MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Kalimah Allah: Mat Sabu Tukar Pendirian

Kalimah Allah: Mat Sabu Tukar Pendirian

    January 15, 2013




KOTA BAHARU – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

“Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS),” katanya kepadapemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam Isnin.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ darimana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salahdari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirianasal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS Datuk Seri AbdulHadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakankalimah itu. – BERNAMA

Kalimah Allah: Mat Sabu Tukar Pendirianhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Mat-Sabu.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Mat-Sabu-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KOTA BAHARU - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai...
KOTA BAHARU - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS. "Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya kepadapemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam Isnin. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ darimana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salahdari segi makna. Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirianasal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS Datuk Seri AbdulHadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakankalimah itu. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000325713626 Kai Mikazey

    bila nama ALLAH digunakan oleh bukan islam… tidak mustahil esok susah untuk kita membezakan antara masjid n gereja……… nak g solat pun susah nampak dari jauh ada huruf arab…. skali masuk …. gereja upanya. xkah bingung 2?

    Public CommentUserbila nama ALLAH digunakan oleh bukan islam... tidak mustahil esok susah untuk kita membezakan antara masjid n gereja......... nak g solat pun susah nampak dari jauh ada huruf arab.... skali masuk .... gereja upanya. xkah bingung 2?
  • cik_man

    ada juga pemimpin pas lidah bercabang…kih3… kalau dh xpandai jgn cakap, serahkah pada yg berkenaan(majlis syura) kalau dh memang bodoh simpan2 la sikit tuk anak cucu jgn bolot semua…. sayang seribu kali sayang majlis syura letak dibelakang bila dh tersepit baru terhegeh2 nak dengar cakap ulama. nampak sangat berjuang bukan kerana Allah tapi nak kaut undi sebab gila nak memerintah…

    Public CommentUserada juga pemimpin pas lidah bercabang...kih3... kalau dh xpandai jgn cakap, serahkah pada yg berkenaan(majlis syura) kalau dh memang bodoh simpan2 la sikit tuk anak cucu jgn bolot semua.... sayang seribu kali sayang majlis syura letak dibelakang bila dh tersepit baru terhegeh2 nak dengar cakap ulama. nampak sangat berjuang bukan kerana Allah tapi nak kaut undi sebab gila nak memerintah...
  • Penonton Opera Politik

    syabas diucapkan kepada majlis syura PAS dan pemimpin2x PAS. berani kerana benar. kepentingan politik tidak kemana bawanya.

    Public CommentUsersyabas diucapkan kepada majlis syura PAS dan pemimpin2x PAS. berani kerana benar. kepentingan politik tidak kemana bawanya.
  • http://twitter.com/PerfectSide Perfect Side HQ

    gossip cam ni,jangan kait kan warga Sabah & Sarawak yg beragama Kristian, sudah lah

    Public CommentUsergossip cam ni,jangan kait kan warga Sabah & Sarawak yg beragama Kristian, sudah lah


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014