Bukan Berita Online Biasa

Syura-Nafi-Bakal-Bercerai-Masih-Dalam-Perbincangan-Dengan-Keluarga-ROTIKAYA-700x525

Syura Akui Kini Bergelar Janda, Telah Dicerai Talak Dua

in Artis/Utama & Sensasi

TIDAK mahu terus berteka-teki dengan orang ramai mengenai statusnya kini, penyanyi Syura mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Mohd. Fadhly Md. Yassin dengan talak dua.

Menurut bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua ini, dia tidak memaklumkan hal tersebut kepada umum sebelum ini kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

Untitled

“Apatah lagi bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian.

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal.


“Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami,” katanya kepada BH Plus.

Pasangan ini dilaporkan sudah sah bercerai pada September lalu dan mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama.

Sementara itu, Syura tidak menolak jika dia dijodohkan bersama bekas suaminya kembali atau mana-mana lelaki lain. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=vJkFEhRAaj0]

Tags:

Terkini dari Artis

Go to Top