MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


Saya Nak Diet, Kata Perdana Menteri

Saya Nak Diet, Kata Perdana Menteri

    April 22, 2013




KUALA LUMPUR – “Saya nak diet”. Itu ungkapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bersarapan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang dekat sini, selepas selesai mengadakan tinjauan mesra.

Pemilik Restoran Rumpun Selera, Safnida Afiza Sanusi berkata perdana menteri hanya makan sedikit sahaja nasi lemak kukus yang dihidangkan bersama burung puyuh goreng.

“PM (Perdana Menteri) minta kepada saya cuma bahagian paha sahaja sebab nak diet, itu pun beliau makan sedikit sahaja,” kata Safnida Afiza yang bertanggungjawab menghidangkan makanan kepada Najib.

Selain itu, perdana menteri turut memesan minuman ‘teh o ais’ kurang manis.

Najib bersarapan di restoran itu selepas memulakan lawatan turun padang di Selangor sempena Pilihan Raya Umum ke-13 dengan mengadakan tinjauan mesra di Bandar Baru Selayang yang terletak dalam kawasan Parlimen Selayang.

Safnida Afiza yang pertama kali bertemu Najib, menyifatkan pemimpin itu sebagai seorang yang mesra dan mudah didampingi “PM mesra, tak ada protokol untuk rakyat jumpa…sangat prihatin selain cepat bagi respons apa sahaja orang cakap. Itulah yang saya perhatikan,” katanya kepada pemberita selepas perdana menteri selesai bersarapan.

Perebutan tiga penjuru bakal berlaku bagi kerusi Parlimen Selayang yang mempunyai 105,895 pengundi.

BN yang diwakili Datuk Ir Donald Lim Siang Chai akan dicabar William Leong Jee Keen (PKR) dan Mohd Hazizi Ab Rahman (Berjasa). – Bernama

Saya Nak Diet, Kata Perdana Menterihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/image8.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/image8-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - 'Saya nak diet'. Itu ungkapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bersarapan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang dekat sini, selepas selesai mengadakan tinjauan mesra. Pemilik Restoran Rumpun Selera, Safnida Afiza Sanusi berkata perdana menteri hanya makan sedikit sahaja nasi lemak kukus yang...
KUALA LUMPUR - "Saya nak diet". Itu ungkapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bersarapan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang dekat sini, selepas selesai mengadakan tinjauan mesra. Pemilik Restoran Rumpun Selera, Safnida Afiza Sanusi berkata perdana menteri hanya makan sedikit sahaja nasi lemak kukus yang dihidangkan bersama burung puyuh goreng. <strong>"PM (Perdana Menteri) minta kepada saya cuma bahagian paha sahaja sebab nak diet, itu pun beliau makan sedikit sahaja," kata Safnida Afiza yang bertanggungjawab menghidangkan makanan kepada Najib.</strong> <strong>Selain itu, perdana menteri turut memesan minuman 'teh o ais' kurang manis.</strong> Najib bersarapan di restoran itu selepas memulakan lawatan turun padang di Selangor sempena Pilihan Raya Umum ke-13 dengan mengadakan tinjauan mesra di Bandar Baru Selayang yang terletak dalam kawasan Parlimen Selayang. Safnida Afiza yang pertama kali bertemu Najib, menyifatkan pemimpin itu sebagai seorang yang mesra dan mudah didampingi "PM mesra, tak ada protokol untuk rakyat jumpa...sangat prihatin selain cepat bagi respons apa sahaja orang cakap. Itulah yang saya perhatikan," katanya kepada pemberita selepas perdana menteri selesai bersarapan. Perebutan tiga penjuru bakal berlaku bagi kerusi Parlimen Selayang yang mempunyai 105,895 pengundi. BN yang diwakili Datuk Ir Donald Lim Siang Chai akan dicabar William Leong Jee Keen (PKR) dan Mohd Hazizi Ab Rahman (Berjasa). - Bernama

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014