MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 24, 2014

PAS Hormati Pendirian DAP

PAS Hormati Pendirian DAP Tolak Hudud?

April 25, 2013

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengesahkan kepimpinan tertinggi PAS menghormati ideologi DAP bahawa pelaksanaan hukum hudud tiada dalam prinsip pakatan pembangkang.

Beliau juga mengesahkan hukum hudud tidak terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang dan hukum itu bukan pendirian bersama parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama ini.

“Saya ingin menjelaskan bahawa DAP tidak ubah pendirian dan tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. Pakatan telah menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam manifesto, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama.

“DAP bagaimanapun tetap menghormati PAS dan ideologinya sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru Kit Siang mendakwa tidak timbul soal hukum hudud dalam perjuangan bersama pakatan pembangkang.

Malah, katanya, PAS telah pun menjelaskan pendiriannya dalam konteks Negara Berkebajikan yang berfaedah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu beliau meminta Barisan Nasional (BN) tidak membuang masa dengan menjadikan hudud sebagai bahan politik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pemimpin veteran DAP itu sebaliknya meminta BN menjawab sama ada mereka mahu melaksanakan hukum hudud atau tidak. – mynewshub.my

PAS Hormati Pendirian DAP Tolak Hudud?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/PAS-Hormati-Pendirian-DAP.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/PAS-Hormati-Pendirian-DAP-150x150.jpg MyNewsHub Terkini,
KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengesahkan kepimpinan tertinggi PAS menghormati ideologi DAP bahawa pelaksanaan hukum hudud tiada dalam prinsip pakatan pembangkang. Beliau juga mengesahkan hukum hudud tidak terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang dan hukum itu bukan pendirian bersama parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengesahkan kepimpinan tertinggi PAS menghormati ideologi DAP bahawa pelaksanaan hukum hudud tiada dalam prinsip pakatan pembangkang.

Beliau juga mengesahkan hukum hudud tidak terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang dan hukum itu bukan pendirian bersama parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama ini.

"Saya ingin menjelaskan bahawa DAP tidak ubah pendirian dan tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. Pakatan telah menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam manifesto, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama.

"DAP bagaimanapun tetap menghormati PAS dan ideologinya sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru Kit Siang mendakwa tidak timbul soal hukum hudud dalam perjuangan bersama pakatan pembangkang.

Malah, katanya, PAS telah pun menjelaskan pendiriannya dalam konteks Negara Berkebajikan yang berfaedah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu beliau meminta Barisan Nasional (BN) tidak membuang masa dengan menjadikan hudud sebagai bahan politik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pemimpin veteran DAP itu sebaliknya meminta BN menjawab sama ada mereka mahu melaksanakan hukum hudud atau tidak. - mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014