MyNewsHub

Bangsa Jepun Pupus Dalam 1,000 Tahun Lagi
Penduduk Jepun diramal akan pupus 1,000 tahun akan datang.

Jangkaan itu dibuat oleh ahli akademik lantaran dari purata bayi hingga kanak-kanak berusia 14 tahun di negara itu mencapai 16.6 juta dan semakin merosot pada kadar seorang setiap 100 saat.

“Jika angka kelahiran terus menurun, makan sambutan Hari Anak pada 5 Mei 3011 hanya akan dirayakan oleh seorang anak sahaja. Selepas 100 saat kemudian, tidak akan ada lagi kanak-kanak”, kata Hiroshi Yoshida, professor ekonomi di Universiti Tohoku.

Yoshida berkata, sejak tahun 1975, graf angka kelahiran negara matahari terbit itu terus menjunam apabila kadar kesuburan di Jepun merosot hingga di bawah dua orang anak bagi setiap wanita.

Kerajaan Jepun menganggarkan kadar kelahiran akan mencapai 1.35 anak setiap wanita dalam tempoh 50 tahun dan kadar ini berada jauh di bawah kadar sihat. Maka, jumlah warga tua pula akan meningkat.

Lantaran itu, hal ini merumitkan lagi kerajaan Jepun apabila terpaksa menyediakan dana persaraan dalam jumlah yang besar, sementara golongan produktif terus berkurangan.

Selain itu, perkara ini juga boleh diukur melalui permintaan serta hasil penjualan lampin dewasa yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan lampin bayi. Angka ini dikeluarkan oleh Unicharm yang mengeluarkan lampin dewasa sejak 1987.

Hal ini di perkukuhkan lagi dengan kadar jangka hayat di Jepun adalah tertinggi di dunia. Kadar ini akan terus meningkat dari 86.39 tahun pada 2010 kepada 90.93 tahun pada 2060 bagi wanita dan 79.64 tahun ke 84.19 tahun bagi lelaki.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: Daily Mail

Lucu: Budak Marah Nyanyian Kena Rakam
Tengok kepada tajuk, mungkin tiada apa-apa yang menarik.

Tetapi, jika menonton video ini dari awal sehingga akhir, pastinya akan membuatkan anda tak kering gusi menyaksikan aksi si kecil yang comel ini begitu semangat menyanyi.

Cuma, nyanyiannya, tidaklah penulis ketahui maksud dan butir-butir liriknya. Hanya kanak-kanak itu sahaja yang mengerti.

Yang paling comel, kanak-kanak itu memarahi si perakam selepas mengetahui perbuatannya yang begitu asyik melontarkan suara sedang dirakam.

Selepas itu, dia kembali menyambung nyanyiannya.

Sedang asyik menyanyi dan ‘sakan’ nak marah, tiba-tiba terjatuh pula! Kasihan si kecil itu.

<object width="420" height="315" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/VRcMu3-y1WU?version=3&hl=en_US&rel=0" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="420" height="315" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/VRcMu3-y1WU?version=3&hl=en_US&rel=0" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>

Oleh: NAIMAH SHAARI

Karnival Jom Masuk UM Mulai Esok
KUALA LUMPUR – Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan Karnival Jom Masuk UM pada 18 dan 19 Mei ini di Dewan Tunku Canselor UM di sini.

UM melalui satu kenyataan media memberitahu, karnival yang berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang tersebut bertujuan memperkenalkan IPS UM kepada masyarakat umum dan warga kampus.

“Karnival ini juga bertujuan mempromosikan program-program ijazah tinggi UM bagi pengambilan Sesi 2012/2013.

“Melalui karnival ini para pengunjung berpeluang memperolehi segala maklumat mengenai pelbagai program yang ditawarkan oleh setiap fakulti dengan lebih terperinci yang meliputi penerangan tentang program pengajian oleh wakil fakulti, pameran pendidikan dan sesi konsultansi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengunjung karnival yang mendaftar untuk kemasukan ke program ijazah tinggi akandikecualikan daripada membayar yuran proses pendaftaran berjumlah RM30 untuk calon tempatan dan USD50 untuk calon antarabangsa.

Kata kenyataan itu, Karnival Jom Masuk UM mensasarkan penyertaan pelajar tahun akhir dan juga orang awam yang ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi.

Tambah kenyataan itu, menjelang tahun 2020 UM mensasarkan nisbah pelajar ijazah tinggi dan pelajar ijazah dasar pada kadar 2:1.

