MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 24, 2014


Sultan Selangor Sudah Perkenan Senarai Exco

Sultan Selangor Sudah Perkenan Senarai Exco

    May 27, 2013




SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada senarai calon Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sehubungan itu majlis angkat sumpah jawatan Exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini pada pukul 9.30 pagi.

“Saya akan terus berjumpa wakil parti politik dari Pakatan Rakyat Selangor selepas ini untuk memberitahu senarai calon yang diperkenankan baginda ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata Sultan Selangor turut memberi perkenan baginda kepada pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Ditanya sama ada pelantikan Exco dibuat berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu empat daripada Pas dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, Abdul Khalid berkata perkara itu akan diumumkan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor berbanding 36 pada 2008.

PKR menang 14 kerusi, manakala Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi sementara Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi. – BERNAMA

Sultan Selangor Sudah Perkenan Senarai Excohttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Tan-Sri-Abdul-Khalid-Ibrahim.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Tan-Sri-Abdul-Khalid-Ibrahim-150x150.jpg MyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini,
SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada senarai calon Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sehubungan itu majlis angkat sumpah jawatan Exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini pada...
SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada senarai calon Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sehubungan itu majlis angkat sumpah jawatan Exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini pada pukul 9.30 pagi. "Saya akan terus berjumpa wakil parti politik dari Pakatan Rakyat Selangor selepas ini untuk memberitahu senarai calon yang diperkenankan baginda ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini. Abdul Khalid berkata Sultan Selangor turut memberi perkenan baginda kepada pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor. Ditanya sama ada pelantikan Exco dibuat berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu empat daripada Pas dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, Abdul Khalid berkata perkara itu akan diumumkan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik berkenaan. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor berbanding 36 pada 2008. PKR menang 14 kerusi, manakala Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi sementara Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014