MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Thursday, April 17, 2014


Dewan Serbaguna Baharu Di Kampung Pandan

Dewan Serbaguna Baharu Di Kampung Pandan

    December 12, 2012




KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri akan membina sebuah dewan serbaguna di Kampung Pandan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka mendakwa, pembinaan bangunan di Jalan Pandan Medan itu menggunakan peruntukan Geran Selangorku.

“Penantian lebih 30 tahun penduduk Kampung Pandan akan berakhir tidak lama lagi apabila sebuah dewan serbaguna baru akan dibina di kampung itu.

“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah dipilih sebagai pihak yang akan menguruskan pembinaan dewan itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Iskandar berkata, keluasan dewan serbaguna baharu itu lebih 5,500 kaki persegi berbanding dewan orang ramai yang lama iaitu kira-kita 2,500 kaki persegi.

Tambah beliau, dewan yang bakal dilengkapi dua gelanggang badminton dianggap sebagai satu keperluan yang amat mendesak untuk program kemasyarakatan, kerajaan, Ketua Kampung dan majlis perkahwinan.

Jelas beliau, anggaran kos pembinaan dewan itu sekitar RM500,000 dan mengambil masa kira-kira bulan untuk disiapkan.

Menurutnnya, MPAJ telah menyiapkan dokumen dan lukisan tender untuk dewan baharu tersebut dan hanya menunggu surat arahan daripada Jawatankuasa Geran untuk meneruskan pembinaan.

Dewan Serbaguna Baharu Di Kampung Pandanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Dewan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Dewan-150x150.jpg MyNewsHub Terkini
KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri akan membina sebuah dewan serbaguna di Kampung Pandan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka mendakwa, pembinaan bangunan di Jalan Pandan Medan itu menggunakan peruntukan Geran Selangorku. “Penantian lebih 30 tahun...
KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri akan membina sebuah dewan serbaguna di Kampung Pandan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka mendakwa, pembinaan bangunan di Jalan Pandan Medan itu menggunakan peruntukan Geran Selangorku. “Penantian lebih 30 tahun penduduk Kampung Pandan akan berakhir tidak lama lagi apabila sebuah dewan serbaguna baru akan dibina di kampung itu. “Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah dipilih sebagai pihak yang akan menguruskan pembinaan dewan itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Iskandar berkata, keluasan dewan serbaguna baharu itu lebih 5,500 kaki persegi berbanding dewan orang ramai yang lama iaitu kira-kita 2,500 kaki persegi. Tambah beliau, dewan yang bakal dilengkapi dua gelanggang badminton dianggap sebagai satu keperluan yang amat mendesak untuk program kemasyarakatan, kerajaan, Ketua Kampung dan majlis perkahwinan. Jelas beliau, anggaran kos pembinaan dewan itu sekitar RM500,000 dan mengambil masa kira-kira bulan untuk disiapkan. Menurutnnya, MPAJ telah menyiapkan dokumen dan lukisan tender untuk dewan baharu tersebut dan hanya menunggu surat arahan daripada Jawatankuasa Geran untuk meneruskan pembinaan.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014