“Sehingga kini UM mempunyai 11,152 orang pelajar ijazah tinggi termasuk 2,730 pelajar antarabangsa dari lebih 80 buah negara yang mengikuti pelbagai bidang pengajian,” kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

Kapal Tentera Laut Pakistan Lawat Malaysia
KUALA LUMPUR – Kapal Tentera Laut Pakistan, Pns Azmat yang merupakan kapal dari jenis `Fast Attack Craft (Missile)’ tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan semalam untuk lawatan operasi sehingga 19 Mei ini.

TLDM melalui satu kenyataan memberitahu, kapal perang yang dalam rangka lawatan operasi ke negara-negara Asia Tenggara tersebut sebelum ini telah mengadakan lawatan di Vietnam dan seterusnya akan meneruskan pelayaran ke Indonesia.

“Kapal yang baru memasuki inventori Tentera Laut Pakistan ini ditauliahkan pada 24 April lalu dan diketuai Komander Ahmed Hussain serta membawa krew seramai 78 orang.

“Ketibaan Pns Azmat di jeti operasi Pangkalan TLDM Tanjung Gelang disambut Penasihat Pertahanan Pakistan di Malaysia, Commodore Zahid Akram dan Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) serta beberapa orang pegawai kanan dari Markas itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Commodore Zahid Akram dan Komander Ahmed Hussain turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 1, Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

Jelas kenyataan itu, lawatan Pns Azmat ke Malaysia antara lain bertujuan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara terutama dalam aspek ketenteraan dan hubungan luar.

Tambah kenyataan itu, kehadiran kapal berkenaan juga membuktikan kemampuan pangkalan TLDM sebagai salah sebuah pangkalan terpenting di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mampu menerima kehadiran kapal tentera laut sama ada dari dalam atau luar negara bagi tujuan ulang bekal untuk pelayaran jarak jauh. – mynewshub.my

Cafe Rocket Tiada Permit, Mana Tindakan?
Satu lagi isu kepincangan kepimpinan kerajaan Selangor terbongkar – semuanya gara-gara kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkenaan kafe, ‘Rocket United Cafe’ di Petaling Jaya, Selangor.

Rupanya kafe ini dibuka tanpa sebarang permit perniagaan yang diluluskan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimana sesebuah premis perniagaan boleh beroperasi tanpa sebarang permit?

Menurut Tunku Aziz, perkara ini telah dipersoalkan beberapa kali, namun perkara ini tidak diendahkan.

“ Sebagai contoh, salah satu dari pemimpin utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), apabila ada ahli lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak ‘di bawah karpet’ dan tiada tindakan diambil.

“Walaupun orang mengatakan “oh, ini perkara kecil”, bagi saya, ia adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu sendiri,” katanya pada The Star baru-baru ini.

Ujar beliau, Pakatan Rakyat yang memimpin kerajaan Selangor serta sebahagian exco kerajaan negeri dari kalangan DAP tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya mendiamkan diri apabila isu ini dipersoalkan.

Kafe ini telah beroperasi semenjak Oktober 2009 dan terletak di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Adakah kerana kafe ini terletak di Selangor dan Exco berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah dari DAP, maka ia boleh dibiarkan beroperasi dengan sesuka hati?

Video: Bila Ferrari Merempuh Teksi
Kali ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video amatur yang menunjukkan kecuaian serta pemanduan yang tidak berhemat di jalan raya yang akhirnya membawa padah.

Sebuah Ferrari 599 GTO telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada awal pagi Sabtu lepas yang telah meragut tiga nyawa termasuk pemandu Ferrari itu sendiri.

Kemalangan ini berlaku di persimpangan antara Rochor Road dan Victoria Street di Singapura.

Selain itu, turut terlibat dalam kemalangan ini adalah sebuah teksi dan motosikal.

Lebih menyedihkan, Cheng Teck Hock, 52 yang merupakan pemandu teksi serta penumpangnya seorang wanita berusia 20 tahun mati akibat kemalangan ngeri itu.

Penumpang di dalam Ferrari tersebut telah mengalami kecederaan parah dan lelaki yang menunggang motosikal berjaya menyelamatkan diri.

Pemandu Ferrari, Ma Chi, 31 yang merupakan seorang ahli perniagaan dan pemandu teksi terbabit yang merupakan bapa kepada tiga orang anak yang masih bersekolah telah terperangkap di dalam kenderaan masing-masing dan mati sebelum paramedik berjaya mengeluarkan mereka.

Sementara itu, pihak polis masih lagi melakukan siasatan berkenaan dengan kejadian ini. Saksi kejadian menyatakan bahawa pemandu Ferrari berkenaan tidak mematuhi lampu isyarat merah lalu melanggar teksi berkenaan sebelum merempuh sebuah motosikal.

