MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


" Kita Wajib Percaya Pada Qada Dan Qadar Allah, " Kata Calon BN Yang Tewas

” Kita Wajib Percaya Pada Qada Dan Qadar Allah, ” Kata Calon BN Yang Tewas

    November 4, 2013




YAN – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan hati yang terbuka.

Katanya, beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera Barisan Nasional dan UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN

Bagaimanapun, katanya, sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah.

“Terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan terima kasih kepada jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras,” katanya.

DUN Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi.

Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi.

Mohd Azam memperoleh 12,069 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin.

Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

” Kita Wajib Percaya Pada Qada Dan Qadar Allah, ” Kata Calon BN Yang Tewashttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Ahmad_Sohaimi_Lazim_sungai_limau_0211s.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Ahmad_Sohaimi_Lazim_sungai_limau_0211s-150x150.jpg MyNewsHub PRK Sungai LimauUtama
YAN - Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan hati yang terbuka. Katanya, beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera Barisan Nasional dan UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN Bagaimanapun, katanya, sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah. “Terima...
YAN - Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan hati yang terbuka. Katanya, beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera Barisan Nasional dan UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN Bagaimanapun, katanya, sebagai orang Islam, kita wajib percaya pada qada dan qadar Allah. <strong>“Terima kasih kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan terima kasih kepada jentera parti yang bertungkus lumus dan bekerja keras,” katanya.</strong> DUN Sungai Limau kekal milik PAS apabila calonnya, Mohd Azam Abdul Samat diisytiharkan menang dengan majoriti 1,084 undi. Kemenangan PAS itu sekaligus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi berkenaan menerusi calonnya, Dr Ahmad Sohaimi Lazim apabila memperoleh 10,985 undi. Mohd Azam memperoleh 12,069 undi. Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman kira-kira pukul 8.50 malam Isnin. Bagaimanapun menerusi pilihan raya kecil ini, Ahmad Sohaimi memberi tentangan hebat kepada PAS apabila beliau berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperolehi PAS menerusi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • puiiiii

    alhamdulillah…. UPSI dpt balik seorang pengajar yg baik….

    Public CommentUseralhamdulillah.... UPSI dpt balik seorang pengajar yg baik....
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014