Bukan Berita Online Biasa

Tag archive

cinta

‘Lebih Baik Saya Simpan Sendiri Perancangan Saya’

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Nelydia Senrose memberitahu tidak mahu kisah cintanya mendapat perhatian yang berbanding kerjayanya dalam bidang seni.

Tambahnya, kegagalan cinta lalu menyebabkan dia mahu memilih lelaki yang matang untuk menjadi teman hidup tetapi masih belum bersedia untuk memikirkan soal cinta buat masa ini.

“Saya belajar dengan apa yang berlaku dulu. Jika dahulu saya terbuka berkongsi apa sahaja, selepas apa yang berlaku, saya rasa lebih baik saya simpan sendiri segala perancangan saya.

“Jika semua yang dirancang sudah pasti, saya akan berkongsi segalanya. Mungkin itu juga salah satu faktor saya lebih selesa memilih lelaki yang matang,

“Saya tidak menetapkan syarat tertentu kerana bimbang diri meraka jika tidak menemui lelaki yang dicari. Kita tak tahu siapa jodoh kita.

“Lebih baik saya berkawan dan dari situ akan ada keserasian untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya,” katanya kepada BH Plus.

Nelydia juga memberitahu bahawa kerjanya sebagai seorang selebriti menyebabkan kebanyakkan lelaki sebayanya keberatan untuk mendekati dirinya. -MYNWSHUB.CC

Emma Maembong Rimas Selalu Jadi Bahan Lawak

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Emma Maembong menjelaskan dirinya berasa kurang selesa kerana sering dijadikan bahan usikan jenaka setiap kali menghadiri majlis yang turut dihadiri oleh bekas teman lelakinya, Zizan Razak.

“Secara jujurnya, memang lah tak selesa kan? Saya dan dia dah lama move on jadi kenapa setiap kali pergi majlis, nak membahan saya?

“Kadang-kadang tak sebut nama saya secara terus terang, tetapi orang tahu benda tersebut ditujukan kepada saya.

“Saya dah tak cakap apa-apa mengenai hubungan kami. Tapi bila dia nak buat lawak, macam dah tak ada modal lain. Kenapa masih nak bahan saya sedangkan saya tak bahan dia?

“Saya rasa macam tak sesuai dan tak elok untuk nama saya dan keluarga saya bila dia nak buat seperti itu. Saya pun ada perasaan juga,” katanya kepada BH TV.

Emma juga memberitahu bahawa buat masa ini dia dan Kamal Adli hanya bergelar kawan dan tidak mahu menglas dengan lebih lanjut tentang hubungan mereka berdua. – MYNEWSHUB.CC

Nazrief Nazri Tak Ambil Pusing Gosip Cinta Dengan Emma

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Nazrief Nazri menjelaskan bahawa gosip yang mendakwa konon dia ada hubungan cinta dengan Emma Maembong sama sekali tidak menjejaskan kerjasama mereka menjalani penggambaran drama Nasi Minyak Kuah Cinta.

Malahan Nazrief, 25; berkata, dia dan Emma tidak pernah membincangkan hal tersebut di lokasi penggambaran kerana ia merupakan khabar angin yang tidak benar sama sekali.

Emma Maembong dan Nazrief Nazri
Emma Maembong dan Nazrief Nazri

“Kami menjalani penggambaran seperti sebelum ini. Tidak berasa janggal ataupun terganggu sama sekali. Gosip itu memang tidak benar sama sekali dan kami tidak pernah membincangkannya di set penggambaran. 

“Lagi pun, buat masa ini pengarah banyak habiskan babak kecil dan babak kami bersama masih banyak yang belum dirakamkan,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia tidak mahu mengambil pusing dan tidak mahu melatah berkaitan perkara ini dan menjelaskan bahawa buat masa ini masih belum mempunyai teman yang istimewa dalam hidupnya.

Menurut Nazrief, dia berharap kenyataannya ini telah menjawab segala persoalan yang mengaitkan dia sebagai punca masalah yang berlaku dalam hubungan Emma dan Kamal Adli. – MYNEWSHUB.CC

Uqasha Nafi Bercinta, Hanya Kawan Biasa Tengku Bakar

in Artis/Utama & Sensasi

SERING kali memuat naik gambar bersama-sama seorang lelaki bernama Tengku Bakar, ramai peminat Uqasha yang mendakwa lelaki itu merupakan teman lelakinya dan mendoakan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Walau bagaimanapun, aktres tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa mereka hanya hanyalah bergelar kawan biasa yang masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

“Kami masih dalam peringkat berkawan dan kami cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya cliche tapi itu sahaja yang boleh saya katakan.

Uqasha Nafi Bercinta, Hanya Kawan Biasa Dengan Tengku Bakar
Uqasha Senrose dan Tengku Bakar.

“Selagi belum bertemu jodoh, saya akan sentiasa bersikap terbuka untuk kenal orang baru,” katanya kepada BH Online.

Uqasha juga memberitahu bahawa dia tidak berani untuk mengatakan sedang serius bersama lelaki itu kerana mengkhuatiri perkara yang lama berulang kembali.

“Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali.

“Saya tak mahu dikecewakan sekali lagi, jadi saya selesa menganggap hubungan ini sebagai hanya kawan,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

Hati-Hati, Gigitan Cinta Boleh Membawa Maut

in Utama & Sensasi

KEPADA mereka yang suka sangat dengan `love bite’ atau gigitan cinta, sila ambil perhatian. Seorang remaja lelaki telah meninggal dunia gara-gara gigitan cinta yang dilakukan oleh teman wanitanya.

Julio Macia Gonzalez yang berasal dari Mexico ini, mengalami angin ahmar dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pakar percaya gigitan cinta itu telah membentuk darah beku yang membawa ke otak remaja berusia 17 tahun itu.

Teman wanitanya yang berusia 24 tahun itu dilaporkan telah melarikan diri dan keluarga Julio kini meletakkan kesalahan ke atas wanita itu susulan kematian Julio.

Gigitan cinta adalah keadaan di mana seseorang itu menyedut kulit individu lain hingga mengakibatkan lebam dan dalam sesetengah kes ia boleh mengakibatkan bahaya.

Sebelum ini di New Zealand, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh akibat darah beku yang membawa ke jantung. – MYNEWSHUB.CC

Reen Rahim Tak Nak Dedah Hubungan Cinta Selagi…

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Reen Rahim memberitahu bahawa dia tidak akan menceritakan hal berkaitaan hubungan cintanya dengan kekasih selagi dia belum dilamar lelaki berkenaan.

