MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 16, 2014

Susu Formula

Lagi Produk Susu Formula Dicemari Bakteria

August 6, 2013

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk “Nutricia Karicare Stage 1 Infant Formula for babies from birth” dan “Nutricia Karicare Stage 2 Follow-on Formula products for children from 6 months old” kerana disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, maklumat oleh pihak berkuasa New Zealand menunjukkan “whey protein concentrate (WPC80)” yang disyaki telah tercemar dengan bakteria clostridium botulinum mungkin digunakan dalam produk berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan beberapa batch produk Dumex Dupro 1 kilogram (kg); Mamex Cherish, 600 gram (g), 1.5kg dan 1.8kg; Mamex Explore 600g, 1.5kg dan 1.8kg serta Bebelac 2 800g kerana turut disyaki dicemari clostridium botulinum.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan produk berkenaan dinasihatkan supaya menggantikannya dengan produk jenama lain buat sementara waktu.,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noraini dalam pada itu berkata, pihak berkuasa Australia memaklumkan WPC80 yang disyaki tercemar digunakan di dalam “premix infant formula” atau “follow-on formula” oleh Fonterra Australia Pty. Ltd. dan produk itu disahkan dieksport kepada Danone Dumex Malaysia.

Dalam hal itu, katanya, Danone Dumex Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menarik balik secara sukarela beberapa batch produk susu keluaran mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, syarikat itu akan menarik balik beberapa lagi batch produk susu keluaran mereka dan Kementerian Kesihatan akan memastikan proses pelupusan produk yang dipanggil balik dijalankan oleh syarikat tersebut.

Beliau turut memaklumkan Kementerian Kesihatan telah meningkatkan tahap kawalan ke atas pengimportan produk terrbabit berkuatkuasa 5 Ogos lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Produk tersebut tidak dibenarkan diimport ke negara ini melainkan dengan pengesahan daripada pihak berkuasa negara pengeksport bahawa produk tersebut tidak tercemar dengan clostridium botulinum.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan ke atas syarikat yang mungkin mengimport “premix infant formula” atau “follow-on formula” yang mengandungi WPC80 yang disyaki tercemar dari Fonterra New Zealand.

“Kami akan mengarahkan syarikatterlibat untuk menarik balik produk tersebut dari pasaran sekiranya syarikat-syarikat berkenaan didapati menggunakan bahan ramuan terbabit dalam produk yang dihasilkannya,” tegasnya.

Justeru beliau menasihatkan pihak industri yang menggunakan ramuan “premix infant formula” atau “follow-on formula” yang mengandungi WPC80 dari Fonterra New Zealand supaya menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

“Kami akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara ini dari semasa ke semasa kepada orang ramai.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/03-88833653 atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my,” katanya lagi. – mynewshub.my

Lagi Produk Susu Formula Dicemari Bakteriahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Susu-Formula.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Susu-Formula-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk 'Nutricia Karicare Stage 1 Infant Formula for babies from birth' dan 'Nutricia Karicare Stage 2 Follow-on Formula products for children from 6 months old' kerana disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Pengarah Kanan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk "Nutricia Karicare Stage 1 Infant Formula for babies from birth" dan "Nutricia Karicare Stage 2 Follow-on Formula products for children from 6 months old" kerana disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, maklumat oleh pihak berkuasa New Zealand menunjukkan “whey protein concentrate (WPC80)” yang disyaki telah tercemar dengan bakteria clostridium botulinum mungkin digunakan dalam produk berkenaan.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan beberapa batch produk Dumex Dupro 1 kilogram (kg); Mamex Cherish, 600 gram (g), 1.5kg dan 1.8kg; Mamex Explore 600g, 1.5kg dan 1.8kg serta Bebelac 2 800g kerana turut disyaki dicemari clostridium botulinum.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan produk berkenaan dinasihatkan supaya menggantikannya dengan produk jenama lain buat sementara waktu.," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noraini dalam pada itu berkata, pihak berkuasa Australia memaklumkan WPC80 yang disyaki tercemar digunakan di dalam “premix infant formula” atau “follow-on formula” oleh Fonterra Australia Pty. Ltd. dan produk itu disahkan dieksport kepada Danone Dumex Malaysia.

Dalam hal itu, katanya, Danone Dumex Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menarik balik secara sukarela beberapa batch produk susu keluaran mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, syarikat itu akan menarik balik beberapa lagi batch produk susu keluaran mereka dan Kementerian Kesihatan akan memastikan proses pelupusan produk yang dipanggil balik dijalankan oleh syarikat tersebut.

Beliau turut memaklumkan Kementerian Kesihatan telah meningkatkan tahap kawalan ke atas pengimportan produk terrbabit berkuatkuasa 5 Ogos lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Produk tersebut tidak dibenarkan diimport ke negara ini melainkan dengan pengesahan daripada pihak berkuasa negara pengeksport bahawa produk tersebut tidak tercemar dengan clostridium botulinum.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan ke atas syarikat yang mungkin mengimport “premix infant formula” atau “follow-on formula” yang mengandungi WPC80 yang disyaki tercemar dari Fonterra New Zealand.

“Kami akan mengarahkan syarikatterlibat untuk menarik balik produk tersebut dari pasaran sekiranya syarikat-syarikat berkenaan didapati menggunakan bahan ramuan terbabit dalam produk yang dihasilkannya,” tegasnya.

Justeru beliau menasihatkan pihak industri yang menggunakan ramuan “premix infant formula” atau “follow-on formula” yang mengandungi WPC80 dari Fonterra New Zealand supaya menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

“Kami akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara ini dari semasa ke semasa kepada orang ramai.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/03-88833653 atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my,” katanya lagi. - mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014