Laman Utama Terkini PAS Resah Video Seks Jadi Bahan Kempen PRU13

PAS Resah Video Seks Jadi Bahan Kempen PRU13

0 72

KUALA LUMPUR – Isu moral yang dihadapi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata meresahkan parti-parti pembangkang dibawah gabungan pakatan pembangkang yang akan bersaing dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Keresahan itu boleh dilihat apabila parti PAS yang juga sekutu PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan isu moral dihadapi ketua pembangkang itu tidak dibangkitkan dalam kempen Barisan Nasional (BN).

“Perdana Menteri perlu memastikan tiada provokasi melampau, serangan peribadi, memfitnah, video lucah dengan tujuan mengaibkan dilakukan semasa kempen PRU13,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd. Nor melalui satu kenyataan media hari ini.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali sebelum ini pernah mendedahkan pelbagai isu moral yang dihadapi Anwar merupakan satu `beban’ yang terpaksa dipikul PAS dalam berhadapan PRU13.

Hasan turut menasihati PAS supaya meninggalkan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar jika mahu memastikan peluang yang lebih cerah buat parti itu memenangi PRU13.

Riduan seterusnya meminta Perdana Menteri memberi ruang kepada rakyat kononnya untuk mendapat maklumat secara adil dan benar melalui sesi penerangan secara terbuka.

Beliau meminta Najib memberi jaminan bahawa media dibenarkan membuat liputan dengan adil dan bebas dengan semua pihak diberikan peluang berkempen dengan masa yang sama dan telah ditetapkan. – mynewshub.my