Menurut Reen, atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim, sebagai seorang perempuan dia merasakan adalah tidak manis jika dia bercakap tentang suatu hubungan yang belum pasti secara terbuka.

“Saya masih belum boleh mendedahkan dengan siapa saya berkawan dan bila saya akan mendirikan rumahtangga kerana masih belum menerima lamaran berkahwin.

“Saya hanya berani untuk bercerita tentang hubungan itu selepas dilamar dan disarungkan cincin,” katanya kepada mStar Online.

Walau bagaimanapun, Reen, 28; juga mengakui terkesan apabila kawan baiknya seperti Ezzaty Abdullah dan Ika Nabila mendirikan rumahtangga.

“Bila kawan saya berkahwin, memang perasaan saya terkesan sedikit, tetapi apa yang boleh saya buat. Saya cuma minta doa yang terbaik untuk saya.

“In Sha Allah biasanya yang lambat tiba itu adalah yang terbaik bagi kita,” tambahnya – MYNEWSHUB.CC

Demi Kekasih, Lelaki Belanda Sanggup 10 Hari Di China

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

KISAH cinta seorang lelaki Belanda, Alexander Pieter Cirk yang bermula daripada Internet namun akhirnya terkandas di tengah jalan menarik minat ramai netizen di seluruh dunia.

Lelaki itu dilaporkan kecewa setelah bersusah payah datang ke China semata-mata mahu menemui wanita yang dia suka semasa berkenalan di Internet, sebelum terdampar di lapangan terbang antarabangsa Changsa Huangua.

Cirk berkenalan dengan wanita bernama Zhang menerusi aplikasi sosial media dan sejak itu, pasangan tersebut mula suka antara satu sama lain sehingga menerbitkan perasaan cinta pada jiwa lelaki asing berkenaan.

Menurut Cirk, dia yang bosan kerana bercinta jarak jauh ribuan kilometer yang memisahkan mereka kemudian memutuskan untuk pergi sendiri ke China menaiki kapal terbang untuk menemui wanita pujaan hatinya itu.

Bagaimanapun sebaik tiba di China, wanita yang dicintai itu tidak kelihatan. Cirk yang menetap di terminal tersebut tetap menunggu dan yakin cinta antara mereka akan membuatkan Zhang datang menemuiinya.

Malangnya dia terpaksa menanti wanita tersebut 10 hari lamanya di lapangan terbang itu.

Demi Kekasih, Lelaki Belanda Sanggup 10 Hari Di China

Akibat letih, Cirk dibawa ke hospital dan kisah itu ditayangkan menerusi stesen TV tempatan akhirnya ‘membawa’ wanita tempatan itu datang menemuinya.

Zhang menjelaskan bahawa Cirk telah menghantar gambar yang menunjukkan lelaki itu berada di dalam kapal terbang tetapi Zhang tidak memahami maksud tentang gambar tersebut.

Menurut Zhang, mereka telah berjanji akan bertemu satu tahun lagi namun, Zhang terkejut dengan perilaku Cirk yang segera datang tanpa dijangka untuk berjumpa dengannya.

Ketika Cirk tiba di China, Zhang pula berada di luar kawasan melakukan urusan bisnis sehingga dia tiada masa untuk datang ke bandar berkenaan semula.

Zhang bagaimanapun mengaku dia tidak dapat mempertahankan hubungannya dengan Cirk ekali gus menyebabkan lelaki Belanda itu patah hati berasa dikecewakan, sebelum memilih untuk balik ke negaranya setelah sembuh. – MYNEWSHUB.CC

Belum Move On, Syazwan Zulkifly Masih Sayang Shenty

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON Syazwan Zulkifly, 29, mengakui dia mash menyayangi bekas teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan seorang pengacara, walaupun hubungan mereka sudah berakhir tahun lalu.

Menurut Syazwan, bukan mudah baginya untuk melupakan Shenty dan dia juga mengakui pernah menghantar mesej kepada Shenty untuk bertanya khabar.

“Cerita cinta kami memang telah berakhir tahun lalu tetapi itu bukan bermaksud saya boleh melupakannya dengan mudah.

“Ada masa-masa tertentu saya akan hantar mesej kepadanya hanya untuk bertanyakan khabar,” katanya kepada mStar Online.

Syazwan berkata, pengakuannya masih menyayangi Shenty bukan bererti dia mahu kembali ke pangkuan wanita berkenaan.

Sebelum ini, Shenty telah membuat satu laporan polis mendakwa dirinya telah dicederakan oleh Syazwan dan Syazwan dalam satu kenyataan lain pula enggan mengulas tentang perkara itu. – MYNEWSHUB.CC

Demi Cinta, Dia Dipermain 75 Lelaki Di 22 Negara

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

DEMI memikat cinta, seseorang itu rela melakukan apa sahaja. Begitulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang juga ibu tunggal dari Australia berusia 55 tahun.

Menurut Bambi Smyth, dia memberi alasan agak sukar untuk menjalinkan hubungan serius dengan lelaki di negaranya, menyebabkan wanita itu mengembara mengelilingi dunia untuk mencari teman baharu.

Anda mungkin tidak percaya, Bambi telah melawat 22 negara selama 81 hari. Dia mengaku telah menjalinkan hubungan intim dengan 75 lelaki yang berbeza-beza.

Perjalanan cintanya yang berbelah bahagi kerana jarang berlaku kepada wanita lain, namun dia sempat lagi menulis kisah tersebut dalam sebuah buku berjudul ‘Men on the Menu‘.

Bambi adalah seorang penulis profesional yang tidak malu mendedahkan kisah pengembaraan cintanya bermula kisah pertemuan dengan seorang lelaki dari Itali, jutawan Rusia, dan gigolo Sepanyol. -MYNEWSHUB.CC

Kahwin Bukan Kerana Cinta, Tetapi?…

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PERKAHWINAN merupakan perkara yang indah dan akan menjadi detik yang istimewa bagi setiap pasangan. Ada pelbagai alasan untuk mendirikan rumahtangga, salah satunya kerana cinta.

Tetapi, bukan semua orang berkahwin kerana cinta.

Ada yang mengatakan ramai pasangan yang bercerai kerana berkahwin bukan atas dasar cinta dan sering mengalami masalah perselisihan faham akibat tidak memahami antara satu sama lain.

Sebenarnya, apa lagi sebab yang mendorong seseorang itu berkahwin? Kami senaraikan empat sebab utama yang mungkin menjadi penyebab seseorang itu mendirikan rumah tangga.

