Laman Utama Tags Posts tagged with "Harimau Malaya"

Harimau Malaya

0 259

PETALING JAYA – Sasaran skuad Harimau Malaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan Vietnam dari 22 November sehingga 20 Disember ini adalah realistik, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, sudah pasti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat kajian terperinci membabitkan prestasi pasukan serta perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh dalam meletakkan sasaran tersebut.

Beliau juga mengakui Dollah memerlukan masa untuk membentuk satu pasukan yang mantap walaupun sebelum ini Malaysia kalah kepada Tajikistan 1-4 pada perlawanan persahabatan di Stadium Central, Dushanbe, Jumaat lalu.

“Kita perlu berhati-hati dalam membuat penilaian jurulatih (Dollah) yang pertama kali membimbing skuad kebangsaan ini. Beliau mempunyai tugas berat terutamanya dalam menghadapi perlawanan besar.

“Saya harap sasaran itu realistik dan saya pasti FAM lebih mengetahui prestasi pasukan kita,” katanya kepada pemberita di Jump Street, Petaling Jaya.

Selepas ini Harimau Malaya dijangka menentang Jordan dalam aksi persahabatan seterusnya pada 11 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya dilapor berdepan laluan sukar pada kejohanan itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura serta juara tiga kali Thailand.

Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis memeterai perjanjian eksklusif pertama perkongsian awam-swasta di antara Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dan Jump Street Malaysia Sdn Bhd untuk mengenal pasti serta mencungkil bakat baharu bagi membentuk pasukan gimnastik trampolin pertama di Malaysia.

MGF diwakili Presidennya Razak Mat Amin manakala Jump Street oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Duncan McGilligan – BERNAMA

0 403

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh nyata bukan tandingan Tajikistan selepas kalah 1-4 pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan hari ini.

Majibur muncul wira pasukan yang berada pada ranking ke-124 dunia itu selepas meledak empat jaringan, masing-masing pada minit ke-15, 35′, 51′ dan 53′.

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim Mohd Amri Yahyah menjaringkan gol tunggal untuk skuad kebangsaan menerusi sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama perlawanan.

Ia merupakan tugasan antarabangsa pertama Dollah sejak dilantik pengendali baharu skuad Harimau Malaya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 9 Julai lepas.

Beliau menggantikan Datuk K. Rajagobal yang tidak disambung kontrak oleh FAM selepas gagal membawa Malaysia meraih slot ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2015 di Australia.

Malaysia dijangka menentang Jordan pada aksi persahabatan seterusnya, 11 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan persahabatan itu antara persiapan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadual berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 Nov hingga 20 Dis ini.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan sukar pada kejohanan bola sepak membabitkan negara rantau Asia Tenggara itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura, juara tiga kali Thailand dan pemenang pusingan kelayakan.

Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Okt ini membabitkan empat negara iaitu Myanmar, Brunei, Timor Leste dan Kemboja bagi merebut dua slot terakhir kejohanan. – BERNAMA

0 456

KUALA LUMPUR – Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh masih belum memberi bayangan senarai nama kesebelasan utama skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Dushanbe pada 8 Ogos ini.

Dollah ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pertama bersama 23 pemain, juga tidak memberi sebarang petunjuk sama ada akan mengekalkan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sebagai kapten pasukan.

“Bagi saya kesemua 23 pemain adalah kesebelasan utama, cuma dalam masa beberapa hari ini kita akan tentukan siapa pilihan kesebelasann utama untuk bermain menentang Tajikistan.

“Masa adalah terlalu singkat untuk latihan buat masa sekarang, kita hanya ada tiga hari sahaja lagi bagi jalani latihan pusat. Selepas itu pada Isnin bertolak ke Tajikistan,” katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dollah berkata walaupun waktu bagi jalani latihan sudah singkat namun beliau melihat para pemain sudah mencapai tahap sehingga 80 peratus bersedia.

Beliau tidak mahu menjadikan kekangan masa sebagai alasan kepada tahap prestasi pemain.

“Memang ada perasaan risau dengan lawan kita sebab ranking mereka adalah lebih baik berbanding kita namun jika pasukan saya dapat ikut apa yang diajar saya, segalanya tidak mustahil,” katanya.

Seramai 23 pemain yang diumumkan sebelum ini akan ke Tajikistan bagi menghadapi perlawanan persahabatan tersebut namun tanpa Muhd Bunyamin Omar yang mengalami kecederaan lutut terpaksa diganti oleh Ronny Harun.

Perlawanan ini adalah sebahagian daripada rangka persediaan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala AFF Suzuki bermula November ini.

Sebagai ketua jurulatih baharu, Dollah berharap beliau mampu memberikan sedikit perubahan dari segi corak permainan kepada skuad pimpinannya itu. – BERNAMA

cialis buy on line, viagra blood pressure medication, http://mynewshub.my/tag/cialis-20-mg-price/, viagra off patent date, zithromax deaths