Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

emas

Atlet Paralimpik Negara Penceramah Program Bahtera

in Terkini

PUTRAJAYA – Pemenang pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro akan diundang sebagai penceramah pada program bimbingan usahawan Bahtera 2016 edisi utara di Sungai Petani, Kedah pada 8 dan 9 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata cabaran yang diharungi atlet paralimpik negara sehingga mampu membawa pulang pingat emas patut dikongsi sebagai inspirasi.

“Kita akan cuba mendapatkan atlet paralimpik negara untuk berkongsi pengalaman bersama lebih 5,000 peserta yang dijangka hadir pada Bahtera 2016 edisi utara nanti,” katanya kepada pemberita selepas prapelancaran Bahtera 2016 edisi utara di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimpik Rio melalui pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menerusi acara 100m T36 (cerebral palsy), diikuti kejayaan Muhammad Ziyad Zolkefli yang mencipta rekod dunia acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak balingan 16.84m, pada Sabtu.

Pada hari Ahad, Abdul Latif Romly meneruskan aksi cemerlang negara dengan memenangi emas selepas memecahkan rekod dunia dalam kategori acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60 meter.

Mohd Irwan Serigar berkata Bahtera merupakan platform yang bukan sahaja menggalakkan masyarakat Bumiputera memulakan perniagaan tetapi menengahkan cara baharu, model perniagaan baharu, penggunaan teknologi berkesan dan penyertaan dalam bidang ekonomi baharu.

Penceramah lain pada Bahtera 2016 edisi utara nanti ialah Hafiz Hamidun iaitu peserta program Imam Muda yang kini menjadi usahawan dan pemilik francais mikro Roti Bakaq Teloq Meleleh yang berjaya memiliki 200 francais dalam masa lapan bulan.

Bahtera 2016 edisi utara merupakan susulan kepada program Bahtera yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos 2015. Bahtera merupakan inisiatif Kementerian Kewangan melalui pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional. Antara pengisian Bahtera 2016 edisi utara ialah bual bicara, bimbingan usahawan, ilmiah dan peluang, pitching dan pameran.- BERNAMA

Tahniah! Malaysia Menang 2 Emas Di Paralimpik Rio

in Slider/Sukan/Utama & Sensasi

TAHNIAH! Malaysia melakar sejarah apabila memenangi dua pingat emas pada temasya Paralimpik Rio, Brazil, dan satu daripadanya merupakan rekod baharu dunia.

Pingat emas pertama dimenangi oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 dan emas kedua dimenangi oleh Mohamad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan ia merupakan rekod baharu dunia dalam acara tersebut.

Ridzuan memecut ke arah garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat meninggalkan Yang Yifei (China) dan Rodrigo Parriera da Silva (Brazil) dengan catatan 12.02 saat dan 12.54 saat.

Tahniah! Malaysia Menang 2 Emas Di Paralimpik Rio
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

Dalam cubaan kelimanya, Ziyad berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat oleh Todd Hodgetts (Australia) sejauh 16.29 meter dalam acara lontar peluru F20 di Paralimpik London 2012.

Tahniah! Malaysia Menang 2 Emas Di Paralimpik Rio
Muhammad Ziyad Zolkefli

Dalam acara tersebut, Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m.

Sebelum ini, dalam temasya Paralimpik, Malaysia hanya memenangi pingat perak dan gangsa. – MYNEWSHUB.CC

120 Kg Emas Untuk Sulaman Ayat Quran Kelambu Kaabah

in Utama & Sensasi

MAKKAH – Waktu sejurus selepas Subuh setiap 9 Zulhijah merupakan saat-saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam terutama di kota penuh sejarah ini untuk menyaksikan upacara menukar Kiswah atau kelambu Kaabah baharu.

Menurut catatan sejarah upacara pemasangan Kiswah telah berlaku sejak sebelum kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW lagi.

Namun ramai yang tidak mengetahui bagaimana Kiswah dihasilkan.

Petugas media Lembaga Tabung Haji (TH) yang berkesempatan melawat Kilang Kiswah Kaabah yang dibina pada 1977 oleh Bapa Pembangunan Arab Saudi, Al Malek Abdul Aziz bin Abdul Rahman, dimaklumkan pekerja memerlukan masa hingga enam bulan untuk menyiapkan sebuah Kiswah.

Jelas sekali, keindahan dan kehalusan seni sulaman Kiswah dengan ayat-ayat suci al-Quran tiada tandingan.

Ia dihasilkan dengan menggunakan benang emas dan perak menerusi sentuhan kira-kira hampir 100 penyulam pakar.

