MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


Media Prima

Media Prima Terbit Program Khas S’pena PRU

    April 7, 2013




KUALA LUMPUR – Media Prima melalui rangkaian televisyennya TV3, ntv7 dan TV9 akan menyediakan program-program khas sempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Prima melalui satu kenyataan media memberitahu, program khas itu termasuk bual bicara selama empat jam pada hari penamaan calon yang akan disiarkan di TV3 dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.

“Dalam sejarah TV3, inilah kali pertama stesen ini mengadakan program khas sempena hari Penamaan Calon. Kesedaran di kalangan rakyat untuk mengetahui pelbagai proses yang terbabit dengan pilihan raya mendorong TV3 untuk menerbitkan program khas ini.

“Program bual bicara ini akan membawa laporan terkini sekitar proses penamaan calon dan nama-nama calon yang bertanding di seluruh negara dan lebih menarik kerana terdapat lintas langsung di tujuh lokasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, selain laporan harian berita dan lintas langsung pada hari mengundi di semua stesen televisyen, TV3, ntv7, TV9 dan 8tv turut diadakan
program khas yang akan memaparkan keputusan terkini PRU13.

Kata kenyataan itu, TV3 yang menjadi stesen rujukan utama akan memulakan siaran langsung itu menerusi program “Mandat 2013” pada pukul 6 petang hingga pengumuman keputusan pilihan raya dan pembentukan kerajaan dibuat.

Saluran ntv7 pula akan mengadakan program “Malaysia Votes GE13” pada waktu sama manakala TV9 pula menyiarkan program khas “Malam PRU” bermula pukul 8 malam.

Tambah kenyataan itu, TV9 juga menyediakan program “Chat PRU 13” bermula pada hari Penamaan Calon pada pukul 10.30 pada setiap malam sehingga hari mengundi

Turut dimuatkan dalam program khas sempena PRU13 adalah “Soal Jawab Khas” di TV3 bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menemui penonton pada 8 April ini bermula pukul 9 malam.

Media Prima turut menerbitkan lagu pilihan rayanya sendiri yang dicipta oleh Tomok yang liriknya ditulis Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima, Datuk Mohd Ashraf Abdullah,

Selain itu, progam bual bicara harian di TV3 dan TV9 akan membincangkan topik-topik berkisar PRU 13. Ini termasuklah “Malaysia Hari Ini” (MHI) dan “Wanita Hari Ini” (WHI) di TV3 dan “Nasi Lemak Kopi O” (NLKO) di TV9, diikuti oleh program “9 Soalan” yang ke udara setiap Khamis pukul 10.30 malam di TV9 .

Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A. Talib dalam kenyataan sama berkata, pihaknya mahu memberi maklumat yang diingini penonton dan ingin memastikan program Media Prima menjadi rujukan dan pilihan rakyat Malaysia.

Media Prima Terbit Program Khas S’pena PRUhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Media-Prima.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Media-Prima-150x150.jpg MyNewsHub Terkini,
KUALA LUMPUR - Media Prima melalui rangkaian televisyennya TV3, ntv7 dan TV9 akan menyediakan program-program khas sempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Media Prima melalui satu kenyataan media memberitahu, program khas itu termasuk bual bicara selama empat jam pada hari penamaan calon yang akan disiarkan di TV3 dari pukul...
KUALA LUMPUR - Media Prima melalui rangkaian televisyennya TV3, ntv7 dan TV9 akan menyediakan program-program khas sempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Media Prima melalui satu kenyataan media memberitahu, program khas itu termasuk bual bicara selama empat jam pada hari penamaan calon yang akan disiarkan di TV3 dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. “Dalam sejarah TV3, inilah kali pertama stesen ini mengadakan program khas sempena hari Penamaan Calon. Kesedaran di kalangan rakyat untuk mengetahui pelbagai proses yang terbabit dengan pilihan raya mendorong TV3 untuk menerbitkan program khas ini. “Program bual bicara ini akan membawa laporan terkini sekitar proses penamaan calon dan nama-nama calon yang bertanding di seluruh negara dan lebih menarik kerana terdapat lintas langsung di tujuh lokasi,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, selain laporan harian berita dan lintas langsung pada hari mengundi di semua stesen televisyen, TV3, ntv7, TV9 dan 8tv turut diadakan program khas yang akan memaparkan keputusan terkini PRU13. Kata kenyataan itu, TV3 yang menjadi stesen rujukan utama akan memulakan siaran langsung itu menerusi program “Mandat 2013” pada pukul 6 petang hingga pengumuman keputusan pilihan raya dan pembentukan kerajaan dibuat. Saluran ntv7 pula akan mengadakan program “Malaysia Votes GE13” pada waktu sama manakala TV9 pula menyiarkan program khas “Malam PRU” bermula pukul 8 malam. Tambah kenyataan itu, TV9 juga menyediakan program “Chat PRU 13” bermula pada hari Penamaan Calon pada pukul 10.30 pada setiap malam sehingga hari mengundi Turut dimuatkan dalam program khas sempena PRU13 adalah “Soal Jawab Khas” di TV3 bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menemui penonton pada 8 April ini bermula pukul 9 malam. Media Prima turut menerbitkan lagu pilihan rayanya sendiri yang dicipta oleh Tomok yang liriknya ditulis Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima, Datuk Mohd Ashraf Abdullah, Selain itu, progam bual bicara harian di TV3 dan TV9 akan membincangkan topik-topik berkisar PRU 13. Ini termasuklah “Malaysia Hari Ini” (MHI) dan “Wanita Hari Ini” (WHI) di TV3 dan “Nasi Lemak Kopi O” (NLKO) di TV9, diikuti oleh program “9 Soalan” yang ke udara setiap Khamis pukul 10.30 malam di TV9 . Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A. Talib dalam kenyataan sama berkata, pihaknya mahu memberi maklumat yang diingini penonton dan ingin memastikan program Media Prima menjadi rujukan dan pilihan rakyat Malaysia.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

 Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014