Laman Utama Tags Posts tagged with "ganja"

ganja

0 190

KOTA KINABALU – Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah menahan  seorang lelaki selepas disyaki memiliki sekilogram dadah jenis ganja bernilai RM3,000.

Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditahan empat hari lepas di sebuah kawasan perumahan di Papar, kira-kira pukul 2.45 petang, hasil daripada maklumat risikan yang dijalankan.

“Hasil daripada tangkapan itu, lelaki tersebut dibawa ke apartmentnya dan pegawai telah menemui dua paket ganja  yang disembunyikan di bawah tilam di bilik utama rumah itu,” katanya kepada pemberita di Wisma Kastam, di sini hari ini.

Katanya, seorang wanita warganegara Filipina berusia 30 yang berada di dalam apartment berkenaan juga turut  ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan Seksyen 15(1)(b) Akta yang sama.

Sementara itu, Janathan berkata, sejak tahun 2012  sehingga hari ini, Kastam Sabah mencatatkan 10 kes tangkapan yang melibatkan dadah bernilai kira-kira RM4.6 juta.

“Kota Kinabalu mencatatkan lapan kes, Tawau dan Sandakan masing-masing satu kes, bilangan kes didakwa (10).  Orang disyaki 15 orang iaitu 10 lelaki dan lima wanita melibatkan tujuh individu tempatan dan lapan warga negara asing,” katanya. – BERNAMA

0 233

PADANG BESAR – Anggota Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) menghalang penyeludupan 128 kilogram ganja bernilai kira-kira RM205,000 di sini minggu lepas.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata rampasan itu yang terbesar setakat ini tahun ini dipercayai didalangi sindiket negara jiran.

Beliau berkata sepasukan anggota PGA yang diketuai Asisten Superitenden Joeking a/l M. Marian Anthony mengesan penyeludupan itu kira-kira 100 meter dari Pos PB29 kira-kira 7.45 malam.

“Dua anggota PGA yang diarah menyiasat ternampak dua lelaki berlari ke kawasan ladang tebu dan terus menghilangkan diri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setelah diperiksa, ditemui lima guni mengandungi 128 ketul ganja mampat yang setiap ketul seberat kira-kira satu kilogram.

Dalam kes lain, seorang pekerja swasta berumur 31 tahun dari Pulau Pinang ditahan bersama pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai hampir RM250 di pintu keluar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Padang Besar tengah hari semalam. – BERNAMA

1 1955

Saint Paul (AS) – Sepasang suami isteri ditangkap kerana menanam dan menghisap ganja selepas anak mereka membongkar kegiatan ibu bapanya.

Budak perempuan berusia sembilan tahun itu membuat laporan di balai polis mengenai kegiatan ibu bapanya baru-baru ini.

Dia dengan tenang memasuki balai polis di Barnesville, Minnesota dan menceritakan kepada pegawai bahawa ibu bapanya menanam ganja di bawah rumah mereka.

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan selepas tidak tahan dengan bau asap ganja yang membuatnya sakit.

Dia juga bimbang dengan kesihatan anjingnya kerana ibu bapanya sering menghembus asap ganja ke dalam mulut haiwan kesayangannya itu.

“Dia sangat berani, bijak dan fasih. Dia memberi keterangan seperti orang dewasa,” kata jurucakap polis, Ryan Beattie.

Lebih mengagumkan, kata Beattie, budak itu lebih pintar berbanding kanak-kanak seusianya.

Dia menjelaskan dengan terperinci mengenai jenis dadah yang tidak mungkin diketahui kanak-kanak lain.

Pihak berkuasa menyerbu rumah terbabit dan polis menemui pokok ganja di tempat seperti yang diceritakan kanak-kanak berkenaan.

Turut ditemui ialah bahan yang diuji positif dadah jenis methamphetamine.

Setakat ini, polis belum menetapkan jenis tuduhan yang akan dikenakan ke atas pasangan suami isteri itu kerana masih menanti keputusan ujian makmal bagi mengesahkan tumbuhan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu.- AFP

0 498

Porth – Ganja yang dianggarkan bernilai £1 juta (RM5.5 juta) ditemui ditanam di tiga tingkat sebuah bekas kelab malam.

Polis menemui lebih 1,000 pokok dadah itu ketika menyerbu bekas tapak kelab malam Apollo di bandar ini di Wales.

Menurut jurucakap polis, bangunan tiga tingkat itu hanya dikosongkan kira-kira tiga bulan lalu.

Dua lelaki yang dipercayai warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menanam ganja berkenaan.

Kawasan bar dan dewan tari dalam bangunan itu didapati diubah suai untuk dijadikan kawasan yang luas bagi menanam ganja berkenaan.

Tingkat satu digunakan untuk menanam anak pokok sementara tingkat bawah dan dua digunakan untuk menempatkan pokok yang peringkat usia pertengahan dan matang.

Pokok yang sudah matang yang ditemui di tingkat atas bangunan sudah sedia untuk dituai dan menurut pegawai, ia hanya mengambil masa beberapa minggu atau hari saja untuk dijual.

Sarjan Rhondda Chris Peters berkata, ia penemuan terbesar dan tepat pada masanya.

“Ia operasi terbesar dan paling canggih pernah saya temui. Ia mampu menghasilkan dadah bernilai jutaan dolar dalam tempoh 12 bulan,” katanya. – Agensi

0 254

GEORGETOWN – Wanita Thailand berusia 47 tahun yang ditahan kerana membawa dua beg pakaian berisi ganja di Plaza Tol Sungai Dua, dekat sini direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Chua Beng Kang berkata, hasil siasatan awal polis mendapati ganja yang dibawa wanita itu seberat 40 kilogram dan harganya dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

“Setakat ini, suspek agak sukar memberikan kerjasama dalam siasatan kerana dia hanya boleh berbahasa Thailand. “Bagaimanapun, siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai dibawanya untuk diedarkan sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini.