1- Tekanan keluarga

Salah satu sebab utama seseorang membuat keputusan untuk berkahwin adalah kerana keluarga. Tuntutan dan desakan ibu bapa yang mahu anaknya berkahwin akan menyebabkan pasangan berkahwin secara terpaksa dan bukan cinta.

2- Takut kesepian

Ada individu yang tidak sanggup hidup sendiri tanpa peneman kerana bagi mereka, mempunyai pasangan adalah sangat penting. Mereka akan berkahwin kerana memerlukan pendamping untuk menjalani liku-liku kehidupan.

3- Bertanggungjawab atas tindakan

Ya, ada individu terpaksa berkahwin kerana tindakan yang telah dilakukan. Kahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana harus bertanggungjawab atas masalah yang dilakukan. Sebagai contoh, wanita tersebut sudah hamil terlebih dahulu.

4- Tekanan persekitaran dan kehidupan

Dalam bab ini, individu juga berkahwinan kerana kewajiban tuntutan agama, tradisi atau norma sosial. Keadaan persekitaran yang hanya dikelilingi oleh pasangan yang sudah berkahwin mungkin menjadi penyebab untuk seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Allwomenstalk

840 Kiub Rubik Demi Menawan Hati Gadis Pujaan, Malangnya..

in Hangat/Slider/Utama & Sensasi

SEORANG lelaki dari Shenyang, China terpaksa menanggung kekecewaan selepas usaha bersungguh-sungguhnya untuk menambat hati wanita pujaan tetap gagal.

Walaupun menunjukkan kesungguhan untuk memenangi hati wanita tersebut namun hasrat Tong Aonan, seorang mekanik berusia 27 tahun terbantut apabila wanita idamannya itu menolak lamaran menjadi teman wanitanya.

Bagi menghasilkan potret wanita itu, Tong menggunakan lebih 840 kiub rubik dan menyiapkannya dalam masa tiga hari tanpa mendapat tidur dan rehat secukupnya.

Ramai berkongsikan perasaan simpati dengan nasib Tong yang disifatkan sebagai tidak adil dalam dunia ini.

Seorang netizen menulis, “Bila anda tidak kaya, anda hanya perlukan rupa (untuk digilai ramai wanita). Tapi kalau anda tiada kedua-duanya, memang tiada wanita yang akan pandang.

“Jika Tong mempunyai rupa paras segak, pastinya hadiah ini akan diterima dengan senang hati oleh wanita tersebut. Wanita terlalu pentingkan penampilan luaran sahaja,” tulis seorang lagi netizen di laman sosial selepas kisah Tong menjadi viral baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

2

3 4

/>

Ummi Nazeera Tepis Gosip Cinta Zizan, Hanya Kawan Biasa

in Artis/Utama & Sensasi

PERNAH digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan.

Lapor sebuah portal berita, kedua-dua pelakon ini bertemu untuk membincangkan gosip yang tersebar itu. Malah selepas tersebarnya gosip itu Ummi Nazeerah dan Zizan Razak lebih berhati-hati untuk tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Ummi Nazeera Tepis Dakwaan Cinta Dengan Zizan

Menurut Ummi Nazeerah, 26; dalam pertemuan itu, pelakon dan pelawak Zizan Razak banyak menasihatinya agar tidak menghiraukan perkara berkenaan dan itu merupakan lumrah sebagai anak seni.

“Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

“Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain,” jelas Ummi kepada portal tersebut.

Lakonan aktres ini bersama Zizan dalam filem Angin Cinta menyebabkan tercetusnya gosip ini. Namun Ummi, 26 tidak menafikan selesa berkawan dengan Zizan.

Ummi Nazeera Tepis Dakwaan Cinta Dengan Zizan

“Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya.

“Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu,” jelasnya.

Tambah Ummi lagi kepada portal itu, dia masih belum fikir akan soal cinta dan baginya karier lakonannya adalah menjadi keutamaannya.

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” ujarnya. -MYNEWSHUB.CC

Mira Filzah Akui Masih Single, Belum Terfikir Soal Cinta

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON kecil molek Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, memberitahu dirinya masih belum berpunya dan buat masa ini belum terfikir untuk menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana individu.

Melalui ruangan Cik Pang di Metro Ahad, Mira juga mengakui semasa berada di alam universiti dia pernah berkawan rapat dengan seseorang tetapi kini tidak lagi berhubungan kerana lelaki itu sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Apabila Cik Pang bertanya, tidakkah dia berasa sunyi apabila tidak mempunyai teman lelaki sedangkan hampir semua rakan sebayanya sudah berpunyai? Atau Mira pernah dikecewakan sebelum ini, menyebabkan Mira lebih berhati-hati dalam menerima cinta daripada lelaki?” itu antara celoteh Cik Pang di ruangan tersebut.

Selepas diajukan soalan itu, Mira dilaporkan berkata ketika ini soal sunyi bukan satu masalah baginya kerana jadual kerja sekarang terlalu padat sehingga dia tidak terfikir soal cinta. – MYNEWSHUB.CC

Video: Kisah Benar Cinta Luar Biasa Menggunakan LEGO

in Gaya Hidup/Hangat/Utama & Sensasi

MENJALIN hubungan cinta bersama rakan sekerja ternyata merupakan keputusan ‘bodoh’ yang terbaik pernah dilakukan oleh animator terkenal, Kevin Ulrich sepanjang hidupnya.

Dalam satu video terbaharu yang di-post menerusi akaun Brotherhood Workshop di laman YouTube pada Isnin lalu, Ulrich telah mencipta semula kisah cinta di tempat kerjanya menggunakan LEGO.

Pengembaraan animasi itu menunjukkan Ulrich sedang diperkenalkan dengan seorang pekerja wanita baharu, Celina dan dia memutuskan untuk melakukan ‘kerja bodoh’ bersama-sama Celina.

Akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Video berdurasi 73 saat dihasilkan oleh Ulrich selama 70 jam dan ia berjaya mendokumenkan satu kisah cinta yang sangat luar biasa dengan kemunculan watak Gollum dari filem Lord Of the Rings. – MYNEWSHUB.CC

#Trending: Kerja Bodoh, Cium Ketiak BF Buktikan Cinta

in Gaya Hidup/Hangat/Slider/Utama & Sensasi

KALAU pun nak tunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada buah hati, banyak lagi cara boleh dipilih selain daripada mencium ketiak teman lelaki kononnya menjamin perjalanan manis menuju ‘relationship goal‘ yang bawa ke syurga.

