MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


Bantuan Sekolah RM100, Baucar Buku RM250

Bantuan Sekolah RM100, Baucar Buku RM250

    October 25, 2013




 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa pada permulaan sesi persekolahan awal tahun.
Ia adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut yang akan memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

“Saya dimaklumkan terdapat ibu bapa yang secara sukarela telah menyumbangkan kembali bantuan tersebut kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kerajaan amat menghargai dan menyanjungi tinggi nilai murni tersebut,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada setiap pelajar prauniversiti dan Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian.

“Langkah ini dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM325 juta,” katanya.

Baucar Buku 1Malaysia diperkenalkan pada Bajet 2012. – BERNAMA

Bantuan Sekolah RM100, Baucar Buku RM250http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/gula.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/gula-150x150.jpg MyNewsHub Bajet 2014Terkini,,
  KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sebanyak RM540 juta...
  KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa pada permulaan sesi persekolahan awal tahun. Ia adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut yang akan memanfaatkan kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. "Saya dimaklumkan terdapat ibu bapa yang secara sukarela telah menyumbangkan kembali bantuan tersebut kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kerajaan amat menghargai dan menyanjungi tinggi nilai murni tersebut," katanya. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada setiap pelajar prauniversiti dan Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian. "Langkah ini dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM325 juta," katanya. Baucar Buku 1Malaysia diperkenalkan pada Bajet 2012. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014