MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


PM Thai Bimbang Keganasan Anti Kerajaan

PM Thai Bimbang Keganasan Anti Kerajaan

    August 4, 2013




Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawtra semalam menyuarakan kebimbangannya tentang keganasan yang kemungkinan berlaku pada rancangan bantahan anti kerajaan di Bangkok hujung minggu ini.

Digelar “Tentera Rakyat”, ia adalah satu gabungan yang membenci parti pemerintah Parti Puea Thai yang juga merupakan parti bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang nekad mengadakan bantahan besar-besaran di Bangkok hari ini, kemungkinan ia akan berlarutan untuk beberapa hari.

Bantahan itu dibuat ke atas satu Rang Undang-Undang kerajaan yang akan dibahaskan di Parlimen pada 7 Ogos depan yang mencadangkan agar pengampunan diberikan kepada sesiapa yang terlibat dalam keganasan politik sejak 2006 kejatuhan Thaksin.

Kerajaan Thailand sudah pun menguatkuasakan undang-undang keselamatan khas untuk mengawal penunjuk perasaan dan lebih 1,600 orang polis dikerahkan semalam untuk mengawal bangunan utama kerajaan sementara beribu lagi diarahkan untuk bersiap sedia.

“Sebagai Perdana Menteri dan rakyat Thailand, saya bimbang tunjuk perasaan dan bantahan hujung minggu ini akan berubah menjadi satu peristiwa keganasan,” kata Yingluck.

Dalam satu permohonan kepada penentangnya, termasuk “Tentera Rakyat” juga yang menyokong kerajaan “Baju Merah”, Yingluck berharap sebarang ketegangan politik boleh diselesaikan dengan perbincangan dan rundingan.

“Walaupun ia kelihatan seperti hanya satu peratus kemungkinan konflik politik di negara ini akan berakhir, saya mahu ia berakhir pada generasi ini,” katanya.

Thailand kerap dilanda konflik politik yang kemudian berlarutan kepada keganasan sejak penggulingan Thaksin yang dilihat sebagai penyebab negara Thailand berpecah.

Sehingga kini, Thaksin masih hidup dalam buangan tetapi masih disokong dan diminati oleh rakyat miskin di kawasan luar bandar.

Berkenaan rang undang-undang itu, ia akan menghapuskan segala dakwaan kepada mereka yang terlibat dalam konflik politik sejak September 2006 sehingga Mei 1012.

Jika diluluskan, pihak pembangkang kerajaan bimbang kerajaan pimpinan Yingluck akan menggukannya untuk memberi pengampunan kepada abangnya Thaksin sekaligus menghapuskn hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana dakwaan rasuah. – AFP

PM Thai Bimbang Keganasan Anti Kerajaanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/icF_WyPfUqhg.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/icF_WyPfUqhg-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawtra semalam menyuarakan kebimbangannya tentang keganasan yang kemungkinan berlaku pada rancangan bantahan anti kerajaan di Bangkok hujung minggu ini. Digelar 'Tentera Rakyat', ia adalah satu gabungan yang membenci parti pemerintah Parti Puea Thai yang juga merupakan parti bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang nekad mengadakan...
Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawtra semalam menyuarakan kebimbangannya tentang keganasan yang kemungkinan berlaku pada rancangan bantahan anti kerajaan di Bangkok hujung minggu ini. Digelar "Tentera Rakyat", ia adalah satu gabungan yang membenci parti pemerintah Parti Puea Thai yang juga merupakan parti bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang nekad mengadakan bantahan besar-besaran di Bangkok hari ini, kemungkinan ia akan berlarutan untuk beberapa hari. Bantahan itu dibuat ke atas satu Rang Undang-Undang kerajaan yang akan dibahaskan di Parlimen pada 7 Ogos depan yang mencadangkan agar pengampunan diberikan kepada sesiapa yang terlibat dalam keganasan politik sejak 2006 kejatuhan Thaksin. Kerajaan Thailand sudah pun menguatkuasakan undang-undang keselamatan khas untuk mengawal penunjuk perasaan dan lebih 1,600 orang polis dikerahkan semalam untuk mengawal bangunan utama kerajaan sementara beribu lagi diarahkan untuk bersiap sedia. "Sebagai Perdana Menteri dan rakyat Thailand, saya bimbang tunjuk perasaan dan bantahan hujung minggu ini akan berubah menjadi satu peristiwa keganasan," kata Yingluck. Dalam satu permohonan kepada penentangnya, termasuk "Tentera Rakyat" juga yang menyokong kerajaan "Baju Merah", Yingluck berharap sebarang ketegangan politik boleh diselesaikan dengan perbincangan dan rundingan. "Walaupun ia kelihatan seperti hanya satu peratus kemungkinan konflik politik di negara ini akan berakhir, saya mahu ia berakhir pada generasi ini," katanya. Thailand kerap dilanda konflik politik yang kemudian berlarutan kepada keganasan sejak penggulingan Thaksin yang dilihat sebagai penyebab negara Thailand berpecah. Sehingga kini, Thaksin masih hidup dalam buangan tetapi masih disokong dan diminati oleh rakyat miskin di kawasan luar bandar. Berkenaan rang undang-undang itu, ia akan menghapuskan segala dakwaan kepada mereka yang terlibat dalam konflik politik sejak September 2006 sehingga Mei 1012. Jika diluluskan, pihak pembangkang kerajaan bimbang kerajaan pimpinan Yingluck akan menggukannya untuk memberi pengampunan kepada abangnya Thaksin sekaligus menghapuskn hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana dakwaan rasuah. - AFP

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014