MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 16, 2014

WilliamYauZhenZong

75% Peluang Itu Adalah Mayat Adik William Yau

January 25, 2013

Polis hampir 75 peratus pasti bahawa mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput yang ditemui di jeti Sungai Sireh dekat rumah flat Sri Perantau, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebagai William Yau Zhen Zhong.

Walaupun mayat kanak-kanak itu reput sepenuhnya, tetapi ibu bapa William Yau yang dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pukul 11 pagi tadi dikatakan dapat mengesahkan parut di dahi kanak-kanak malang itu.

Selain itu, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli, ibu bapa kanak-kanak itu turut mengecam pakaian yang ada pada badan mayat kanak-kanak itu.

Polis yakin kanak-kanak itu telah meninggal dunia seminggu lalu dan tidak terdapat sebarang kesan kecederaan melainkan beberapa gigitan serangga di badannya.

Gigitan itu kata beliau mungkin berlaku ketika mayat itu terapung selama seminggu di laut.

Maklumat berkenaan diperoleh melalui laporan akhbar The Star.

(BACA: Ibu Bapa William Tiba Di HTAR Klang)

(BACA: Apakah Itu Mayat William Yau?)

Ibu William juga dilihat terpaksa dipapah keluar untuk pulang dari rumah mayat berkenaan.

William-Yau-Parents.Arrivingjpg (Gambar ibu bapa William Yau ketika tiba di HTAA – Gambar : The Star)

Bagaimanapun, keputusan sebenar dan penuh akan hanya diketahui dalam beberapa hari lagi apabila pihak hospital selesai sepenuhnya melaksanakan ujian  post-mortem dan ujian DNA.

William Yau dilaporkan hilang sejak 16 Januari lalu dan usaha mengesan telah dilakukan dengan giatnya sejak itu.

Mayat kanak-kanak yang ditemui di dijeti semalam  dianggarkan berusia di antara enam atau tujuh tahun.

Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan ‘Active Group’ berwarna putih dan ‘Best Team’ berwarna biru.

75% Peluang Itu Adalah Mayat Adik William Yauhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/WilliamYauZhenZong.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/WilliamYauZhenZong-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
Polis hampir 75 peratus pasti bahawa mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput yang ditemui di jeti Sungai Sireh dekat rumah flat Sri Perantau, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebagai William Yau Zhen Zhong. Walaupun mayat kanak-kanak itu reput sepenuhnya, tetapi ibu bapa William Yau yang dibawa ke rumah mayat...
Polis hampir 75 peratus pasti bahawa mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput yang ditemui di jeti Sungai Sireh dekat rumah flat Sri Perantau, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebagai William Yau Zhen Zhong. Walaupun mayat kanak-kanak itu reput sepenuhnya, tetapi ibu bapa William Yau yang dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pukul 11 pagi tadi dikatakan dapat mengesahkan parut di dahi kanak-kanak malang itu. Selain itu, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli, ibu bapa kanak-kanak itu turut mengecam pakaian yang ada pada badan mayat kanak-kanak itu. Polis yakin kanak-kanak itu telah meninggal dunia seminggu lalu dan tidak terdapat sebarang kesan kecederaan melainkan beberapa gigitan serangga di badannya. Gigitan itu kata beliau mungkin berlaku ketika mayat itu terapung selama seminggu di laut. Maklumat berkenaan diperoleh melalui laporan akhbar The Star. (BACA: Ibu Bapa William Tiba Di HTAR Klang)  (BACA: Apakah Itu Mayat William Yau?) Ibu William juga dilihat terpaksa dipapah keluar untuk pulang dari rumah mayat berkenaan.  (Gambar ibu bapa William Yau ketika tiba di HTAA - Gambar : The Star) Bagaimanapun, keputusan sebenar dan penuh akan hanya diketahui dalam beberapa hari lagi apabila pihak hospital selesai sepenuhnya melaksanakan ujian  post-mortem dan ujian DNA. William Yau dilaporkan hilang sejak 16 Januari lalu dan usaha mengesan telah dilakukan dengan giatnya sejak itu. Mayat kanak-kanak yang ditemui di dijeti semalam  dianggarkan berusia di antara enam atau tujuh tahun. Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan ‘Active Group’ berwarna putih dan ‘Best Team’ berwarna biru.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• rosayie

kalau kes ni kes bunuh..memang x dak ati perut la sapa yang buat angkara ni…moga dapat balasan

Public CommentUserkalau kes ni kes bunuh..memang x dak ati perut la sapa yang buat angkara ni...moga dapat balasan
• http://www.facebook.com/cayataro Nur Cahaya

kalo ye kes bunuh..apa motif nye?
sian budak ni :(

Public CommentUserkalo ye kes bunuh..apa motif nye? sian budak ni :(
• http://www.facebook.com/firdaus.ismail.180 Firdaus Ismail

tu la psl…ape dosa budak tu…

Public CommentUsertu la psl...ape dosa budak tu...
• Red1Echizen

semoga tabah familinya

Public CommentUsersemoga tabah familinya
• omr

sedih bila baca berita mcm ni….
budak2 tak berdosa mati dgn tragis..hurmmm

Public CommentUsersedih bila baca berita mcm ni.... budak2 tak berdosa mati dgn tragis..hurmmm
• VVIP

sian dia..

Public CommentUsersian dia..
myartis new logo kekal intim & bahagia2

Pilihan Kategori
PABM2014_300x250
myonlinemall new logo
MynewshubChannel-Youtube

Subscribe in a reader

RSS FEED

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Alexa Rank

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014