Justeru, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati, patuhilah peraturan di jalan raya dan hormat pengguna lain di jalan raya.

Sumber: www.straitstimes.com

Oleh: HARITS ASYRAF

<object width="560" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/HWECP9rF4HE?version=3&hl=en_US&rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/HWECP9rF4HE?version=3&hl=en_US&rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Tevez Takkan Minta Maaf Kepada Ferguson
PENYERANG Manchester City, Carlos Tevez berkeras untuk tidak meminta maaf kepada Alex Ferguson selepas dia dilihat memegang sepanduk replika nisan tertulis nama pengurus Manchester United itu sewaktu perarakan sambutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Nampak seperti Ferguson umpama Presiden England kerana setiap kali dia memburukkan pemain atau bercakap sesuatu yang tidak berasas terhadap saya, tiada siapa pun suruh dia tampil meminta maaf.

“Tapi apabila saya buat sesuatu yang lebih berbentuk gurauan, saya perlu pula minta maaf. Tapi kali ini saya tidak akan minta maaf,” kata Tevez sekembalinya ke Buenos Aires.

Penyerang Argentina berusia 28 tahun itu memegang sepanduk berbentuk nisan yang tertulis perkataan ‘RIP Fergie’ sewaktu berdiri di atas bas ketika perarakan trofi di bandar Manchester.

CIty kemudian mengeluarkan permohohan maaf secara rasmi kepada Ferguson dan mengkritik tindakan Tevez itu tetapi bagi pemain terbabit, dia yang mengambil sepanduk itu daripada penyokong langsung tidak berniat buruk.

“Ia satu penghormatan apabila kami bertiga dari Argentina (Tevez, Pablo Zabaleta dan Sergio Aguero) dapat membantu City muncul juara selepas pelbagai masalah yang kami hadapi di England,” jelas Tevez. – mynewshub.my

Manchester City Buru Ibrahimovic
MANCHESTER CITY mengorak langkah berani dengan cuba mengintai penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic yang dianggarkan bernilai £25 juta (RM123.7 juta).

Bagi merealisasikan perpindahan itu, pengurus City, Roberto Mancini dikatakan sedia menawarkan gaji sebanyak £300,000 (RM1.5 juta) seminggu kepada bintang dari Sweden itu.

Namun agak mengejutkan juga apabila Ibrahimovic, 30, tetap meminta supaya diberi sedikit masa untuk menimbangkan tawaran yang agak lumayan itu.

Ini merupakan kali kedua Mancini cuba membawa bekas penyerang Barcelona, Juventus dan Inter Milan itu ke Stadium Etihad, lantas cukup berharap ia berakhir dengan kejayaan kali ini.

Mancini pernah menandatangani Ibrahimovic dengan harga £22 juta (RM108.9 juta) pada 2006 ketika dia membimbing Inter.

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan..Siapakah dia?
Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad.

Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan di belakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Siapakah lelaki berjubah putih itu?

Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam.

(Petikan Facebook Islam Iman Ihsan)

*Video ini pada asalnya telah dimuat naik pada 28 Disember tahun lalu sebelum dimuat naik berulang kali oleh pelbagai pihak.

*Lelaki dalam jubah putih itu dikatakan ghaib selepas menyerahkan pemuda yang cedera itu kepada sekumpulan pemuda lain.

*Punyalah tenang lelaki itu berjalan keluar dari bangunan di sebelah jasah pemuda berkenaan, sesuatu yang mengasyik untuk ditonton berulang kali.

Brendan Rodgers Calon Utama Ganti Dalglish
SELEPAS pemecatan Kenny Dalglish sebagai pengurus Liverpool malam tadi, beberapa nama mula dikaitkan sebagai penggantinya termasuklah pengurus Swansea, Brendan Rodgers.

Pemilik Liverpool, John W Henry bakal terbang ke Britain untuk menemuduga beberapa calon tetapi Rodgers dianggap sebagai calon utama mengisi kerusi panas di Anfield itu.

Turut disebut-sebut sebagai calon pengurus baru Liverpool itu ialah Roberto Martinez (Wigan), Alan Pardew (Newcastle) serta bekas pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.

Malah nama bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez turut dikaitkan.

Pemecatan Dalglish lebih kepada kegagalan Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila mereka mengutip jumlah mata terendah dalam tempoh 50 tahun dengan sekadar menduduki tangga kelapan meskipun berjaya menjuarai Piala Liga.

“Sudah tentu saya kecewa dengan pencapaian kami dalam saingan liga tetapi saya tidak akan dapat menukar kejuaraan Piala Liga dengan apa sekali pun,” kata Dalglish. – mynewshub.my