MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor

Hanya BN Mampu Bela Nasib Veteran ATM

    April 28, 2013




KUALA LUMPUR – Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membela nasib golongan veteran tentera kerana usaha yang dilakukan selama ini telahpun terbukti, kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Laksamana (B), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Beliau berkata, kerajaan BN sememangnya prihatin dan mengambil berat terhadap golongan itu dan keluarga mereka dengan memberikan pelbagai bantuan bagi meringankan beban mereka selepas bersara.

“Semua veteran tentera amat berterima kasih kepada kerajaan BN kerana selama ini sangat mengambil berat terhadap kebajikan kami bekas tentera dan keluarga.

“Dengan itu, kami berharap dan berdoa semoga kerajaan BN kekal memerintah negara kerana kami percaya bahawa hanya kerajaan BN sahaja dapat menjaga kebajikan veteran tentera sebab ia sudah terbukti selama ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Raksasa: Gema Patriotik di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jen Datuk Zulkifli Mazlan. – BERNAMA

Hanya BN Mampu Bela Nasib Veteran ATMhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Tan-Sri-Mohd-Anwar-Mohd-Nor.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Tan-Sri-Mohd-Anwar-Mohd-Nor-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membela nasib golongan veteran tentera kerana usaha yang dilakukan selama ini telahpun terbukti, kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Laksamana (B), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. Beliau berkata, kerajaan BN sememangnya prihatin dan mengambil berat terhadap golongan itu dan...
KUALA LUMPUR - Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membela nasib golongan veteran tentera kerana usaha yang dilakukan selama ini telahpun terbukti, kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Laksamana (B), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. Beliau berkata, kerajaan BN sememangnya prihatin dan mengambil berat terhadap golongan itu dan keluarga mereka dengan memberikan pelbagai bantuan bagi meringankan beban mereka selepas bersara. "Semua veteran tentera amat berterima kasih kepada kerajaan BN kerana selama ini sangat mengambil berat terhadap kebajikan kami bekas tentera dan keluarga. "Dengan itu, kami berharap dan berdoa semoga kerajaan BN kekal memerintah negara kerana kami percaya bahawa hanya kerajaan BN sahaja dapat menjaga kebajikan veteran tentera sebab ia sudah terbukti selama ini," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Raksasa: Gema Patriotik di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jen Datuk Zulkifli Mazlan. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014