Sedang trending di Indonesia, ramai gadis cetek akal sanggup mencium ketiak teman lelakinya semata-mata ingin membuktikan cinta sejati tanpa sempadan dan tergamak melakukan apa sahaja untuk kekal bersama selamanya.

Remaja di republik terbesar rantau Asia tenggara tersebut gigih melakukan adegan tersebut dan mereka dilihat seperti berebut untuk melakukannya demi mencapai ‘relationship goal‘ yang diidamkan.

Trend ini adalah kesinambungan daripada kegilaan sebelum ini iaitu bertukar-tukar gaya dan pakaian bersama-sama pasangan masing-masing.

iiiii

iiiiiooooo

Tidak dinafikan, banyak effort yang mereka lakukan demi beberapa likes di media sosial tanpa memikirkan konsekuensi yang bakal dihadapi beberapa tahun akan datang.

Bayangkan jika mereka putus cinta dan berkahwin dengan orang lain, apa akan terjadi jika gambar-gambar tersebut muncul kembali untuk menghantui mereka? Dan mungkin menjadi tatapan anak mereka?

lol

Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan darah haid bagi kaum wanita.

Dalam uji kaji tersebut, bau semula jadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu ialah bau peluh lelaki.

Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil.

Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Masa bercinta, bau ketiak pun wangi. Tunggu nanti apabila sudah kahwin, agak-agak berselera lagi tak nak tadah muka dekat situ? – MYNEWSHUB.CC

Letak Gambar Shah Rukh Khan, Realiti Negro – Polis

in Hangat/Jenayah

KUANTAN – Kesunyian merupakan antara faktor wanita di negara ini mudah terpengaruh dengan penipuan cinta siber sehingga mengalami kerugian wang ringgit yang begitu banyak, kata CP Datuk Hamza Taib.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu berkata kebanyakan mereka adalah golongan bekerjaya dan fasih berbahasa Inggeris yang memudahkan penjenayah terutamanya dari negara luar mengambil kesempatan.

“Penjenayah cinta siber ini sudah mempunyai skrip untuk mendekati wanita ini selain mereka (penjenayah) meletakkan gambar yang tampan dan gagah seperti Shah Rukh Khan, namun realitinya adalah Negro (warganegara Afrika),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Cherating yang baharu dekat sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang DCP Datuk Fatimah Ghazali.

Hamza mengulas laporan media semalam yang mengatakan kes jenayah cinta siber membabitkan wanita sebagai mangsa di negara ini semakin membimbangkan berikutan kes itu meningkat setiap tahun.

Pegawai penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah dipetik berkata sebanyak 1,646 kes jenayah siber dilaporkan membabitkan kerugian lebih RM56 juta pada tahun lepas.

Mengulas lanjut, Hamza berkata terdapat juga wanita yang sudah berumah tangga menjadi mangsa dalam kes jenayah penipuan cinta siber berkenaan.

“Jadi masyarakat negara ini kena sentiasa beringat-ingat dengan kegiatan love scam (penipuan cinta) ini. Jangan mudah sangat terpengaruh dengan semua ini yang akhirnya boleh mendatangkan kerugian yang banyak,” katanya.

Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatasi masalah itu, beliau berkata selain pelaksanaan kempen kesedaran, pasukan itu juga dilatih cara menangani pelbagai jenis jenayah siber.

“Sekarang fokus kita lebih kepada (menangani) jenayah siber kerana jenayah siber ini semakin meningkat. Bukan love scam ini sahaja, jenayah melibatkan ‘along’ pun banyak juga dalam (ruang) siber,” katanya.

Hamza berkata pihaknya mempunyai kepakaran dan kemudahan untuk mengesan penjenayah siber dengan efisien bagi mengheret mereka ke muka pengadilan. – BERNAMA

Siti Nordiana Jalin Hubungan Cinta Dengan Pengurus Sendiri?

in Artis

SITI Nordiana sehingga kini, masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perkara yang rancak diperkatakan di portal Astro, yang mendakwa dirinya sedang bercinta dengan pengurus sendiri.

Menurut sumber yang memberi maklumat kepada portal tersebut, hubungan antara Siti Nordiana bersama pengurusnya itu sudah lama terjalin sedangkan jika dilihat pada kenyataan Siti Nordiana, dia membayangkan bahawa dirinya masih belum mempunyai teman istimewa.

siti11

BACA: “Nana Tak Serik Untuk Berkahwin Tetapi…” -Siti Nordiana

JUGA: Siti Nordiana Tak Akan Terima Sebarang Lamaran Sekarang

JUGA: Anak Tidak Benarkan Siti Nordiana Kahwin Lagi

Jika benar, pasti Siti Nordiana akan menjelaskan apa sebenarnya hubungan terjalin antara dia dan pengurusnya itu bukan.

Pada masa sama peminat tentu akan mendoakan semoga penyanyi kesayangan mereka ini bertemu dengan teman hidup yang dapat membahagiakannya.

Suami Romantis Hadiahkan ‘Lautan’ Bunga Untuk Isteri Buta

in Gaya Hidup/Hangat

INI Toshiyuki Kuroki dan Yasuko Kuroki. Dahulunya mereka bekerja sebagai peladang tenusu di daerah Miyazaki di Jepun dan telah melayari bahtera perkahwinan selama 60 tahun.

Namun, selepasa 30 tahun berkahwin, Yasuko telah kehilangan penglihatannya setelah mengalami komplikasi yang berhubung kait dengan penyakit kencing manis dihidapinya.

Tragedi itu merupakan satu tamparan hebat buat pasangan tersebut: mereka telah menghabiskan masa muda mereka dengan menternak lembu-lembu tenusu di ladang serta menjaga tiga orang anak.

Maka cita-cita mereka untuk mengembara ke seluruh pelosok negara sesudah bersara telah hancur berkecai sama sekali.

Akibat terlalu sedih dan tidak boleh menerima nasib yang menimpanya, Yasuko bertindak untuk mengasingkan dirinya daripada dunia luar.

Kuroki-garden-Japan6-600x400
Ladang bunga shibazakura ini meraik ribuan pelancong setiap tahun.
Kuroki-garden-Japan-600x450
Cantik: Lautan merah jambu yang menghiasi perkarangan rumah Toshiyuki dan Yasuko.

Namun, suaminya mahu membuktikan bahawa kehidupan mereka tidak perlu berakhir meskipun isterinya sudah buta.

