Saturday, April 12, 2014


344 Kena Kompaun Merokok Di Premis Kerajaan

344 Dikompaun Merokok Di Premis Kerajaan

    April 8, 2013




KUALA LUMPUR – Seramai 334 perokok dikenakan tindakan kompaun bernilai RM83,500 kerana merokok di premis kerajaan dalam satu operasi yang dilakukan Kementerian Kesihatan secara besar-besaran di seluruh negara pada 19 dan 20 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Ops Premis Kerajaan Kementerian Kesihatan itu dibuat ekoran aduan orang ramai mengenai perbuatan merokok di premis kerajaan yang masih berlaku hingga kini.

“Kementerian Kesihatan kerap menjalankan aktiviti penguatkuasaan namun sejak kebelakangan ini kami menerima banyak aduan tentang perbuatan merokok di kawasan premis kerajaan.

“Kami memandang serius sikap perokok yang mengendahkan larangan merokok di premis kerajaan seperti yang diwartakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawasan Hasil Tembakau (PPKHT),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 134 perokok terbabit ditangkap merokok di kawasan hospital dan klinik kesihatan, mahkamah (47), Jabatan Pengangkutan Jalan (38), Jabatan Imigresen (25), wisma persekutuan (21) dan 19 lagi ditangkap semasa merokok di perkarangan majlis perbandaran dan pejabat daerah.

Menurut beliau, Ops Premis Kerajaan Kementerian Kesihatan yang dilakukan di 983 premis kerajaan itu antara lain bertujuan menguatkuasakan larangan merokok di kawasan premis kerajaan dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenainya.

Justeru beliau mengingatkan pesalah terbabit supaya menjelaskan kompaun yang dikenakan atau berhadapan dakwaan di mahkamah yang jika disabit kesalahan membolehkan mereka didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

“Kementerian Kesihatan meningkatkan orang ramai bahawa merokok ditempat larangan termasuk di kawasan premis kerajaan merupakan satu kesalahan,” tegas beliau.

Tambah beliau, tabiat merokok merosakkan kesihatan diri dan orang sekeliling maka Kementerian Kesihatan menasihati perokok supaya berhenti merokok dan mereka yang tidak merokok terutama remaja diminta tidak memulakan tabiat buruk itu.

344 Dikompaun Merokok Di Premis Kerajaanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/smoking.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/smoking-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Seramai 334 perokok dikenakan tindakan kompaun bernilai RM83,500 kerana merokok di premis kerajaan dalam satu operasi yang dilakukan Kementerian Kesihatan secara besar-besaran di seluruh negara pada 19 dan 20 Mac lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Ops Premis Kerajaan Kementerian Kesihatan itu dibuat...
KUALA LUMPUR - Seramai 334 perokok dikenakan tindakan kompaun bernilai RM83,500 kerana merokok di premis kerajaan dalam satu operasi yang dilakukan Kementerian Kesihatan secara besar-besaran di seluruh negara pada 19 dan 20 Mac lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Ops Premis Kerajaan Kementerian Kesihatan itu dibuat ekoran aduan orang ramai mengenai perbuatan merokok di premis kerajaan yang masih berlaku hingga kini. "Kementerian Kesihatan kerap menjalankan aktiviti penguatkuasaan namun sejak kebelakangan ini kami menerima banyak aduan tentang perbuatan merokok di kawasan premis kerajaan. "Kami memandang serius sikap perokok yang mengendahkan larangan merokok di premis kerajaan seperti yang diwartakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawasan Hasil Tembakau (PPKHT)," katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Noor Hisham berkata, sebanyak 134 perokok terbabit ditangkap merokok di kawasan hospital dan klinik kesihatan, mahkamah (47), Jabatan Pengangkutan Jalan (38), Jabatan Imigresen (25), wisma persekutuan (21) dan 19 lagi ditangkap semasa merokok di perkarangan majlis perbandaran dan pejabat daerah. Menurut beliau, Ops Premis Kerajaan Kementerian Kesihatan yang dilakukan di 983 premis kerajaan itu antara lain bertujuan menguatkuasakan larangan merokok di kawasan premis kerajaan dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenainya. Justeru beliau mengingatkan pesalah terbabit supaya menjelaskan kompaun yang dikenakan atau berhadapan dakwaan di mahkamah yang jika disabit kesalahan membolehkan mereka didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. "Kementerian Kesihatan meningkatkan orang ramai bahawa merokok ditempat larangan termasuk di kawasan premis kerajaan merupakan satu kesalahan," tegas beliau. Tambah beliau, tabiat merokok merosakkan kesihatan diri dan orang sekeliling maka Kementerian Kesihatan menasihati perokok supaya berhenti merokok dan mereka yang tidak merokok terutama remaja diminta tidak memulakan tabiat buruk itu.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014