MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


Semua 32 Politeknik Wujudkan 1M4U Outreach Centre

32 Politeknik Wujudkan 1M4U Outreach Centre

    January 5, 2013




SUNGAI PETANI – Semua 32 politeknik di negara ini telah mewujudkan program khidmat komuniti 1Malaysia For Youth (1M4U) Outreach Centre yang berperanan menggerakkan aktiviti pelajar bersama masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Md Nor Yusof berkata program seperti itu amat digalakkan oleh KPT agar pelajar di institusi pengajian tinggi lebih kreatif, inovatif dan mampu berfikir di luar kotak.

“Program seperti ini sudah digerakkan di serata negara oleh politeknik lain, namun di negeri ini, ia adalah program pertama dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program 1M4U di Kampung Masjid, Kuala Sungai Muda, Kota Kuala Muda, dekat sini, Ahad.

Lebih 200 pelajar, pensyarah dan kakitangan Politeknik Seberang Perai, Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Seberang Jaya dan Kolej Komuniti Sungai Petani berkampung di Kampung Masjid bagi menjayakan program anjuran Politeknik Seberang Perai itu.

“Menerusi program ini, kita berharap ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pelajar dapat bergaul dan menanam semangat kemahiran insaniah dalam diri, manakala masyarakat pula dapat berkongsi ilmu dengan pelajar agar dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat menerusi bidang-bidang yang boleh diceburi,” katanya.

1M4U dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Julai tahun lalu.

Dalam pada itu, pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari Program Khidmat Komuniti 1M4U di Kota Kuala Muda yang bermula semalam, antaranya program keluarga angkat, gotong-royong, program motivasi pelajar, pemeriksaan kesihatan dan forum perdana bertajuk Kemahiran Keibubapaan.

Seorang peserta program keluarga angkat, Fatin Nasuha Abdul Nasir, 21, yang merupakan pelajar kursus kulinari di Kolej Komuniti Sungai Petani, ketika ditemui berkata dia sangat gembira dan teruja mengikuti program itu.

“Sebelum ini saya tidak pernah menyertai program luar seperti ini, apatah lagi menjadi anak angkat kepada mana-mana keluarga tetapi kali ini saya berpeluang merasai pengalaman manis ini,” katanya.

Sementara itu, bapa angkatnya, Abu Bakar Ishak, 58, pula berkata, sejak menetap di kampung itu hampir 20 tahun lalu, ini adalah kali pertama dia menyertai program keluarga angkat.

“Walaupun saya rasa sedikit terkilan kerana tempohnya agak singkat, namun saya gembira menerima anak angkat dan ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya. – BERNAMA

32 Politeknik Wujudkan 1M4U Outreach Centrehttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/1m4u-logo.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/1m4u-logo-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
SUNGAI PETANI - Semua 32 politeknik di negara ini telah mewujudkan program khidmat komuniti 1Malaysia For Youth (1M4U) Outreach Centre yang berperanan menggerakkan aktiviti pelajar bersama masyarakat. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Md Nor Yusof berkata program seperti itu amat digalakkan oleh KPT agar pelajar di...
SUNGAI PETANI - Semua 32 politeknik di negara ini telah mewujudkan program khidmat komuniti 1Malaysia For Youth (1M4U) Outreach Centre yang berperanan menggerakkan aktiviti pelajar bersama masyarakat. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Md Nor Yusof berkata program seperti itu amat digalakkan oleh KPT agar pelajar di institusi pengajian tinggi lebih kreatif, inovatif dan mampu berfikir di luar kotak. "Program seperti ini sudah digerakkan di serata negara oleh politeknik lain, namun di negeri ini, ia adalah program pertama dan akan diteruskan pada masa akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program 1M4U di Kampung Masjid, Kuala Sungai Muda, Kota Kuala Muda, dekat sini, Ahad. Lebih 200 pelajar, pensyarah dan kakitangan Politeknik Seberang Perai, Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Seberang Jaya dan Kolej Komuniti Sungai Petani berkampung di Kampung Masjid bagi menjayakan program anjuran Politeknik Seberang Perai itu. "Menerusi program ini, kita berharap ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pelajar dapat bergaul dan menanam semangat kemahiran insaniah dalam diri, manakala masyarakat pula dapat berkongsi ilmu dengan pelajar agar dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat menerusi bidang-bidang yang boleh diceburi," katanya. 1M4U dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Julai tahun lalu. Dalam pada itu, pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari Program Khidmat Komuniti 1M4U di Kota Kuala Muda yang bermula semalam, antaranya program keluarga angkat, gotong-royong, program motivasi pelajar, pemeriksaan kesihatan dan forum perdana bertajuk Kemahiran Keibubapaan. Seorang peserta program keluarga angkat, Fatin Nasuha Abdul Nasir, 21, yang merupakan pelajar kursus kulinari di Kolej Komuniti Sungai Petani, ketika ditemui berkata dia sangat gembira dan teruja mengikuti program itu. "Sebelum ini saya tidak pernah menyertai program luar seperti ini, apatah lagi menjadi anak angkat kepada mana-mana keluarga tetapi kali ini saya berpeluang merasai pengalaman manis ini," katanya. Sementara itu, bapa angkatnya, Abu Bakar Ishak, 58, pula berkata, sejak menetap di kampung itu hampir 20 tahun lalu, ini adalah kali pertama dia menyertai program keluarga angkat. "Walaupun saya rasa sedikit terkilan kerana tempohnya agak singkat, namun saya gembira menerima anak angkat dan ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat bandar dan luar bandar," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014