Saturday, April 12, 2014

Majlis Perbandaran Klang

MPK Buka Permohonan Permit Bazar Ramadhan

April 29, 2013

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengeluarkan borang permohonan permit Bazar Ramadan 2013 bermula 2 hingga 31 Mei ini.

Pengarah Jabatan Pelesenan Dan Penjaja, Azhar Samsudin berkata, terdapat sebanyak 49 tapak dan 4,000 petak bazar disediakan bagi tahun ini.

“Peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter penerangan Bangunan MPK dan menyediakan beberapa dokumen termasuk mempunyai lesen perniagaan sedia ada.

“Kadar bayaran bagi tapak jualan makanan RM150 dan RM130 (jika melibatkan tapak pasar malam) dan bayaran tambahan sebanyak RM60 kepada peniaga yang menjual air tebu dan kelapa,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azhar berkata, pemohon juga perlu menunjukkan suntikan Ty 2 dan bayaran permit atau perniagaan sedia ada semasa menghantar borang serta wajib menghadiri ceramah kesihatan perdana yang diadakan.

Katanya, bagi Bazar Ramadhan Jalan Taiping, sebanyak 400 petak disediakan dan undian akan dijalankan sebanyak dua peringkat iaitu undian saringan bagi menentukan peniaga yang layak untuk undi petak pada 8 Julai manakala undian untuk menentukan nombor petak akan diadakan pada 15 Julai 2013.

Menurutnya, bayaran sebanyak RM500 dikenakan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di Jalan Taiping dan ia perlu dibuat semasa penyerahan borang dan orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat lanjut di ibu pejabat MPK bagi tujuan itu. – mynewshub.my

MPK Buka Permohonan Permit Bazar Ramadhanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/MPK.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/MPK-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengeluarkan borang permohonan permit Bazar Ramadan 2013 bermula 2 hingga 31 Mei ini. Pengarah Jabatan Pelesenan Dan Penjaja, Azhar Samsudin berkata, terdapat sebanyak 49 tapak dan 4,000 petak bazar disediakan bagi tahun ini. “Peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter penerangan...

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengeluarkan borang permohonan permit Bazar Ramadan 2013 bermula 2 hingga 31 Mei ini.

Pengarah Jabatan Pelesenan Dan Penjaja, Azhar Samsudin berkata, terdapat sebanyak 49 tapak dan 4,000 petak bazar disediakan bagi tahun ini.

“Peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter penerangan Bangunan MPK dan menyediakan beberapa dokumen termasuk mempunyai lesen perniagaan sedia ada.

“Kadar bayaran bagi tapak jualan makanan RM150 dan RM130 (jika melibatkan tapak pasar malam) dan bayaran tambahan sebanyak RM60 kepada peniaga yang menjual air tebu dan kelapa,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azhar berkata, pemohon juga perlu menunjukkan suntikan Ty 2 dan bayaran permit atau perniagaan sedia ada semasa menghantar borang serta wajib menghadiri ceramah kesihatan perdana yang diadakan.

Katanya, bagi Bazar Ramadhan Jalan Taiping, sebanyak 400 petak disediakan dan undian akan dijalankan sebanyak dua peringkat iaitu undian saringan bagi menentukan peniaga yang layak untuk undi petak pada 8 Julai manakala undian untuk menentukan nombor petak akan diadakan pada 15 Julai 2013.

Menurutnya, bayaran sebanyak RM500 dikenakan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di Jalan Taiping dan ia perlu dibuat semasa penyerahan borang dan orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat lanjut di ibu pejabat MPK bagi tujuan itu. - mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014