Lelaki tua itu terus teringat akan pokok bunga shibazakura yang ditanam di kebun mereka. Bunga berwarna merah jambu terang yang berbau harum dan amat cantik dipandang itu merupakan bunga kegemaran isterinya.

Dia fikir, mengapa tidak tanam sahaja bunga shibazakura itu di sekeliling kawasan rumah mereka seperti ladang bunga?

Lebih banyak bunga itu ditanam, lebih ramai pengunjung yang akan tertarik untuk singgah ke teratak mereka dan temankan isterinya.

Lagipun, haruman bunga itu amat menyenangkan isterinya.

Sejak daripada saat itu, suami penyayang itu terus berhenti menternak lembu tenusu dan menanam lebih banyak bunga shibazakura itu sehingga tumbuh melata dan persis lautan merah jambu di perkarangan rumahnya!

Kebun bunga unik ini dibuka untuk kunjungan ramai dan menarik perhatian ribuan pengunjung setiap tahun.

Tetapi, apa yang paling penting bagi Toshiyuki adalah, isterinya sudah kembali menguntumkan senyuman setelah bertahun-tahun meratapi nasibnya.

Pada kami, inilah kisah cinta paling ‘manis’ yang pernah kami jumpa setakat ini. Meskipun telah kehilangan salah satu pancainderanya, namun cinta Toshiyuki kepada isterinya tidak pernah luput.

Malah terus berkembang mekar, seperti bunga shibazakura yang ditanamnya. - MYNEWSHUB.CC

Teks: SARA KHALID

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=aVXpBqj67BY]

 

Dah Kahwin, Tapi Perangai Zaman Bujang Ada Lagi

in Gaya Hidup/Hangat

IBARAT lautan api sanggup aku renangi demimu wahai kekasih hati. Masa bercinta semuanya indah-indah belaka. Yang terkurang sana-sini pun sanggup dimaafkan.

Ungkapan cinta setiap hari dilafazkan. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena kerana rindu akan si jantung hati.

Namun, setelah melangkah ke alam baru, iaitu alam berumah tangga, tiada lagi ungkapan-ungkapan manis, kekurangan yang sedikit diperbesar-besarkan.

Sedarlah wahai insan yang bernama lelaki dan wanita bahawa perkahwinan itu datang dengan satu tanggungjawab yang besar, baik untuk si suami atau yang bergelar isteri.

Alam rumah tangga tidak sama sewaktu alam bercinta, cabaran dan dugaan yang datang juga berbeza-beza. Seandainya terdapat salah faham antara suami dan isteri, cubalah untuk selesaikan secara baik dan harmoni.

Dugaan dan cabaran yang hadir merupakan asam garam dalam rumah tangga yang akan menambah dan merancakkan lagi keharmonian perkahwinan.

Di samping untuk mendidik masing-masing untuk menjadi yang terbaik.

Ikuti luahan seorang wanita yang juga isteri melalui laman ‘Facebook’nya, merasakan suaminya tidak berlaku adil terhadap dirinya kerana lebih mementingkan kawan-kawan.

Capture

 

Capture 2

Ramai dalam kalangan wanita bersetuju dengan pendapat dan luahannya, kenyataan yang dikeluarkan hampir mendapat 1 ribu perkongsian. Rata-ratanya adalah kaum Hawa.

Capture 3

Walau apa pun, baik di pihak lelaki mahupun wanita, tanggungjawab seharusnya dipikul bersama. Jangan biar ada pihak yang merasa tersinggung dek perbuatan kita itu.

Kerana masalah yang timbul walau sekecil zarah sekali pun, seandainya tidak ditangani dengan baik dan bijaksana akan membawa kepada keburukan seperti perceraian.

Sesungguhnya, Allah tidak suka akan perceraian. Ia diibaratkan seperti meruntuhkan masjid yang telah dibina.

Nasihat Mynewshub untuk kaum Adam, jagalah hati isteri anda kerana apa yang diluahkan itu ada benarnya. Fikir-fikirkan. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=guDHnNWezzU]

Nelydia Nafi Bercinta Semula, Sedang Buat Persiapan Kahwin

in Artis

PELAKON Nelydia Senrose tampil menjelaskan bahawa khabar mengatakan dia dan bekas kekasih Qi Razali sedang merancang berkahwin pada tahun ini, tidak benar.

“Kami tidak pernah bermusuh walaupun sudah putus, hubungan kami masih baik dan sesekali kami masih berhubung berkenaan hal kerja, dan tidak lebih dari itu.

“Namun, saya tak mahu mengulas terlalu banyak soal ini kerana saya pun tak tahu apa akan jadi pada masa depan nanti,” jelasnya kepada sebuah akhbar tempatan.

BACA:  Sudah Jumpa Keluarga Nelydia, Qi Razali Buat Persiapan Kahwin

BACA JUGA: Putus Cinta: Nelydia Tidak Bermusuh Dengan Qi

Nelydia berkata jika benar dia akan berkahwin, tentu dia sedang sibuk menyiapkan persediaan majlisnya itu.

“Kalau betul saya dah nak kahwin, tentu sekarang saya sedang sibuk buat persiapan tapi kini saya sering berada di lokasi penggambaran,” katanya.

Nelydia juga tidak mahu mengulas lanjut kisahnya dan Qi Razali walaupun sebelum ini hampir tiga tahun mereka bergelar kekasih.

Tiada sumber yang dapat memastikan punca keretakan hubungan mereka, tetapi gossip mengenai perkara itu bermula apabila kedua dua selebriti ini meluahkan perasaan di media sosial yang segera dihidu oleh peminat.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_MItdgHag9M]

Demi Cinta Lelaki Sanggup Kayuh Basikal Dari India Ke Sweden

in Gaya Hidup/Hangat

CHARLOTTE Von Schedvin adalah seorang wanita yang menarik, dengan rambut perang, bermata biru dan berasal dari keturunan bangsawan di Sweden.

Manakala PK Mahanan pula adalah penuntut aliran seni yang miskin dan berasal dari timur India. Mereka bertemu pada 1975 di Delhi apabila Charlotte meminta PK melukis gambarnya.

Pertemuan itu telah membawa PK menunggang basikal sejauh 3,600 kilometer dari India ke Sweden, semata-mata untuk bersama-sama wanita berkenaan.

Perjalanan PK mengambil masa selama empat bulan dan merentasi lapan buah negara.

Kisah mereka telah dikongsi dalam Facebook. Selepas 40 tahun, pasangan itu kini sudah mempunyai dua orang anak iaitu Sid dan Emelie.

