Saturday, April 12, 2014

Sultan Brunei

Gosip Kahwin Sultan Brunei Bukan Satu Penghinaan

December 28, 2012

Kehangatan isu istana Brunei yang dikhabarkan bakal berkahwin lagi mendapat perhatian meluas, baik warga Brunei itu sendiri mahu pun yang berada di luar Brunei.

Rata-rata dari komen yang diterima menyatakan rasa cinta dan sayang mereka kepada Sultan Brunei sebagai seorang raja yang penyayang dan perihatin kepada rakyat jelata. Terima kasih atas segala komen anda.

Bukanlah menjadi niat penulis menjadikan isu istana Brunei untuk menghina hasrat murni Sultan untuk mendirikan masjid. Jauh lagi untuk menyibuk rumahtangga orang. Penulis sekadar bertanya, benarkah baginda akan berkahwin lagi? Adakah cinta lama berputik kembali?.

Sudah barang tentu sebagai seorang individu yang tersohor di serata dunia seperti Sultan Brunei, krisis yang berlaku di istana sedikit sebanyak pasti menjadi perhatian rakyat. Sedangkan selebriti yang tak berapa terkenal pun kekadang kita sibuk nak tahu perkembangannya, inikan pula baginda. Sebagaimana rakyat Brunei, penulis juga ada mengikuti cerita-cerita tentang istana Brunei, terutamanya tentang kekayaan baginda yang melimpah ruah. Kaya tapi berjiwa penyayang. Memang hebat.

Pun begitu, penulis juga perihatin kepada nasib janda-janda yang kehilangan punca dan nakhoda untuk terus melayari bahtera kehidupan. Penulis hanya tumpang gembira sahaja jika benar janda tersebut bakal menduduki tahta Brunei. Bertuahlah badan!!.

Meminjam sebuah lagu nyanyian Mat Sentul, “Kalau Sudah Suka, Tak Kira Tua Ke Muda, Tua Sama Tua, Yang Muda Samalah Muda, Orang Lain Pilih Dara, Aku Pilih Janda Muda, Ini Bukan Sebarang Janda, Janda Muda Ada Bende”.

Tapi kenapa janda? Betul…hak individulah nak berkahwin dengan siapa pun. Tambah-tambah jika orang tersebut berkedudukan dan berharta. Namun bukankah ramai lagi anak dara di luar sana yang boleh menandingi si janda dari segi paras rupa dan layanan. Apatah lagi anak dara Brunei yang tak kurang cantiknya.

Ketika ini jumlah kaum perempuan melebihi kaum lelaki. Dan ramai dikalangan kaum perempuan yang masih belum berkahwin dan sedang meniti usia-usia yang semakin meningkat. Jadi apa salahnya jika memilih si dara agar mereka juga dapat merasai nikmat perkahwinan dan erti sebuah kehidupan berkeluarga. Penulis percaya, orang yang berkemampuan ini bukan sahaja mampu dari segi batin, malah zahir melebih-lebih lagi. Manakala yang kurang berkemampuan pula hanya memasang angan-angan sahaja menanti bila sang isteri boleh memberikan lampu hijau menambah kuota.

Penulis juga dikhabarkan bahawa pihak Brunei telah mengeluarkan kenyataan di media beberapa bulan yang lepas berhubung isu tersebut. Untuk makluman pada waktu itu janda tersebut masih lagi bergelar isteri orang. Persoalannya ialah sekarang? Adakah kerana cinta tiga segi menyebabkan beliau menjadi janda dan beria-ia sangat ingin mendampingi Sultan?

Jadi ke tidak…hanya Sultan sahaja yang dapat merungkai semua teka teki ini.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Hati yang kasih hamba turutkan

