MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Sunday, April 20, 2014


TNB

Pelajar Tingkatan 3 ‘Maut Berdiri’ Akibat Renjatan Elektrik Di Klang

    February 27, 2013




KLANG: Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik daripada sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini pada 1.15 tengah hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini.

Bapa mangsa, Halim Mohd Ismail, 38, berkata beliau dimaklum mengenai kejadian itu kira-kira 1.20 tengah hari.

“Saya difahamkan anak saya berada di kawasan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah yg terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Sebaik melintasi kotak itu arwah terkena renjatan elektrik serta terhenti dan berada dalam keadaan berdiri tegak,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

“Arwah seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Kali terakhir saya bersembang dengannya pada 6 pagi tadi sebelum keluar pergi ke sekolah.

“Kami sekeluarga reda tapi berharap supaya pihak terbabit peka dan mengambil tindakan segera menutup kotak kabel elektrik bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Halim berkata jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kapar petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pengurus Besar TNB Selangor Datuk Mohd Azim Yusof ketika dihubungi berkata pihaknya mendapati berlaku vandalisme pada kotak pembekal elektrik 33 kilo Volt (kV) berkenaan.

Beliau berkata pihaknya akan membaiki segera kotak itu dan kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Tenaga.

“Kita telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian ini malah kami tidak menerima maklumat mengenai kerosakan itu dan berharap supaya orang ramai melaporkan sekiranya berlaku perkara yang sama,” katanya.

Pengarah Pelajaran Selangor Mahmud Karim berkata pihaknya akan meminta sekolah berkenaan memohon pondok bas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kemudahan pelajar.

“Kita harap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya supaya kejadian sama tidak berulang kerana ia bukan sahaja membahayakan pelajar sekolah tetapi juga orang awam,” katanya.

Beliau berkata pihaknya bersedih dengan kejadian itu dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.- BERNAMA

Pelajar Tingkatan 3 ‘Maut Berdiri’ Akibat Renjatan Elektrik Di Klanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/TNB2.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/TNB2-150x150.jpg MyNewsHub Utama
KLANG: Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik daripada sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini pada 1.15 tengah hari ini. Mangsa dikenali sebagai Mohammad Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh...
KLANG: Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik daripada sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini pada 1.15 tengah hari ini. Mangsa dikenali sebagai Mohammad Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini. Bapa mangsa, Halim Mohd Ismail, 38, berkata beliau dimaklum mengenai kejadian itu kira-kira 1.20 tengah hari. <strong>"Saya difahamkan anak saya berada di kawasan itu sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah yg terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.</strong> <strong>"Sebaik melintasi kotak itu arwah terkena renjatan elektrik serta terhenti dan berada dalam keadaan berdiri tegak," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.</strong> Beliau berkata mangsa merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini. "Arwah seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Kali terakhir saya bersembang dengannya pada 6 pagi tadi sebelum keluar pergi ke sekolah. "Kami sekeluarga reda tapi berharap supaya pihak terbabit peka dan mengambil tindakan segera menutup kotak kabel elektrik bagi memastikan kejadian sama tidak berulang," katanya. Halim berkata jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kapar petang ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Pengurus Besar TNB Selangor Datuk Mohd Azim Yusof ketika dihubungi berkata pihaknya mendapati berlaku vandalisme pada kotak pembekal elektrik 33 kilo Volt (kV) berkenaan. Beliau berkata pihaknya akan membaiki segera kotak itu dan kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Tenaga. "Kita telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian ini malah kami tidak menerima maklumat mengenai kerosakan itu dan berharap supaya orang ramai melaporkan sekiranya berlaku perkara yang sama," katanya. Pengarah Pelajaran Selangor Mahmud Karim berkata pihaknya akan meminta sekolah berkenaan memohon pondok bas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kemudahan pelajar. "Kita harap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya supaya kejadian sama tidak berulang kerana ia bukan sahaja membahayakan pelajar sekolah tetapi juga orang awam," katanya. Beliau berkata pihaknya bersedih dengan kejadian itu dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.- <strong>BERNAMA</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    xleh slhkn tnb kot dlm hal ni…

    Public CommentUserxleh slhkn tnb kot dlm hal ni...
  • Tumulak

    dahsyat giler! ajal dia dah sampai….redhakan je….tutup kawasan tu!

    Public CommentUserdahsyat giler! ajal dia dah sampai....redhakan je....tutup kawasan tu!
  • http://twitter.com/73fly fly

    bb

    Public CommentUserbb
  • mahs7312

    Vandalisme… Harap org yg melakukannya kesal dgn perbuatannya yg menyebabkan trajedi ini berlaku.

    Public CommentUserVandalisme... Harap org yg melakukannya kesal dgn perbuatannya yg menyebabkan trajedi ini berlaku.
  • Siti Rohani Yatim

    kesiannya arwah.. moga dicucuri Rahmat keatas rohnya.. budak lagi baru nak ambik PMR!

    Public CommentUserkesiannya arwah.. moga dicucuri Rahmat keatas rohnya.. budak lagi baru nak ambik PMR!
  • http://www.facebook.com/people/Jessey-Mich-J/100001890585428 Jessey Mich J

    fuhhh….tragisnya.. Rest in peace. Condolence to the Family.

    Public CommentUserfuhhh....tragisnya.. Rest in peace. Condolence to the Family.
  • http://twitter.com/risyati ris

    Sedih baca citer mcm ni. Disebabkan org lain, org lain plak jadi mangsa.

    Public CommentUserSedih baca citer mcm ni. Disebabkan org lain, org lain plak jadi mangsa.
  • awan anym

    tnb xsalah..sbb kes ni x dilaporkan..orang sekeliling yg patut melaporkn kesorakkn kotak kabel tu

    Public CommentUsertnb xsalah..sbb kes ni x dilaporkan..orang sekeliling yg patut melaporkn kesorakkn kotak kabel tu


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014