Menurut PK, dia dilahirkan dalam keluarga miskin hinggakan dia akan dibaling batu sekiranya menghampiri kuil.

“Saya tidak akan lupa saat itu. Saya lebih hina daripada anjing dan lembu,’’ katanya.

16

Dengan hanya menaiki basikal, PK menceritakan bagaimana dia meninggalkan Delhi cuma bawa AS$80 sahaja namun sebaik tiba di Sweden, dia ada wang kira-kira AS$800 hasil lukisan yang dijualnya di sepanjang perjalanan itu.

PK tiba di Boras pada 28 Mei 1977. Bersama-sama dengan Charlotte, PK meneruskan kerjaya dalam bidang seni manakala isterinya pula menjadi guru muzik. Mereka menawarkan biasiswa kebudayaan kepada golongan Dalit.

Dua tahun lalu PK telah dianugerahkan ijazah kedoktoran dari universiti tempatan dan pada 2005, beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Nobel Keamanan.

Pada 1997, apabila bencana banjir menghalang PK daripada kembali ke kampungnya, namun kerajaan tempatan di India telah menyediakan helikopter kepadanya.

“Saya mendarat di padang sekolah lama saya,’’ katanya sambil tersenyum.

Jelas PK, cinta telah memberikan kuasa kepadanya untuk memaafkan mereka yang telah membaling batu kepadanya sebelum ini. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]arlFZzUCo1g[/wpdevart_youtube]

Siti Saleha Akui Putus Cinta, Ingin Tumpu Kepada Kerjaya

in Artis

PELAKON jelita, Siti Saleha yang sudah berusaha untuk menyelamatkan hubungan cintanya bersama seorang lelaki warga Portugal baru-baru ini mengakui bahawa hubungan itu sebenarnya sudah berakhir pada bulan Oktober tahun lalu.

“Saya sudah berusaha menyelamatkan hubungan kami tapi nampaknya perpisahan adalah jalan yang terbaik.

“Nampaknya, kami memang tiada jodoh. Saya terpaksa mengakhiri hubungan yang berlangsung selama setahun itu kerana tiada persefahaman lagi”

“Tidak perlulah saya komen lebih-lebih kenapa kami putus kenapa kami putus kerana biarlah ia menjadi cerita peribadi saja.

“Buat masa ini, kami juga putuskan untuk membawa haluan dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan

Berikutan kejadian itu, azam tahun 2016 pelakon ini adalah menumpukan perhatian dalam bidang lakonannya sekaligus ingin memperkuatkan lagi kedudukannya di industri hiburan.

Oleh: KikiLala

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Chx4DWnhn-M]

Johan As’ari Akui Dirinya Sedang Dilamun Cinta?

in Artis

JOHAN As’ari yang sebelum ini dikaitkan bersama Nabila Huda dan Lana Nordin mengakui bahawa dirinya kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang wanita yang merupakan kenalannya yang sudah lama.

“Ya, saya sedang berkawan rapat dengan seorang pelakon wanita ini. Saya tidak boleh memberitahu siapa.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang lembut peribadinya dan kami serasi apabila keluar bersama”

“Kami sering melakukan aktiviti seperti bermain luncur ais dan menonton wayang. Setakat ini, kami selesa berkawan rapat biarpun tidak pernah berlakon sama,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Juga berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan dan berharap bakal isterinya itu mampu menjaga dan membahagiakan dirinya serta kedua-dua ibu bapanya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=QNEto27SXlU]

“Cinta Tanpa Diundang” ..Rita Rudaini Dilamun Cinta?

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON jelita, Rita Rudaini memuat naik gambar dengan kapsyen “Cinta Tanpa Diundang” di akaun Instagram miliknya sekali gus memberi ‘hint’ dia sedang dilamun cinta.

Peminat Rita rata-ratanya memberikan komen positif serta mendoakan yang terbaik untuknya.

Perkara ini menjadi lebih kukuh apabila, salah seorang ahli keluarga Rita yang dikenali sebagai Cik Ala turut memberikan komen, “Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena adik kami ni. Nampaknya hati sedang berbunga-bunga” seakan-akan mengesahkan bahawa pelakon itu sedang dilamun cinta.

Walau bagaimanapun Rita berkata buat masa sekarang, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen berkaitan perkara itu. Rita juga berkata, akan berkongsi kisah ini apabila tiba masanya.

“Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=thmjCA4u_9o&w=560&h=315]

Zul Ariffin Akui Sudah Putus Cinta Dengan Gayatri

in Artis

RAMAI yang sudah mengesyaki bahawa hubungan Zul Ariffin bersama Gayatri mungkin sudah berakhir setelah beberapa gambar pelakon lelaki tersebut bersama Zahirah MacWilson tersebar di laman sosial.

Akhirnya Zul Ariffin tampil menjelaskan status sebenar hubungannya bersama penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai. Zul memberitahu bahawa, hubungan mereka telah lama berakhir.

“Kami sudah lama tak ada apa-apa hubungan dan masing-masing pun dah move-on,” kata Zul.

Zul juga memberitahu bahawa hubungannya dengan Zahiran MacWilson baru sahaja berputik dan mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Kami masih baru. Baru nak rapat dengan satu sama lain. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih lagi buat masa ini.

“Saya tak marah tentang orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu,” kata Zul lagi.

Apa-apa pun, moga hubungan kali ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.

– MYNEWSHUB.CC

Neelofa: Keinginan Rasa Nak Bercinta Dah Hilang

in Artis

SEJAK putus cinta dengan Hans Isaac dua tahun lalu, nama Neelofa tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Dirinya kini lebih dilihat fokus kepada bidang pengacaraan dan perniagaan yang diusahakannya sejak beberapa tahun lalu.

Mengakui masih solo, Neelofa mengatakan dia tidak mempunyai keinginan untuk bercinta seperti mana individu lain di luar sana.

Memetik laporan Berita Harian, Neelofa berkata, “Hati saya belum dimiliki dan saya juga belum menemui sesiapa. Keinginan untuk bercinta itu belum tumbuh, apatah lagi merancang lebih jauh iaitu berumah tangga. Saya tidak menyesali takdir yang tertulis, cuma ketika ini, saya tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan sesiapa.

“Keinginan untuk berkahwin juga sudah berarak jauh dari sudut hati. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan, ketika ini perasaan saya ke arah itu kosong. Itu kenyataannya hingga saya sentiasa berdoa supaya Allah hadirkan kembali ‘rasa’ yang sudah lama hilang,” ujarnya lagi.

