen ditemui selamat manakala pihak berkuasa turut menemui dua mayat dan dua rangka kanak-kanak pada awal bulan ini.

Seorang lagi mangsa daripada kumpulan kanak-kanak itu masih hilang dan misi pencarian masih diteruskan.

Mazlan berkata pasukan mencari kini memberi tumpuan untuk mencari seorang lagi kanak-kanak berkenaan dengan memperluaskan kawasan pencarian dari Sungai Perias di Pos Tohoi hingga ke Sungai Nenggiri juga di Gua Musang.

Katanya polis juga akan cuba mendapatkan rakaman percakapan berhubung kejadian itu, daripada Miksudiar dan Norieen, yang kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini. – BERNAMA

Kisah Sebenar Tragedi Murid Orang Asli SK Pos Tohoi

in Slider/Utama & Sensasi

KOTA BHARU – Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.

“Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi,” katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.

“Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).”

Beliau berkata, rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temubual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.

Katanya, pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

“Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan,” katanya.

Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan telah digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di laman-laman sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.

“Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka,” katanya.

Mazlan berkata, lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam telah terlibat dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Okt lepas.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas.

Mereka adalah antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7. – BERNAMA

‘Bukan Takut, Tapi Tak Jumpa Jalan Pulang’

in Hangat

KOTA BHARU – Bapa saudara kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang selamat, Missudiar Aluj, 11, menafikan anak saudaranya takut pulang ke rumah selepas mandi di sungai sebaliknya tidak jumpa jalan pulang menyebabkan dia bersama enam lagi rakan hilang sejak 23 Ogos lalu.

Suren Seman, 29, berkata, ia berdasarkan apa yang diceritakan oleh Missudiar kepadanya selepas pulih daripada trauma bertarung nyawa lebih sebulan di dalam hutan bersama seorang lagi rakannya yang selamat, Noreen Yaacob, 10.

“Dia (Missudiar) ada cakap dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama malah, dia turut mendengar bunyi helikopter (ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan).

“Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan kawasan utama pencarian malah kami juga tidak dengar suara mereka,” katanya kepada media ketika ditemui di Wad 5 Pedriatik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), semalam.

Terdahulu Missudiar dan Noreen yang ditemani ibu masing-masing menerima kunjungan daripada Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bersama Tengku Puan Temenggong, Datuk Tunku Noor Hayati Tengku Abdul Rahman.

Sementara itu, ibu Missudiar, Rosita Bahir berkata, anaknya kini sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas empat hari berada di HRPZII di bawah pengawasan doktor pakar.

“Dia dah boleh jalan dan makan dengan baik, dia lebih ceria sebab dapat banyak hadiah daripada pelawat, dia ada cakap mahu pulang ke kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Missudiar mendakwa ada mendengar bunyi helikopter tentera dan pernah menjerit kepada anggota pasukan penyelamat di kawasan berhampiran mereka.

Namun peliknya, jeritannya itu tidak didengari pasukan penyelamat walaupun jarak antara mereka dengan kumpulan tujuh kanak-kanak hilang itu tidak jauh.

Pengakuan itu diceritakan Akek Bahir, 46, bapa saudara Missudiar ketika ditemui di HRPZII, semalam.

Katanya, Mussudiar dapat mendengar bunyi helikopter yang melintasi mereka yang ketika itu dianggarkan berada kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi di Pos Tohoi pada hari ke-12 kanak-kanak itu hilang.

“Malah, ketika pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.

“Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak dekat dengan mereka. Jika sebaliknya saya percaya nasib lima lagi rakan Missudiar yang maut akan berbeza selain dapat diselamatkan,” katanya.

Akek yang juga Penghulu Kampung Gawen itu percaya pasukan penyelamat gagal mendengar jeritan meminta bantuan kanak-kanak itu berikutan mereka sedang ‘dijaga’ oleh Tenrog (orang bunian).

“Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.

“Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya. – Sinar Harian Online

KPWKM Hadkan Lawatan Terhadap 2 Murid Orang Asli

in Terkini

KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengehadkan lawatan orang ramai terhadap dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bagi melancarkan proses pemulihan kanak-kanak terbabit.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata walaupun tahap kesihatan kanak-kanak itu bertambah baik sejak menjalani rawatan di hospital berkenaan, dari sudut psiko-sosial, mereka masih lemah selepas hilang dalam hutan selama 48 hari.

