MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014
GAMBAR: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Mati Diracun Di Sabah
VIDEO: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah
    January 30, 2013
KOTA KINABALU – Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
“Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya,” katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.
Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
“Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.
“Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia,” kata Dr Ambu.
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
“Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain,” katanya. – THE STAR
gajah_2
gajah_3
BACA: KISAH TRAGIS MURID TAHUN 2 DIGILIS LORI!
VIDEO: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/pix_topright4.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/pix_topright4-150x150.jpg MyNewsHub myHangat
KOTA KINABALU - Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah. Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri...
KOTA KINABALU - Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah. Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau. "Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol. Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan. "Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah. "Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu. <iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/zcbGVni-zMk" frameborder="0" allowfullscreen> Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah. Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora. "Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya. - THE STAR   BACA: KISAH TRAGIS MURID TAHUN 2 DIGILIS LORI!  
Iklan Teks:
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • KucingGersang
    T_T
    Public CommentUserT_T
  • tuntun
    binatang pun ade perasaan..
    walau mereka tidak berakal..
    Public CommentUserbinatang pun ade perasaan.. walau mereka tidak berakal..
  • opah_brutal
    mcm mn org boleh b’ckp “dasar binatang”….
    sedangkan binatang pon ada perasaan….:(
    Public CommentUsermcm mn org boleh b'ckp "dasar binatang".... sedangkan binatang pon ada perasaan....:(
  • Nora
    kesiannya….berdarah2
    Public CommentUserkesiannya....berdarah2
  • HangKebon
    hoii opah..kau ada perasaan kat aku tak? khihkhihkhihkhi puii !!!
    Public CommentUserhoii opah..kau ada perasaan kat aku tak? khihkhihkhihkhi puii !!!
  • opah_brutal
    ada2 perasaan belas kasihan…hg ada perasaan apa lak kat aku?
    Public CommentUserada2 perasaan belas kasihan...hg ada perasaan apa lak kat aku?
  • http://twitter.com/AnakBulan6 Anak Bulan Enam
    kesian nye
    Public CommentUserkesian nye
  • HangKebon
    nape lak kesian??
    Public CommentUsernape lak kesian??
  • opah_brutal
    kesian la ngn pic awk tu…ehhh ..awk lak……. :x
    Public CommentUserkesian la ngn pic awk tu...ehhh ..awk lak....... :x
  • HangKebon
    kesian tgk bibir awk berdarah…eh awk gak..sape pukul??
    Public CommentUserkesian tgk bibir awk berdarah...eh awk gak..sape pukul??
  • http://www.facebook.com/jojo.idris.3 Jojo IdrisAlcantara
    aduh..sdihnyaa :(
    Public CommentUseraduh..sdihnyaa :(
  • Red1Echizen
    ni semua kerja manusia….manusia durjana!
    Public CommentUserni semua kerja manusia....manusia durjana!
  • opah_brutal
    bibir bedarah xmengape….jgn haty yg bedarah…sape nk ubat kan…awk ke???
    Public CommentUserbibir bedarah xmengape....jgn haty yg bedarah...sape nk ubat kan...awk ke???
  • afusairy azmi
    kesian kot…
    Public CommentUserkesian kot...
  • mohd zizi
    opah mulut berdarah hahahahaaa, sdh mulut berdarah manari opad macam anak tergila-gila
    Public CommentUseropah mulut berdarah hahahahaaa, sdh mulut berdarah manari opad macam anak tergila-gila
  • mohd zizi
    opad mulut berdarah. sdh mulut berdarah menari opah tetiba hahahaa
    Public CommentUseropad mulut berdarah. sdh mulut berdarah menari opah tetiba hahahaa
  • VVIP
    Public CommentUser:(
  • opah_brutal
    minta maaf aku xpaham ape ygko merepek nie….
    Public CommentUserminta maaf aku xpaham ape ygko merepek nie....
myartis new logo kekal intim & bahagia2
Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube
 Subscribe in a reader
RSS FEED
Enter your email address:
Delivered by FeedBurner
Alexa Rank
MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014