Friday, April 25, 2014


Nora Danish Amalkan Surah 3 Qul Elak Sihir

Nora Danish Amalkan Surah 3 Qul Elak Sihir

    February 14, 2013




KUALA LUMPUR – Bagi menghindarkan diri daripada terkena sihir, pelakon, Nora Danish mengamalkan ayat bacaan surah 3 Qul serta beberapa surah lain hampir setiap hari.

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, bacaan ayat-ayat berkenaan dilakukannya bagi menghindarkan diri daripada terkena sebarang perbuatan buruk.

“Insya-Allah langkah berjaga-jaga mengamalkan bacaan ’3 Qul’ serta surah-surah lain dapat mengelakkan perkara buruk berlaku dan semoga saya dan keluarga dilindungi dan dijauhi daripada benda (sihir) itu,” katanya yang dipetik dari Mstar, di sini, hari ini.

BACA: Fizz Fairuz Langgar Hukum & Adat Melayu

Tambah ibu kepada seorang anak lelaki ini, dia telah mengamalkan bacaan tersebut sejak kecil lagi selain berbuat baik kepada semua orang agar tidak timbul perasaan benci mereka kepada dirinya.

Sementara itu, bercakap mengenai kerjayanya pula, Nora kini dilihat sering saja keluar negara bagi menjayakan beberapa watak yang dilakonnya.

Kata Nora, selepas 10 tahun dalam industri lakonan ini, Nora ingin mencabar diri dengan melakonkan watak-watak lebih berani yang membabitkan aksi-aksi seni mempertahankan diri.

“Saya ingin membuktikan bahawa saya juga boleh membawa watak-watak aksi. Asyik jadi wanita sedih sahaja.

“Pengalaman berlakon filem Bencinta bersama Qi Razali pada hujung tahun lalu yang memerlukan saya menunjukkan skil seni mempertahankan diri membuatkan saya rasa seronok pula,” ujarnya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Nora Danish Amalkan Surah 3 Qul Elak Sihirhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/nora1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/nora1-150x150.jpg MyNewsHub myArtisTerkini
KUALA LUMPUR - Bagi menghindarkan diri daripada terkena sihir, pelakon, Nora Danish mengamalkan ayat bacaan surah 3 Qul serta beberapa surah lain hampir setiap hari. Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, bacaan ayat-ayat berkenaan dilakukannya bagi menghindarkan diri daripada terkena sebarang perbuatan buruk. 'Insya-Allah langkah berjaga-jaga mengamalkan...
KUALA LUMPUR - Bagi menghindarkan diri daripada terkena sihir, pelakon, Nora Danish mengamalkan ayat bacaan surah 3 Qul serta beberapa surah lain hampir setiap hari. Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, bacaan ayat-ayat berkenaan dilakukannya bagi menghindarkan diri daripada terkena sebarang perbuatan buruk. "Insya-Allah langkah berjaga-jaga mengamalkan bacaan '3 Qul' serta surah-surah lain dapat mengelakkan perkara buruk berlaku dan semoga saya dan keluarga dilindungi dan dijauhi daripada benda (sihir) itu," katanya yang dipetik dari Mstar, di sini, hari ini. <a href="http://mynewshub.my/2013/02/14/fizz-fairuz-langgar-hukum-adat-melayu/"><strong>BACA: Fizz Fairuz Langgar Hukum & Adat Melayu</strong></a> Tambah ibu kepada seorang anak lelaki ini, dia telah mengamalkan bacaan tersebut sejak kecil lagi selain berbuat baik kepada semua orang agar tidak timbul perasaan benci mereka kepada dirinya. Sementara itu, bercakap mengenai kerjayanya pula, Nora kini dilihat sering saja keluar negara bagi menjayakan beberapa watak yang dilakonnya. Kata Nora, selepas 10 tahun dalam industri lakonan ini, Nora ingin mencabar diri dengan melakonkan watak-watak lebih berani yang membabitkan aksi-aksi seni mempertahankan diri. "Saya ingin membuktikan bahawa saya juga boleh membawa watak-watak aksi. Asyik jadi wanita sedih sahaja. "Pengalaman berlakon filem Bencinta bersama Qi Razali pada hujung tahun lalu yang memerlukan saya menunjukkan skil seni mempertahankan diri membuatkan saya rasa seronok pula," ujarnya. Oleh: <strong>NURUL NAFISAH MAZLAN</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/khair.entizam Khair Entizam

    dahsyat.. semoga Allah bg kefahaman surah 3 Qul tersebut

    Public CommentUserdahsyat.. semoga Allah bg kefahaman surah 3 Qul tersebut
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001642452169 Syed Ahmad Daniel

    Maaf..surah kamu amal…tahu takut terkena sihir…yang wajib buat dulu….tutup segala aurat…in sya Allah….kamu selamat

    Public CommentUserMaaf..surah kamu amal...tahu takut terkena sihir...yang wajib buat dulu....tutup segala aurat...in sya Allah....kamu selamat


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014