MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


Keputusan Ujian MUET sesi Mac 2013 Diumum 6 Mei

Keputusan Ujian MUET Sesi Mac 2013 Diumum 6 Mei

    May 2, 2013




KUALA LUMPUR- Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Mac 2013 melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak><Nombor Kad Pengenalan> dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013.

Mereka juga boleh bebuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, 6 Mei.

“Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70,” menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM.

Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei ini. – BERNAMA

Keputusan Ujian MUET Sesi Mac 2013 Diumum 6 Meihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/muet1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/muet1-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR- Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Mac 2013 melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh...
KUALA LUMPUR- Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Mac 2013 melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak><Nombor Kad Pengenalan> dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013. Mereka juga boleh bebuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, 6 Mei. "Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu. Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM. Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei ini. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014