Pengurus Besar kilang berkenaan, Muhammad Abdullah Bajawda dalam taklimatnya memaklumkan bagi menghasilkan sulaman berkenaan, pihaknya menggunakan emas seberat 120 kilogram dan 120 kilogram perak yang disadur pada benang khas yang kesemuanya diimport dari Jerman.

“Seberat 670 kilogram benang sutera yang diimport dari Itali pula digunakan dalam menghasilkan pemidang Kiswah ini,” katanya menerusi penterjemah.

Muhammad berkata tinggi Kiswah yang dihasilkan adalah lebih kurang 14 meter, ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian dua rukun (sudut) ialah 10.78 meter, ukuran lebar daripada bahagian Multazam ialah 12.50 meter.

“Manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Hajar Aswad ialah 10.50 meter manakala ukuran lebar kain Kiswah daripada bahagian Bab Ibrahim ialah 13 meter,” katanya.

Penghasilan setiap Kiswah membabitkan kos kira-kira RM24 juta.

Beliau berkata proses penghasilan Kiswah bermula ketika mencelup warna dan dimasukkan ke dalam makmal bagi proses penegangan benang, daya tahan dan pergeseran benang-benang sutera bagi memastikan ia mengikut spesifikasi.

“Kemudian mesin berteknologi tinggi digunakan untuk menghasilkan pemidang kain Kiswah.

“Setelah siap, kain berkenaan akan dicop ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan ‘silk screen’ dengan dakwat warna putih dan kuning termasuk lambang-lambang dan syiar yang berlainan ukuran,” katanya.

Proses berikutnya paling penting, iaitu menyulam benang emas dan perak pada huruf-huruf yang sudah dibentuk.

Seterusnya petugas akan menjahit kepingan-kepingan kain untuk dijadikan Kiswah lengkap.

Kiswah yang telah siap dengan sempurna akan diserahkan kepada pihak pengurusan Masjidil Haram kira-kira sembilan hari sebelum dipasang menggantikan yang lama pada binaan Kaabah. – BERNAMA

Perenang Muda Australia Bersinar Di Olimpik Rio

in Sukan/Terkini

RIO DE JANEIRO – Australia mempunyai idola baharu dalam sukan renang setelah Kyle Chalmers mendapatkan pingat emas pertamanya di Olimpik Rio 2016.

Chalmers yang turun untuk acara 100 meter gaya bebas, mengalahkan wakil Belgium Pieter Timmers dan juara bertahan Nathan Adrian dari Amerika Syarikat.

Pada pertandingan final yang diadakan di Olympic Aquatics Stadium, Chalmers mencatat masa 47.58 saat pada pusingan akhir dan pemenang emas London 2012, Nathan Adrian sekadar pingat gangsa selepas mencatatkan masa 47.85 saat di belakang Chalmers.

Perenang Muda Australia Bersinar Di Olimpik Rio

“Kemenangan ini tidak menenggelamkan saya, jika saya sudah menang dan saya betul bersemangat,” kata Chalmers.

Atlet 18 tahun tersebut menjadi peraih pingat emas pertama Australia setelah Mike Wenden pernah memenangi acara 100 meter gaya bebas pada Olimpik 1968 di Mexico City.

“Sebelum itu, saya di sebelah juara Olimpik. Meskipun, cukup menakutkan, tetapi saya suka setiap masa,” kata Chalmers.

Pemuda kelahiran Port Lincoln, Australia itu tidak membuat sambutan berlebihan kemenangannya atas Adrian. Chalmers, pada tahun lalu meraih tiga emas dari tiga acara dalam Kejuaraan Dunia Renang Junior.

Setelah itu dia berjaya membalas kekecewaannya atas kegagalan perenang seniornya, Cameron McEvoy yang hanya menamatkan di peringkat tujuh.

“Saya tidak ingin meraikan kemenangan terlalu banyak kerana saya tahu sangat susah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Jeles! Lelaki Tubuh Cantik Atlet Renang Olimpik Rio 2016

in Gaya Hidup/Sukan/Utama & Sensasi

BUKAN hanya wanita yang mengidamkan tubuh cantik dan seksi, lelaki juga berusaha keras membina otot dan tubuh demi mendapatkan bentuk badan impian mereka.

Malah, gimnasium atau pusat kecergasan mula dibanjiri ramai lelaki yang berusaha menggapai mimpi tersebut yang ta’asub memiliki bentuk tubuh ‘six pack’ seperti perenang di Sukan Olimpik Rio 2016 ini.

Media antarabangsa menyajikan sejumlah gambar badan perenang dari pelbagai negara yang turut mengambil bahagian dalam pelbagai acara pada temasya Olimpik Rio 2016 ini.

