MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


Kaji Skim, Gred Gaji Anggota Penjara

Kaji Skim, Gred Gaji Anggota Penjara

    May 22, 2013




SEREMBAN – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji semula skim dan gred gaji penjawat awam yang berkhidmat di penjara di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, skim penjawat awam yang berkhidmat di penjara jauh ketinggalan ke belakang dan tidak relevan kini.

“Skim gaji dan gred pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah pun diselaraskan.

“Namun, kakitangan dan pegawai penjara masih terbelenggu dengan skim gaji 15 tahun lalu dan ianya tidak relevan dengan tanggungjawab dan peranan mereka yang amat besar,” katanya pada sidang media selepas melawat Penjara Seremban, semalam.

Menurutnya, antara tuntutan Cuepacs kepada kerajaan ialah menaikkan insentif khas, elaun guru kemahiran, elaun kerja lebih masa dan mengkaji gred, pangkat, dan gaji kakitangan dan pegawai termasuk pengarah yang dilihat amat rendah dan tidak munasabah.

“Kita mahu bayaran insentif khas sebanyak RM100 seorang setiap bulan dinaikkan kepada RM300. Bayaran RM100 sebelum ini amat sedikit berbanding tugas mereka yang amat berisiko bagi memastikan keselamatan banduan.

“Elaun guru kemahiran sebanyak RM60 juga tidak wajar dan kita mencadangkan ianya dinaikkan kepada RM200 sebulan kerana tenaga pengajar di penjara mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang,” katanya.

Omar berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula pekeliling Bab G 14-16 yang tidak membenarkan kakitangan dan pegawai penjara menuntut bayaran kerja lebih masa.

Katanya, semua anggota yang berkhidmat di penjara wajar untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa.

“Bukan sahaja pekeliling bayaran kerja lebih masa perlu dikaji semula malah skim gred gaji dan jawatan anggota termasuk pengarah juga perlu turut dikaji.

“Gred pengarah penjara ialah KX48 dan ianya amat rendah berbanding dengan pasukan keselamatan yang lain sedangkan tugas mereka amat penting bagi memastikan keselamatan anggota dan banduan.

“Gred tersebut tidak setimpal dengan bebanan tugas mereka dan saya minta gred skim mereka disemak secara drastik,” katanya.

Menurut Omar, kesemua tuntutan tersebut perlu dilaksanakan tahun ini juga sekali gus akan menggembirakan lebih 13,000 kakitangan penjara di seluruh negara. – SinarHarian

Kaji Skim, Gred Gaji Anggota Penjarahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Kaji-Skim-Gred-Gaji-Anggota-Penjara.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Kaji-Skim-Gred-Gaji-Anggota-Penjara-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji semula skim dan gred gaji penjawat awam yang berkhidmat di penjara di seluruh negara. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, skim penjawat awam yang berkhidmat di penjara jauh ketinggalan ke belakang dan tidak relevan kini. “Skim gaji dan gred pasukan...
SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji semula skim dan gred gaji penjawat awam yang berkhidmat di penjara di seluruh negara. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, skim penjawat awam yang berkhidmat di penjara jauh ketinggalan ke belakang dan tidak relevan kini. “Skim gaji dan gred pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah pun diselaraskan. “Namun, kakitangan dan pegawai penjara masih terbelenggu dengan skim gaji 15 tahun lalu dan ianya tidak relevan dengan tanggungjawab dan peranan mereka yang amat besar,” katanya pada sidang media selepas melawat Penjara Seremban, semalam. Menurutnya, antara tuntutan Cuepacs kepada kerajaan ialah menaikkan insentif khas, elaun guru kemahiran, elaun kerja lebih masa dan mengkaji gred, pangkat, dan gaji kakitangan dan pegawai termasuk pengarah yang dilihat amat rendah dan tidak munasabah. “Kita mahu bayaran insentif khas sebanyak RM100 seorang setiap bulan dinaikkan kepada RM300. Bayaran RM100 sebelum ini amat sedikit berbanding tugas mereka yang amat berisiko bagi memastikan keselamatan banduan. “Elaun guru kemahiran sebanyak RM60 juga tidak wajar dan kita mencadangkan ianya dinaikkan kepada RM200 sebulan kerana tenaga pengajar di penjara mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang,” katanya. Omar berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula pekeliling Bab G 14-16 yang tidak membenarkan kakitangan dan pegawai penjara menuntut bayaran kerja lebih masa. Katanya, semua anggota yang berkhidmat di penjara wajar untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa. “Bukan sahaja pekeliling bayaran kerja lebih masa perlu dikaji semula malah skim gred gaji dan jawatan anggota termasuk pengarah juga perlu turut dikaji. “Gred pengarah penjara ialah KX48 dan ianya amat rendah berbanding dengan pasukan keselamatan yang lain sedangkan tugas mereka amat penting bagi memastikan keselamatan anggota dan banduan. “Gred tersebut tidak setimpal dengan bebanan tugas mereka dan saya minta gred skim mereka disemak secara drastik,” katanya. Menurut Omar, kesemua tuntutan tersebut perlu dilaksanakan tahun ini juga sekali gus akan menggembirakan lebih 13,000 kakitangan penjara di seluruh negara. - <strong>SinarHarian</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014