Laman Utama Tags Posts tagged with "vivian"

vivian

0 1169

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap blogger kontroversi Alvin Tan selepas dia gagal mengembalikan pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan kepadanya bagi tujuan penggambaran di Singapura.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan, tidak hadir di mahkamah hari ini dan gagal mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah sebelum 4 Jun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali memaklumkan mengenai tertuduh mengingkari perintah mahkamah supaya pasportnya dikembalikan dan pihak pendakwaan memohon waran tangkap tanpa jaminan dikeluarkan terhadap tertuduh.

“Tertuduh telah memohon kepada mahkamah supaya pasport itu diserahkan sementara kepadanya pada 18 Mei lalu dan akan mengembalikan pasport itu sebelum 4 Jun, namun dia gagal berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu peguam Chong Joo Tian, yang mewakili Tan tidak membantah permohonan pendakwaan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap anak guamnya kerana beliau sendiri tidak dapat menghubunginya.

Hanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang dituduh bersama Tan, memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lepas. Prosiding hari ini hanya dihadiri Lee, 25.

Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Mei lepas, Tan dan Lee memperoleh pasport antarabangsa mereka bagi membolehkan mereka menjalani penggambaran dokumentari di Singapura bagi tempoh 18 Mei hingga 3 Jun lepas.

Dalam pada itu, Chong ketika ditanya pemberita mengenai penggambaran membabitkan pasangan itu di Singapura hanya menjawab, “penggambaran itu ditangguhkan”, sebelum beredar meninggalkan mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Tan dan Lee, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian-Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, mengikut Akta Hasutan 1948.

Ia mengandungi gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan !!!)’ yang mengandungi  logo halal antara 11 dan 12 Julai tahun lepas di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.

Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai tahun lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

Pada 23 April lepas pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan di Mahkamah Rayuan pada 21 April lepas yang menggugurkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi Tan dan Lee mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan. – BERNAMA

0 223

BARU-BARU ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.

Jika ditafsir secara ‘direct’, ia terang-terangan menunjukkan pasangan itu adalah penyokong BN.

Sekaligus membuatkan masyarakat merasa jelik dengan parti itu kerana didokong oleh manusia seperti Alvin dan Vivian!

Tetapi sebenarnya bukan payah untuk ‘menafsir’ tindakan mereka berdua.

Apa yang kita lihat itu hanya ‘yang tersurat’ tetapi sebaliknya ada maksud ‘yang tersirat’.

Mereka berdua tahu, tindakan sebegini akan menimbulkan perasaan marah bukan saja pada mereka tetapi juga pada parti BN itu sendiri.

Kita tahu betapa marahnya Alvin dan Vivian kepada kerajaan kerana telah mengutuk perbuatan mereka melakonkan adegan seks sebelum memuatnaik ke dalam akaun You Tube tidak lama dulu

BARU-BARU ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).  Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.

Kita tahu Alvin dan Vivian marah dengan kerajaan bila sesi temuramah mereka dengan sebuah stesen radio tempatan  telah ‘disekat’ oleh kerajaan.

Blogger-Seks-Alvin-Dan-Vivian-Dilayan-Bagai-Selebriti-1

Dan yang lebih kita tahu, mereka berdua SANGAT BERDENDAM dengan kerajaan sedia ada yang diterajui oleh BN ini.

Jadi salah satu cara untuk membalas rasa ‘dendam’ itu sudah tentu melalui tindakan sabotaj sebegini.

Yang pasti mereka berdua akhirnya telah meminta maaf seperti yang mereka tulis dalam FB mereka.

alvian

 

Sejauh mana ‘keikhlasan’ permohonan maaf itu tidaklah kita tahu.

Yang pasti mereka telah berjaya membalas dendam dan amarah mereka dengan cara yang sangat jijik ini.

Malangnya mereka boleh tipu semua orang, tetapi mereka lupa bukan semua orang boleh tertipu dengan mereka, CHECKMATE! – Mynewshub.my

 

 

 

viagra falls band, amoxicillin dosage 500 mg, levitra vs cialis vs viagra