Sumber: malaysia-instinct.blogspot.com

Gosip Kahwin Sultan Brunei Bukan Satu Penghinaanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Gosip-Kahwin-Sultan-Brunei-Bukan-Satu-Penghinaan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Gosip-Kahwin-Sultan-Brunei-Bukan-Satu-Penghinaan-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
Kehangatan isu istana Brunei yang dikhabarkan bakal berkahwin lagi mendapat perhatian meluas, baik warga Brunei itu sendiri mahu pun yang berada di luar Brunei. Rata-rata dari komen yang diterima menyatakan rasa cinta dan sayang mereka kepada Sultan Brunei sebagai seorang raja yang penyayang dan perihatin kepada rakyat jelata. Terima kasih...
Kehangatan isu istana Brunei yang dikhabarkan bakal berkahwin lagi mendapat perhatian meluas, baik warga Brunei itu sendiri mahu pun yang berada di luar Brunei. Rata-rata dari komen yang diterima menyatakan rasa cinta dan sayang mereka kepada Sultan Brunei sebagai seorang raja yang penyayang dan perihatin kepada rakyat jelata. Terima kasih atas segala komen anda. Bukanlah menjadi niat penulis menjadikan isu istana Brunei untuk menghina hasrat murni Sultan untuk mendirikan masjid. Jauh lagi untuk menyibuk rumahtangga orang. Penulis sekadar bertanya, benarkah baginda akan berkahwin lagi? Adakah cinta lama berputik kembali?. Sudah barang tentu sebagai seorang individu yang tersohor di serata dunia seperti Sultan Brunei, krisis yang berlaku di istana sedikit sebanyak pasti menjadi perhatian rakyat. Sedangkan selebriti yang tak berapa terkenal pun kekadang kita sibuk nak tahu perkembangannya, inikan pula baginda. Sebagaimana rakyat Brunei, penulis juga ada mengikuti cerita-cerita tentang istana Brunei, terutamanya tentang kekayaan baginda yang melimpah ruah. Kaya tapi berjiwa penyayang. Memang hebat. Pun begitu, penulis juga perihatin kepada nasib janda-janda yang kehilangan punca dan nakhoda untuk terus melayari bahtera kehidupan. Penulis hanya tumpang gembira sahaja jika benar janda tersebut bakal menduduki tahta Brunei. Bertuahlah badan!!. Meminjam sebuah lagu nyanyian Mat Sentul, "Kalau Sudah Suka, Tak Kira Tua Ke Muda, Tua Sama Tua, Yang Muda Samalah Muda, Orang Lain Pilih Dara, Aku Pilih Janda Muda, Ini Bukan Sebarang Janda, Janda Muda Ada Bende". Tapi kenapa janda? Betul...hak individulah nak berkahwin dengan siapa pun. Tambah-tambah jika orang tersebut berkedudukan dan berharta. Namun bukankah ramai lagi anak dara di luar sana yang boleh menandingi si janda dari segi paras rupa dan layanan. Apatah lagi anak dara Brunei yang tak kurang cantiknya. Ketika ini jumlah kaum perempuan melebihi kaum lelaki. Dan ramai dikalangan kaum perempuan yang masih belum berkahwin dan sedang meniti usia-usia yang semakin meningkat. Jadi apa salahnya jika memilih si dara agar mereka juga dapat merasai nikmat perkahwinan dan erti sebuah kehidupan berkeluarga. Penulis percaya, orang yang berkemampuan ini bukan sahaja mampu dari segi batin, malah zahir melebih-lebih lagi. Manakala yang kurang berkemampuan pula hanya memasang angan-angan sahaja menanti bila sang isteri boleh memberikan lampu hijau menambah kuota. Penulis juga dikhabarkan bahawa pihak Brunei telah mengeluarkan kenyataan di media beberapa bulan yang lepas berhubung isu tersebut. Untuk makluman pada waktu itu janda tersebut masih lagi bergelar isteri orang. Persoalannya ialah sekarang? Adakah kerana cinta tiga segi menyebabkan beliau menjadi janda dan beria-ia sangat ingin mendampingi Sultan? Jadi ke tidak...hanya Sultan sahaja yang dapat merungkai semua teka teki ini.
Nasi lemak buah bidara  Sayang selasih hamba lurutkan Buang emak buang saudara Hati yang kasih hamba turutkan

Sumber: malaysia-instinct.blogspot.com

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• http://twitter.com/philo87 DiriLAdy

ahahaha, mmg bukan menghina tapi menyindir. macam xreti hormat org je

Public CommentUserahahaha, mmg bukan menghina tapi menyindir. macam xreti hormat org je
• cool

Public CommentUser???????????
• Sofea

takut le tu… apa2 pun biarlah sultan brunei nak kawin bnyk kali, baginda mampu… yg penting juma tu bukan isteri org dah, dan yg plg penting… landasan masih betul – memilih jalan utk menikahi perempuan utk menjauhi zina.

Public CommentUsertakut le tu... apa2 pun biarlah sultan brunei nak kawin bnyk kali, baginda mampu... yg penting juma tu bukan isteri org dah, dan yg plg penting... landasan masih betul - memilih jalan utk menikahi perempuan utk menjauhi zina.
• Md. Zulfadli

org byk hrte mcm die, x kesah pun nk kawin ramai, asal ikut syariat islam..lgi bgus skalo kawin dgn pompuan yg idup susah…by the way org2 brunei mostly senang lenang dek pemimpin yg bertanggungjawab mcm Sultan Brunei…so buat jela apa yang die nak as long as rakyat x sengsara n kredibiliti sbg pemimpin dijaga….

Public CommentUserorg byk hrte mcm die, x kesah pun nk kawin ramai, asal ikut syariat islam..lgi bgus skalo kawin dgn pompuan yg idup susah...by the way org2 brunei mostly senang lenang dek pemimpin yg bertanggungjawab mcm Sultan Brunei...so buat jela apa yang die nak as long as rakyat x sengsara n kredibiliti sbg pemimpin dijaga....

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014