1. Mack Horton

Jeles! Lelaki Tubuh Cantik Atlet Renang Olimpik Rio 2016

Atlet renang berbangsa Australia ini berjaya meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Rio 2016. Selain sukan renang, dalam akaun Instagram peribadinya, Horton juga menunjukkan bahawa dirinya aktif melakukan aktiviti fizikal lain seperti berbasikal.

2. Chen Aisen dan Lin Yue

Jeles! Lelaki Tubuh Cantik Atlet Renang Olimpik Rio 2016

Lelaki mana yang tidak menunjukkan tubuh seperti yang dimiliki oleh dua perenang asal Cina ini. Badan seperti Chen Aisen yang dikenali dengan lekukan V-Line pada perut bawah bukan hanya diidamkan lelaki, tetapi juga membuat kaum Hawa tertarik.

3. Tom Daley dan Daniel Goodfellow

Jeles! Lelaki Tubuh Cantik Atlet Renang Olimpik Rio 2016

Dalam akaun Instagram peribadinya, atlet renang bernama Daley menunjukkan bahawa dirinya juga melakukan aktiviti kardio untuk mengekalkan kecergasan dan kekuatan otot semasa berenang.

4. Ning Zetao

Jeles! Lelaki Tubuh Cantik Atlet Renang Olimpik Rio 2016

Perenang berusia 23 tahun berasal dari Zhengzhou, China ini, mempunyai berat 81 kilogram dan tinggi 1.9 meter. Bidang dada dan perut miliknya merupakan gambaran tubuh yang sesuai untuk seorang lelaki.

5. James Guy

Jeles! Lelaki Tubuh Cantik Atlet Renang Olimpik Rio 2016

Perenang muda bernama James Guy ini berumur 20 tahun telah dianugerahkan dengan bentuk tubuh yang seksi dan sihat yang membuat ramai lelaki suka melihatnya. Untuk mengekalkan bentuk badannya, Guy sering membuat latihan berenang di laut. – MYNEWSHUB.CC

Telanjang Dada, Atlet Ini Curi Perhatian Pembukaan Olimpik

in Sukan/Utama & Sensasi

RIO DE JANEIRO –  Pakaian kontinjen dalam perarakan upacara pembukaan temasya terbesar dunia iaitu Olimpik selalu sinonim dengan sut dan baju khas negara masing-masing.

Namun ada satu negara yang jelas berjaya menarik perhatian penonton di Stadium Maracana di sini dalam pembukaan Sukan Olimpik 2016 malam tadi.

Ia menunjukkan atlet Tonga bertelanjang dada dalam memimpin kontinjen negara pulau kecil di Lautan Pasifik. Tidak hairan lah banyak yang bertanya siapakah atlet Tonga yang membawa bendera tersebut.

Selain itu tubuhnya yang penuh dengan minyak berjaya membuatkan dirinya semakin unik dalam kalangan pembawa bendera daripada negara-negara lain.

Tidak pelik apabila pengulas seluruh stesen televisyen di dunia yang menyiarkan Sukan Olimpik Musim Panas 2016 hanya memberi fokus kepadanya selama beberapa saat.

Ternyata nama atlet tersebut adalah Pita Nikolas Taufatofua dan dia yang memakai seluar ta’ovala atau sejenis tikar mengkuang; akan mewakili Tonga untuk sukan taekwondo.

Prestasinya juga tidak boleh dianggap remeh. Dia pernah meraih emas dalam Oceania Olympic Tournament untuk kelas 80+ kilogram.

Menariknya, dia juga menjadi atlet pertama Tonga yang beraksi di Sukan Olimpik untuk sukan taekwondo. – MYNEWSHUB.CC

Menarik… Aiskrim Emas Dijual Di Jepun, Harga Hanyalah…

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SIAPA sangka, emas yang kebiasaannya dijadikan barangan perhiasan rupa-rupanya boleh dimakan.

Buktinya, pelbagai restoran mewah telah banyak menghasilkan pelbagai juadah berasaskan emas.

Antaranya, aiskrim dilapisi emas yang boleh dijumpa di negara Matahari Terbit iaitu Jepun.

Dek keistimewaan itu, sebuah restoran Kinkaku Soft Ice Cream di Daerah Kinkauji (Golden Pavilion) menerima ribuan pengunjung setiap tahun yang mahu mencuba aiskrim unik itu.

Difahamkan, pelanggan yang mahu membeli aiskrim bersalut emas ini sanggup beratur panjang demi merasai sendiri rasa pencuci mulut itu, lapor portal Roketnews.

