Friday, April 25, 2014


Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kem. Kesihatan Nafi Minta Tolak Ayam Dari Thailand

    October 9, 2013




PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan hari ini menafikan ada mengeluarkan amaran kepada orang ramai di kawasan utara Semenanjung Malaysia supaya mengelakkan pengambilan ayam dari Thailand kerana disyaki dicemari virus.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata maklumat yang dikata dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Parit Buntar ini juga dikaitkan dengan beberapa siri kejadian keracunan makanan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

“Kementerian ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan amaran berhubung perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyentuh keracunan makanan semasa majlis kenduri kahwin di Sungai Petani, Kedah, beliau berkata pihak berkuasa mendapati hidangan ayam masak merah dicemari kuman Salmonella.

“Bagi keracunan makanan di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang perkara tersebut masih dalam siasatan,” ujar beliau. – BERNAMA

Kem. Kesihatan Nafi Minta Tolak Ayam Dari Thailandhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Datuk-Dr-Noor-Hisham-Abdullah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Datuk-Dr-Noor-Hisham-Abdullah-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini menafikan ada mengeluarkan amaran kepada orang ramai di kawasan utara Semenanjung Malaysia supaya mengelakkan pengambilan ayam dari Thailand kerana disyaki dicemari virus. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata maklumat yang dikata dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Parit Buntar ini juga dikaitkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini menafikan ada mengeluarkan amaran kepada orang ramai di kawasan utara Semenanjung Malaysia supaya mengelakkan pengambilan ayam dari Thailand kerana disyaki dicemari virus. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata maklumat yang dikata dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Parit Buntar ini juga dikaitkan dengan beberapa siri kejadian keracunan makanan di sekitar Kedah dan Pulau Pinang. "Kementerian ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak pernah mengeluarkan amaran berhubung perkara tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Menyentuh keracunan makanan semasa majlis kenduri kahwin di Sungai Petani, Kedah, beliau berkata pihak berkuasa mendapati hidangan ayam masak merah dicemari kuman Salmonella. "Bagi keracunan makanan di Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak dan Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang perkara tersebut masih dalam siasatan," ujar beliau. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014