MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Krisis Tebusan Algeria: Rakyat Malaysia Dikhuatiri Maut

TERKINI: Rakyat Malaysia Dikhuatiri Maut

    January 20, 2013




KUALA LUMPUR – Kedutaan Malaysia di Algiers, Algeria mendapat maklumat tentang kemungkinan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang tidak dapat dikesan berikutan serangan kumpulan militan di kilang pemprosesan gas di In Amenas, maut, manakala nasib seorang lagi belum diketahui.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman berkata, wakil JGC Construction Pte. Ltd, syarikat yang menjadi majikan rakyat Malaysia berkenaan, memaklumkan kepada kedutaan itu mengenai perkara terbabit.

“Kedutaan Malaysia akan berusaha sedaya upaya untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria dan JGC Construction Pte.Ltd bagi mendapat pengesahan tentang perkembangan terkini dua rakyat Malaysia itu,” katanya.

Sementara itu, pegawai Kedutaan Malaysia di Algiers sudah berjumpa dengan tiga rakyat Malaysia yang menjadi tebusan dalam serangan itu dan dipindahkan ke ibu negara Algeria itu.

“Persiapan sedang dibuat untuk membawa mereka pulang ke tanah air dan

Wisma Putra sudah memaklumkan tentang keadaan mereka kepada keluarga masing-masing,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

BACA: LELAKI MENJERIT KESAKITAN BILA DIBERI PELUANG RASA BERSALIN!

 

TERKINI: Rakyat Malaysia Dikhuatiri Mauthttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/img_606X341_1701-algeria-army-attack-hostages.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/img_606X341_1701-algeria-army-attack-hostages-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Kedutaan Malaysia di Algiers, Algeria mendapat maklumat tentang kemungkinan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang tidak dapat dikesan berikutan serangan kumpulan militan di kilang pemprosesan gas di In Amenas, maut, manakala nasib seorang lagi belum diketahui. Dalam kenyataan di sini hari ini, Menteri Luar, Datuk Sri Anifah...
KUALA LUMPUR - Kedutaan Malaysia di Algiers, Algeria mendapat maklumat tentang kemungkinan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang tidak dapat dikesan berikutan serangan kumpulan militan di kilang pemprosesan gas di In Amenas, maut, manakala nasib seorang lagi belum diketahui. <strong>Dalam kenyataan di sini hari ini, Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman berkata, wakil JGC Construction Pte. Ltd, syarikat yang menjadi majikan rakyat Malaysia berkenaan, memaklumkan kepada kedutaan itu mengenai perkara terbabit. </strong> <strong>"Kedutaan Malaysia akan berusaha sedaya upaya untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria dan JGC Construction Pte.Ltd bagi mendapat pengesahan tentang perkembangan terkini dua rakyat Malaysia itu," katanya.</strong> Sementara itu, pegawai Kedutaan Malaysia di Algiers sudah berjumpa dengan tiga rakyat Malaysia yang menjadi tebusan dalam serangan itu dan dipindahkan ke ibu negara Algeria itu. "Persiapan sedang dibuat untuk membawa mereka pulang ke tanah air dan Wisma Putra sudah memaklumkan tentang keadaan mereka kepada keluarga masing-masing," kata kenyataan itu. - BERNAMA <a href="http://mynewshub.my/2013/01/20/lelaki-cuba-rasa-sakit-bersalin/"><strong>BACA: LELAKI MENJERIT KESAKITAN BILA DIBERI PELUANG RASA BERSALIN!</strong></a>  

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://twitter.com/73fly fly

    vs

    Public CommentUservs


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014