Dalam operasi bersepadu Jumaat lalu, wanita terbabit yang tidak mempunyai dokumen perjalanan ditahan Jabatan Imigresen ketika dia menaiki sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Changlun, Kedah ke Kuala Lumpur.

Penahanannya itu membongkar kepada penemuan ganja terbabit yang disembunyikan dalam dua beg pakaian yang dikunci menggunakan mangga. – Berita Harian

0 846

LONDON – Kumpulan popular One Direction berdepan risiko dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat selepas rakaman aksi dua anggota kumpulan itu Zayn dan Louis menghisap ganja didedah oleh MailOnline.

One Direction dijadual mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Jika mereka dibenarkan memasuki Amerika Syarikat sekalipun, kumpulan itu bakal berdepan pemeriksaan rapi dan mengambil masa yang lama oleh Jabatan Kastam negara berkenaan.

Undang-undang ketat Amerika Syarikat pernah menyaksikan Justin Bieber ditahan berjam-jam oleh Kastam negara itu susulan tangkapannya pada bulan Januari lalu dan pengakuan Bieber sendiri bahawa dia mengambil ganja.
Malah selebrit chef, Nigella Lawson pernah dilarang memasuki Amerika selepas pendedahan dia mengambil dadah di mahkamah.

Video tersebut dirakamkan ketika dalam perjalanan ke Lima, Peru, pada bulan lepas, sempena siri jelajah dunia.
Rakaman yang didedahkan semalam menunjukkan Louis dan Zayn menghisap ganja manakala Louis pula dirakamkan menyebut `nig’.
Perkataan `nig’ dianggap sebagai perkauman kerana ia merujuk kepada kulit hitam.

Susulan pendedahan itu, orang ramai terutama peminatnya mendesak Louis dan Zayn  meminta maaf kerana mereka merupakan model kepada golongan muda dan perbuatan itu menggalakkan peminatnya mengikut aksi tersebut.

Dalam pada itu, polis di Peru pula menyatakan mereka tidak bercadang mengambil tindakan ke atas kumpulan One Direction .

“Apa yang berlaku kepada kumpulan itu ialah mereka membawa dadah itu dalam kereta. Terdapat banyak tempat untuk membeli dadah ini dan bukan sukar untuk mereka mendapatkannya.

“Peru mempunyai isu lebih besar iaitu masalah pengedaran dadah. Bagaimanapun penggunaan dadah oleh kumpulan itu di negara ini telah memberikan imej tidak baik kepada kami,’’ katanya.

0 229

SHAH ALAM – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memiliki dadah kanabis seberat 328.07 gram pada tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama memiliki 320 gram kanabis di sebuah rumah di Kampung Kemensah, Ampang, Selangor, pada jam 11 malam, 18 Mac 2013, Norazlan Zariah@Zakaria, 40, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan.

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki 8.07 gram kanabis di tempat dan pada masa sama.

Bagaimanapun, Norazlan yang bekerja sendiri hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap pada 18 Mac 2013.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan dan membebaskan isteri tertuduh, Yuslinda Mohamad, 36, daripada pertuduhan memiliki dadah tersebut setelah pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapnya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Abdul Halim berkata Norazlan patut bersyukur sebab pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan iaitu memiliki berbanding tuduhan asal mengedar dadah kanabis selain menarik balik pertuduhan yang dihadapi isterinya.

Beliau berkata hukuman penjara dan sebatan patut menjadi suatu pengajaran kepada Norazlan yang mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun meskipun ia adalah kesalahan kali pertamanya.
Peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Norazlan semasa merayu mahkamah meringankan hukuman berkata anak guamnya memohon mahkamah membenarkannya menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira tahap bahaya dadah jenis kanabis dan faktor kepentingan awam. – BERNAMA

0 349

GEORGETOWN – Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan selepas polis menemui ketulan mampat ganja dalam kotak susu formula dalam satu pemeriksaan di Jalan Macalister, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kotak susu itu ditemui dalam kereta Mercededes Benz yang dipandu lelaki terbabit.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu bekerja di sebuah bengkel cuci kereta di sini dan dipercayai menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak tiga bulan lepas.

“Ganja itu dibalut dengan kertas timah dan kotak itu turut dibalut kemas dalam plastik hitam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ganja seberat 1.3 kilogram bernilai RM3,000 itu dipercayai dijual secara kecil-kecilan di sekitar bandar ini.

Lelaki itu ditahan reman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

0 138

PUEBLO BARAT, Colorado – Sejumlah orang sanggup berbaris di luar sebuah kedai yang menjual ganja di sini kelmarin.

Situasi yang sama juga kelihatan di Kelab Kanabis di Breckenridge apabila beberapa orang beratur dalam cuaca sejuk untuk membeli ganja.

Penjualan 28 gram ganja untuk setiap penduduk negeri Colorado yang berusia 21 tahun ke atas mula dilaksanakan pada 1 Januari lalu.

“Saya telah menunggu sepanjang hidup saya untuk membeli ganja seperti ini,” kata seorang penduduk, Scott Van Pelt yang berusia 43 tahun di luar Kelab Kush di Denver, negeri ini. – Agensi

amoxil dosage children, cialis prices uk, http://mynewshub.my/tag/priligy-dapoksetyna/, http://mynewshub.my/tag/priligy-buy/