Monday, April 14, 2014


Kadar Pengangguran Pada Kadar 3.1 Peratus

Kadar Pengangguran Pada Kadar 3.1 Peratus

    October 25, 2013




PADA Bajet 2014 kali ini, kadar pengangguran akan berada pada kadar 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah pada 2 hingga 3 peratus.

Menurut tweet, Pejabat Media Perdana Menteri ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus untuk 2013 disokong pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 16.2 peratus (RM165 bilion).

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM264.2 bilion dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang kukuh, mengurangkan defisit fiskal, memakmurkan negara dan mensejahtera rakyat dalam proses Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi.

Ketika membentangkan bajet bertemakan ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ di Dewan Rakyat, perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata daripada jumlah itu, RM217.7 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM63.3 bilion dikhaskan untuk emolumen, RM36.6 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM114.5 diperuntuk kepada pemberian dan kenaan bayaran tetap, sejumlah RM1.4 bilion untuk pembelian aset dan baki RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.

Dari segi peruntukan pembangunan, sejumlah RM29 bilion disediakan untuk sektor ekonomi dan RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Sebanyak RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Najib berkata kutipan hasil tahun depan diunjurkan sebanyak RM224.1 bilion, tambahan RM4 bilion berbanding 2013.

“Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit fiskal kerajaan persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 2014, berbanding empat peratus pada 2013,” katanya.

Kerajaan, katanya, sangat komited dalam usaha konsolidasi fiskal bagi memperkukuh lagi kedudukan kewangan negara.

Kadar Pengangguran Pada Kadar 3.1 Peratushttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/work.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/work-150x150.jpg Author MNH Bajet 2014Terkini,,
PADA Bajet 2014 kali ini, kadar pengangguran akan berada pada kadar 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah pada 2 hingga 3 peratus. Menurut tweet, Pejabat Media Perdana Menteri ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus untuk 2013 disokong pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 16.2 peratus (RM165...
PADA Bajet 2014 kali ini, kadar pengangguran akan berada pada kadar 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah pada 2 hingga 3 peratus. Menurut tweet, Pejabat Media Perdana Menteri ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus untuk 2013 disokong pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 16.2 peratus (RM165 bilion). Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM264.2 bilion dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang kukuh, mengurangkan defisit fiskal, memakmurkan negara dan mensejahtera rakyat dalam proses Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi. Ketika membentangkan bajet bertemakan 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' di Dewan Rakyat, perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata daripada jumlah itu, RM217.7 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM63.3 bilion dikhaskan untuk emolumen, RM36.6 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM114.5 diperuntuk kepada pemberian dan kenaan bayaran tetap, sejumlah RM1.4 bilion untuk pembelian aset dan baki RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain. Dari segi peruntukan pembangunan, sejumlah RM29 bilion disediakan untuk sektor ekonomi dan RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Sebanyak RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Najib berkata kutipan hasil tahun depan diunjurkan sebanyak RM224.1 bilion, tambahan RM4 bilion berbanding 2013. "Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit fiskal kerajaan persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 2014, berbanding empat peratus pada 2013," katanya. Kerajaan, katanya, sangat komited dalam usaha konsolidasi fiskal bagi memperkukuh lagi kedudukan kewangan negara.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014