Usah gusar Neelofa, ajal, maut, jodoh, pertemuan itu semua kerjaNya.

InsyaAllah, time tidak mencari-cari itulah nanti akan terjumpa dengan lelaki yang berjaya menimbulkan kembali ‘rasa’ cinta yang ingin dicari kembali oleh selebriti berusia 26 tahun itu.

Apa-apa pun semoga Neelofa terus sukses baik dari segi kerjaya dan juga kehidupan peribadinya. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

Awek Minta ‘Break’ Kerana Gilakan ‘Relationship Goals’

in Utama & Sensasi

ENTAH sejak bila, fenomena ‘relationship goals’ tiba-tiba melanda para gadis seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kononnya, mengharapkan kisah cinta sempurna bak seindah kayangan dengan kehadiran ‘prince charming’ yang romantis.

Semuanya gara-gara tabiat anak muda yang suka menunjuk kehebatan dan kesenangan hidup di laman sosial sehingga menyebabkan ramai gadis terpengaruh lalu mengimpikan sesuatu yang tidak rasional.

Sebagai contoh, mengharapkan teman lelaki menghadiahkan itu ini, memberi layanan romantis dan bermacam-macam lagi.

Sedangkan realitinya, tidak semua lelaki berkemampuan untuk menunaikan impian kekasih hati yang gilakan ‘relationship goals’ ini. Lainlah kalau teman lelaki anda sememangnya kaya raya.

Senang cakap, golongan wanita yang gilakan ‘relationship goals’ ini sebenarnya materialistik dan penuh dengan angan-angan kosong seperti ‘Mat Jenin’.

Akibat sikap ‘hidup segan mati tidak mahu’ ini jugalah, menjadi punca ramai wanita menjadi andartu.

Barangkali, kisah lelaki yang telah putus bersama teman wanitanya ini boleh dijadikan pengajaran buat semua wanita di luar sana agar berpijak di bumi yang nyata.

2_1
unnamed (3)

Menerusi perbualan lelaki ini dan rakannya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap teman wanitanya yang berangan mahukan lelaki kaya dan boleh berikan segala-galanya.

Berikutan itu, lelaki ini berharap agar dipertemukan wanita bergelar isteri yang boleh mengharungi susah senang hidup bersamanya.

Semoga luahan pilu lelaki ini sedikit sebanyak dapat mengubah sikap wanita agar tidak terlalu mengejar ‘relationship goals’.

Ketahuilah, nenek moyang dan ibu bapa kita sampai kini masih bahagia bersama tanpa mengenal apa itu ‘relationship goals’. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=GyLT97Q3F8M

Kisah Cinta ‘Perigi Cari Timba’, Bawa Ke Jinjang Pelamin

in Hangat/Slider/Utama & Sensasi

PERBUATAN melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri bukanlah perkara asing yang dilakukan seorang lelaki apabila telah bersedia untuk bergelar suami.

Namun, apabila ia dilakukan sebaliknya, pasti si wanita dilabelkan dengan istilah ‘perigi mencari timba’.

Ekoran takut dilabel sedemikian juga menjadi punca  ramai golongan hawa memegang kuat prinsip ungkapan itu kononnya demi menjaga air muka dan maruah mereka sebagai seorang wanita.

BACA JUGA: 

Suami Isteri Teruja Sama-Sama Diterima Masuk UUM

Bagaimanapun, zaman sudah berubah. Kaum Hawa hari ini sudah mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama kaum Adam menguruskan kerjaya masing-masing.

Boleh dikatakan, ungkapan atau istilah ‘perigi mencari timba’ ini sudah tidak logik untuk diamal atau dipegang.

Realitinya, jika ada kemahuan dan keinginan terhadap sesuatu, mengapa tidak kita jayakan? Mengapa harus dicipta 1001 alasan menghalang sesuatu impian?

Apatah lagi, memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

Jika diimbas pada sejarah, Siti Khadijah sendiri melamar Nabi Muhammad SAW untuk disatukan selepas terpikat  dengan keperibadian baginda.

Justeru, usah menanti lama apa menyentuh perihal jodoh. Jika ada lelaki yang anda sukai dan yakin boleh membahagiakan anda, tidak salah untuk anda memulakan langkah awal.

Seorang wanita yang baru bergelar isteri, Nur Mujahidah Asri turut mendedahkan kisah cinta ‘ perigi mencari timba’ yang dialaminya bersama suaminya.

Ternyata usaha beraninya suatu ketika dahulu mendatangkan hasil, apabila lelaki yang kini menjadi suaminya, Syed Muaz turut menyukainya dalam diam setelah sekian lama.

 

unnamed (1)

“Kalau orang tanya, saya tak kisah jawab dengan konfien ‘Haah, 5 tahun lepas saya yang start nak kenal-kenal interview dia dulu (a.k.a. ngorat.. Hahaha)’. Mungkin orang cakap ‘kau ni macam perigi cari timba. Tapi rupa-rupanya lepas dah lama kenal, baru tahu cerita, timba dah lama berkenan dekat pergi, sebelum perigi cari timba,” tulisnya Mujahidah, 23, yang kini bahagia bersama suaminya.

Justeru, ini tidak salah dan bukanlah perkara janggal bagi seseorang untuk memulakan sesuatu usaha terlebih dahulu. Apa yang penting, usaha, tawakal dan berdoa.

Semoga berbahagia buat Mujahidah dan suaminya. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Kumpul Duit Syiling Beli Cincin Berlian Kekasih

in Hangat

SEMEMANGNYA benar cinta itu tiada sempadan dan sesiapa sahaja sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar cinta masing-masing.

Seorang lelaki di China ini juga membuktikan bahawa tiada yang dapat menghalang cintanya walaupun tidak mempunyai harta benda sekaya orang lain.

Menurut sumber, Liang Liang yang berusia 30 tahun dikatakan sanggup membawa duit syiling seberat 150 kilogram dengan menggunakan basikal roda tiga miliknya ke kedai barangan kemas di Fuyang.

Di situ dia dilaporkan membeli sebentuk cincin berlian istimewa untuk kekasihnya.

Liang berjanji untuk melamar kekasihnya sejak kecil lagi malah memegang janji itu sehingga ke hari ini dan akhirnya berjaya melamar wanita itu.

Duit syiling yang dibawa Liang itu bernilai lebih RM7,000 sekali gus membolehkannya membeli cincin permata untuk buat buah hatinya itu.

