MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Monday, April 21, 2014

Amar Asyraf

P’kahwinan Tidak Jejaskan Kerjaya Amar Asyraf

December 18, 2012

PETALING JAYA – Pelakon baru Amar Asyraf menganggap perancangan untuk berkahwin pada Aidilfitri 2013 tidak akan menjejaskan perjalanan karier lakonannya yang baru berkembang.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 26, berkata, dia percaya bahawa keputusan untuk memperisterikan wanita bernama ‘A’ yang dikenali sejak dua tahun lalu itu akan menambahkan rezekinya dalam bidang seni kelak.

“Saya percaya perkahwinan tidak akan menghalang kerjaya saya daripada terus berkembang.

“Benar, nama dan kerjaya saya baru bermula tetapi kalau diperhatikan ramai sahaja pelakon atau penyanyi yang semakin berjaya selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Pelakon yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka itu berkata, dia merahsiakan status pertunangannya sebelum ini demi menghormati keputusan tunangnya yang enggan menghebohkan perkara itu kepada khalayak.

Kata Amar, majlis pertunangan pada Aidilfitri ketiga lalu berlangsung secara kecil-kecilan tanpa sebarang hebahan kerana keluarga tunangnya belum bersedia untuk mendapat publisiti dan perhatian umum.

Amar bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri terbaru Setia Hujung Nyawa.

“Dia (A) bekerja dalam bidang perbankan dan bukan orang seni pun. Saya perlu hormati keputusannya dan keluarga yang tidak mahu majlis pertunangan kami dihebohkan kepada khalayak kerana dia belum bersedia untuk semua ini (perhatian umum).

“Lainlah kalau majlis perkahwinan kami nanti, sudah tentu saya akan beritahu semua,” katanya yang tertarik untuk memperisterikan ‘A’ kerana sikapnya yang memahami.

Mengenai kerjaya lakonan, Amar berkata, kehadirannya di persada seni semakin mendapat perhatian penerbit dan pengarah apabila dia mula ditawarkan watak penting dan utama dalam drama televisyen (TV) dan filem.

“Alhamdulillah, orang mula nampak kewujudan saya. Sekarang saya sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Setia Hujung Nyawa untuk TV3 sebagai watak utama.

“Insya-Allah, selepas komitmen drama ini selesai pada hujung Januari depan, saya ditawarkan watak utama untuk sebuah filem arahan Shirin Khuzaimi pada Februari depan pula,” katanya.

Drama Setia Hujung Nyawa arahan Amie Maziah turut membariskan antaranya Nelydia Senrose, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith dan Bea Rameshan.

Ia akan ditayangkan bermula 24 Disember ini pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam menerusi slot Akasia di TV3. - mStar Online

P’kahwinan Tidak Jejaskan Kerjaya Amar Asyrafhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Amar-Asyraf.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Amar-Asyraf-150x150.jpg MyNewsHub myArtisTerkini
PETALING JAYA - Pelakon baru Amar Asyraf menganggap perancangan untuk berkahwin pada Aidilfitri 2013 tidak akan menjejaskan perjalanan karier lakonannya yang baru berkembang. Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 26, berkata, dia percaya bahawa keputusan untuk memperisterikan wanita bernama ‘A’ yang dikenali sejak dua tahun lalu itu akan menambahkan...

PETALING JAYA - Pelakon baru Amar Asyraf menganggap perancangan untuk berkahwin pada Aidilfitri 2013 tidak akan menjejaskan perjalanan karier lakonannya yang baru berkembang.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 26, berkata, dia percaya bahawa keputusan untuk memperisterikan wanita bernama ‘A’ yang dikenali sejak dua tahun lalu itu akan menambahkan rezekinya dalam bidang seni kelak.

“Saya percaya perkahwinan tidak akan menghalang kerjaya saya daripada terus berkembang.

“Benar, nama dan kerjaya saya baru bermula tetapi kalau diperhatikan ramai sahaja pelakon atau penyanyi yang semakin berjaya selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Pelakon yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka itu berkata, dia merahsiakan status pertunangannya sebelum ini demi menghormati keputusan tunangnya yang enggan menghebohkan perkara itu kepada khalayak.

Kata Amar, majlis pertunangan pada Aidilfitri ketiga lalu berlangsung secara kecil-kecilan tanpa sebarang hebahan kerana keluarga tunangnya belum bersedia untuk mendapat publisiti dan perhatian umum.

Amar bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri terbaru Setia Hujung Nyawa.

“Dia (A) bekerja dalam bidang perbankan dan bukan orang seni pun. Saya perlu hormati keputusannya dan keluarga yang tidak mahu majlis pertunangan kami dihebohkan kepada khalayak kerana dia belum bersedia untuk semua ini (perhatian umum).

“Lainlah kalau majlis perkahwinan kami nanti, sudah tentu saya akan beritahu semua,” katanya yang tertarik untuk memperisterikan ‘A’ kerana sikapnya yang memahami.

Mengenai kerjaya lakonan, Amar berkata, kehadirannya di persada seni semakin mendapat perhatian penerbit dan pengarah apabila dia mula ditawarkan watak penting dan utama dalam drama televisyen (TV) dan filem.

“Alhamdulillah, orang mula nampak kewujudan saya. Sekarang saya sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Setia Hujung Nyawa untuk TV3 sebagai watak utama.

“Insya-Allah, selepas komitmen drama ini selesai pada hujung Januari depan, saya ditawarkan watak utama untuk sebuah filem arahan Shirin Khuzaimi pada Februari depan pula,” katanya.

Drama Setia Hujung Nyawa arahan Amie Maziah turut membariskan antaranya Nelydia Senrose, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith dan Bea Rameshan.

Ia akan ditayangkan bermula 24 Disember ini pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam menerusi slot Akasia di TV3. - mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
• Nora

sapa ni? hensem gak tp x penah tgok lak lakonan dia

Public CommentUsersapa ni? hensem gak tp x penah tgok lak lakonan dia

MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014