MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


Kalimah Allah: Anwar Kekalkan Pendirian Pakatan

DAP Tetap Mahu Anwar Jadi PM

    January 15, 2013




KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengulangi pendirian parti itu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pendirian itu ditegaskan beliau menerusi satu kenyataan media semasa menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) memastikan peralihan kuasa yang aman untuk Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya impian pakatan pembangkang menang PRU13 menjadi kenyataan.

“Apa yang akan terjadi dalam PRU13 adalah senario yang berbeza sama sekali daripada 12 pilihan raya umum sebelum ini kerana ia akan menentukan sama ada BN atau pakatan pembangkang yang akan membentuk Kerajaan persekutuan dan sama ada Najib atau Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang baharu selepas PRU13.

“BN tidak boleh terus mengelak persoalan sama ada mereka akan menerima keputusan pengundi pada PRU13 dan dan memastikan peralihan kuasa yang aman buat Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya melalui kenyataan media tersebut.

Sebuah media semalam melaporkan tindakan ahli PAS keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Anwar memberi ucapan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang baru-baru ini menunjukkan PAS tidak menerima Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman dipetik sebagai mendakwa, sebahagian besar penyokong pembangkang mungkin percaya dengan dakwaan yang didedahkan sendiri oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung masalah moral Ketua Pembangkang tersebut.

Media sebelum ini pernah melaporkan harapan PAS untuk melihat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU13 mungkin tidak kesampaian berikutan penolakan DAP yang tetap mahukan Anwar menduduki jawatan berkenaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata, calon yang layak dipilih sebagai Perdana Menteri dalam pakatan pembangkang hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon PRU13.

DAP Tetap Mahu Anwar Jadi PMhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Anwar-Jadi-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Anwar-Jadi-PM-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengulangi pendirian parti itu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pendirian itu ditegaskan beliau menerusi satu kenyataan media semasa menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) memastikan peralihan kuasa yang aman...
KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengulangi pendirian parti itu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pendirian itu ditegaskan beliau menerusi satu kenyataan media semasa menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) memastikan peralihan kuasa yang aman untuk Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya impian pakatan pembangkang menang PRU13 menjadi kenyataan. “Apa yang akan terjadi dalam PRU13 adalah senario yang berbeza sama sekali daripada 12 pilihan raya umum sebelum ini kerana ia akan menentukan sama ada BN atau pakatan pembangkang yang akan membentuk Kerajaan persekutuan dan sama ada Najib atau Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang baharu selepas PRU13. “BN tidak boleh terus mengelak persoalan sama ada mereka akan menerima keputusan pengundi pada PRU13 dan dan memastikan peralihan kuasa yang aman buat Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya melalui kenyataan media tersebut. Sebuah media semalam melaporkan tindakan ahli PAS keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Anwar memberi ucapan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang baru-baru ini menunjukkan PAS tidak menerima Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman dipetik sebagai mendakwa, sebahagian besar penyokong pembangkang mungkin percaya dengan dakwaan yang didedahkan sendiri oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung masalah moral Ketua Pembangkang tersebut. Media sebelum ini pernah melaporkan harapan PAS untuk melihat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU13 mungkin tidak kesampaian berikutan penolakan DAP yang tetap mahukan Anwar menduduki jawatan berkenaan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata, calon yang layak dipilih sebagai Perdana Menteri dalam pakatan pembangkang hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon PRU13.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/Emelyea Emelyea Harun

    Lantak engkaulah Guan Eng…

    Public CommentUserLantak engkaulah Guan Eng...
  • http://www.facebook.com/siti.aishah.18 Siti Aishah

    step by step wat atur strategi..

    Public CommentUserstep by step wat atur strategi..
  • ANTI HANG KEBON

    Itupun kalo menang la. Kalo kalah jgn plak puak2 korang baring atas jalan raya sudahla..huhu.

    Public CommentUserItupun kalo menang la. Kalo kalah jgn plak puak2 korang baring atas jalan raya sudahla..huhu.
  • cik_man

    memang la dap nak dsai jd pm sebab depa ada plan lagi canggih….. ada kemungkinan depa nakkan penang kseluruhannya nak bg jd mcm singapura….melopong la malaysia lepas tu. lepas tu baru la terserlah kebodohan melayu yg berpecah belah

    Public CommentUsermemang la dap nak dsai jd pm sebab depa ada plan lagi canggih..... ada kemungkinan depa nakkan penang kseluruhannya nak bg jd mcm singapura....melopong la malaysia lepas tu. lepas tu baru la terserlah kebodohan melayu yg berpecah belah
  • tumpang lalu

    dah terang lg bersuluh…. if depa menang pun..kata sepakat xdak….dap + keadilan nk DSAI , Pas nk hadi…. hampa bergaduh… rakyat lak langsung xdapat apa…dpt tgok hampa duk salah kan masing2 je la nti….. ceramah sana ceramah sini… kutuk sana kutuk sini….. tp duit ceramah hampa sah2 sapu… Hampa menang pun xguna..hampa kalah pun xguna…. hidup segan mati x mahu…

    maaf la ea bahsa kasar….tgok dh makin pelik puak2 pembakang ni….tmbah2 dekat nk pru ni..tinggal berapa bulan je lg kan..lg dasat la diorg punya provokasi…..

    Public CommentUserdah terang lg bersuluh.... if depa menang pun..kata sepakat xdak....dap + keadilan nk DSAI , Pas nk hadi.... hampa bergaduh... rakyat lak langsung xdapat apa...dpt tgok hampa duk salah kan masing2 je la nti..... ceramah sana ceramah sini... kutuk sana kutuk sini..... tp duit ceramah hampa sah2 sapu... Hampa menang pun xguna..hampa kalah pun xguna.... hidup segan mati x mahu... maaf la ea bahsa kasar....tgok dh makin pelik puak2 pembakang ni....tmbah2 dekat nk pru ni..tinggal berapa bulan je lg kan..lg dasat la diorg punya provokasi.....


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014