MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 16, 2014


Pelajar Dipenjara Sehari, Jual Bunga Api

Pelajar Dipenjara Sehari, Jual Bunga Api

    July 22, 2013




KUALA LUMPUR – Gara-gara menjual bunga api dan mercun tanpa permit di bazar Ramadan, seorang pelajar kolej dipenjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fitkry (ulang: Mohd Fitkry) Rosly, 19, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

“Saya tahu kamu orang susah dan kamu menjual mercun untuk mencari duit. Saya harap kamu mencari duit untuk menyambung belajar dengan cara yang halal bukan dengan menjual bunga api dan mercun,” katanya sebelum menjatuhi hukuman.

Mohd Fitkry membayar denda tersebut. Dia didakwa menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun termasuk dua kotak besar “Pop-pop”, sembilan kotak bunga api “Happy Boom” dan 17 bungkus mercun “Thunder Clap” di kawasan tapak Bazar Ramadan, Jalan Raja Alang di sini pada 6 petang, Jumaat lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 19 Julai lepas, sepasukan anggota polis menjalankan operasi khas di sekitar kawasan bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan mendapati tertuduh sedang berurusan dengan orang ramai menjual bunga api dan mercun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Pelajar Dipenjara Sehari, Jual Bunga Apihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Pelajar-Dipenjara-Sehari-Jual-Bunga-Api.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Pelajar-Dipenjara-Sehari-Jual-Bunga-Api-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Gara-gara menjual bunga api dan mercun tanpa permit di bazar Ramadan, seorang pelajar kolej dipenjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fitkry (ulang: Mohd Fitkry) Rosly, 19, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. 'Saya...
KUALA LUMPUR - Gara-gara menjual bunga api dan mercun tanpa permit di bazar Ramadan, seorang pelajar kolej dipenjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fitkry (ulang: Mohd Fitkry) Rosly, 19, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. "Saya tahu kamu orang susah dan kamu menjual mercun untuk mencari duit. Saya harap kamu mencari duit untuk menyambung belajar dengan cara yang halal bukan dengan menjual bunga api dan mercun," katanya sebelum menjatuhi hukuman. Mohd Fitkry membayar denda tersebut. Dia didakwa menjual pelbagai jenis bunga api dan mercun termasuk dua kotak besar "Pop-pop", sembilan kotak bunga api "Happy Boom" dan 17 bungkus mercun "Thunder Clap" di kawasan tapak Bazar Ramadan, Jalan Raja Alang di sini pada 6 petang, Jumaat lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. Mengikut fakta kes, pada 19 Julai lepas, sepasukan anggota polis menjalankan operasi khas di sekitar kawasan bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan mendapati tertuduh sedang berurusan dengan orang ramai menjual bunga api dan mercun. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014