Monday, April 14, 2014

Polis Shah Alam Nafi Terlibat Dalam Penganjuran Tarian Lucah

Polis Shah Alam Nafi Terlibat Dalam Penganjuran Tarian Lucah

January 8, 2013

SHAH ALAM –  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan pembabitan mereka dalam penganjuran tarian lucah pada Majlis Malam Mesra Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD itu di sebuah hotel di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu kerana difahamkan persembahan yang bakal diadakan berbentuk tarian tradisional.

“Majlis itu bertujuan meraikan pegawai dan anggota yang bakal bersara, tarian yang dipersembahkan untuk majlis itu juga di atas seliaan pihak hotel dan ia merupakan pakej kepada JSJ kerana telah menempah dewan dan makanan di situ,” katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial ‘Facebook’, memaparkan tiga wanita berpakaian menjolok mata menari di atas pentas pada majlis tersebut yang hanya dihadiri pegawai dan anggota JSJ IPD itu.

Gambar yang dimuat naik sejak semalam itu turut mendapat maklum balas negatif orang awam.

“Sebagai ketua polis di sini, saya tidak pernah membenarkan mana-mana pegawai dan anggota saya terbabit dengan hiburan seperti itu, perkara tersebut ternyata bertentangan dengan agama dan prinsip PDRM (Polis Diraja Malaysia) sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Zahedi berkata pihaknya telah bersemuka dengan bahagian pengurusan hotel bagi mengetahui bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Saya akan mengambil tindakan susulan selepas ini, saya cuma berharap dengan adanya penjelasan ini ia dapat membersihkan imej kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahedi berkata polis memberkas seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis di Setia Alam, di sini, semalam.

“Baru-baru ini kami mendapat maklumat dari orang awam berkaitan wanita ini, hasil maklumat, pihak kami menjejaki wanita itu dan menahannya di satu kawasan perumahan di Setia Alam pada 7.45 malam.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan wanita itu, kami menemui sepasang ‘uniform’ polis dan tanda pangkat Inspektor pada uniform itu,” katanya.

BACA: BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH, KATA HAJI HADI

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah dan polis sedang menyiasat motif sebenar suspek berbuat demikian.

“Siasatan juga sedang dijalankan bagi mengesan sekiranya terdapat kes penipuan dan memperdayakan orang awam oleh wanita berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Polis Shah Alam Nafi Terlibat Dalam Penganjuran Tarian Lucahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Tarian-separuh-bogel-di-IPD.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Tarian-separuh-bogel-di-IPD-150x150.jpg MyNewsHub Utama
SHAH ALAM -  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan pembabitan mereka dalam penganjuran tarian lucah pada Majlis Malam Mesra Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD itu di sebuah hotel di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu...
SHAH ALAM -  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menafikan pembabitan mereka dalam penganjuran tarian lucah pada Majlis Malam Mesra Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD itu di sebuah hotel di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu kerana difahamkan persembahan yang bakal diadakan berbentuk tarian tradisional. "Majlis itu bertujuan meraikan pegawai dan anggota yang bakal bersara, tarian yang dipersembahkan untuk majlis itu juga di atas seliaan pihak hotel dan ia merupakan pakej kepada JSJ kerana telah menempah dewan dan makanan di situ," katanya kepada pemberita, di sini Selasa. Beliau diminta mengulas mengenai gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial 'Facebook', memaparkan tiga wanita berpakaian menjolok mata menari di atas pentas pada majlis tersebut yang hanya dihadiri pegawai dan anggota JSJ IPD itu. Gambar yang dimuat naik sejak semalam itu turut mendapat maklum balas negatif orang awam. "Sebagai ketua polis di sini, saya tidak pernah membenarkan mana-mana pegawai dan anggota saya terbabit dengan hiburan seperti itu, perkara tersebut ternyata bertentangan dengan agama dan prinsip PDRM (Polis Diraja Malaysia) sendiri," katanya. Mengulas lanjut, Zahedi berkata pihaknya telah bersemuka dengan bahagian pengurusan hotel bagi mengetahui bagaimana perkara itu boleh berlaku. "Saya akan mengambil tindakan susulan selepas ini, saya cuma berharap dengan adanya penjelasan ini ia dapat membersihkan imej kami," katanya. Dalam perkembangan lain, Zahedi berkata polis memberkas seorang wanita berusia 29 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis di Setia Alam, di sini, semalam. "Baru-baru ini kami mendapat maklumat dari orang awam berkaitan wanita ini, hasil maklumat, pihak kami menjejaki wanita itu dan menahannya di satu kawasan perumahan di Setia Alam pada 7.45 malam. "Pemeriksaan ke atas kenderaan wanita itu, kami menemui sepasang 'uniform' polis dan tanda pangkat Inspektor pada uniform itu," katanya. BACA: BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH, KATA HAJI HADI  Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah dan polis sedang menyiasat motif sebenar suspek berbuat demikian. "Siasatan juga sedang dijalankan bagi mengesan sekiranya terdapat kes penipuan dan memperdayakan orang awam oleh wanita berkenaan," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• KucingGersang

