MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014

Riduan Mohd. Nor

PAS Resah Video Seks Jadi Bahan Kempen PRU13

April 4, 2013

KUALA LUMPUR – Isu moral yang dihadapi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata meresahkan parti-parti pembangkang dibawah gabungan pakatan pembangkang yang akan bersaing dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Keresahan itu boleh dilihat apabila parti PAS yang juga sekutu PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan isu moral dihadapi ketua pembangkang itu tidak dibangkitkan dalam kempen Barisan Nasional (BN).

“Perdana Menteri perlu memastikan tiada provokasi melampau, serangan peribadi, memfitnah, video lucah dengan tujuan mengaibkan dilakukan semasa kempen PRU13,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd. Nor melalui satu kenyataan media hari ini.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali sebelum ini pernah mendedahkan pelbagai isu moral yang dihadapi Anwar merupakan satu `beban’ yang terpaksa dipikul PAS dalam berhadapan PRU13.

Hasan turut menasihati PAS supaya meninggalkan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar jika mahu memastikan peluang yang lebih cerah buat parti itu memenangi PRU13.

Riduan seterusnya meminta Perdana Menteri memberi ruang kepada rakyat kononnya untuk mendapat maklumat secara adil dan benar melalui sesi penerangan secara terbuka.

Beliau meminta Najib memberi jaminan bahawa media dibenarkan membuat liputan dengan adil dan bebas dengan semua pihak diberikan peluang berkempen dengan masa yang sama dan telah ditetapkan. – mynewshub.my

PAS Resah Video Seks Jadi Bahan Kempen PRU13http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Riduan-Mohd.-Nor.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Riduan-Mohd.-Nor.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Isu moral yang dihadapi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata meresahkan parti-parti pembangkang dibawah gabungan pakatan pembangkang yang akan bersaing dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Keresahan itu boleh dilihat apabila parti PAS yang juga sekutu PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang...

KUALA LUMPUR - Isu moral yang dihadapi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata meresahkan parti-parti pembangkang dibawah gabungan pakatan pembangkang yang akan bersaing dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Keresahan itu boleh dilihat apabila parti PAS yang juga sekutu PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan isu moral dihadapi ketua pembangkang itu tidak dibangkitkan dalam kempen Barisan Nasional (BN).

"Perdana Menteri perlu memastikan tiada provokasi melampau, serangan peribadi, memfitnah, video lucah dengan tujuan mengaibkan dilakukan semasa kempen PRU13," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd. Nor melalui satu kenyataan media hari ini.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali sebelum ini pernah mendedahkan pelbagai isu moral yang dihadapi Anwar merupakan satu `beban' yang terpaksa dipikul PAS dalam berhadapan PRU13.

Hasan turut menasihati PAS supaya meninggalkan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar jika mahu memastikan peluang yang lebih cerah buat parti itu memenangi PRU13.

Riduan seterusnya meminta Perdana Menteri memberi ruang kepada rakyat kononnya untuk mendapat maklumat secara adil dan benar melalui sesi penerangan secara terbuka.

Beliau meminta Najib memberi jaminan bahawa media dibenarkan membuat liputan dengan adil dan bebas dengan semua pihak diberikan peluang berkempen dengan masa yang sama dan telah ditetapkan. - mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014