MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Perumahan Warga Emas Musnah Terbakar Di Klang

Perumahan Warga Emas Musnah Terbakar Di Klang

    June 8, 2013




KLANG – Seramai 26 penghuni sebuah perumahan warga emas di Jalan Solok Tamarind, Taman Selatan di sini terselamat apabila penempatan mereka musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Yusri Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.17 malam dan terus mengerahkan tiga jentera bomba dengan 15 anggota ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba dapat mengawal api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran dalam masa 40 minit,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua penghuni terbabit tidak mengalami kecederaan dalam
kebakaran yang memusnahkan hampir 80 peratus bangunan itu.

Katanya, semua warga emas itu akan dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ditempatkan sementara di pusat asuhan warga emas di Taman Sentosa, Klang.

Mohd Yusri berkata, pihak bomba sedang menyiasat punca kejadian. – BERNAMA

Perumahan Warga Emas Musnah Terbakar Di Klanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/Perumahan-Warga-Emas-Musnah-Terbakar-Di-Klang.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/Perumahan-Warga-Emas-Musnah-Terbakar-Di-Klang-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KLANG - Seramai 26 penghuni sebuah perumahan warga emas di Jalan Solok Tamarind, Taman Selatan di sini terselamat apabila penempatan mereka musnah dalam satu kebakaran malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Yusri Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.17 malam...
KLANG - Seramai 26 penghuni sebuah perumahan warga emas di Jalan Solok Tamarind, Taman Selatan di sini terselamat apabila penempatan mereka musnah dalam satu kebakaran malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Yusri Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.17 malam dan terus mengerahkan tiga jentera bomba dengan 15 anggota ke tempat kejadian. "Pasukan bomba dapat mengawal api daripada terus merebak ke kawasan berhampiran dalam masa 40 minit," katanya ketika dihubungi. Menurutnya, kesemua penghuni terbabit tidak mengalami kecederaan dalam kebakaran yang memusnahkan hampir 80 peratus bangunan itu. Katanya, semua warga emas itu akan dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ditempatkan sementara di pusat asuhan warga emas di Taman Sentosa, Klang. Mohd Yusri berkata, pihak bomba sedang menyiasat punca kejadian. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014