MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Real, Dortmund Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara

Real, Dortmund Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara

    March 6, 2013




Real Madrid dan Borussia Dortmund muncul dua pasukan terawal berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas masing-masing menyingkirkan Manchester United dan Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi.

Real mara dengan agregat 3-2 selepas menewaskan United 2-1 di Old Trafford manakala Dortmund mudah membenam Donetsk 3-0 di laman sendiri untuk berkelebihan agregat 5-2.

Di Old Trafford, United berjaya mendahului 1-0 pada minit ke-48 menerusi gol sendiri Sergio Ramos yang tertolak masuk kuisan Danny Welbeck selepas menerima hantaran Nani.

Namun segalanya berubah pada minit ke-56 apabila pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir melayangkan kad merah kontroversi kepada Nani berikutan insiden perebutan bola 50-50 apabila kaki Nani terkena dada pemain Real, Alvaro Arbeloa.

Kelebihan beraksi menentang lawan 10 pemain dimanfaatkan sepenuhnya Real apabila berjaya mendapatkan dua gol menerusi Luka Modric pada minit ke-66 dan Cristiano Ronaldo, tiga minit kemudian untuk kemenangan 2-1.

Di Signal Iduna Park pula, Dortmund tampak selesa apabila berjaya mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Felipe Santana minit ke-31 dan Mario Gotze minit ke-37.

Jaringan ketiga menerusi Jakub Blaszczykowski pada minit ke-59 sudah cukup untuk membawa kemenangan 3-0 buat kelab Jerman itu mara ke suku akhir.

Dua lagi aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara bakal berlangsung, jam 3.45 pagi esok – Juventus lawan Celtic dan PSG lawan Valencia.

Real, Dortmund Ke Suku Akhir Liga Juara-Juarahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Real.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Real-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
Real Madrid dan Borussia Dortmund muncul dua pasukan terawal berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas masing-masing menyingkirkan Manchester United dan Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi. Real mara dengan agregat 3-2 selepas menewaskan United 2-1 di Old Trafford manakala Dortmund mudah membenam Donetsk 3-0 di laman sendiri untuk berkelebihan...
Real Madrid dan Borussia Dortmund muncul dua pasukan terawal berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas masing-masing menyingkirkan Manchester United dan Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi. Real mara dengan agregat 3-2 selepas menewaskan United 2-1 di Old Trafford manakala Dortmund mudah membenam Donetsk 3-0 di laman sendiri untuk berkelebihan agregat 5-2. Di Old Trafford, United berjaya mendahului 1-0 pada minit ke-48 menerusi gol sendiri Sergio Ramos yang tertolak masuk kuisan Danny Welbeck selepas menerima hantaran Nani. Namun segalanya berubah pada minit ke-56 apabila pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir melayangkan kad merah kontroversi kepada Nani berikutan insiden perebutan bola 50-50 apabila kaki Nani terkena dada pemain Real, Alvaro Arbeloa. Kelebihan beraksi menentang lawan 10 pemain dimanfaatkan sepenuhnya Real apabila berjaya mendapatkan dua gol menerusi Luka Modric pada minit ke-66 dan Cristiano Ronaldo, tiga minit kemudian untuk kemenangan 2-1. Di Signal Iduna Park pula, Dortmund tampak selesa apabila berjaya mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Felipe Santana minit ke-31 dan Mario Gotze minit ke-37. Jaringan ketiga menerusi Jakub Blaszczykowski pada minit ke-59 sudah cukup untuk membawa kemenangan 3-0 buat kelab Jerman itu mara ke suku akhir. Dua lagi aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara bakal berlangsung, jam 3.45 pagi esok - Juventus lawan Celtic dan PSG lawan Valencia.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Tumulak

    REAL MADRID!!! NOW & FOREVaaaa

    Public CommentUserREAL MADRID!!! NOW & FOREVaaaa


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014