Antara komen yang sering diberi pelancong ialah: ‘Aiskrimnya berkilauan’, ‘Apabila makan rasa seperti jadi kaya’, ‘Wajib ambil gambar’.

Menurut kenyataan di laman Kinkaku Soft Ice Cream, daun yang digunakan untuk menyaluti aiskrim itu adalah emas tulen.

Menarik... Aiskrim Emas Dijual Di Jepun, Harga Hanyalah...

Laman itu turut menerangkan tentang ‘kajian emas terhadap gelombang pada otak dan emosi’.

Emas tulen dikatakan boleh memberikan tenaga dan menguatkan bahagian kiri otak serta mengurangkan kesedihan setelah dimakan.

Selain itu, memakan emas tulen boleh menimbulkan rasa yang nyaman serta mempunyai kesan yang baik pada jantung.

Oleh itu, pelanggan tidak perlu rasa perlu khuatir tentang rasa emas tersebut kerana ianya tidak mempunyai sebarang rasa aneh.

Bagi yang ingin mencubanya, boleh dapatkan aiskrim ini dengan harga 950 yen (RM37.68). – MYNEWSHUB.CC

Rahsia Mudah Kenal Pasti Emas Tulen Atau Tidak

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PERNAHKAH anda terbeli emas palsu? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pasti akan mendatangkan kerugian kepada si pembeli.

Waima 1 gram emas harganya mencecah ratusan ringgit, bayangkan jika terbeli seutas rantai sebesar ibu jari tetapi palsu, mahu diserang strok serta merta.

Laman Facebook Friends Of Barisan Nasional telah berkongsi satu trick mudah untuk mengenalpasti sama ada perhiasan emas yang dibeli itu tulen atau palsu.

Trik Mudah Kenalpasti Emas Tulen Atau Tidak

Cara yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan magnet. Kaedahnya, anda hanya perlu dekatkan emas itu kepada magnet tersebut. Sekiranya terdapat daya tarikan atau tindak balas maka ianya palsu.

Ini kerana emas tidak mempunyai sifat magnetik. Namun terdapat juga bahan yang tidak bertindak balas dengan magnet seperti tembaga, tungsten dan sebagainya.

Selain magnet, jarum juga boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas sebelum dibeli. Caranya adalah dengan mencucuk jarum itu pada emas tersebut, sekiranya tidak patah, ia adalah asli, ini kerana emas bersifat lembut.

Salah satu cara lagi ialah dengan mencium baunya. Emas tulen tidak mempunyai bau. Kaedahnya ialah dengan menggosok emas itu pada kain kasar seperti jeans atau seangkatan dengannya sehingga panas.

Sekiranya terhasil bau seperti ferum maka ianya palsu. Selain kaedah di atas, terdapat banyak lagi kaedah pengesanan awal yang boleh digunakan untuk mengelak dari ditipu.

Nasihat kami, kenal pasti dahulu emas yang hendak dibeli, atau dapatkan dari kedai-kedai emas yang bertauliah. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. – MYNEWSHUB.CC

Nelayan Terkejut, Penyu Emas Tersangkut Pada Jaring Ikan

in Hangat/Slider/Utama & Sensasi

SEKUMPULAN nelayan di Fujian, China tanpa sengaja tertangkap seekor penyu yang luar biasa cantiknya apabila didapati berwarna keemasan.

Penyu itu terperangkap pada jaring yang dipasang untuk menangkap ikan minggu lalu.

turtlereleased-1

Li Awei dan kawan-kawannya, menjaring ikan berhampiran kampung mereka seperti kebiasaannya apabila jaring yang ditarik Li terasa disangkut sesuatu yang agak berat.

Li meminta pertolongan kawan-kawannya untuk menaikkan jaring itu. Mereka terkejut melihat seekor penyu terperangkap padanya.

Li Awei bersama Olive Ridley
Li Awei bersama penyu emas yang terperangkap pada jaringnya minggu lalu.

Shanghaiist melaporkan, penyu berwarna keemasan itu berukuran 107cm panjang, 73cm lebar dan seberat 67.5kg.

Ramai penduduk kampung menawarkan bayaran yang tinggi kepada Li hingga mencecah 10,000 yuan (RM7,000) untuk membeli haiwan berkenaan.

10_7

Bagaimanapun, Li tolak semua tawaran tersebut kerana seperti penduduk tempatan lain, dia percaya penyu berkenaan boleh membawa tuah. Manakala tindakan menjual haiwan berkenaan untuk memperoleh keuntungan drastik boleh membawa kepada nasib malang.

Li dan kawan-kawannya mengambil keputusan melepaskan semula penyu tersebut ke habitat asalnya.