“Setakat ini, kedua-dua mangsa hanya mahu bercakap dan meluahkan perasaan dengan ibu bapa mereka. Apabila dikunjungi orang ramai, mereka akan bertindak mendiamkan diri.

“Di bawah Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak dan Akta Kanak-kanak, kementerian berhak campur tangan dan membenarkan pihak tertentu sahaja berjumpa dengan mereka,” katanya pada sidang media selepas melawat kedua-dua kanak-kanak terbabit di HRPZII, di sini, hari ini.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat lepas, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia.

Sementara, dua rangka kanak-kanak yang ditemui sedang dikenal pasti menerusi ujian DNA, manakala seorang lagi masih hilang.

MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).
MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

Tujuh murid berkenaan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas, kerana takut dikenakan tindakan oleh guru ekoran mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Mengulas lanjut, Rohani berkata berita berkaitan perkembangan kesihatan kanak-kanak berkenaan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui HRPZII ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan.

Selain itu, beliau berkata tahap kesihatan kanak-kanak berkenaan turut menunjukkan perkembangan positif apabila berat badan mereka naik kira-kira satu kilogram.

“Ketika ditemui, berat badan mereka 15kg dan kajian dijalankan oleh pakar perubatan mendapati mereka kehilangan kira-kira 10kg berat badan sepanjang tempoh 48 hari di dalam hutan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyelar tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kementerian itu langsung tidak mempedulikan nasib ketujuh-tujuh mangsa berkenaan.

“Sejak hari pertama mereka hilang, kita telah hantar beberapa pegawai bertemu dengan keluarga mangsa. Kita beri bantuan kecemasan sebanyak RM300, bantuan makanan serta kaunseling dan mengadakan perjumpaan bersama mereka setiap empat hari.

“Dakwaan sebegini hanya menjatuhkan semangat pegawai kami kerana mereka sebenarnya wira tak didendang. Apa sumbangan pihak yang membuat tuduhan dalam kes ini?” katanya. – BERNAMA

Mayat, Rangka Kanak-Kanak Dihantar Ke Jabatan Kimia

in Terkini

GUA MUSANG – Dua mayat dan dua rangka kanak-kanak yang dipercayai murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang ditemui berasingan sejak Rabu lepas, telah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor malam tadi bagi menjalani ujian DNA.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata walaupun ada keluarga mendakwa telah mengenal pasti rangka yang ditemui adalah anak mereka selepas pengecaman awal dibuat, namun ujian DNA perlu dilakukan bagi pengesahan dengan lebih tepat.

“Jabatan Kimia juga memberi komitmen untuk menjalankan ujian DNA dengan segera dan keputusan akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang di sini, hari ini.

Hadir sama Komandan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Tohoi yang juga Ketua Polis Daerah, Supt Saiful Bahri Abdullah.

Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia oleh anggota keluarga.

Dua rangka yang ditemui masih belum dikenal pasti manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui.

Mereka ialah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.

MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).
MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

Tujuh murid berkenaan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Ditanya mengenai usaha pencarian seorang lagi mangsa, beliau berkata ia akan diteruskan dengan operasi bermula seawal 9 pagi pada setiap hari.

“Setakat ini kita mempunyai kira-kira 250 anggota SAR dan ia mencukupi.. tak perlu penambahan anggota mahupun aset.

“Saya turut nasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tohmahan terhadap pasukan SAR kerana tindakan berkenaan hanya akan menjatuhkan moral pasukan,” katanya. – BERNAMA

Jakoa Sedia Program Pemulihan Minda 2 Murid Orang Asli

in Hangat

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menyediakan aktiviti pendidikan dan kaunseling kepada dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini, yang dijumpai selamat setelah mereka hilang di hutan selama 48 hari bersama lima lagi rakan.

Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya berkata aktiviti berkenaan bagi pengisian masa Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11 sepanjang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu, yang dijangka mengambil masa dua bulan.

Aktiviti penting seperti kaunseling untuk pemulihan minda selain diberi pendidikan menerusi membaca, menulis, mengira dan mewarna untuk mereka berdua melupakan peristiwa hitam yang mereka lalui dan memulihkan kembali semangat mereka, katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Nik Man berkata beberapa pegawai Jakoa yang ada kemahiran dalam bidang pemulihan mental ditempatkan di wad murid berkenaan untuk memberi latihan dan pemulihan semangat.