Peewwiiiittt~

Public CommentUserPeewwiiiittt~
• HangKebon

polis2..bila la korang nak insaf…tangan kanan tangkap GRO…tangan kiri langgan GRO buat tarian lucah..patut la hidup tak berkat…khihkhihkhihkhi puii !!!

Public CommentUserpolis2..bila la korang nak insaf...tangan kanan tangkap GRO...tangan kiri langgan GRO buat tarian lucah..patut la hidup tak berkat...khihkhihkhihkhi puii !!!
• http://twitter.com/philo87 DiriLAdy

aik, salah wanita tu pulak ke? xphm aku…..

Public CommentUseraik, salah wanita tu pulak ke? xphm aku.....
• Mohd Azli Kamaruzzaman

puuuiiiii…tiba2 plak salah hotel….

Public CommentUserpuuuiiiii...tiba2 plak salah hotel....
• VVIP

lol

Public CommentUserlol
• http://www.facebook.com/bon.belamy Bon Belamy

Mana anti hang kebon…pasal kalimah Allah komen mcm2….ni isu akidah,akhlak tak mau berbicara ke…..

Public CommentUserMana anti hang kebon...pasal kalimah Allah komen mcm2....ni isu akidah,akhlak tak mau berbicara ke.....
• greed jz

Ni kena hijack ni. takkan la polis sebegitu ngok skali nak buat benda mcm ni bila mana rakyat tgh perati penjawat awam skrg. tambahan plak, pasni pembangkang bleh guna isu ni utk compare layanan polis pada rakyat di perhimpunan 12hb nih. pre-emptive strike kata org. hehe

Public CommentUserNi kena hijack ni. takkan la polis sebegitu ngok skali nak buat benda mcm ni bila mana rakyat tgh perati penjawat awam skrg. tambahan plak, pasni pembangkang bleh guna isu ni utk compare layanan polis pada rakyat di perhimpunan 12hb nih. pre-emptive strike kata org. hehe
• http://twitter.com/PerfectSide Perfect Side HQ

bro……nak layan tu jangan la sampai kantoi. .buat lah majlis cam ni kat tempat tpencil ckit…kan best xD

Public CommentUserbro......nak layan tu jangan la sampai kantoi. .buat lah majlis cam ni kat tempat tpencil ckit...kan best xD
• http://www.facebook.com/profile.php?id=100000862071046 Amy Zuliatie

mcm2 la…

Public CommentUsermcm2 la...
• Red1Echizen

ni mesti peminat2 kpop sial tu….ada tak puas hati ke statement saya? ada aku kesah? kpop shialll

Public CommentUserni mesti peminat2 kpop sial tu....ada tak puas hati ke statement saya? ada aku kesah? kpop shialll

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014