11_5

Menurut Agensi Perikanan dan Lautan tempatan, penyu berkenaan dikenali sebagai Olive Ridley, yang dikategorikan sebagai haiwan kelas kedua yang dilindungi.

Selain mendapat kegemilangan melalui kekayaan, rata-rata penduduk China percaya dengan membebaskan hidupan dapat meningkatkan moral seseorang.

Sifat ini harus dipuji kerana penyu adalah hidupan laut yang kian pupus dan perlu dijaga untuk memastikan kelestarian ekosistem. – MYNEWSHUB.CC

Barang Kemas Bernilai RM150,000 Dirompak Di Changlun

in Terkini

CHANGLUN – Barang kemas di dalam tujuh dulang yang dilapor bernilai kira-kira RM150,000 lesap dalam masa tiga minit apabila dilarikan dua lelaki dari sebuah kedai emas di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari.

Beliau berkata para perompak yang membawa tukul besi dan senapang patah masuk ke dalam premis itu dan memecahkan kaca pameran barang kemas serta mengaut barang kemas di dalamnya sebelum melarikan diri dengan kereta yang diparkir di hadapan premis itu.

“Seorang suspek dilapor turut melepaskan satu das tembakan ke udara ketika penggera kecemasan di premis itu berbunyi,” katanya.

Para perompak kemudiannya dilihat melarikan diri ke arah Kodiang dengan kereta yang kemudiannya didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Abd Rahim berkata tiada pelanggan di dalam premis tersebut ketika kejadian.

Sementara itu pemilik kedai berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata ketika kejadian dia dan dua orang anaknya berada di dalam sebuah bilik di dalam kedai berkenaan.

“Saya terdengar ada bunyi orang ketuk dan pukul cermin pameran. Saya terkejut dan masuk semula ke dalam bilik dan segera menyuruh anak lelaki saya menekan alat penggera kecemasan.

“Perompak yang mungkin marah dan cemas apabila alat kecemasan berbunyi, telah melepaskan satu tembakan sebelum mereka melarikan diri,” katanya.

Tan berkata prompak melarikan loket, subang dan cincin.

Seorang pembantu klinik bersebelahan premis itu, Najihah Hamdi, 20, berkata dia terdengar bunyi tembakan dan melihat dua lelaki segera masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ. – BERNAMA

 

Poland Percaya Temui Kereta Api Nazi Dgn Emas

in Utama & Sensasi

WALBRZYCH (Poland) – Pihak berkuasa Poland pada Jumaat membuat satu pengumuman yang mereka percaya serta yakin telah menemui kereta api misteri milik tentera Nazi Jerman yang membawa bertan-tan ketulan emas, tersembunyi di dalam sebuah terowong rahsia di pinggir bandar ini.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Piotr Zuchowski berkata, keyakinan mereka itu bersandarkan imbasan radar yang dilakukan ke atas terowong berkenaan.

“Kami yakin 99 peratus ia adalah kereta api Nazi yang membawa ketulan emas itu,” ujarnya kepada para pemberita.

Kereta api tersebut disembunyikan di dalam terowong rahsia itu pada penghujung Perang Dunia Kedua di ambang kejatuhan Kerajaan Nazi Hitler.

Menurut Zuchowski lagi, imej yang diperolehi daripada imbasan radar itu menunjukkan sebuah kereta api yang dilengkapi dengan serombong senjata berat.

Legenda tempatan sejak sekian lama mengesyaki kereta api Nazi itu dipenuhi dengan ketulan emas, batu permata dan senjata telah disembunyikan di dalam sebuah terowong rahsia pada 1945.

Zuchowski menyifatkan penemuan itu sebagai sesuatu yang di luar kebiasaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kedudukan tepat di mana terowong rahsia itu terletak.

Kata Zuchowski, maklumat mengenai terowong rahsia itu diperolehi daripada pengakuan seorang yang turut terlibat di dalam misi menyembunyi dan menutup pintu terowong berkenaan.

Awal bulan ini, seorang lelaki Poland dan Jerman memberitahu pihak berkuasa tempatan di sini yang mereka mengetahui di mana terletaknya lokasi kereta api yang disembunyikan itu.

Menerusi peguam, mereka berkata sanggup memberitahu lokasi berkenaan dengan syarat diberikan 10 peratus daripada apa yang ditemui nanti.

Dalam pada itu BBC melaporkan rekod menunjukkan antara 1943 hingga 1945, pihak Nazi telah mengerah tahanan perang untuk menggali terowong sepanjang 9km di sini.

Sebahagian daripada terowong yang ditemui itu telah menjadi pusat tarikan pelancong.