WM1

Pekerja kedai tersebut menghabiskan separuh daripada hari mereka untuk mengira nilai duit syiling yang dibawa Liang bagi membuat pengesahan.

Bahkan pemilik kedai tersebut dikatakan telah mempamerkan duit syiling itu di situ bagi membuktikan wujudnya cinta sebenar yang tulus. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Lelaki Terburuk Di Uganda, Miliki 8 Orang Anak

in Hangat

BUKTI paras rupa bukan pengukur untuk menjalinkan cinta serta menyulam kasih sayang.

Seorang bekas tukang kasut ini digelar dan terkenal sebagai lelaki terburuk di Uganda kerana memliki wajah yang pelik.

Walaupun Godfrey Baguma, 47, memiliki wajah buruk dan menakutkan akibat menderita penyakit ganjil yang tiada ubatnya, dia kini baru sahaja menyambut kelahiran anak yang kelapan bersama isterinya, Kate Namanda, 30.

Sebelum berkahwin dengan Kate, Godfrey memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya namun berakhir selepas dia mendapati isteri pertamanya itu curang dengan lelaki lain.

Bercakap mengenai cintanya terhadap Kate, Godfrey memberitahu dia tinggal bersama Kate selama 4 tahun sebelum orang disekelilingnya tahu di mana dia berada.

“Saya tidak mahu mereka tengok saya sehingga kami ada anak kerana sudah pasti mereka akan menyuruh Kate tinggalkan saya.

“Dia tinggalkan saya ketika dia hamil 6 bulan tetapi dia kemudiannya mula menerima takdir dan kembali kepada saya 2 bulan selepas itu,” katanya kepada sumber.

amarula4.jpg

“Saya memberitahunya, saya tidak pilih untuk kelihatan seperti ini dan sekiranya saya membebankan, Kate bebas untuk pergi meninggalkan saya,” tambahnya.

Selepas dikurniakan anak pertama pada tahun 2008, pasangan itu memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013 dan kini mereka dianugerahkan 6 orang cahaya mata.

Teguh dengan pendirian dan percaya bahawa cintanya terhadap Godfrey adalah telus, Kate beritahu dia tidak pedulikan apa yang diperkatakan orang lain.

“Apabila kamu sudah temui lelaki yang tepat untuk diri kamu, pedulikan apa yang orang kata. Ikut kata hati anda kerana duit serta paras rupa bukan satu masalah,” kata Kate.

Godfrey yang juga terkenal dengan nama Ssesabi kini memperolehi pendapatan hasil daripada penampilannya dalam bidang nyanyian serta ‘stand-up‘ komedi olehnya.

Jadi, kisah cinta mereka ini sememangnya wajar dijadikan contoh kerana mereka jelas sekali tidak pentingkan paras rupa, cukup hasil punca rezeki yang halal yang boleh menampung keluarga dan apa yang penting cinta mereka telus. – MYNEWSHUB.CC

Saksikan aksi Godfrey melalui video di bawah.

Sumber: Metro UK

FOTO: Lelaki Ini Jatuh Cinta, Hidup Bersama Patung Silikon

in Hangat

SEORANG jurugambar dari Jerman yang dikenali sebagai Sandra Hoyn mengejutkan ramai dengan beberapa siri foto yang berjaya mendedahkan kisah seorang lelaki yang hidup bersama patung silikon.

Apa yang menariknya, lelaki yang dikenali sebagai Dirk itu menganggap patung silikonnya adalah kekasih sehidup semati dan bukan hanya mainan seks semata-mata.

Menurut Dirk, patung yang diberi nama Jenny itu sebenarnya mempunyai emosi, boleh berkata-kata dan mendengar.

Mungkin kedengaran aneh, namun Dirk mendakwa kehadiran Jenny telah merubah hidupnya menjadi lebih bahagia dan ceria sejak empat tahun lalu.

Malah, Dirk dikatakan menjaga Jenny dengan begitu rapi seolah-olah melayan manusia sebenar seperti menyikat, memandikan, dan termasuk mengurut kaki Jenny.

Ini antara gambar yang dikongsi Sandra Hoyn mengenai kehidupan unik Dirk dan Jenny. – MYNEWSHUB.CC

mynewshub.cc 10425121_1005081819505912_480420159616627093_n 10432157_1019911841356243_1978585375778093980_n Jennys Seele Jennys Seele 11052446_1132990463381713_4340287259501373815_n Jennys Seele Jennys Seele Jennys SeeleJennys Seele

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=rdC4CeKaGGU

Cinta Sejati Warga Emas Di China Yang Menyentuh Hati..

in Terkini

Nanning (China) – Sepasang suami isteri mengotakan apa yang mereka ikrarkan ketika melangsungkan perkahwinan 55 tahun lalu – untuk bersama ketika susah dan senang.

Wanita berkenaan, Wei Guiyi, 76, memimpin suaminya yang buta, Huang Funeng, 80, berjalan sekeliling pekan kecil tempat mereka tinggal di selatan China, dengan mengguna buluh.

Perkara itu dilakukan sejak 30 tahun lalu selepas suaminya hilang penglihatan.

Walaupun dia sendiri berdepan dengan penyakit osteoporosis, pesara itu tidak pernah merungut mengenai nasib mereka.

Malah, katanya, dia sentiasa tidak sabar menanti hari esok untuk menjalankan tugas menjaga suaminya.

Kisah dan imej pasangan itu berjalan di sekitar daerah Donglan di wilayah Guangxi dicop sebagai ‘imej cinta sejati’ selepas ia tersebar di media sosial.

Wei menjadi ‘mata’ kepada kedua-duanya apabila Huang dijangkiti masalah penglihatan sehingga menyebabkan dia buta pada 1985.

Huang hanya mengikuti isterinya yang bongkok dengan memegang buluh itu setiap kali mereka keluar rumah.

Mereka berkahwin 55 tahun lalu ketika berusia 20-an, tetapi tidak dikurniakan anak.

Pada hari perkahwinan mereka, pasangan itu berjanji akan menjaga satu sama lain sehingga ke hujung hayat.

Huang memberitahu isterinya: “Saya akan menjaga anda sepanjang hidup anda.”

Wei pula berkata: “Saya akan bergantung kepada anda selama-lamanya.”

Menurut Wei, dia akan menceritakan kepada suaminya mengenai apa yang dilihat dan dihadapi setiap kali dia membawanya berjalan.

“Kami bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan ini. Kami akan sentiasa bersama. Saya menjadi matanya dan dia adalah segala-galanya bagi saya.” katanya. – Agensi

Go to Top