MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Adi Akui Dukung, Cium Dahi Rita

Adi Akui Dukung, Cium Dahi Rita Rudaini

    January 17, 2013




Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.

“Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu Adi juga yakin drama yang diadaptasikan dari novel nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal,” jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu.

Sehangat Asmara berkisar ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia.

Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara.

Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan pelakon hebat seperti Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee.

Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).

BACA: BADAK PUN ADA ‘MASALAH’?

 

Adi Akui Dukung, Cium Dahi Rita Rudainihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/ADI-PUTRA-RITA-RUDAINI.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/ADI-PUTRA-RITA-RUDAINI-150x150.jpg MyNewsHub myArtisTerkini
Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara. 'Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak...
Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara. <strong>"Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya," katanya kepada Kosmo!</strong> Dalam pada itu Adi juga yakin drama yang diadaptasikan dari novel nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri. "Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal," jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu. Sehangat Asmara berkisar ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia. Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya. Sembilan tahun berlalu namun Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dalam sengsara. Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan pelakon hebat seperti Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134). <a href="http://mynewshub.my/2013/01/17/wanita-ditanduk-badak-selepas-bergambar/"><strong>BACA: BADAK PUN ADA 'MASALAH'?</strong></a>  

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Khairul Naim

    untung a

    Public CommentUseruntung a
  • amin eg6

    err untung la kau lelaki.. rita tu pn x kurang hebatnye d ranjang

    Public CommentUsererr untung la kau lelaki.. rita tu pn x kurang hebatnye d ranjang
  • Red1Echizen

    nak tgk citer ni tapi………..terbuang masa

    Public CommentUsernak tgk citer ni tapi...........terbuang masa
  • choco

    dia ni semua pun nak sapu..

    Public CommentUserdia ni semua pun nak sapu..
  • rosayie

    novel ni dh bca dh dlu…bila dh tau jln cita..nk tgok kurang feel la… x sehebat karya ZIKIR UNTUK DIA..lgi byk konflik n kesedihan…

    Public CommentUsernovel ni dh bca dh dlu...bila dh tau jln cita..nk tgok kurang feel la... x sehebat karya ZIKIR UNTUK DIA..lgi byk konflik n kesedihan...
  • http://www.facebook.com/people/Mohamad-Izuan-Razali/100001123596015 Mohamad Izuan Razali

    wei bini owg tu…

    Public CommentUserwei bini owg tu...
  • HangKebon

    ni yg ameno, hasang & berahim ali suka tgk ni..ada adegan cium2..mereka sket pun tak bersuara..eh mana hilang zul nordin ekk??? khihkhihkhihkhi puii !!!

    Public CommentUserni yg ameno, hasang & berahim ali suka tgk ni..ada adegan cium2..mereka sket pun tak bersuara..eh mana hilang zul nordin ekk??? khihkhihkhihkhi puii !!!
  • http://www.facebook.com/bon.belamy Bon Belamy

    Finas tak Cut ke….perkasa mn? Kata nk memperjuangkan melayu..perkasam lah jawabnyaaaa…rosak anak bangsa akn dtg klu terus begini

    Public CommentUserFinas tak Cut ke....perkasa mn? Kata nk memperjuangkan melayu..perkasam lah jawabnyaaaa...rosak anak bangsa akn dtg klu terus begini
  • http://www.facebook.com/umiklsom Umiklsom Ramli

    Eeehhhiiiisssssshhhhhhh…..kan haram buat babak cam tuuu…..n duitnya pun haram…..kalau x caya tanya ustaz azhar idrus…

    Public CommentUserEeehhhiiiisssssshhhhhhh.....kan haram buat babak cam tuuu.....n duitnya pun haram.....kalau x caya tanya ustaz azhar idrus...


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014