Timbalan Datuk Bandar Walbrzych, Zygmunt Nowaczyk memberitahu para pemberita Rabu lalu, bahawa lokasi terletaknya kereta api misteri itu dan identiti dua warga tua yang mendedahkannya masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Lokasinya adalah di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan Walbrzych,” kata Nowaczyk.

Menurut legenda, emas-emas itu diperolehi dari daerah Wroclaw, Poland dan disembunyikan untuk mengelak ia jatuh ke tangan tentera merah Soviet yang sedang mara ke bandar ini pada tahun 1945.

Kerajaan Poland sebelum ini memberi amaran kepada warganya supaya tidak mencari harta karun itu kerana dikhuatiri ia dipenuhi dengan jerangkap samar yang dipasang oleh tentera Nazi sebelum menutup pintu terowong berkenaan sepenuhnya. – mStar Online

 

Rasai Sendiri Jongkong Emas Seberat 50kg Di Muzium Emas

in Terkini

GEORGETOWN – Emas dianggap sebagai logam yang paling berharga sejak berzaman-zaman lagi kerana ia melambangkan kedudukan, kedaulatan dan kekayaan kesihatan.

Tanggapan emas sebagai simbol ketulenan, bernilai tinggi, pengukur pergerakan mata wang dan dapat mengelak daripada kesan buruk inflasi sejak dahulu lagi, masih wujud dan tidak lenyap ditelan zaman moden.

Justeru, semakin ramai yang meminati emas bukan sahaja untuk perhiasan diri malah sebagai pelaburan, tetapi pernahkah anda melihat atau menyentuh jongkong emas tulen dengan tangan sendiri?

Kini, peluang itu diberikan kepada orang ramai yang ingin merasai sendiri aura jongkong emas di muzium emas Public Gold, lebih-lebih ia seberat 50 kilogram dengan nilai RM7.5 juta.

Selain emas, pengunjung juga boleh memegang jongkong perak seberat 30 kilogram yang bernilai lebih RM70,000 di dalam muzium seluas 7,000 kaki persegi itu.

Pengunjung turut diberikan maklumat, perbandingan dan gambaran jelas mengenai nilai emas dan mata wang, di mana satu jongkong emas seberat 12.5 kilogram bersamaan dengan RM400,000 pada 2001 tetapi kini nilainya mencecah RM1.8 juta.

Terletak di Lebuh Bishop, muzium sedemikian bukan sahaja yang pertama di Malaysia tetapi di Asia Tenggara kerana ia bukan sekadar muzium biasa, tetapi membawa pengunjung kembali ke lombong emas seperti pada zaman silam.

Menurut pengurus muzium Denise Tang, kira-kira sejam diambil untuk menerokai muzium itu dengan reka bentuknya seperti laluan di bawah tanah, ditambah pula dengan kesan bunyi menggali pada abad dahulu bagi melahirkan suasana unik dan nostalgia buat pengunjung.

“Dimulakan dengan maklumat dan sejarah emas, pengunjung juga diberikan peluang merasai sendiri proses mendulang dan sesiapa sahaja yang mendapat ketulan emas ketika proses itu dianggap bernasib baik.

“Selain itu, proses melebur perak turut ditunjukkan kepada pengunjung serta pameran koleksi yang diperbuat daripada emas berusia lebih 60 tahun serta produk emas daripada Public Gold,” katanya kepada Bernama.

Tang berkata pelbagai jenis peralatan dan acuan untuk menghasilkan produk berasaskan emas seperti duit syiling sempena ulang tahun, loket dan barang kemas turut dipamerkan serta produk kecantikan berasaskan emas yang kian mendapat sambutan.

Katanya muzium emas yang dibuka Mei lepas itu bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai mengenai nilai dan sejarah emas serta meningkatkan ilmu mereka supaya tidak tertipu dengan emas tiruan.

“Sejak dibuka Mei lepas, muzium ini menerima lebih 3,000 pengunjung khususnya daripada rombongan sekolah malah berjaya menarik minat pelancong tempatan dan luar negara antaranya dari negara Arab, Australia dan Indonesia,” katanya.

Selain itu, Tang berkata pembukaan muzium itu adalah untuk memenuhi ruang atas pejabat Public Gold yang kosong sejak dua tahun lepas sekaligus dapat meningkatkan industri pelancong yang kian berkembang pesat di negeri ini.

Menurutnya, kebanyakan pengunjung teruja kerana reka bentuk muzium yang bukan sahaja unik dan menarik malah mereka diberikan ruang untuk mendapat maklumat serta berseronok ketika perjalanan dalam laluan lombong emas.

Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang termasuk cuti umum, pengunjung dikenakan bayaran dengan harga promosi RM28 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak dan warga emas) manakala bagi kanak-kanak tujuh tahun ke bawah masuk adalah percuma.

– BERNAMA

Penumpang AirAsia Antara 56 Ditahan, 62KG Emas Dirampas

in Terkini

NEW DELHI – Empat puluh lima penumpang AirAsia adalah antara 56 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam di Andhra Pradesh, dan daripada itu, mereka merampas 62kg jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta), menurut akhbar Times of India.

Ia tidak jelas sama ada rakyat Malaysia adalah antara mereka yang ditahan.

Menurut akhbar itu, bertindak atas maklumat awam, pegawai-pegawai Direktorat Risikan Hasil (DRI) di Chennai, dalam satu operasi khas pada malam Ahad, bergerak ke lapangan terbang antarabangsa yang baru ditauliahkan dan menjalankan pemeriksaan teliti ke atas dua penerbangan dari Kuala Lumpur dan satu dari Singapura.

Pada mulanya, para pegawai memeriksa 20 penumpang penerbangan AirAsia yang membawa banyak barang-barang elektronik, dan menemui jongkong emas tersembunyi di dalam barangan itu, menurut akhbar harian itu.

Pemeriksaan ke atas 10 penumpang penerbangan Silk Air dari Singapura juga menemui jongkong emas dalam barangan elektronik mereka.

Pemeriksaan ke atas 25 penumpang AirAsia dalam penerbangan kedua dari Kuala Lumpur juga mendedahkan penyeludupan jongkong emas.

Menurut akhbar itu, ramai di antara mereka yang ditahan ialah mereka yang kerap melancong dan kebanyakan mereka bertindak sebagai ‘kurier’.

Akhbar harian itu memetik pegawai DRI sebagai berkata mereka yang ditahan semata-mata sebagai “pembawa” dan tugas mereka berakhir dengan penyerahan emas kepada seseorang di luar lapangan terbang.

“Mereka terbabit dalam perniagaan itu semata-mata kerana wang. Bergantung kepada kuantiti, pembawa terbabit akan dibayar, kata akhbar itu memetik kenyataan pihak berkuasa DRI.

Kurier akan sentiasa mencari jalan baharu dan destinasi baharu, kata para pegawai.

Satu lagi kemungkinan adalah bahawa penerbangan baharu akan diperkenalkan di antara destinasi Visakhapatnam dan Asia Tenggara atau kekerapan penerbangan antara kedua-dua destinasi mungkin meningkat, kata para pegawai.

Jadi, ia boleh menarik kurier untuk menukar kepada destinasi yang baharu, jauh dari rumah mereka, kata pegawai. – BERNAMA

Alat Rangsang Seks Wanita Termahal Di Dunia

in Hangat

LONDON – Anda mungkin biasa tahu dildo; sejenis alat rangsang seks wanita cukup popular yang juga disebut zakar palsu, tetapi pernahkah anda menemui satu lagi alat bantu seks dikenali vibrator dengan harga mahal?

Atas permintaan ramai, sebuah firma Britain menghasilkan vibrator paling mahal di dunia yang memberikan sensasi tersendiri sekali gus kemewahan bagi para penggunanya menikmati nafsu seks secara lebih eksklusif.

Istimewanya alat bantu seks ini, menurut laporan dari majalah ternama wanita Glamour di Amerika Syarikat (AS), vibrator yang baharu dilancarkan di pasaran itu diberi nama Nell Pleasure Seed dan ia dilapisi oleh emas tulen.

Baca: Wanita Tidak Cukur Bulu Kemaluan Berisiko Sakit

Berdasarkan ulasan dari pengedar alat ini, Coco de Mer of London, produk canggih itu lebih mengutamakan faktor kenikmatan di samping pastinya harga yang mahal khusus untuk sasaran utama ialah pelanggan berprofil tinggi.

Apa tidaknya, Nell Pleasure Seed mendapat permintaan amat tinggi dari kalangan wanita elit sehingga dilaporkan dijual pada harga serendah 12,000 pound sterling di pasaran Britain (kira-kira RM66,240) bagi setiap unit.

Ada beberapa sebab sebenarnya yang menyebabkan alat bantu seks kaum Hawa ini boleh dinobatkan sebagai yang paling mahal harganya di dunia. Pertama, permukaan vibrator ini sendiri dilapisi dengan emas sebesar 18 karat.

