Bukan Berita Online Biasa

bmw

Video: Padah Langgar Lampu Merah, Avanza Rempuh BMW

in Hangat/myVideo

AKIBAT ingin mengejar lampu isyarat hijau di persimpangan jalan, seorang pemandu bakal mengalami kerugian besar apabila keretanya telah merempuh sebuah kereta mewah dalam sebuah kejadian yang berlaku di Melaka baru-baru ini.


Menerusi video yang kini giat diperkongsikan pengguna di media sosial, mangsa yang menggunakan kereta jenis BMW M4 pada mulanya sedang berhenti untuk menunggu pertukaran lampu isyarat di persimpangan jalan terbabit.


Padah langgar lampu merah, Avanza rempuh BMW oleh mynewshub

Setelah lampu isyarat bertukar kepada hijau, mangsa terus bergerak seperti biasa namun tidak sampai beberapa saat muncul sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza merempuh di bahagian sisi kirinya.

Ini bermakna lampu isyarat pada laluan Toyota Avanza tersebut telah pun bertukar merah dan kesalahan yang ditunjukkan oleh pemandu terbabit adalah jelas.

bmw2

‘Masak’ jugaklah pemandu Avanza tersebut kerana menurut carian harga kenderaan mangsa di halaman Mudah.com, kenderaan model BMW M4 F82 itu dianggarkan berharga sekitar RM568,000 ke RM615,000.

Apa-apa pun jika lampu isyarat tu dah berkelip jangan dikejar lagi, hentikanlah kenderaan anda, ingat ya pembaca semua.

Bila dah berlaku kejadian seperti ini… bukan diri je susah, orang lain pun susah.

Sekian, pesanan ringkas dari kami dan berhati-hatilah ketika memandu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

 

Terkini dari Hangat

Go to Top