Tuesday, April 15, 2014


LAHAD DATU: Polis Sahkan Tiada lagi Rundingan!

LAHAD DATU: Polis Sahkan Tiada lagi Rundingan!

    February 25, 2013




LAHAD DATU – Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.

“Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang-undang…kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan…ini terpulang kepada kita.

“Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu… tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara.

“Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan,” katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu di sini hari ini.

Hamza berkata polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

Beliau turut menafikan berlaku perbalahan sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu dan menambah pihaknya akan menyiasat perkara itu.

“Setakat tembakan kita ada dengar tapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan. Tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan…mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh),” katanya mengulas laporan yang disiarkan media altenatif.

Beliau meminta masyarakat tidak gusar kerana keselamatan masih terkawal, meskipun pada masa kini, kumpulan itu kemungkinan berdepan masalah kekurangan bekalan air, makanan dan minyak.

Sementara itu, beliau mengesahkan polis menahan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah pada awal pagi semalam di satu kawasan di Lahad Datu, namun kesemua mereka bukan anggota kumpulan terbabit.

Ketika ditanya mengenai kapal Filipina yang didakwa akan digunakan untuk membawa kumpulan itu pulang ke negara asal, Hamza berkata kapal itu tidak berada di perairan negara ini.

Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo sejak 12 Feb lepas sebagai waris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina. – BERNAMA

LAHAD DATU: Polis Sahkan Tiada lagi Rundingan!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/SliderMNH1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/SliderMNH1-150x150.jpg MyNewsHub Utama
LAHAD DATU - Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam...
LAHAD DATU - Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. <span style="font-size: 13px; line-height: 19px;">Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.</span> <strong>"Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang-undang...kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan...ini terpulang kepada kita.</strong> <strong>"Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu... tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara.</strong> <strong>"Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan," katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu di sini hari ini.</strong> <span style="font-size: 13px; line-height: 19px;">Hamza berkata polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan </span>mempertahankan kedaulatan tanah air. Beliau turut menafikan berlaku perbalahan sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu dan menambah pihaknya akan menyiasat perkara itu. "Setakat tembakan kita ada dengar tapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan. Tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan...mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh)," katanya mengulas laporan yang disiarkan media altenatif. Beliau meminta masyarakat tidak gusar kerana keselamatan masih terkawal, meskipun pada masa kini, kumpulan itu kemungkinan berdepan masalah kekurangan bekalan air, makanan dan minyak. Sementara itu, beliau mengesahkan polis menahan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah pada awal pagi semalam di satu kawasan di Lahad Datu, namun kesemua mereka bukan anggota kumpulan terbabit. Ketika ditanya mengenai kapal Filipina yang didakwa akan digunakan untuk membawa kumpulan itu pulang ke negara asal, Hamza berkata kapal itu tidak berada di perairan negara ini. Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo sejak 12 Feb lepas sebagai waris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/talibz86 Abu Talib Othman

    moga semua polis, tentera dan penduduk sekitar selamat dari malapetaka, kesian tgk tentera dan polis berjauhan dgn keluarga berkampung di dewan dan surau lama felda..

    Public CommentUsermoga semua polis, tentera dan penduduk sekitar selamat dari malapetaka, kesian tgk tentera dan polis berjauhan dgn keluarga berkampung di dewan dan surau lama felda..
  • Tumulak

    tak payah berunding…kalau nak berperang aku nak join berjihad…dekat je dgn tempat tinggal aku…yg penting senjata kena cukup! JIHAD FISABILILLAH

    Public CommentUsertak payah berunding...kalau nak berperang aku nak join berjihad...dekat je dgn tempat tinggal aku...yg penting senjata kena cukup! JIHAD FISABILILLAH
  • http://www.facebook.com/nornita.manap Nornita Manap

    amin,,,,,

    Public CommentUseramin,,,,,
  • http://www.facebook.com/people/Zharif-Fitri/100000772721946 Zharif Fitri

    Asal depa balik dengan aman ok la…depa pun orang islam..jgn bunuh sesama Islam…kalau takkan jugak baru gune kekerasan

    Public CommentUserAsal depa balik dengan aman ok la...depa pun orang islam..jgn bunuh sesama Islam...kalau takkan jugak baru gune kekerasan
  • http://www.facebook.com/hafizah.puan Puan Hafizah

    suami saya salah seorang tentera di sana..sentiasa berharap isu ni cepat selesai..sangat berharap suami cepat pulang demi anak pertama kami yg baru 2 bulan usianya