Baca: Jumpa Zakar Tiruan Zaman Purba Usia 300 Tahun

Bukan itu sahaja, produk ini juga diukir kemas dalam sebuah peti kemasan kayu secara eksklusif yang juga dilapisi emas tulen dan sebab kedua, ia memiliki lima pola getaran unik yang dapat dinikmati dalam pelbagai situasi.

“Setiap pola getaran itu dapat dihayati dengan alternatif peningkatan kadar tekanan yang menyajikan peluang eksperimen untuk tahap kenikmatan yang tidak pernah selesai,” jelas kenyataan pihak Coco de Mer of London.

Jangan bimbang bagi yang kurang berkemampuan, syarikat itu juga ada menawarkan vibrator bentuk sama tetapi versi tanpa emas dengan harga lebih murah; hanya 220 pound sterling (RM1,237). – Agensi/H.A.AMREE

GAMBAR: Majlis Persandingan Diraja Anak Sultan Brunei

in Hangat

Dihiasi perhiasan emas dan permata, Istiadat Persandingan Diraja anak Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang juga merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia, telah berlangsung dalam suasana cukup mewah dan meriah.

Majlis tersebut telah dilangsungkan di istana yang memiliki 1,788 buah bilik iaitu Istana Nural Iman yang terletak di Bandar Sri Begawan, semalam.

277B382900000578-3035550-image-a-5_1428832252681 277B397D00000578-3035550-image-a-13_1428832334904 277B44DE00000578-3035550-image-a-2_1428832159627 277B3D8A00000578-3035550-image-a-12_1428832328901 277B3DB600000578-3035550-image-a-10_1428832324729

Pengiran Abdul Malik, 31, selmat dinikahkan bersama pasangannya Dayangku Raabi’atul Pengiran Haji Bolkiah, 22, di hadapan tetamu yang terdiri dari kerabat diraja dan jemputan khas.

Memetik laporan Daily Mail, istiadat itu turut dihadiri oleh Sultan-Sultan dari Malaysia dan Gabenor Arab Saudi.

Kedua-dua mempelai menyarung baju berwarna emas yang turut dihiasi permata, manakala pengantin perempuan memegang sejambak bunga yang digubah dari batu berlian tulen.

277E56B000000578-3035550-image-a-2_1428857371990 277B407F00000578-3035550-image-a-22_1428832363754

Dayangku Raabi’atul turut menyarungkan sepasang sepatu jenama mewah Christian Laboutin yang penuh diselaputi permata.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Majlis Istiadat Perkahwinan Anak Sultan Brunei

https://www.youtube.com/watch?v=k7omtx3u9Dk

Tuah Seorang Lelaki.. Jumpa Ketulan Emas 2.7kg

in Hangat

SYDNEY – Seorang pencari gali di Australia menemui ketulan emas seberat 2.7 kilogram ketika sedang mengimbas sebuah kawasan di Wedderburn, Victoria, menurut media, semalam.

Agensi berita The Age melaporkan, pada awalnya Mick Brown menyangka ia adalah gumpalan besar tembaga lebur ketika alat pengesan logamnya mengesan objek itu beberapa minggu lalu.

“Selepas menggali lebih dalam, permukaan objek jelas menunjukkan ia adalah emas.

“Saya ingin jual ia kepada pengumpul peribadi dan wang itu akan digunakan untuk membayar hutang serta belanja isteri dan anak-anak,” katanya.

Difahamkan, ketulan emas berkenaan dianggarkan bernilai AS$103,400 (RM 382,000).

– DPA

WOW! Beli Sayur Dapat ‘Free Gift’ Gelang Emas..

in Hangat

PENEMUAN objek pelik dan menjijikkan dalam makanan boleh kata sudah acapkali didengar.

Namun lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang wanita bernama Haisyah Yusoff apabila sayur yang dibelinya di sebuah restoran membawa ‘pulangan’ seutas gelang tangan emas!

Dia terkejut kerana tidak sangka menemui gelang emas itu ketika sedang menjamah hidangan tersebut.

Haisyah yang memuatnaik ‘penemuan’ rare tersebut di laman Facebook dengan kapsyen ‘Nak kata rezeki ke penyakit ni? Nasib baik tak tertelan…’ menarik perhatian ramai.

10993498_842469525820067_8395149472518359618_n

Rata-rata netizen meluahkan keterujaan dengan penemuan gelang emas dalam masakan sayuran tersebut.

Amboi… cuba kalau benda lain, mesti berbakul-bakul dikeji! Haha…

Pun begitu, ada juga yang menasihati Haisyah agar memulangkan kembali kepada pemiliknya yang asal. – MYNEWSHUB.CC

Video Sushi Dibalut Emas

Oleh: FARAH

Go to Top