MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014

Dafi

Dafi Teruja Ikut Bapa Berkempen

April 25, 2013

Bukan mudah menjadi anak kepada bapa yang mempunyai pengaruh kuat dalam bidang politik apatah lagi memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pasti ramai yang cuba mahu mengambil kesempatan di atas kedudukan tersebut.

Begitu jugalah yang dirasai oleh pelakon dan penyanyi Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenal sebagai Dafi yang kami temui di majlis pelancaran Drama Cornetto Uda dan Dara di Publika baru baru ini. Ujarnya, sentiasa ada individu yang mengaku dirinya sebagai saudara terdekat semata-mata mahu mendapatkan projek kerajaan dari bapanya yang memegang jawatan bertaraf menteri sebelum Parlimen di bubarkan baru baru ini.

“Memang ramai yang nak rapat dengan saya semata-mata nak ambil kesempatan bagi kepentingan peribadi mereka. Sampai ada yang mengaku saudara pun iya, padahal saya pun tak kenal sangat orang tu. Hal macam ni memang buat saya rimas. Tapi tu lah layankan jela. Selagi saya boleh layan saya layankan je,” katanya.

Apabila ditanya tentang pilihanraya kali ini ternyata Dafi agak teruja untuk berkongsikan pengalamanya berkempen bagi membantu jentera parti yang ditandingi bapanya iaitu di Parlimen Bera, Pahang.

Ujar Dafi, “Kali ini Alhamdullillah ayah Dafi masih lagi mengekalkan lagi kawasan Parlimen Bera yang telah disandangnya sejak beberapa penggal yang lalu. Apa yang Dafi boleh cakapkan ialah teruja. Dafi teruja sebab dapat membantu ayah Dafi berkempen pada kali ini.

“Kadangkala tu ada juga Dafi bernyanyi di pentas ceramah, itu pun kalau ada permintaan dari orang sekeliling dan itu salah satu cara Dafi membantu mereka. Penat tu memang penat tapi ianya seronok,” jelasnya lagi.

Jelas Dafi lagi apa yang diharapkanya pada PRU13 kali ini sudah pastilah kemenangan bapanya untuk mengekalkan kerusi Parlimen Bera. Bagaimanapun Dafi sempat menegaskan yang dia masih belum terfikir lagi untuk mengikut jejak langkah bapanya itu.

“Bagi Dafi bukan hendak kata tidak berminat langsung tentang mengikut jejak langkah ayah sebagai ahli politik. Tapi minat untuk menceburi bidang politik secara serius rasanya masih belum ada lagi. Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang kita pun tak tahu,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Buahmulut

Dafi Teruja Ikut Bapa Berkempenhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Dafi.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Dafi-150x150.jpg MyNewsHub myArtisTerkini
Bukan mudah menjadi anak kepada bapa yang mempunyai pengaruh kuat dalam bidang politik apatah lagi memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pasti ramai yang cuba mahu mengambil kesempatan di atas kedudukan tersebut. Begitu jugalah yang dirasai oleh pelakon dan penyanyi Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenal sebagai Dafi yang...

Bukan mudah menjadi anak kepada bapa yang mempunyai pengaruh kuat dalam bidang politik apatah lagi memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pasti ramai yang cuba mahu mengambil kesempatan di atas kedudukan tersebut.

Begitu jugalah yang dirasai oleh pelakon dan penyanyi Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenal sebagai Dafi yang kami temui di majlis pelancaran Drama Cornetto Uda dan Dara di Publika baru baru ini. Ujarnya, sentiasa ada individu yang mengaku dirinya sebagai saudara terdekat semata-mata mahu mendapatkan projek kerajaan dari bapanya yang memegang jawatan bertaraf menteri sebelum Parlimen di bubarkan baru baru ini.

“Memang ramai yang nak rapat dengan saya semata-mata nak ambil kesempatan bagi kepentingan peribadi mereka. Sampai ada yang mengaku saudara pun iya, padahal saya pun tak kenal sangat orang tu. Hal macam ni memang buat saya rimas. Tapi tu lah layankan jela. Selagi saya boleh layan saya layankan je," katanya.

Apabila ditanya tentang pilihanraya kali ini ternyata Dafi agak teruja untuk berkongsikan pengalamanya berkempen bagi membantu jentera parti yang ditandingi bapanya iaitu di Parlimen Bera, Pahang.

Ujar Dafi, “Kali ini Alhamdullillah ayah Dafi masih lagi mengekalkan lagi kawasan Parlimen Bera yang telah disandangnya sejak beberapa penggal yang lalu. Apa yang Dafi boleh cakapkan ialah teruja. Dafi teruja sebab dapat membantu ayah Dafi berkempen pada kali ini.

“Kadangkala tu ada juga Dafi bernyanyi di pentas ceramah, itu pun kalau ada permintaan dari orang sekeliling dan itu salah satu cara Dafi membantu mereka. Penat tu memang penat tapi ianya seronok," jelasnya lagi.

Jelas Dafi lagi apa yang diharapkanya pada PRU13 kali ini sudah pastilah kemenangan bapanya untuk mengekalkan kerusi Parlimen Bera. Bagaimanapun Dafi sempat menegaskan yang dia masih belum terfikir lagi untuk mengikut jejak langkah bapanya itu.

“Bagi Dafi bukan hendak kata tidak berminat langsung tentang mengikut jejak langkah ayah sebagai ahli politik. Tapi minat untuk menceburi bidang politik secara serius rasanya masih belum ada lagi. Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang kita pun tak tahu," katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Buahmulut

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014