    Public CommentUsersuami saya salah seorang tentera di sana..sentiasa berharap isu ni cepat selesai..sangat berharap suami cepat pulang demi anak pertama kami yg baru 2 bulan usianya
  • SuaraBarisanNasional

    Hanya Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah yang boleh selesaikan masalah ini. Harap DS Najib menggunakan kaedah yang lembut dalam menyelesaikan masalah mereka ini. Kami percaya DS Najib boleh sepertimana DS Najib prihatin dgn rakyat Malaysia.

    Public CommentUserHanya Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah yang boleh selesaikan masalah ini. Harap DS Najib menggunakan kaedah yang lembut dalam menyelesaikan masalah mereka ini. Kami percaya DS Najib boleh sepertimana DS Najib prihatin dgn rakyat Malaysia.
  • http://www.facebook.com/people/Khalil-Mohammad/100001681208535 Khalil Mohammad

    salah memang salah menceroboh….BEGITU PUN TIADA KEGANASAN YANG BERLAKU ..berunding dan elakkan bertumpahan darah …lebih2 KITA MAMPU MENGHAPUSKAN MEREKA…..

    Public CommentUsersalah memang salah menceroboh....BEGITU PUN TIADA KEGANASAN YANG BERLAKU ..berunding dan elakkan bertumpahan darah ...lebih2 KITA MAMPU MENGHAPUSKAN MEREKA.....
  • http://www.facebook.com/izwan.kanchan Izwan Kanchan

    mudah2an..

    Public CommentUsermudah2an..
  • http://www.facebook.com/talibz86 Abu Talib Othman

    jgn risau puan, inshaAllah selamat bila tgk bilangan kekuatan yg ada kat sini.. dibandingkan dgn bilangan penceroboh,

    Public CommentUserjgn risau puan, inshaAllah selamat bila tgk bilangan kekuatan yg ada kat sini.. dibandingkan dgn bilangan penceroboh,
  • KucingGersang

    Apa yg puan Hafizah mahukan ialah agar suami balik dengan selamat tanpa sebarang pertumpahan darah. saya percaya begitu juga dengan keluarga askar kita yang lain. Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

    Public CommentUserApa yg puan Hafizah mahukan ialah agar suami balik dengan selamat tanpa sebarang pertumpahan darah. saya percaya begitu juga dengan keluarga askar kita yang lain. Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
  • Matkota

    haa..dah boleh guna scorpene nie..asik simpan buat lemau jer..

    Public CommentUserhaa..dah boleh guna scorpene nie..asik simpan buat lemau jer..
  • мr. ĸraв’ѕ eмployee

    Uhuk uhukkkkk

    Public CommentUserUhuk uhukkkkk
  • haku

    wakakkakak… bagi jer BRIM$$$ kat puak2 tu.. puihhhh

    Public CommentUserwakakkakak... bagi jer BRIM$$$ kat puak2 tu.. puihhhh
  • rosayie

    mudah2an puan..semua org doakan kesejhteraan pasukan2 wira kita..

    Public CommentUsermudah2an puan..semua org doakan kesejhteraan pasukan2 wira kita..
  • http://www.facebook.com/kacak.selalu Kacak Selalu

    kit siang suruh kerajaan bertindak segera…apa maksud dia? Adakah nak suruh polis serbu dan tembak semua yang ada di sana

    Public CommentUserkit siang suruh kerajaan bertindak segera...apa maksud dia? Adakah nak suruh polis serbu dan tembak semua yang ada di sana
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000839495306 Eyka Azinuddin

    tau xpe.. (-____-) sabahkan kaye dengan minyak.. filipina xde ap.. klau dyorg dpt sabah.. bersoraklah mereka… siapalah yg hasut mereka.. tibe2 je mereka dtg serang malaysia.. malaysia ni dah sebok ditmbahkan keje lagi… hurmmm

    Public CommentUsertau xpe.. (-____-) sabahkan kaye dengan minyak.. filipina xde ap.. klau dyorg dpt sabah.. bersoraklah mereka... siapalah yg hasut mereka.. tibe2 je mereka dtg serang malaysia.. malaysia ni dah sebok ditmbahkan keje lagi... hurmmm


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014