Pihaknya juga akan mendapatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan untuk sama-sama menjayakan program berkenaan, katanya.

Norieen dan Mirsudiar ditemui selamat di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi, pada Jumaat lepas selepas hilang bersama lima lagi rakan pada Ogos lepas, namun tidak bermaya kerana dehidrasi dan kini dirawat di HRPZII.

MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).
MURID Orang Asli yang hilang, Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Noreen Yaacob, 10; Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Haikal Yaacob dan Mirsudiar Aluj, 11 (tiada dalam gambar).

Tujuh murid berkenaan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

Polis mengesahkan Sasa dan Ika meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA (Deoxyribonucleic acid) manakala satu lagi masih hilang.- BERNAMA

Kes Murid Orang Asli Hilang: Mirsudiar, Norieen Beransur Pulih

in Terkini

DUA kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dilaporkan sudah semakin beransur pulih selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Memetik Metro Ahad, ibu Norieen, Midah Angah, 40, berkata anaknya itu semakin ceria, makan dengan berselera serta boleh menulis dan melukis.

“Dia sudah makan dengan makan dengan banyak dan minta untuk makan macam-macam, namun saya hanya bagi dia makan bubur nasi saja,” katanya.

Dua kanak-kanak itu mengalami kesusutan berat badan sebanyak 10 kilogram sejak dilaporkan hilang pada 23 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

47 hari hilang, dua kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat

Oleh:  JULIANA JOHAR 

‘Semua Kawan Mati, Hanya Kami Masih Hidup’

in Hangat

GUA MUSANG – Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.

Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.

Beliau dimaklumkan perkara itu oleh ibu mangsa yang selamat ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik murid yang masih hidup itu ditemui pasukan penyelamat tengah hari Jumaat.

Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7; diikuti Haikal Yacoob, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; dan Linda Rosli, 8.

“Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, ” katanya.

Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan,” katanya. – myMetro Online

 

 

Baca! Kronologi Kehilangan 7 Murid Orang Asli

in Utama & Sensasi

KES kehilangan tujuh orang murid Orang Asli sejak 47 hari lalu ternyata memberi impak dan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Setakat ini, laporan media tempatan telah melaporkan lima orang murid daripada tujuh yang hilang telah ditemui.

Walau bagaimanapun, hanya dua daripada anak Orang Asli tersebut dijumpai selamat manakala tiga lagi telah meninggal dunia.

Ikuti kronologi kes kehilangan tujuh murid Orang Asli berkenaan sejak 47 hari lalu di bawah ini:

23 Ogos 2015 

- Tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

– Mereka terdiri daripada Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

– Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 2.25 pagi.

NSTP
Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

25 Ogos 2015

– Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

1 September 2015

– Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

– Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

17 September 2015

– Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.

– Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan JAKOA termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

28 September 2015

– Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

7 Oktober 2015

– Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

– Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

8 Oktober 2015

– Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

– Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

[KES MURID ORANG ASLI HILANG, MAYAT DIKENAL PASTI SASA SOBRIE]

Sasa Sobrie ditemui mati
Sasa Sobrie

9 Oktober 2015

– Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

– Dua orang kanak-kanak yang terselamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

[KES MURID ORANG ASLI HILANG, DUA DITEMUI SELAMAT]

DITEMUI selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. - Foto BHarian Online
Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. – Foto BH Online

– Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

– Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

– Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kes Murid Orang Asli Hilang: 2 Mangsa Ditemui Selamat

in Hangat

GEMPAR… Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang yang dilaporkan hilang sejak 47 hari lalu telah ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias.

Kedua-dua mangsa yang selamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

NSTP

Pasukan penyelamat turut menemui seorang lagi rakan mereka, namun didapati telah meninggal dunia. Identiti kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9.

Ketiga-tiga kanak-kanak Orang Asli ini ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan tengkorak, petang Khamis.

Menurut Berita Harian, dua kanak-kanak yang selamat ini ditemui dalam keadaan badan kurus kering dan sudah tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

Mereka dikatakan hidup dengan bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan.

Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli termasuk enam perempuan dan seorang lelaki dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang.

Tujuh mangsa yang hilang ini dikenali pasti sebagai ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

1 2 3
Go to Top